Senarai Skim Bantuan Veteran ATM (Pendidikan, Sara Hidup dll)


Timbul persoalan di dalam hati, adakah veteran ATM atau veteran tentera dibela? Pejuang negara! Itu yang boleh kita nyatakan setiap kali melihat kelibat anggota negara. Apatah lagi, veteran-veteran tentera yang telah banyak mencurahkan jiwa dan raga demi keamanan negara dikecapi hari ini.
Tetapi pernahkah kita terfikir mengenai nasib dan pembelaan terhadap veteran-veteran tentera ini? Ada dalam kalangan mereka mendapat kecacatan kekal demi mempertahankan negara.
Itu belum diambil kira veteran yang menghidapi penyakit kerana faktor usia. Bantuan yang mereka dapat juga, tidak boleh dibandingkan dengan bantuan sara hidup rakyat yang diberi kerajaan kepada orang awam.
 

Siapa veteran ATM?

Tahukah anda bahawa selain anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa juga dianggap sebagai veteran tentera. Begitu juga dengan pasukan Force136, Sarawak Rangers dan tentera British yang berkhidmat di Tanah Melayu termasuklah Singapura.
Secara puratanya seramai 5,000 anggota tetap ATM meninggalkan perkhidmatan setiap tahun dan dianggarkan ketika ini ada seramai 450,000 veteran tentera di seluruh negara.
 

Kebajikan terjaga atau tidak?

Namun persoalannya adakah nasib veteran-veteran tentera di negara ini dibela? Siapakah yang membela nasib golongan yang telah banyak berjasa ini?
Untuk pengetahuan semua, nasib golongan veteran tentera di negara ini tidak pernah diabaikan, malah ada jabatan khas yang ditugaskan untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap veteran tentera. Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV.
Samada yang ada pencen atau tidak berpencen layak atau tidak, sila ajukan persoalan tentang kelayakan kepada JHEV.
 

Skim bantuan veteran ATM

Terdapat banyak skim bantuan untuk golongan veteran ATM diuruskan oleh JHEV. Skim-skim tersebut ialah:

1) Skim Bantuan Sara Hidup

Bantuan veteran ATM yang paling utama ialah tentang bantuan sara hidup. Skim ini berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM300 sebulan untuk meringankan beban veteran tentera.

2) Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan

Skim yang bertujuan membantu membiayai persekolahan anak-anak veteran tentera yang kurang berkemampuan. Kadarnya berbeza mengikut tahap. Untuk bantuan sekolah rendah, kadarnya ialah RM500 setahun manakala untuk sekolah menengah dan kolej vokasional pula RM700 setahun.

3) Bantuan kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik

Bertujuan membantu daripada aspek kewangan untuk pendaftaran kemasukan anak-anak veteran tentera ke universiti awam atau politeknik. Kadar bantuan adalah sebanyak RM1,000 untuk program diploma dan RM1,500 untuk program ijazah. Namun begitu, bantuan ini hanya untuk universiti awam dan politeknik sahaja.

4) Bantuan peralatan pesakit

Ini adalah untuk memberi bantuan kewangan kepada veteran tentera, isteri serta tanggungannya untuk membeli peralatan pesakit seperti kerusi roda, tongkat dan sebagainya.
Maksimum kadar peralatan adalah RM5,000.

5) Bantuan Bencana Alam

Kadar maksimum RM5,000 disediakan sebagai bantuan untuk meringankan beban veteran tentera yang ditimpa bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.

6) Rawatan Perubatan Percuma

Selain daripada skim serta bantuan veteran ATM melibatkan duit yang disenaraikan, veteran-veteran tentera juga layak untuk mendapatkan rawatan perubatan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan.
 

Permohonan bantuan veteran ATM

Semua permohonan skim serta bantuan yang disediakan ini boleh dimohon oleh veteran tentera dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat JHEV cawangan negeri atau dimuat turun daripada laman web ww.jhev.gov.my.
Borang permohonan mestilah diisi sendiri oleh pemohon iaitu veteran tentera atau warisnya. Permohonan-permohonan berkenaan seterusnya diserahkan kepada pejabat JHEV mengikut
lokasi veteran tentera tersebut menetap.
 

Semak status permohonan veteran tentera

Semakan status permohonan pula boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web  http://vetis.jhev.gov.my.
Berdasarkan fakta-fakta yang dijelaskan di atas, ternyata pelbagai bentuk bantuan disediakan kepada golongan veteran tentera. Bantan-bantuan ini menafikan segala tohmahan atau cakap-cakap yang kononnya golongan veteran tentera diabaikan dan tidak dihargai.
Sedangkan jika dilihat kepada senarai bantuan, sehingga ke waris veteran tentera turut mendapat manfaatnya. Ini sekali gus dapat meringankan beban kewangan golongan veteran.
 

Kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk veteran tentera

Secara keseluruhannya, jasa serta pengorbanan veteran tentera sentiasa diambil berat oleh kerajaan. Komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan veteran tentera ini boleh dilihat menerusi penubuhan sebuah jabatan yang khusus memfokus kepada golongan itu.

 

Akhir kalam

Diharapkan setiap bantuan yang disediakan kepada golongan veteran tentera ini akan digunakan sebaiknya dan dimanfaatkan.
Benar bantuan-bantuan ini tidak cukup untuk membayar segala keringat yang dicurahkan veteran tentera dalam mempertahankan keselamatan serta keamanan negara, namun sekurang-kurangnya dapat membantu melancarkan kehidupan mereka.

Carian dari Google:

  • borang bantuan pendidikan veteran atm
  • veteran atm
  • bantuan skim persekolahan
  • bantuan veteran atm
  • borang bantuan pendidikan atm
  • semak bantuan pendidikan veteran atm
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment