10+ Cara Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak (Ikut Petua Orang Lama)


Apabila batuk berterusan, tekak juga akan rasa sangat gatal. Asyik-asyik kena tutup mulut, takut mengganggu orang sebelah. Mulalah rasa tidak selesa dan tercari-cari cara hilangkan batuk yang berkesan.

Cara hilangkan batuk

Maka, izinkan kami berkongsi beberapa cara hilangkan batuk, dan petua tradisional yang dapat menghilangkan batuk dengan berkesan.
 

Hilangkan batuk dengan asam jawa

Petua hilangkan batuk yang pertama ialah menggunakan asam jawa. Ini kerana rasa masam asam jawab boleh melegakan tekak.
Cuba ikut petua hilangkan batuk secara tradisional ini.
Caranya, beberapa biji asam jawa mengikut kesesuaian.
Pastikan buang biji asam jawa terlebih dahulu. Campurkan asam jawa yang sudah dibuang biji tadi ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga campuran asam jawa tadi menjadi sebati.
Tambah gula jika perlu. Pastikan hanya sedikit sahaja. Sesuai untuk orang yang tak suka masam-masam.
Jangan guna air sejuk atau tambah ais.
 

Redakan dengan madu

Dari zaman dahulu kala lagi, kita semua maklum bahawa minum madu diakui baik untuk gatal tekak dan batuk-batuk.
Caranya, ambil sesudu madu dan makan begitu sahaja. Jangan risau, tidaklah manis seperti gula, masih boleh diterima.
 

Campurkan madu + air

Bagi yang tidak boleh makan madu begitu sahaja, boleh tambahkan madu dalam air yang kita suka. Paling sesuai ialah air suam sahaja.
Jika mahu ada rasa lagi, boleh tambahkan madu pada teh.
Madu yang dicampur dengan air panas atau suam, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering serta tidak berhenti-henti.

Atasi batuk dengan lemon

Jus lemon sangat sesuai untuk orang yang mengalami batuk yang kering iaitu tidak berkahak. Boleh minum begitu sahaja, atau seperti yang dikongsikan di atas, campurkan dengan madu.
Caranya, potong dua sebiji lemon.  Perahkan sebiji lemon yang dipotong dua tadi ke dalam air suam. Tambah sesudu madu jika perlu. Campurkan semuanya dan kacau hingga sebati.
Minum dan nikmatilah kelegaan tekak.

Sembuhkan batuk dengan air garam

Tambahkan sedikit garam dalam air suam, agak-agak dalam setengah sudu besar. Kacau hingga sebati.
Kumur-kumur hingga ke dalam tekak, tapi jangan sampai tertelan. Ini akan dapat melegakan kerengsaan dalam tekak.
 

Ubati batuk dengan limau nipis

Ambil sebiji atau lebih limau nipis yang segar. Potong dua.
Perahkan dalam air suam dan minum.
 

Campurkan limau nipis + kicap

Ambil sebiji limau nipis yang segar. Potong dua.
Ambil juga sesudu kicap.
Perahkan sebiji limau nipis tadi ke atas kicap. Campurkan, gaul dan minum.
 

Hilangkan batuk dengan kunyit

Cara hilangkan batuk yang seterusnya ialah menggunakan kunyit.
Bagi yang mengalami batuk kering, boleh makan makanan yang berasaskan kunyit. Yang sesuai ialah masak singgang atau masak lemak cili padi.
Tidak perlu banyak-banyak, asalkan ada rasa.
 

Legakan batuk dengan air suam

Tidak perlu tambah apa-apa. Banyakkan minum air suam untuk kelegaan yang cepat.
Kita batuk kerana kurang air dalam badan. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
 

Mandi air panas

Laman WebMD mencadangkan agar mandi air panas. Cuma janganlah betul-betul panas menggelegak.
Mandi panas boleh membantu menghilangkan batuk dengan melonggarkan rembesan di hidung. Strategi berwap ini dapat membantu mengurangkan batuk bukan sahaja akibat selsema, tetapi juga dari alahan.
 

Akhir kalam

Cadangan di atas hanyalah untuk batuk dan gatal tekak yang tidak serius.
Jika keadaan anda menjadi lebih teruk, sila dapatkan rawatan doktor. Cara menghilangkan batuk ini hanyalah sebagai panduan semata-mata, bukanlah pengganti ubat doktor.
Semoga cara hilangkan batuk ini dapat membantu anda. Dan semoga anda cepat sihat!

Carian dari Google:

  • cara hilanhkan batuk dgn epal
  • petua hilangkan gatal tekak
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment