10+ Cara Mencegah Gout Secara Semulajadi (Hilangkan, Tanpa Ubat)


Gout adalah sejenis penyakit arthritis yang boleh menjejaskan pelbagai bahagian tubuh yang berbeza seperti pergelangan kaki, lutut, tangan, pergelangan tangan. Namun, yang paling ketara adalah pada ibu jari kaki. Gejala termasuklah kesakitan yang teramat pedih dan keradangan pada sendi yang menyebabkan bengkak. Semestinya, sesiapa yang pernah kena sakit gout, akan tercari-cari adakah cara mencegah gout secara semulajadi yang berkesan.
Menurut laman WebMD, gout adalah sejenis keradangan yang disebabkan oleh pembentukan hablur asid urik pada sendi. Asid urik ini adalah produk pecahan purin yang merupakan sebahagian daripada banyak makanan yang kita makan setiap hari.
Ingin kami kongsikan, bahawa ramai pesakit gout telah mencuba rawatan semulajadi dengan menggunakan bahan-bahan yang biasanya mudah didapati di rumah atau pasaraya. Tidaklah sesusah mana.
Berikut adalah tips semulajadi untuk mencegah sakit gout, tanpa ubat.
Izinkan kami berkongsi.
 

Amalkan makan buah ceri

Ceri mempunyai ciri antioksidan yang merupakan bahan semulajadi yang sangat baik untuk melegakan kesakitan gout. Ceri juga membantu mengurangkan keradangan dan gout kerana mengandungi antosianin. Cuba amalkan pengambilan 15-20 biji ceri sehari.
 

Minum jus saderi saderi

Ekstrak benih saderi dan jus saderi terbukti berkesan dalam mengurangkan pembentukan asid urik dalam tubuh badan. Ini menjadikan daun saderi amat berkhasiat dalam mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan yang disebabkan oleh keradangan.
Contohnya, sakit sendi (berpunca daripada arthritis), gout, jangkitan buah pinggang dan hati, masalah kulit, sindrom usus besar yang sensitif dan infeksi saluran kencing.
 

Masukkan akar halia dalam makanan harian

Akar halia mempunyai ciri anti-keradangan dan boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk mengubati sakit gout. Salah satu cara adalah dengan memasukkannya ke dalam makanan harian anda.
Cara lain ialah memasukkan setengah sudu teh akar halia ke dalam air yang mendidih dan minum campuran tersebut setelah ianya sejuk.
Pilihan ketiga adalah dengan  menggabungkan akar halia dengan air dan menampalkannya pada kawasan yang terjejas dan membiarkannya selama kira-kira 30 minit.
 

Minum air kosong banyak-banyak

Sekiranya anda mengalami sakit gout dan bengkak, pengambilan air yang mencukupi adalah penting dalam membantu mengeluarkan asid urik yang berlebihan daripada tubuh badan anda dan memastikan gout dalam keadaan yang terkawal.
 

Amalkan penggunaan cuka epal (apple cider vinegar)

Cuka epal adalah rawatan semulajadi yang mudah untuk sakit gout dan bengkak. Keasidan dalam cuka membantu meringankan kesakitan dan mengurangkan keradangan.
Masukkan satu sudu teh cuka epal ke segelas air dan minum dua hingga tiga kali sehari. Sekiranya anda mendapati rawatan ini berkesan, anda boleh menambahkan kuantiti cuka epal ke dalam air.
 

Amalkan makan pisang

Kandungan potasium yang tinggi dalam pisang menukarkan kristal asid urik dalam tubuh ke dalam bentuk cecair, yang kemudiannya akan keluar melalui air kencing.
Pisang juga mengandungi vitamin C, yang mengurangkan bengkak dan kesakitan. Sertakan sebiji atau dua pisang dalam diet harian anda.
 

Minum jus lemon

Cara terbaik untuk melegakan sakit gout dan bengkak adalah dengan mengurangkan jumlah asid urik dalam aliran darah. Jus lemon mengalkalikan tubuh badan dan mengurangkan jumlah asid.
Campurkan sebiji jus lemon dengan setengah sudu teh baking soda. Sebaik sahaja desisan berhenti, campurkan segelas air dan minum dengan segera. Pilihan lain ialah mencampurkan jus lemon dengan air dan minum sekurang-kurangnya tiga gelas sehari.
 

Akhir kalam

Tugas kami sudah selesai. Kami sudah berkongsi cara mencegah gout yang boleh diamalkan.
Ingat, jaga kesihatan elok-elok. Gout itu, bila ia menyerang, sakitnya bukan biasa-biasa. Pasti tidak mahu merasai kesakitan itu lagi. Oleh yang demikian, sila baca pantang-larang untuk orang yang menghidapi gout ini.
Ingat, lebih baik cegah sakit gout, sebelum menderita kesakitan.
Jaga diri baik-baik!
 
 

Sebarkan kebaikan
  • 2
    Shares

Leave a Comment