Connect with us

Kerjaya

assist.perkeso.gov.my/employer/login – Majikan Daftar, Carum, Semak

Published

on

assist.perkeso.gov.my/employer/login

Dulu, cukup susah untuk bayar caruman pekerja pada PERKESO.

Kini tidak lagi.

Apa itu assist.perkeso.gov.my ?

PERKESO menyediakan sebuah portal layan diri bagi majikan untuk menguruskan maklumat-maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO.

Portal ini akan memastikan perkhidmatan transaksi yang efisien, bebas kertas dan selamat melalui kaedah FPX dan perbankan internet.

Tonton video di bawah untuk penerangan ringkas

Borang Pendaftaran PERKESO Majikan

Untuk mendapatkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO.

Majikan perlu muat-turun pdfBorang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist dan bawa borang yang telah dilengkapkan ke Pejabat PERKESO yang berdekatan.

Proses pendaftaran (register) tidaklah sesukar mana.

Borang yang dilengkapkan hendaklah di e-mel ke [email protected] atau bawa terus ke Pejabat PERKESO yang berdekatan .

Sila rujuk ke pautan ini untuk mendapat senarai Pejabat PERKESO yang berdekatan dengan anda.

Caruman PERKESO Majikan

Untuk caruman, boleh lakukan secara online sahaja melalui portal assist.perkeso.gov.my. Rujuk panduan di bawah.

Caruman PERKESO Majikan

Download Manual Portal Assist PERKESO

Bagi yang masih lagi tidak mahir menggunakan portal assist.perkeso.gov.my yang baru, boleh download user guide di sini.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja / Kursus / Mesyuarat / Lewat

Published

on

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir

Kadang-kadang, bukan kita tidak mahu pergi kerja. Cuma ada sebab tersendiri dan bersifat peribadi.

Bukan tidak mahu hadir kursus atau mesyuarat yang majikan suruh, tapi saat akhir ada perkara-perkara tertentu yang perlu diselesaikan.

Bukan juga sengaja mahu lewat datang kerja, tetapi ada hal yang perlu diselesaikan dahulu di rumah.

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab yang boleh digunakan.

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja. Pastikan alasan kukuh, supaya boss boleh terima.

 

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  KERJA

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir kerja pada <Tarikh tidak datang kerja>.

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang kerja>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami migrain yang berpanjangan. Saya kepilkan sekali surat pelepasan doktor, dengan MC dari <Nama klinik>.
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

<Nama Pekerja>

 

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kursus

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kursus. Biasanya, kursus berlangsung beberapa hari, dan bukannya sehari. Pastikan alasan itu masuk akal untuk menyatakan kenapa tidak hadir kursus.

 

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  KURSUS

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir ke <Nama kursus> pada <Tarikh tidak datang kursus, tarikh sekian-sekian> yang bertempat di <Lokasi kursus berlangsung>.

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang kursus>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kursus kerana anak saya kurang sihat, dan tiada siapa dapat menjaganya. Saya bimbang dengan tahap kesihatan anak saya, yang pada masa itu masih belum pulih sepenuhnya.>
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

<Nama Pekerja>

 

 

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir mesyuarat

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir mesyuarat. Walaupun cuma tidak datang ke mesyuarat, tulis alasan yang logik dan masuk akal. Bukan main asal tulis.

 

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  MESYUARAT

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir ke <Nama mesyuarat> pada <Tarikh tidak datang mesyuarat> di <Tempat mesyuarat>.

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang mesyuarat>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami cirit birit di rumah. Namun, tidak pergi ke klinik dan tidak mendapat surat pelepasan doktor>.
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

<Nama Pekerja>

 

Contoh surat tunjuk sebab lewat hadir kerja

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab lewat hadir kerja yang boleh digunakan.

 

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR  KERJA

Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya <Nama Pekerja> lewat hadir kerja pada <Tarikh tidak datang kerja>.

  1. Sebab kelewatan saya ialah kerana <Sebab lewat datang kerja>. <Contohnya, saya lewat hadir kerja kerana menghantar anak saya ke klinik terlebih dahulu. Anak saya mengalami demam panas yang teruk. Anak saya juga muntah-muntah.>
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya kelewatan saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika lewat datang kerja pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………

<Nama Pekerja>

 

Akhir kalam

Apa pun alasan kita, pastikan ketua kita tahu tentang perkara ini. Jangan berat tangan untuk Whatsapp boss kita pagi-pagi. Nanti, kita yang rugi.

Layari The Berkat untuk lebih banyak lagi contoh surat rasmi.

Carian dari Google:

  • surat tunjuk sebab
Continue Reading

Kerjaya

6 Cara Kurangkan Cukai Pendapatan Secara Sah, Pelepasan Gaya Hidup

Published

on

Cara kurangkan cukai pendapatan

Bila hujung tahun, ramai yang berkira-kira, apa yang perlu dibelanjakan lagi, supaya boleh kurangkan cukai pendapatan untuk tahun depan?

Jangan sampai bila isi borang e-Filing nanti, banyak pula amaun kena bayar.

Perlu diingatkan, berbelanja pada tahun 2018, untuk pelepasan e-Filing pada tahun 2019. Berbelanjala pada tahun 2019, untuk pelepasan menggunakan sistem e-Filing pada tahun 2020. Begitulah seterusnya.

Bukannya belanja tahun ini, boleh dapat pelepasan pada tahun yang sama. Kena bijak merancang untuk dapatkan ‘tax exemption‘ atau ‘tax relief‘.

Yang penting, pastikan baca dulu senarai pelepasan cukai untuk tahun ini.

Apa itu pelepasan cukai pendapatan gaya hidup?

Orang putih kata, ‘lifestyle‘. Kalau nak nampak ada ‘lifestyle‘, bolehlah beli atau langgan perkara di bawah, dan dapatkan pelepasan cukai pendapatan gaya hidup.

Pelepasan cukai gaya hidup

Menurut LHDN:

  1. Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  2. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  3. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  4. Bayaran langganan internet

Terhad kepada RM2,500 sahaja.

Penerangan pelepasan cukai pendapatan gaya hidup

Ikuti tips dan penerangan mudah, cara kurangkan cukai pendapatan secara sah ini, dalam kategori gaya hidup.

1. Beli buku banyak-banyak

Pelepasan cukai gaya hidup

Singgahlah mana-mana kedai buku seperti MPH, Popular dan Kinokuniya. Jangan beli banyak-banyak, tapi beli yang mahal-mahal. Jadi, tidaklah semak rumah dengan banyak buku.

Dan juga, belilah buku yang kita minat. Bukannya nanti bersarang di rak buku sampai tak baca sampai ke sudah.

Pastikan simpan resit. ‘Scan‘ jika perlu dan simpan dalam Dropbox atau Google Drive.

Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh belanjakan RM2500.

2. ‘Join‘ mana-mana gimnasium

Senarai pelepasan cukai pendapatan

Sebab apa? Sebab boleh tolak cukai. Katakan bayaran bulanan gimanasium ialah RM200. Kita boleh tolak cukai sebanyak RM2400 dalam setahun.

Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh dapat pelepasan RM2500. Jika sudah beli buku RM1000, ada baki lagi RM1500.

3. Naik taraf langganan Internet

Cara kurangkan cukai pendapatan

Langganan Unifi yang paling laju untuk kediaman ialah 100Mbps. Memang ramai kata harga cekik darah, tapi kalau boleh kurangkan cukai pendapatan, apa salahnya.

Kalau kawasan rumah ada TIME, boleh dapatkan dengan harga RM99.

4. Beli laptop atau telefon bimbit baru

Tidak pasti pula, samada ini dibolehkan setiap tahun. Rasanya, hanya 3 tahun sekali sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi LHDN untuk maklumat terkini.

Cuma tidak perlu beli iPhone yang mahal sampai beribu-ribu ringgit. Maksimum pelepasan pun cuma RM2,500 sahaja.

Namun, apa yang menarik di sini, pelepasan boleh kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

5. Beli ‘breast pump‘ untuk ibu yang menyusukan anak

Ini tidak termasuk dalam gaya hidup. Ia memang spesifik dalam kategori embelian peralatan penyusuan. Terhad kepada RM1,000 sahaja.

Harga ‘breast pump’ seperti Medela dan Avent, kadang-kadang tidak masuk akal. Jadi memang logik kalau dimasukkan dalam pelepasan cukai.

6. Bayar zakat banyak-banyak

Hanya untuk Muslim.

Ini juga tidak termasuk dalam gaya hidup, tapi ini yang paling ‘best‘ sekali, kerana kita boleh tolak cukai tanpa had. Katakan kita bayar zakat RM10,000 dalam satu-satu masa, kita boleh tolak cukai RM10,000 juga.

Beruntung, kerana dalam masa yang sama, kita boleh membantu ekonomi orang Islam.

Akhir kalam

Kami bukanlah mahu anda semua lari dari cukai. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, cukai tetap kena bayar.

Jika kena caranya, bolehlah membantu sedikit dalam mengurangkan cukai pendapatan kita.

Hati senang, jiwa pun tenang.

Layari The Berkat untuk lebih banyak tips kewangan.

Continue Reading

Kerjaya

6 Contoh Surat Berhenti Kerja / Letak Jawatan dalam Bahasa Melayu

Published

on

Contoh surat berhenti kerja

Berhenti kerja ialah satu keputusan yang sangat sukar. Setelah fikir masak-masak, kami yakin anda sudah muktamadkan keputusan itu.

Ini contoh surat berhenti kerja yang boleh anda guna. Jadi profesional. Kita datang cara baik, berhentik kerja pun cara baik.

Contoh surat berhenti kerja ini adalah dalam Bahasa Melayu. Jika anda mahukan template dalam Bahasa Inggeris, kami akan kongsikan dalam penulisan yang akan datang.

Boleh copy-and-paste dan simpan sendiri dalam format Microsoft Word. Jika perlu, boleh juga tukar format dan simpan dalam bentuk PDF untuk rujukan akan datang.

 

Contoh surat berhenti kerja (Notis sebulan)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis sebulan atau 30 hari.

Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adalah notis sebulan dibenarkan.  Bimbang kena bayar apa-apa penalti.

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  SEBULAN DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>

 

  1.    Untuk makluman pihak puan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.

 

  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.

 

  1.      Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pekerja>

No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

 

Contoh surat berhenti kerja (Notis 24 jam)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis 24 jam.

Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adalah notis 24 jam dibenarkan.  Bimbang kena bayar apa-apa penalti.

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>

 

  1.    Untuk makluman pihak puan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.

 

  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.

 

  1.      Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pekerja>

No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

 

Contoh surat berhenti kerja (Serta merta)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja serta merta. Mungkin anda sudah tidak tahan sangat dengan karenah ofis dan perangai boss yang selalu Whatsapp tidak kira masa.

Jika tiada lagi jalan penyelesaian, boleh gunakan contoh ini. Tidak perlu guna ayat bombastic untuk menyatakan alasan. Cukup sekadar menyatakan notis ingin berhenti kerja serta-merta.

Tulis dengan ringkas dan padat.

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA SERTA MERTA DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa serta-merta.

  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana sudi memberi peluang pekerjaan di sini.

  1.     Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pekerja>

No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

Contoh surat berhenti kerja (Sambung belajar)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana ingin menyambung pengajian.

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA  DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

 

  1.      Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana ingin menyambung pengajian di <Institusi Pengajian Tinggi> dalam <Nama Kursus>. Pengajian tersebut akan bermula pada <Tarikh Mula Pengajian>. Saya perlu menyelesaikan pelbagai urusan sebelum memulakan pengajian di sana.

 

  1.        Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pekerja>

No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

Contoh surat berhenti kerja (Atas sebab ikut suami)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana ingin ikut suami yang bekerja di negeri lain atau ke luar negara.

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA SYARIKAT> KERANA IKUT SUAMI

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1.      Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana mengikut suami yang kini bekerja di <Tempat Kerja Suami.

 

  1.        Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
  2. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pekerja>

No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

Contoh surat berhenti kerja (Atas sebab kesihatan)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja atas sebab kesihatan, dan selalu berulang-alik ke klinik / hospital.

<Nama Pekerja>

<Alamat Pekerja>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA SYARIKAT> ATAS SEBAB KESIHATAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1.      Tujuan saya meletak jawatan ini adalah atas sebab kesihatan.
  2. Seperti Tuan sedia maklum, saya terlalu kerap mengambil cuti sakit. Saya bimbang ia akan menjejaskan prestasi syarikat.
  3. Saya juga selalu berulang-alik ke <Nama Klinik / Hospital> untuk mendapatkan rawatan.
  4. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
  5. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pekerja>

No Pekerja :<No. Pekerja>

<Alamat Pekerja>

No. Tel : <No Telefon Pekerja>

 

Akhir kalam

Walau apa-pun alasan kita, berhentilah cara baik. Jangan keluar begitu sahaja kerana ia akan menjejaskan reputasi kita.

Carian dari Google:

  • contoh surat berhenti
  • contoh surat berhenti kerja 24 jam bahasa melayu
  • surat berhenti kerja sebulan alasan sebab ikut suami
  • 24 hour resign letter
  • contoh surat berhenti kerja
  • contoh surat notis berhenti kerja
  • notis berhenti 24 jam
  • surat berhenti kerja
  • surat berhenti kerja kerana dapat kerja lain
Continue Reading

Trending