Malaysia

Cara Check Saman JPJ & Polis 2019 (Sebelum Bayar, Semak Online)

Cara check saman JPJ & polis trafik PDRM

Adakah anda tergolong di dalam 9,639,992 orang yang mempunyai tunggakan saman? Jika tidak bersyukurlah. Jika ya, ini adalah statistk yang dikeluarkan oleh pihak Cawangan Trafik PDRM dari tahun 2011 hingga 2013.

Pening kepala bila kena saman kan?. Duit yang ada pun, mahu guna untuk perkara-perkara yang lain.

Menurut Harian Metro, sebanyak RM674.80 juta yang masih belum dijelaskan. Akan tetapi, pada November 2018, sebanyak 32,462 saman trafik telah berjaya diselesaikan dalam tempoh tiga hari menurut akhbar Kosmo.

Anda tidak perlu risau kerana anda boleh melunaskan bayaran saman anda dengan pelbagai cara dengan mudah. Barulah anda boleh memandu dengan tenang.

Sebelum rasa rajin untuk bayar saman, apa kata kita buat semakan terlebih dahulu. Mana tahu ada diskaun?

Cara check saman JPJ

Cara check saman JPJ & AES (Rasmi)

  1. Pergi sahaja ke laman web rasmi JPJ.
  2. Dibahagian perkhidmatan, pilih Semakan Saman JPJ & AES
  3. Di bahagian pilihan carian, terdapat 2 kategori:
    1. ID Sahaja
      1. Pilih ruang Kategori ID
      2. Masukkan No ID
  • Masukkan Kod Sekuriti.
  1. Tekan butang Semak
  1. ID & No. Kenderaan
    1. Pilih kategori ID.
    2. Masukkan No. ID
  • Masukkan nombor pendaftaran kenderaan di ruang Vehicle Registration No.
  1. Masukkan Kod Sekuriti.

Cara check saman JPJ di MYEG

MYEG check saman JPJ online

Ini lebih mudah, kerana kita boleh buat semakan untuk saman JPJ dan saman polis sekaligus. Semuanya ada dalam satu tempat.

  1. Pergi ke laman web MYEG di https://myeg.com.my
  2. Sila daftar terlebih dahulu
  3. Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
  4. Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
  5. Pergi ke menu e-Services dan pilih JPJ. Anda juga boleh semak saman PDRM dan AES.
  6. Masukkan nombor kad pengenalan dan pilih kategori
  7. Selepas itu, klik Submit dan akan keluar paparan samada anda ada saman atau tidak

 

Cara semak saman JPJ melalui RILEK

Selain MYEG, anda juga boleh check saman online menggunakan RILEK.

  1. Pergi ke laman web RILEK di https://rilek.com.my
  2. Sila daftar terlebih dahulu
  3. Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
  4. Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
  5. Pergi ke menu “Search By” dan pilih untuk semakan saman JPJ
  6. Masukkan butiran yang diminta dan klik Semak
  7. Untuk makluman, anda juga boleh buat semakan saman polis melalui RILEK

 

Cara semak saman JPJ guna SMS

Jika sukar untuk guna Internet, boleh sahaja semakan saman guna SMS. Lebih pantas dan laju, cuma ada sedikit kos.

Semak saman JPJ SMS (guna nombor IC)

  1. Taipkan JPJ Saman <jarak> No Kad Pengenalan
  2. Hantarkan ke 15888

Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN 920101142533

 

Semak saman JPJ SMS (guna nombor kenderaan)

  1. Taipkan JPJ Saman <jarak> No plat kenderaan
  2. Hantarkan ke 15888

Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN WWW8888

Kenderaan itu termasuklah kereta, motor, lori dan lain-lain. Bermakna semua kenderaan yang berdaftar dengan JPJ.

 

Cara bayar saman JPJ

Sebelum itu, bagi yang ingin membayar melalui JPJ, anda perlu tahu bahawa saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ terbahagi kepada dua:

  1. Saman Yang BOLEH Dikompaun
    1. Boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
  2. Saman Yang TIDAK BOLEH Dikompaun
    1. Perlu diselesaikan di MAHKAMAH yang ditetapkan dalam notis saman.

 

Di mana boleh bayar saman JPJ?

Saman tersebut boleh dibayar:

  1. Mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  2. Melalui perkhidmatan MYEG E-Services.

Cara Membayar Saman.

  1. Hadir ke Pejabat JPJ yang berkenaan untuk menuntut kenderaan dengan membawa:
  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan Salinan saman JPJ (P) 22dengan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan Bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  4. Bayaran boleh dilakukan secara tunai.
  5. Bayaran melalui Wang Pos/Bank Draf boleh dilakukan setelah kadar kompaun diketahui.
  6. Bayaran melalui E-Services juga boleh dilakukan.

 

NOTIS:

  1. TIADA RAYUAN untuk mengurangkan kadar kompoun.
  2. Kadar kompaun TELAH DITETAPKAN di dalam system JPJ.

 

Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG1, bayaran boleh dilakukan melalui laman web:

 

  1. http://www.eservices.com.my
  2. http://www.rilek.com.my
  3. http://www.myeg.com.my

 

Cara check saman polis trafik (PDRM)

Cara check saman polis trafik (Rasmi)

Anda boleh buat semakan melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-Line Payment System):

  1. Di Semua Ibu Pejabat Polis Daerah.
  2. Kaunter JPJ terpilih

Untuk makluman, ada juga kaunter Trafik COPS di kompleks beli-belah terpilih. Lebih memudahkan juga.

 

Cara check saman polis MYEG

MYEG check saman polis trafik online

Ini lebih mudah, kerana kita boleh buat semakan untuk saman JPJ dan saman polis sekaligus. Semuanya ada dalam satu tempat.

  1. Pergi ke laman web MYEG di https://myeg.com.my
  2. Sila daftar terlebih dahulu
  3. Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
  4. Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
  5. Pergi ke menu e-Services dan pilih JPJ. Anda juga boleh semak saman PDRM dan AES.
  6. Masukkan nombor kad pengenalan dan pilih kategori
  7. Selepas itu, klik Submit dan akan keluar paparan samada anda ada saman atau tidak

 

Cara semak saman polis trafik melalui RILEK

Selain MYEG, anda juga boleh check saman online menggunakan RILEK.

  1. Pergi ke laman web RILEK di https://rilek.com.my
  2. Sila daftar terlebih dahulu
  3. Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
  4. Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
  5. Pergi ke menu “Search By” dan pilih untuk semakan saman polis
  6. Masukkan butiran yang diminta dan klik Semak
  7. Untuk makluman, anda juga boleh buat semakan saman JPJ melalui RILEK

 

Cara semak saman polis trafik guna SMS

Jika sukar untuk guna Internet, boleh sahaja semakan saman guna SMS. Lebih pantas dan laju, cuma ada sedikit kos.

Semakan saman polis trafik SMS (guna nombor IC)

  1. Taipkan POLIS SAMAN <jarak> No Kad Pengenalan
  2. Hantarkan ke 15888

Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN 920101142533

Semakan saman polis trafik (guna nombor kenderaan)

  1. Taipkan POLIS SAMAN <jarak> No plat kenderaan
  2. Hantarkan ke 15888

Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN WWW8888

Kenderaan itu termasuklah kereta, motor, lori dan lain-lain. Bermakna semua kenderaan yang berdaftar dengan JPJ.

 

Cara bayar saman polis trafik (PDRM)

 

Bagi yang ingin membayar saman melalui PDRM, ada 3 cara:

Bayar saman polis secara online

    1. Melalui portal
      1. http://www.rilek.com.my
      2. http://www.myeg.com.my
  • Gunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit
  1. Caj sebanyak RM 2.00 dikenakan terhadap semua bayaran saman bagi setiap transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.

Bayar saman polis trafik melalui kaunter

Jika memilih untuk bayar melaui kaunter, cara bayaran ada Tunai, Kad Debit & Kad Kredit.

    1. Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer Online Payment System)
      • Kaunter ini ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah
    2. Melalui Kaunter JPJ Terpilih:
      • JPJ Johor Bahru
      • JPJ Kuantan
      • JPJ Seberang Prai Tengah
      • JPJ Ipoh
      • JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
      • JPJ Padang Jawa, Selangor
      • JPJ Kuala Terengganu, Terengganu
    3.  Melalui Kaunter Trafik COPS di Pusat Beli-Belah:
      • Terminal One Seremban
      • Perangin Mall Pulau Pinang
      • Queensbay Mall Pulau Pinang
      • Jaya Jusco Ipoh
      • The Curve Petaling Jaya
      • IOI Mall Puchong

Bayar saman polis trafik melalui mesin ATM Maybank

Dengan 5 langkah mudah:

  1. Langkah 1: Pilih “Paybills” pada menu utama
  2. Langkah 2: Pilih “Pembayaran Saman PDRM”.
  3. Langkah 3: Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Langkah 4: Pilih akau untuk bayaran
  5. Langkah 5: Pilih saman yang perlu dibayar.

 

Semua bayaran saman tidak dikenakan caj perkhidmatan. Pra-Pendaftaran juga tidak diperlukan.

 

Akhir kalam 

Sebagai kesimpulannya, anda ada banyak cara untuk membayar saman kerana kita mempunyai kaedah tradisional dan moden.

Oleh itu, jika anda ada tunggakan saman, cepat-cepatlah bayar supaya kenderaan anda disita. Bagi yang ingin menyelamatkan dompet, ikutlah peraturan jalan raya bagi mengelakkan duit anda ‘terbang’. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang kehidupan.

[yasr_overall_rating size=”medium”]

Rate this post

Carian dari Google:

  • cara check saman 2019
  • cek saman guna ic malaysia
  • cara check saman 2019 jpj
  • bayar saman secara ansuran 2019
  • bayaran saman online 2019
  • cara check saman
  • cara semak saman
  • saman polis 2019
  • semak online saman guna mesej
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top