Bantuan Sara Hidup (BSH 2019) – Apa Yang Anda Perlu Tahu?


Kerajaan terdahulu di bawah pucuk pimpinan Dato’ Seri Najib telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Kini, bantuan itu diteruskan walaupun pimpinan negara telah diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad. Nama bantuan itu telah ditukar kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH 2019). Adakah anda salah seorang dari pemohonnya?
Berbanding pemberian bantuan BR1M, beberapa aspek telah dikaji dan ditukar seperti syarat kelayakan. Ini bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat bantuan ini.
Justeru, artikel ini akan membincangkan beberapa fakta dan persoalan penting yang perlu anda ketahui tentang BSH 2019.
MAKLUMAN: KAMI BUKAN DARI BSH, LHDNM ATAU KEMENTERIAN KEWANGAN. KAMI HANYA MEMBUAT SEDIKIT KAJIAN DAN MENYENARAIKAN FAKTA TENTANG BSH 2019 UNTUK MAKLUMAN SEMUA.
Bantuan Sara Hidup

Apa itu BSH?

Apa itu Bantuan Sara Hidup?
Bagi yang tidak tahu, kerajaan memberi bantuan secara lebih bersasar kepada golongan B40. Bantuan diberikan kepada golongan yang benar-benar layak iaitu bergantung kepada saiz isi rumah.
Seramai 4.1 juta isi rumah akan menerima bantuan ini dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion.
 

Siapa golongan sasaran BSH?

  1. Warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia sahaja.
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia.
  3. Anggaran jumlah pendapatan bulanan isi rumah ialah RM4,000 dan ke bawah.

 

Siapa penerima manfaat BSH?

  1. Isi rumah bergaji bulanan RM2,000 dan ke bawah (mendapat bantuan RM1,000).
  2. Isi rumah bergaji bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 (mendapat bantuan RM750).
  3. Isi rumah bergaji bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 (mendapat bantuan RM500).
  4. Isi rumah bergaji bulanan RM2,000 dan ke bawah, tetapi mempunyai tanggungan 4 anak berumur 18 tahun ke bawah (mendapat bantuan tambahan RM120 untuk setiap anak).

 

Apa agensi kerajaan yang terlibat dalam BSH?

  1. Kementerian Kewangan (http://www.treasury.gov.my)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri (http://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx)

 

Bagaimana cara permohonan BSH?

Permohonan BSH 2019 boleh dilakukan melalui talian https:/bsh.hasil.gov.my. Selain itu, anda juga boleh memohon melalui aplikasi Permohonan Bantuan Sara Hidup yang boleh dicapai melalui telefon bimbit di Play Store atau App Store.
 

Mohon melalui pegawai BSH yang datang ke rumah

Tiada perkhidmatan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) secara bergerak melalui Pegawai BSH dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang hadir ke rumah pemohon. Pemohon diminta berhati-hati dengan penyamaran.
 

Tentang kelayakan pemohon BSH

Kategori yang layak memohon BSH 2019 ialah:
a) Kahwin; atau
b) Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
c) Warga emas sebatang kara
 

Tentang Bayaran BSH Fasa 2

Bagi BSH Fasa Kedua, bayaran tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank penerima seramai 300,000. Isu ini ekoran nombor akaun bank yang didaftarkan oleh penerima tidak tepat. Boleh rujuk Astro Awani.
 

Tentang bayaran ke akaun isteri

Bagi penerima berumur bawah 59 tahun, bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun bank isteri.
 

Tentang bayaran ke BSN

Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui akaun bank yang baharu secara automatik. Maklumat tentang akaun baharu ini boleh diperoleh melalui portal BSH.
 

Tentang penerima dari pedalaman

Penerima yang tinggal di kawasan pedalaman dan mempunyai akaun bank akan menerima bayaran mulai 14 Jun 2019.
Manakala, bagi penerima yang tiada akaun bank akan menerima bantuan mulai 1 Julai 2019.
 

Tentang pembayaran Fasa 2 dan Fasa 3

Bermula Fasa Kedua dan Ketiga, pembayaran Bantuan Sara Hidup akan dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
 

Tentang muflis dan senarai hitam

Jika akaun bank diisytihar muflis atau disenarai hitam, anda boleh menghubungi Jabatan Insolvensi Malaysia bagi meminta kebenaran pengeluaran wang.
 

Jika tidak terima surat BSH

Bagi pemohon yang tidak menerima surat makluman tentang pemberian BSH 2019, semakan status boleh dilakukan dengan dua cara. Pertama, semakan tanpa penggunaan Nombor TAC dan menggunakan Nombor TAC di portal BSH.
 

Lulus BSH 2018, perlu kemaskini BSH 2019

Walaupun lulus BSH 2018 dan telah menerima bayaran Fasa Pertama, pemohon tetap perlu mengemas kini permohonan BSH 2019.
 

Tidak mahu BSH 2019

Jika tidak memerlukan BSH 2019, anda perlu hadir ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM untuk mengisi borang yang berkaitan.
 

Jika penerima sudah meninggal dunia

Andai penerima telah meninggal dunia sebelum atau selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank, waris atau wakil perlu hadir ke bank untuk proses pengeluaran.
 

Cara semak pembayaran BSH Fasa Kedua

Kalau hendak menyemak pembayaran Fasa Kedua, anda boleh melayari portal MyBSH > Semakan Status > Maklumat Pembayaran Bagi Fasa 2. Di situ, ada beberapa maklumat yang dipaparkan.
 

Sebab gagal terima bantuan BSH

Mungkin ada yang tidak tahu, kenapa bantuan gagal diterima. Terdapat beberapa sebab, iaitu:
a) Maklumat akaun bank tidak tepat; atau
b) Pengenalan pemilik akaun tidak sama seperti pengenalan pada permohonan BSH 2019; atau
c) Status akaun yang dilaporkan ialah Akaun Bersama / Akaun Dormant / Akaun Tidak Aktif; atau
d) Status akaun bank tersenarai sebagai senarai hitam bank
 

Maksud Status Permohonan Belum Kemas Kini

Status Permohonan Belum Kemas Kini bermaksud permohonan yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2018. Namun, belum membuat kemas kini permohonan BSH 2019.
 

Maksud Status Permohonan Diterima

Status Permohonan Diterima bermaksud permohonan BSH 2019 telah diluluskan tetapi belum melalui proses penentuan kelayakan.
 

Maksud Status Permohonan Dalam Proses

Status Permohonan Dalam Proses merujuk pemohon dikategorikan dalam tindakan proses penentuan kelayakan.
 

Apa maksud Status Kredit Penunaian?

Status Kredit Penunaian bermaksud pembayaran RM100 secara penunaian di BSN dengan membawa Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon.
 

Daftar nombor telefon bimbit

Sebelum buat permohoan BSH, juga perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit di cawangan LHDN.
 

Gagal terima bayaran BSH 2018

Jangan risau, walaupun gagal menerima bayaran semasa BSH 2018, anda masih boleh membuat permohonan baharu BSH 2019.
 

Kelayakan RM100, jika tiada tanggungan

Pembayaran RM100 juga diberikan kepada golongan bujang yang tiada tanggungan, berumur bawah 59 tahun pada tahun 2019. Malahan, ibu bapa tunggal, balu, janda dan duda yang juga tiada tanggungan dan berumur bawah 59 tahun pada tahun 2019 layak mendapat bantuan ini.
 

Cara semak status pembayaran BSH

Cara untuk membuat semakan status pembayaran ialah:
a) Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon bimbit semasa permohonan BSH 2018
b) Klik Menu MyBSH
c) Masukkan Nombor MyKad
d) Klik Butang Mohon TAC
e) Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit
f) Masukkan TAC di ruang yang disediakan
g) Klik butang Hantar
h) Paparan Skrin MyBSH dan pilih Semakan Status
 

Perlukah slip gaji untuk apply BSH?

Buat pengetahuan anda, bagi membuat permohonan BSH 2019, slip gaji tidak perlu dikemukakan.
 

Jika sijil nikah hilang

Jika sijil perkahwinan telah hilang, boleh sahaja menggunakan kad nikah atau sijil lahir anak sebagai dokumen sokongan pengesahan status pengesahan.
 

Kahwin di luar negara, layak atau tidak?

Bagi rakyat Malaysia yang telah berkahwin di luar negara, anda tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup 2019.
 

Kalau warganegara Malaysia, tapi tinggal di luar negara, boleh mohon?

Bantuan ini hanya layak bagi warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
 

Kalau pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi anak merupakan warganegara Malaysia, boleh mohon?

Ya, boleh. Syarat ialah hubungan anak mestilah:

  1. Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  2. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  3. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
  4. 18 tahun dan ke bawah; atau
  5. 19 tahun dan ke atas (masih belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta atau Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

Kalau bujang, tapi ada anak angkat?

Bagi pemohon yang berstatus bujang, tidak pernah berkahwin namun mempunyai anak angkat, mereka tidak layak memohon BSH 2019.
 

RM100 untuk bujang, hanya dapat sekali sahaja?

Bayaran RM100 bagi kategori bujang akan dikreditkan sekali sahaja bermula 28 Mac 2019.
 

Bila bayaran Fasa 3 BSH 2019?

Bayaran Fasa Ketiga akan dikreditkan bermula Ogos 2019 (tarikh belum ditetapkan).

Duit BSH 2019 saya, ada orang keluarkan. Apa perlu buat?

Jika anda dapati wang Bantuan Sara Hidup 2019 dikeluarkan oleh pihak ketiga, segera laporkan kepada pihak polis. Kemudian, kemukakan laporan polis dan penyata bank secara terperinci ke LHDNM untuk tindakan selanjutnya.
 

Akhir kalam

Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat dan rujukan pantas berkaitan Bantuan Sara Hidup 2019. Bantuan bersasar yang memfokuskan golongan B40 ini merupakan usaha murni kerajaan untuk menjamin kebajikan dan kualiti taraf hidup rakyat. Bila duit sudah masuk, jangan boros dan berbelanja bukan-bukan. Lebih baik belajar cara simpan duit BSH, untuk kegunaan kecemasan pada masa akan datang.
Mohon perbetulkan jika ada fakta yang salah dan tidak benar. Kami mengalu-alukan juga penambahan fakta baru untuk rujukan semua.
Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • hidup fasa 2
  • semak bantuan sara hidup fasa 2
  • bila surat kelulusan bsh akan diposkan bg istri yg baru buat akaun bsn
  • ketahui ttg bantuan sara hidup
  • makna bantuan sara hidup
  • maksud bantuan sara hidup
Sebarkan kebaikan
  • 74
    Shares

Leave a Comment