5+ Cara Hilangkan Senggugut (Sebelum, Semasa atau Selepas 'Period')


Senggugut merupakan salah satu perkara biasa yang anda akan alami ketika anda datang haid atau erti lain ‘period’.
Dalam Bahasa Inggeris, dipanggil menstrual cramps. Selalunya, orang kita panggil period pain. Ini adalah satu keadaan di mana rasa sakit dan ketidakselesaan yang berlaku semasa period. Dengan kata lain, rasa senggugut yang sangat kuat.
 

Sebelum, semasa atau selepas period?

Kesakitan senggugut tersebut dapat dirasa sama ada sebelum atau pada masa anda datang haid. Ramai wanita mengalaminya hampir setiap kali mereka datang bulan atau haid. Anda akan rasakan kekejangan ini pada perut atau belakang anda.
Kesakitannya mempunyai jarak antara sederhana sehinggalah teruk. Ia biasanya berlaku buat kali pertama pada satu atau dua tahun selepas seorang wanita mendapat haid pada pertama kalinya.
Semakin anda berumur, senggugut ini biasanya akan menjadi kurang menyakitkan dan boleh berhenti sepenuhnya selepas anda bersalin dengan bayi pertama anda.
Oleh itu, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut ini.
 

Apakah tanda-tanda senggugut?

Menurut laman web MyHealth, pesakit akan rasa sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
Ia terbahagi kepada dua, iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder.
Senggugut primer; biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
Senggugut sekunder pula mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa.
Seseorang itu mungkin mengalami senggugut sekundar jika:

  • Haid yang tidak tetap
  • Haid yang tidak tetap
  • Kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertamban banyak
  • Lelehan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks

Antara tanda yang lain ialah sakit kepala, pening, letih, sakit belakang, loya dan muntah serta cirit-birit.

Cara hilangkan senggugut

Berikut ialah beberapa tips untuk merawat senggugut yang berkesan. Izinkan kami berkongsi.

Tingkatkan pengambilan air

Senggugut merupakan satu keadaan yang tidak selesa bagi ramai wanita pada setiap bulan. Pengambilan air yang lebih boleh membantu mengurangkan kembung perut, dimana kembung perut dapat meningkatkan kesakitan pada perut anda.
Jadikan tabiat dalam meminum 6 hingga 8 gelas air setiap hari terutama ketika anda datang haid. Tambahkan limau untuk jadikannya lebih sedap.
Anda juga dinasihatkan supaya mengurangkan kandungan garam, yang memainkan peranan dalam menggalakkan pengekalan cecair dan kembung perut.
Elakkan daripada minum alkohol kerana ianya menggalakkan dehidrasi. Kalau orang Islam, sudah tentu tidak akan ambil.
 

Amalkan gaya pemakanan yang sihat

Cara hilangkan senggugut ini lebih kepada pencegahan. Sebelum sakit itu datang, lebih baik cegah terlebih dahulu.
Gaya pemakanan sihat bukan sahaja membantu memberikan kesihatan yang baik kepada anda, malah dapat menghilangkan dan mengurangkan sakit senggugut yang anda alami.
Kurangkan makan makanan berminyak dan berlemak serta lebihkan buah-buahan kerana kandungan vitamin dan nutrien berkhasiat yang tinggi mampu mengurangkan lagi kesakitan senggugut anda setiap kali anda datang haid.
 

Selalu bersenam

Wanita yang kerap bersenam telah menunjukkan bahawa mereka kurang berasa sakit ketika datangnya haid. Ini kerana darah akan dipam secara aktif ke seluruh badan anda ketika bersenam dan tidak hanya menumpukan kepada satu bahagian badan sahaja.
Senaman yang dilakukan tidak semestinya perlukan senaman berat tetapi cukuplah hanya sekadar melakukan senaman ringan seperti berlari-lari anak, meregang otot dan lain-lain.
Semakin tinggi kecergasan badan anda, semakin kurang risiko untuk anda rasa sakit senggugut ketika anda didatangi haid.
 

Minum atau makan makanan yang ada halia

Ini lebih kepada cara hilangkan senggugut yang lebih ke arah tradisional.
Halia merupakan satu bahan semulajadi dan berkesan dalam membuang angin di dalam badan. Pengambilan halia sama ada berbentuk minuman atau makanan, dapat mengurangkan kembung perut dan sekaligus mengurangkan dan menghilangkan sakit senggugut yang anda alami.
Anda tak perlu ambil halia dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah bagi menghilangkan dan mengurangkan kembung perut yang anda alami.
 

Kurangkan minum kopi

Pengurangan dalam pengambilan kafein membantu ramai wanita melegakan kesakitan haid mereka. Kafein datang dalam pelbagai bentuk termasuklah kopi, teh, soda, coklat, dan minuman bertenaga.
Jika anda mengambil kafein setiap hari, anda mungkin perlu turunkan dos anda ke bawah secara perlahan-lahan memudahkan anda untuk berhenti.
Sebagai pengganti, cuba minuman smoothie yang dicampurkan dengan antioksida yang kaya dengan sayur-sayuran, buah beri, dan serbuk protein.
Nutrien tersebut akan membantu anda melalui haid tanpa rasa sakit yang meningkat yang disebabkan oleh kafein.
 

Akhir kalam

Justeru itu, terdapat pelbagai cara yang anda boleh cuba dalam usaha untuk mengurangkan sakit senggugut yang anda alami. Namun, cara hilangkan senggugut ini hanyalah sebagai panduan sahaja.
Anda juga dinasihati untuk dapatkan nasihat daripada doktor pakar anda sekiranya kesakitan yang anda alami tersebut lebih daripada biasa.
Seperkara lagi, jika anda seorang Islam, jangan lupa berdoa pada Allah. Semoga Allah memberi kemudahan dalam menghadapi ujian sakit senggugut ini.

Carian dari Google:

  • cara mengubat senggugut di peha

Leave a Comment