Kesihatan

10+ Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Yang Teramat Sangat

Cara hilangkan rasa mengantuk

Bila mengantuk yang teramat sangat, kita pun menguap. Bukan menguap biasa, menguap panjang dan lama, tapi masih lagi tak puas.

Ada kalanya, menguap sampai rahang sakit. Juga masih tak hilang rasa mengantuk. Apabila rasa mengantuk, semua kerja rasa malas nak buat. Badan rasa tak bermaya.

Mari kami kongsikan cara hilangkan rasa mengantuk. Namun, bukanlah boleh hilangkan serta-merta, kerana ia lebih kepada langkah pencegahan untuk mengelakkan dari terus menguap dan mengantuk teruk sampai tersengguk-sengguk.

 

Apa itu mengantuk?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua, mengantuk bermaksud berasa hendak tidur. Menurut fitrah, manusia sememangnya memerlukan tidur yang cukup bagi memastikan dirinya mampu dan berkebolehan untuk bekerja di siang hari.

Akan tetapi, sebarang pekerjaan atau proses pembelajaran akan terganggu disebabkan oleh mengantuk. Pelbagai faktor yang menyebabkan manusia mengantuk ketika bekerja seperti tidak cukup tidur, tidak menjaga pemakanan, mengalami tekanan, dan sebagainya.

Mengantuk juga boleh menyebabkan pelajar ketinggalan pelajaran, seseorang pekerja menjadi tidak produktif, dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya bagi para pemandu yang mengantuk.

Oleh itu, terdapat beberapa petua atau tips yang boleh diamalkan oleh semua golongan terutama pelajar, pekerja pejabat dan pemandu bagi menghilangkan mengantuk.

 

Tips hilangkan mengantuk semasa belajar

Mesti cukup waktu tidur

Pastikan kita mendapat waktu tidur yang cukup. Sejak di bangku sekolah, kita selalu dengar bahawa waktu yang tidur yang cukup ialah selama 8 jam. Menurut kajianUniversity of California San Diego (UCSD),ia menunjukkan sebaliknya.

Dapatan kajian pada tahun 2010, mereka menyatakan bahawa waktu tidur yang ideal adalah selam enam jam setengah sahaja. Jadi persoalannya, berapa lamakah masa yang diambil bagi memastikan kita benar-benar mendapat tidur yang cukup?

Menurut para saintis, kita akan mengalami proses kitaran tidur. Kebiasaannya, kita akan mengalami empat fasa tidur iaitu, Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa  Rapid Eye Movement (REM). Fasa-fasa ini akan mengikut kitarannya daripada Fasa 1 sehinggalah Fasa REM, kemudian bermula semula dengan Fasa 1. Mengikut purata, satu kitaran tidur yang lengkap mengambil masa dari 90 minit hingga 110 minit dengan setiap fasa bertahan antara 5 minit hingga 15 minit. Pastikan bilik tidur anda berada dalam keadaan gelap supaya badan kita mendapat tidur yang cukup.

 

Jangan tinggal sarapan pagi

Seterusnya,pelajar mestilah sentiasa mengambil sarapan setiap pagi. Jangan sesekali tinggalkan ‘breakfast’. Ada segelintir masyarakat yang memandang enteng terhadap sarapan pagi. Abaikan.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, apabila kita bangun daripada tidur, paras glukosan dalam darah agak rendah.

Oleh itu, kita diwajibkan untuk mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk membekalkan tenaga yang mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

Tidak boleh dinafikan bahawa sarapan pagi memberi kesan positif terhadapn kesihatan badan kita. Berdasarkan Jurnal Penyelidikan Obesiti, sebanyak 78 peratus responden telah Berjaya mengurangkan dan mengekalkan berat badan dengan pengambilan sarapan secara berterusan.

Waktu yang paling afdal untuk bersarapan ialah selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi. Antara makanan yang sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi ialah:

  • Pisang
    Mempunyai tekstur yang lembut dan mudah dihadam. Ia juga mengandungi karbohidrat yang mampu membuat perut berada dalam keadaan kenyang untuk tempoh yang lama.

 

  • Tembikai
    Mempunyai kandungan air yang banyak sesuai dimakan kerana dapat memenuhi keperluan tubuh badan yang memerlukan air. Tembikai juga berfungsi untuk menyihatkan mata, jantung, dan menghalang kanser.

 

  • Teh Panas
    The mempunyai sumber antioksidan yang berfungsi meningkatkan imunisasi tubuh.

 

  • Kopi Tanpa Gula
    Pengambilan kopi dalam kuantiti yang sewajarnya dapat menurunkan risiko penyakit diabetes atau kanser prostat. Ia mengandungi kafein serta antioksidan yang diperlukan tubuh untuk menghalang penyakit tersebut.

Akan tetapi, anda perlulah mengelakkan daripada mengambil makanan seperti roti telur, donat, kentang goreng, nasi lemak atau mi segera kerana makanan-makanan tersebut mempunyai lemak dan kolestrol yang tinggi yang boleh menyebabkan kita mengantuk.

 

Dengar muzik

Selain itu, anda digalakkan mendengar muzik atau alunan ayat-ayat Al-Quran(bagi beragama Islam).

Hal ini kerana, jika kita melakukan kerja dalam suasana yang sunyi, kita akan berasa cepat mengantuk. Menurut kajian yang dijalankan oleh Florida National University, apabila kita mendengar muzik dapat mengurangkan keresahan (anxiety), meningkatkan kepekaan, dan meningkatkan fungsi otak,.Muzik yang bersesuaian seperti muzik yang mempunyai alunan yang ringan dan menenangkan dapat meningkatkan lagi fokus dan ‘mood’kita terhadap kerja yang dilakukan.

Alunan ayat Al-Quranjuga dapat memberi kesan positif terhadap gelombang otak. Menurut laporan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara 1984, Al-Quran terbukti mampu memberi ketenangan jiwa hampir 97 peratus bagi mereka yang mendengarnya. Jika mendengar muzik klasik, ia boleh mempengaruhi kecerdsan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ). Akan tetapi, Al-Quran jauh lebih mampu daripada itu di mana ianya juga mempu mempengaruhi bukan sahaja IQ dan EQ, malah kecerdasan rohani atau spiritual (SQ).

 

Tips hilangkan mengantuk semasa memandu

Kita semua sedia maklum bahawa negara Malaysia mempunyai pelbagai perayaan besar iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, dan Hari Natal. Sudah tentu ramai rakyat Malaysia berhasrat ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Akibatnya, kesemua lebuhraya utama di Malaysia dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan yang sedang menuju ke destinasi. Kepadatan kenderaan di jalan raya boleh menyebabkan kepenatan dan mengantuk. Oleh itu, terdapat beberapa alternatif yang boleh digunakan oleh para pemandu bagi menghilangkan rasa mengantuk.

 

Rancang perjalanan

Kaedah pertama, pastikan anda merancang perjalanan anda. Setiap tahun pada setiap perayaan (Contoh: Hari Raya Aidiladha), pihak lebuhraya-lebuhraya utama seperti Lebuhraya PLUS sentiasa memberitahu waktu perjalanan yang sesuai bagi mengelakkan kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 

 

Buat senaman ringan

Senaman ringan juga amat digalakkanbagi para pemandu. Hal ini kerana, golongan ini memandu dalam keadaan duduk dalam tempoh yang lama.

Para pemandu dinasihatkan untuk berhenti di hentian rehat dan rawat (RnR) di lebuh raya jika berasa penat. Senaman ringan boleh dilakukan sejurus anda berhenti di kawasan rehat dan rawat. Kaedah ini bagi memastikan tubuh kita tidak berasa lesu ketika melakukan kerja atau pemanduan.

 

Banyakkan minum air

Akhir sekali, anda digalakkan untuk minum air putih atau air mineralsekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Air putih dapat mengawal suhu badan serta dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan terutama organ utama iaitu otak.

Otak yang dipenuhi oksigen dapat meningkatkan produktiviti kerja kita. Menurut Persatuan Perubatan Jepun, mereka mendapati amalan minum air sebaik sahaja bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat dalam memulihkan penyakit seperti sakit jantung, sakit kepala, buah pinggang dan jangkitan air kencing.

 

Tips hilangkan rasa mengantuk semasa di pejabat

Selalu tengok luar

Bagi warga pejabat, anda boleh menggunakan kaedah seperti memandang pepohon hijau.

Mereka yang bekerja di pejabat akan sentiasa tertumpu kepada skrin komputer yang boleh menyebabkan kelesuan pada mata.

Setiap 45 minit, bangun sebentar dan pergi ke kawasan pejabat anda yang mempunyai pokok-pokok sambal menghirup udara segar. Hal ini kerana, warna kehijauan pada pokok dapat memberikan kesegaran pada mata.

 

Guna kaedah tarik nafas, hembus nafas

Selain itu, gunakan kaedah tarik dan hembus nafas. Lakukan seperti kita sedang melakukan senaman.

Pertama, tarik nafas kemudian tahan nafas seketika dan hembuskannya perlahan-lahan. Teknik ini dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen di dalam badan dan membuatkan badan anda kembali segar.

 

Guna aromaterapi

Seterusnya,gunakan aromaterapi sebagai medium bagi menghilangkan mengantuk. Terdapat pelbagai bau aromaterapi yang boleh didapati di pasar raya atau pun di atas talian.

Sediakan wangian tersebut di pejabat sebagai persediaan. Bau tersebut dapat mengurangkan mengantuk terutama bau pudina dan limau. Ia juga mampu menghilangkan rasa pening kepala.

 

Akhir kata

Mengantuk merupakan tindak balas badan apabila kekurangan elemen nutrisi berkhasiat. Sebagai manusia yang inginkan kesihatan tubuh badan yang baik, anda hendaklah sentiasa mengamalkan petua-petua di atas kerana berdasarkan firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri” (Surah Al-Baqarah: Ayat 222).

Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang produktiviti.

[yasr_overall_rating size=”medium”]

Rate this post

Carian dari Google:

  • cara hilangkan mengantuk
  • cara cara nak hilang mengantuk
  • CARA HILANG MENGANTUK KEJA MLM
  • CARA MENGHILANGKAN MENGANTUK DI PEJABAT
  • tips hilangkan mengantuk
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top