Kesihatan

Cara Kira Waktu Subur Selepas Haid (Untuk Hamil atau Elak Hamil)

Cara kira waktu subur selepas haid

Bagi wanita yang baru sahaja melepasi kitaran haid mereka, mereka dapat merasai tanda-tanda fizikal berkenaan dengan waktu subur mereka. Apakah yang dikatakan dengan waktu subur ini? Dan bagaimana cara kira waktu subur selepas haid?

Waktu subur ini bererti waktu yang paling sesuai dan mudah bagi seseorang wanita untuk mengandung. Tempoh waktu subur bagi seorang wanita adalah lebih kurang 6 hari dalam 1 bulan. Sekitar enam hari ini, dikatakan terdapat waktu yang ‘paling subur’ selepas kitaran haid mereka.

Jadi wanita haruslah pandai merancang waktu tepat untuk hamil dan perlu mengetahui bila untuk mengelakkan waktu ‘bersama’ dengan suami jika ingin menjarakkan kehamilan secara semulajadi.

Izinkan kami berkongsi.

Tanda-tanda waktu subur

Oleh itu, di bawah kami senaraikan 6 tanda waktu subur yang akan dialami secara fizikal oleh kaum wanita.

 

Peningkatan Suhu Tubuh

Proses ovulasi wanita secara umumnya dapat meningkatkan suhu badan mereka. Anda hanya perlu membezakan suhu biasa badan anda berbanding dengan waktu subur anda. Pastikan anda gunakan termometer yang tepat dan stabil bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan betul.

 

Keputihan

Kesuburan wanita juga boleh dilihat melalui terjadinya keputihan iaitu lendir yang terhasil pada kawasan serviks. Tekstur, warna dan kepekatan keputihan yang hadir bagi menunjukkan tanda subur wanita adalah berbeza dengan keputihan yang berlaku pada hari biasa. Ketika ovulasi, lendir keputihan akan menjadi lebih cair dan jernih.

 

Rasa Ghairah

Peningkatan nafsu syahwat atau libido dalam wanita juga sering dikaitkan dengan salah satu tanda subur wanita. Wanita akan merasa lebih menarik secara semulajadi bagi pasangan anda.

 

Rasa Kejang di Bahagian Perut

Rasa kejang atau ‘cramp’ ini bukan sahaja dirasai ketika anda datang haid. Ia juga boleh menjadi petanda kesuburan anda.

 

Payudara Menjadi Bengkak

Ketika anda ovulasi, payudara akan terasa sedikit bengkak dan ngilu disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan anda. Tapi terdapat juga wanita lain yang bukan hanya mengalami bengkak pada payudara mereka malah juga pada bahagian tubuh yang lain.

 

Deria Rasa Menjadi Lebih Tajam

Selain daripada tanda yang telah disenaraikan di atas, ada juga segelintir wanita yang mendakwa mereka dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih tajam ketika berada pada waktu subur. Oleh itu, mereka kebiasaannya menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi.

Bolehkah kira waktu subur untuk dapat anak lelaki atau perempuan?

Soalan yang kerap ditanya oleh wanita adalah bolehkah kita kira waktu subur bagi merancang untuk hamil dengan anak lelaki atau perempuan. Pelbagai kaedah telah dicuba oleh kebanyakan pasangan bagi mendapatkan sama ada anak lelaki atau perempuan. Antaranya adalah:

  • Menambahkan makanan beralkali atau asid

Wanita selalunya dianjurkan untuk menambahkan makanan beralkali bagi yang berhasrat untuk mendapatkan anak lelaki. Manakala bagi yang inginkan anak perempuan pula, mereka digalakkan untuk meningkatkan pengambilan makanan berasid. Mereka juga disyorkan supaya mengelakkan makanan bergaram bagi meningkatkan lagi peluang untuk hamil dengan anak perempuan.

 

  • Mengawal kepantasan sperma untuk berenang ke

Tempoh sperma berenang dan bercantum dengan ovum wanita sering dikaitkan dengan jantina bayi anda. Sekiranya kuantiti sperma anda banyak dan ianya berenang dan bercantum dengan pantas dengan ovum, anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat anak lelaki. Manakala bagi yang ingin mendapatkan anak perempuan, mereka dinasihatkan untuk mengawal alat sulit suami mereka supaya tidak berada terlalu dalam bagi sperma kromosom X berenang jauh sebelum ianya bercantum dengan ovum.

  • Jumlah sperma

Bukan itu sahaja, jumlah sperma juga memainkan peranan dalam hasrat anda untuk mendapatkan sama ada anak lelaki atau perempuan. Lebih tinggi jumlah sperma, maka lebih tinggi untuk anda mendapat anak lelaki. Begitu juga sebaliknya.

 

Adakah kalkulator online untuk kira waktu subur?

Kini, terdapat banyak kaedah yang boleh anda cari di internet termasuklah untuk anda mengira waktu kesuburan anda dengan lebih tepat.

Boleh cuba kalkulator percuma dari WebMD dan WomensHealth.

Semoga ilmu yang dikongsikan di atas bermanfaat dan selamat mencuba.

Cara Kira Waktu Subur Selepas Haid (Untuk Hamil atau Elak Hamil)
4.3 (85%) 4 votes

Carian dari Google:

  • cara kira waktu subur
  • cara kira waktu subur panduan percuma
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top