5 Cara Kuruskan Badan Yang Berkesan. Tak Susah, Mudah Sahaja!


Amaran: Ini bukan tips atau petua yang boleh terus capai impian anda dalam masa yang singkat. Ini adalah tips yang perlu dilakukan dalam jangkamasa panjang.

1. Lakukan perubahan kecil dari semasa ke semasa

Ingat, ini adalah maraton, bukannya lari pecut. Mengubah keseluruhan gaya hidup anda dalam sekaligus akan mengundang kegagalan. Lakukan satu perubahan yang sihat setiap minggu untuk membolehkan anda menyesuaikan diri. Cara kuruskan badan yang berkesan ialah dengan mengubah minda, cara hidup dan nafsu kita.
Sama ada memasak makanan anda sendiri empat malam seminggu, menambah 20 minit senaman kecergasan untuk rutin harian anda atau menukar kopi bergula kepada teh hijau, kesemua perubahan ini akhirnya akan memberikan kesan positif kepada tubuh badan anda.

2. War-warkan kepada orang di sekeliling anda

Inilah cara untuk kurus dengan cepat cara psikologi. Anda perlu memberitahu kepada rakan-rakan, jiran, saudara mara dan sebagainya bahawa anda sedang dalam fasa perubahan gaya hidup. Pasti ada suara-suara sinis yang kata, “Nak buat apa kurus! Makan je lah”.
Biarkan mereka. Anda ada impian sendiri. Jadi, dengan war-warkan lebih awal, ini dapat mengelakkan salah-faham terutamanya jika anda terpaksa menolak pelawaan untuk makan di luar bersama. Jika terpaksa, anda boleh membawa bekal sendiri atau menukarkan aktiviti makan bersama kepada aktiviti lain yang lebih sihat.

3. Memantau dan mencatat kemajuan anda

Cara kuruskan badan yang berkesan
Apabila jarum skala berat seolah-olah tidak berganjak atau anda berasa seperti badan anda tidak berubah dengan cepat seperti yang diharapkan, adalah mudah untuk anda berasa tawar hati. Jadi, memantau dan mencatat kemajuan anda dari awal untuk melihat sejauh mana pencapaian anda akan membantu memotivasikan anda untuk terus gigih berusaha.
Pelbagaikan catatan anda iaitu dari segi kemajuan fizikal, perubahan diet, jenis senaman yang telah/sedang/akan dilakukan dan sebagainya.

4. Menentukan matlamat

Segala perkara yang dilakukan dalam hidup memerlukan matlamat jika kita ingin berjaya. Ramai orang berazam untuk kurus tetapi jika tiada matlamat maka ia menjadi angan-angan semata-mata. Menetapkan matlamat utama, bulanan, mingguan dan sebagainya memotivasikan anda untuk mengejar matlamat tersebut.

5. Tidur mencukupi

Antara kesalahfahaman yang popular di kalangan masyarakat adalah tidur akan menyebabkan seseorang menjadi gemuk. Hakikat sebenarnya adalah jika anda tidur kurang dari tujuh atau lapan jam sehari, kesihatan anda – dan pinggang – akan terjejas.
Malah, menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2013, para penyelidik mendapati bahawa seseorang yang kurang tidur lebih cenderung untuk memilih makanan ringan dalam kuantiti yang banyak berbanding mereka yang tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada waktu malam. Ini bermakna kekurangan tidur mempengaruhi pemilihan makanan seseorang.
Kekurangan tidur kronik dikaitkan dengan obesiti, diabetes dan banyak lagi. Tambahan pula, tidur adalah masa yang penting untuk membina semula otot dari rutin senaman anda dan memberikan otak anda peluang untuk memproses dan menyembuhkan tubuh badan.
Kesimpulannya, dengan gabungan tips-tips dan cara untuk kurus dengan cepat seperti di atas, diharapkan ia dapat memastikan anda mencapai matlamat untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan. Tidak ada jalan pintas dalam mencari cara kuruskan badan dengan berkesan.
Teruskan berusaha dan jangan berputus asa kerana mereka yang bersabar sahaja yang dapat mencapai kejayaan yang diinginkan.
[yasr_overall_rating size=”small”]

Sebarkan kebaikan
  • 2
    Shares

Leave a Comment