8 Tips Atasi Fobia Pengucapan Awam (Public Speaking)


Kajian menunjukkan, ada orang lebih sanggup mati daripada buat ‘public speaking‘. Boleh rujuk PsychologyToday. Pengucapan awam memang sesuatu yang sukar. Amat sukar.

Jika di alam pekerjaan, bagaimana? Mestilah pandai untuk membentangkan sesuatu dalam mesyuarat. Takkan diam sahaja?

Saya bukanlah pakar dalam pengucapan awam. Cuma tidaklah terlalu takut sangat untuk berdepan orang ramai.

Ikuti tips ini untuk atasi fobia pengucapan awam, supaya hilang rasa takut.

1. Paling penting, jangan hafal teks

Andaikan kita sudah ada tajuk. Sudah sediakan draf. Sudah hafal. Sekarang, bersedia untuk bercakap.

Tapi, kalau tiba-tiba lupa satu perenggan, bagaimana? Tentu sekali tergamam, tersipu-sipu dan nampak seperti orang bodoh. Elakkan dari menghafal keseluruhan teks tidak tentu hala.

Bahaya.

2. Boleh hafal point-point penting

Butiran penting sahaja, bukan satu ayat. Contohnya kita akan bercakap tentang apa itu ucapan.
Definisi ucapan, ia melibatkan proses komunikasi yang disampaikan oleh individu secara oral kepada audien. Mesej ucapan boleh disampaikan secara terus / langsung kepada audien secara bersemuka atau melalui media tertentu (seperti radio, TV, internet, multimedia dan lain-lain).

Kuncinya di sini, jangan hafal satu perenggan di atas. Cukup sekadar ingat perkataan penting seperti:

  • Proses
  • Komunikasi oral
  • Dari A ke B
  • Melalui C

Secara ringkasnya:

  • Proses komunikasi oral itu, secara mudahnya ialah; bercakap.¬†Bercakap dengan siapa?
  • A di sini ialah penyampai ucapan itu.
  • B pula ialah audien yang penyampai sampaikan ucapan tersebut.
  • C ialah medium untuk si penyampai berkomunikasi.

3. Pengucapan awam perlu praktis, praktis, praktis

Steve Jobs yang pakar dalam storytelling pun praktis berpuluh-puluh kali, apatah lagi kita yang biasa-biasa ini.

Artikel dari Inc tentang tabiat Steve Jobs itu mengatakan, untuk pengucapan awam atau presentation selama 20 minit, perlu berlatih 20 kali.

4. Masukkan elemen storytelling dalam pengucapan awam

Tidak ada format dan teknik yang spesifik. Cuba ikut kata hati kita.

Kita semua adalah pencerita yang hebat. Dalam diri kita, pasti ada cerita yang boleh dikeluarkan semasa pengucapan awam.

Dengan bercerita tentang diri kita, atau kisah yang kita lihat sebelum sampai ke tempat pengucapan awam, ia serba-sedikit dapat membantu.

Tidak perlu cerita yang hebat-hebat seperti kisah menyelamatkan dunia. Kisah emosi dan kisah peribadi, seringkali dapat mencuri hati pendengar.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk membuat storytelling, tonton video dari Rizal Rashid yang ada di YouTube di bawah:

 

5. Jangan tengok siling atau dinding

Betul, kita mesi anggap audien seperti tidak wujud langsung. Barulah hilang rasa takut.

Cuma, janganlah sampai tidak tengok audien langsung. Tips paling penting di sini, untuk menghilangkan rasa gementar, jika betul-betul tidak berani untuk tengok mata audien, jangan tengok siling atau dinding.

Mengarut!

Ini pengalaman peribadi. Cuba tengok bahagian lain di muka audien, seperti rambut, pipi, baju dan lain-lain.

Bila kita tengok mata, seperti ada satu perasaan yang meresapi dalam diri, kita kena buat sesuatu yang ‘perfect‘.

Bila tengok tempat lain, ia tidak ada ‘binding‘ sebegitu.

6. Kalau nervous, jangan cakap laju-laju

Biasalah, kalau nervous, kita mahu habiskan pengucapan awam kita secepat mungkin. Namun, itu bukan caranya.

Simon Sinek kata, relaks dan tarik nafas. Audien sebenarnya tak kisah kalau kita rasa tidak selesa dan takut-takut. Itu biasa.

Cuma bila kita cuba cakap laju-laju untuk mempercepatkan pengucapan awam, itu yang mereka tidak suka. Ambil masa, cakap perlahan-lahan. Diam seketika, bila perlu.

7. Semasa pengucapan awam, jangan tengok slide

Nampak tidak yakin diri dan tidak profesional langsung. Sambil bercakap, sambil pusing belakang baca teks. Mula-mula pusing sedikit, lama-lama terus pandang projektor sambil bercakap.

Ini bukannya pengucapan awam. Ini pengucapan pada diri sendiri.

8. Abaikan orang yang tidak beri perhatian dala

Akan ada masa-masa tertentu, audien yang tidak setuju dengan kita akan geleng kepala. Ada audien yang lelap mata. Ada juga audien yang main telefon.

Dalam hati akan fikir, “Adakah pengucapan awam aku teruk sangat? Tak best langsung?”

Kena pujuk hati sendiri, kita masih lagi bermula dan bukan orang yang biasa buat pengucapan awam. Mungkin kita belum jumpa rentak sendiri.

Anggap reaksi audien yang bukan-bukan itu, sebagai motivasi.

Akhir kalam

Pengucapan awam

Sebenarnya, kita bukan takut untuk buat pengucapan awam atau public speaking di hadapan ramai orang. Dari segi psikologi, kita sebenarnya takut orang tak suka. Kita takut rejection.
Itu yang menyebabkan, orang sanggup lagi mati dari public speaking.

Tidak kisahlah kita buat pengucapan awam di tempat kerja atau di tempat kita belajar, asasnya sama sahaja.

Dan tidak kisah juga tajuk pengucapan awam kita tentang pencapaian syarikat, status projek, tentang kesihatan, tentang remaja atau tentang kemerdekaan sekalipun, sifat yakin diri perlu ada.

Banyak contoh teks pengucapan awam yang boleh kita download dari Internet. Walaupun begitu, pengalaman sendiri itu lebih memainkan peranan penting. Pastikan mesej itu sampai dan penyampaiannya berkesan.

Jadi, tidak semestinya kita tidak boleh berjaya. Berdoalah pada Allah, semoga lembutkan hati kita dan lembutkan hati audien untuk mendengar penyampaian kita.

Layari The Berkat untuk lebih isi tentang kerjaya dan cabaran menjadi orang berjaya.

Carian dari Google:

  • tips pengucapan awam
  • tajuk pengucapan awam
  • pengucapan awam tentang krmrdekaan
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment