10+ Sebab Kenapa Kita Selalu Teringat Seseorang


Bagi sesiapa yang pernah melalui percintaan jarak jauh mesti pernah mengalami saat mengingati si dia yang nun jauh di mata.
Saat membuka mata, hanya wajah, perlakuan atau perkataan diucapkannya terngiang-ngiang di fikiran anda. Tapi tahukah anda mengapa minda kita boleh tiba-tiba memunculkan memori tentang seseorang?
Teruskan membaca, kerana kami di The Berkat  ada jawapannya!
Antara perkara-perkara yang biasanya membuatkan anda teringatkan seseorang:

Teringat senyuman dia

Anda baru sahaja mengenali seseorang. Walaupun tidak berbual lama, namun fikiran anda tetap kembali mengingatkan anda kepada si dia.
Jadi dalam situasi begini, ini mungkin bermakna anda tertarik pada mereka. Misalnya, mungkin anda tertarik pada senyuman manis si dia, matanya yang bundar dan menawan atau mungkin wajahnya mengingatkan anda pada  seseorang yang anda pernah sayangi, justeru anda tidak boleh berhenti memikirkannya.
 

Teringat perangai dia

Walaupun sudah terbukti yang tarikan fizikal boleh membuatkan anda selalu teringatkan seseorang, namun mengikut kajian, manusia terbukti lebih tertarik dengan personaliti dan karakter seseorang!
Misalnya, boleh jadi anda tertarik kepada personaliti menarik si dia, atau sense of humor yang membuatkan anda tidak kering gusi bila bersamanya!
 

Dia sudah tiada lagi

Kehilangan orang terdekat semestinya akan memberikan kesan yang besar kepada emosi seseorang. Cuba bayangkan, anda berpisah dengan seseorang selepas bertahun-tahun menjalin kasih.
Semestinya kehilangan itu akan menyebabkan anda shock, lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada perasaan dan fikiran anda.
Namun, perpisahan atau kematian adalah antara bentuk kehilangan yang selalu terjadi di sekeliling kita. Jangan gusar jikalau anda asyik teringatkan ex anda, kerana itu hanya bermakna masih ada lagi hal-hal tentang si dia yang masih terakam jelas di minda separa sedar anda.
Tambahan pula, kehadiran insan tersebut pula bagaikan sudah sebati dalam hidup anda dan sudah terlalu banyak kenangan indah dilalui bersamanya. Ingat, selalu teringatkan ex, bukan bererti anda belum move on!
 

Teringat saat-saat indah bersama dia

Ketika anda sedang melakukan sesuatu yang anda suka, misalnya keluar dengan rakan-rakan, meluangkan masa dengan yang tersayang atau pergi bercuti bersama ahli keluarga, tahukah anda sebenarnya minda separa sedar anda sebenarnya sedang “merakam” insan-insan sekeliling anda sewaktu momen menggembirakan itu berlaku.
Lama-kelamaan, secara tidak sedar anda akan asyik teringatkan mereka, kerana perasaan mengingatinya sahaja sudah membuatkan anda berasa gembira.
Jadi, tidak hairanlah jika anda asyik teringatkan seseorang yang baru anda kenali, mungkin kerana anda menyenangi kehadiran insan tersebut dan si dia telah membuatkan anda lebih gembira pada waktu itu?
 

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment