15+ Cara Hilangkan Bau Ketiak (Pada Badan & Baju)


Berpeluh adalah lumrah bagi kita semua, tetapi bau badan yang disebabkan oleh peluh bukanlah perkara biasa terutama sekali pada bahagian ketiak. Apabila melakukan aktiviti harian yang aktif, ditambah pula dengan cuaca panas terik, agak mustahil bagi kita untuk tidak berpeluh dengan banyak. Sudah tentu kita akan risau dengan bau badan yang bakal muncul terutama sekali di bahagian ketiak. Pastikan akan tercari-cari bagaimana cara hilangkan bau ketiak yang hangit dan tengik?
Sememangnya cabaran besar bagi kita semua untuk mencegah badan dari berpeluh dengan cuaca panas lembab di negara ini. Sebab itu kita perlu teliti tentang beberapa perkara untuk mengelakkan bau ketiak muncul selepas berpeluh dengan banyak.
Berikut adalah faktor yang perlu anda teliti terutama bagi mereka yang mempunyai masalah bau ketiak yang agak serius.
Izinkan kami berkongsi.
 

Kurangkan makan makanan berempah

Kurangkan masakan berempah seperti kari, kurma dan nasi beriyani. Ini kerana, bumbu yang digunakan seperti jintan putih dan halba akan menyebabkan ketiak anda akan berbau lebih kuat.
 

Elak makan daging proses

Daging asalnya berkhasiat untuk badan namun jika diambil berlebihan akan buat badan kita bekerja lebih keras untuk memprosesnya lalu bertindak balas dengan mengeluarkan lebih banyak peluh. Dalam masa yang sama, kurangkan juga pengambilan daging merah.
 

Elak makan makanan ringan

Elakkan makanan seperti aiskrim, gula-gula, keropok, jeruk dan coklat. Makanan yang tidak bernutrisi ini sukar dicerna badan dan akan terperap lama di dalam saluran penghadaman kita lalu menghasilkan bau ketiak yang hangit.
 

Elak makan bawang putih dan bawang merah

Kandungan enzim Allicin yang terdapat di dalam bebawang ini menjadi penyumbang kepada bau ketiak apabila bercampur dengan peluh, terutama sekali apabila peluh mula mengering.
 

Elak merokok atau berhenti terus

Nikotin yang terkandung dalam tembakau yang diserap oleh peparu akan diangkut cepat ke dalam aliran darah lalu diedarkan ke seluruh badan. Bila zat racun ini bercampur dengan unsur-unsur kimia lain dalam badan, ia akan menyebabkan bau ketiak anda semakin kuat. Jadi berhenti merokok adalah solusinya.
 

Banyakkan bersenam

Amalkan aktiviti sihat ini sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Melalui cara ini, toksin yang menjadi penyebab bau ketiak boleh disingkirkan daripada badan.
 

Cukur bulu ketiak

Pada awal tahun 1950-an, para saintis membuat kajian dan mendapati bakteria yang berkampung di dalam rimbunan bulu ketiak adalah sebab utama ketiak berbau.
  

Perbanyakkan minum air masak

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Elakkan minuman berkafein macam kopi, teh, cokelat dan minuman bersoda. Minuman bersifat diuretik seperti ini sebenarnya mengaktifkan kelenjar peluh.
 

Sentiasa pakai pakaian yang bersih

Elak guna pakaian yang sama berulang kali tanpa mencucinya. Pakaian bersih tidak menggalakkan pembiakan bakteria di badan anda.
Selain daripada menjaga gaya pemakanan anda, bau ketiak juga boleh diatasi dengan bahan-bahan yang berkemungkinan ada di dapur rumah anda. Antara yang boleh digunakan adalah :
 

Guna daun sirih

Antara cara hilangkan bau ketiak yang berkesan ialah menggunakan kaedah tradisional, iaitu daun sirih.
Kandungan antioksidan yang tinggi pada daun sirih sangat kuat dalam membasmi masalah kesihatan. Daun sirih dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit kerana mengandungi Vitamin C.
Cara menghilangkan bau ketiak dengan daun sirih yang perlu anda lakukan adalah mandi dengan menggunakan air rebusannya.
Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun sirih lalu rebus dengan 2 gelas air kemudian campurkan dengan air yang anda gunakan untuk mandi. Lakukan secara rutin sekali sehari dan insyaAllah bau ketiak anda akan segera hilang.
 

Guna cengkih

Apa yang anda perlu lakukan adalah merendam cengkeh dalam air panas selama 15 minit. Boleh ditambahkan dengan madu ketika anda hendak meminumnya. Minum 2 kali sehari secara rutin niscaya bau badan anda akan menghilang.
 

Guna timun

Mentimun terdiri dari 95 peratus air. Mentimun juga mengandung zat seperti vitamin K, vitamin C, magnesium dan vitamin A. Anda hanya perlu menggunakan timun sebagai masker pada ketiak. Gunakan dua kali seminggu secara rutin.
 

Cuba Baking soda

Baking soda dipercaya sebagai penghilang bau badan karena dapat menyerap keringat dan membunuh bakteri penyebab bau badan. Caranya adalah dengan campurkan 1 sudu baking soda dengan 1 sudu air  jeruk nipis lalu disapukan pada ketiak. Biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air suam. Lakukan sehari sekali secara rutin.
 

Cuba lemon

Lemon sudah terbukti selain daripada digunakan dalam masakan ia juga meluaskan digunakan untuk kecantikan. Selain menghilangkan bau ia juga mencerahkan kulit dan menghilangkan kehitaman pada bahagian ketiak.
Potong lemon nipis-nipis dan sapukan perlahan lahan pada ketiak. Selain itu boleh juga gunakan air perahan lemon. Dimana air perahan lemon tersebut disapu pada ketiak.
 

Sapu air mawar

Air mawar ini sememang berbau wangi. Untuk dapatkan air mawar ini ia boleh didapati daripada kedai runcit atau kedai kecantikan nak jimat boleh buat sendiri dirumah.Caranya dengan sapukan air mawah pada ketiak dan biarkan ia kering dengan sendirinya.
 

Jangan tak mandi langsung

Artikel TimesofIndia mencadangkan agar mandi paling minimum 2 kali sehari. Kita di Malaysia tentu tak akan rasa selesa kalau tak mandi. Dengan cuaca panas, memang ketiak akan rasa melekit.
Orang yang tak mandi dan cuma gosok gigi sahaja, pasti ketiaknya berbau.
 

Sediakan satu deodoran khas

Maaf, kami selitkan juga produk deodorant di sini.
Samada dari jenis antiperspirant (bantu mengurangkan penghasilan peluh) atau jenis antibakteria (bantu membunuh bakteria yang menyebabkan ketiak berbau). Tak kisah jenama apa. Bawa deodoran ini kemana sahaja anda pergi.
 

Akhir kalam

Kesimpulanya, tanpa anda sedari, apa yang anda makan sebenarnya boleh memberikan kesan kepada bau badan terutama bahagian ketiak.
Bau ketiak dapat dihindari atau dikurangkan dengan mengubah gaya pemakanan atau lebih tepat mengawal pemakanan harian selain dari mengamalkan petua-petua tradisional. Kami harap tips dan cara hilangkan bau ketiak ini dapat membantuk anda.
Amalkan tip-tip yang telah dikongsikan ini, In Shaa  Allah bau ketiak anda tidak lagi jadi bahan usikan kawan-kawan.
Semoga bermanfaat.

Leave a Comment