Kerjaya

12 Cara Mengambil Hati Boss, Mesti Bodek Cara Baik

Tips mengambil hati boss

Bunyinya macam mengajak kita membodek majikan atau bos.

Ya, memang itulah tujuan tulisan ini. Kerapkali kata bodek itu dikonotasi secara negatif sehingga ada istilah ‘kaki kipas‘, ‘kaki aircond‘ dan macam-macam lagi. Kita cuba menitipkan beberapa petua agar kita bodek bos atau majikan secara betul. Bukankah menjaga hubungan baik dengan bos itu suatu yang baik?

Mari kita lihat satu persatu :

1. Mesti tahu apa minat boss

Ini cara mengambil hati boss yang paling utama. Kita mesti tahu apa yang dia suka. Orang yang ada minat sama, lebih mudah untuk rapat.

Kenal bos bukan hanya pada nama dan kampung asalnya sahaja. Bos pun seperti kita, ada minat, ada yang dibenci dan kecenderungannya. Bos mungkin minat pasukan Chelsea atau makan cendol. Begitu Juga pada cara kerja dan kehendaknya. Bukanlah maksudnya kita perlu mengubah diri meminati segala yang bos kita suka.

2. Tak setuju, kata tak setuju

Seorang bos biasanya sukakan pekerja yang berterus terang. Malah dalam perbincangan terbuka sekali pun bos menghargai pendapat yang suarakan secara berhemah. Cuma awas, pada perkara yang bos kita amat tegas tentangnya, nyatakan idea kita secara bersemuka di dalam biliknya. Bos amat suka pendapat dan kejujuran kita.

3. Jangan terlalu mesra dengan boss

Walaupun kita rasa bos kita seorang yang amat ‘sporting‘, usah sesekali merendahkan penghormatan kita padanya. Maksudnya kita tahu batas antara seorang pekerja dengan majikan. Usah terlebih mesra dengan bos sampai bos rasa kurang selesa. Bos tetap bos walaupun kita pernah berkawan dengannya ketika di sekolah.

4. Jangan jadi ‘kaki report’

Kerap mengadu dan memperkatakan prestasi kerja rakan sejawat kita (terutamanya hal-hal remeh) akan menunjukkan sikap negatif kita. Biasanya seorang bos tidak gemar pekerja yang suka mengadu kecuali diminta.

Pekerja yang kurang disiplin atau bermasalah akhirnya akan diketahui oleh bos. Kecualilah jika yang dilaporkan itu satu kesalahan besar seperti rasuah atau mencuri, bos memang perlu diberitahu.

5. Buat bos nampak penting

Ini adalah cari mengambil hati boss yang memerlukan sedikit seni dalam berbicara. Buat-buat rajin-rajin tanya pendapat dari boss. Bukan pendapat yang remeh temeh. Ia lebih kepada pendapat yang melibatkan sesuatu yang penting. Bos suka bila orang aggap dia penting.

Bodek bos secara ‘smart‘ dengan kerap meminta pendapatnya terutamanya sesuatu yang sangat penting. Ia menunjukkan kita juga memikirkan visi dan misi jabatan atau organisasi. Pekerja kena faham bos sangat sibuk.

Kadangkala bos tidak sempat memberitahu semua perkara kepada anak buahnya. Dengan bertanya, ia mengingatkan bos apa yang mungkin belum disampaikan. Ia juga satu bentuk penghormatan yang amat disukai oleh bos.

6. ‘Report‘ apa yang perlu sahaja

Yang merepek meraban, tak perlu. Simpan masalah itu sendiri.

Sesetengah pekerja menganggap mereka lebih tahu dan mahir daripada bos. Sekalipun perkara ini benar (kerana bos kita bukan sempurna, bukan semua perkara ia pandai), apa yang perlu diketahui atau dilaporkan pada bos, jangan diabaikan. Jangan sampai bos tahu melalui orang lain dan bukan kita selaku pengurus sesuatu projek atau tugasan.

7. Sentuhi naluri dan emosi boss

Bos juga manusia. Ada ketikanya ada masalah peribadi. Tetap merasa senang bila dipuji dan diingati. Tidak salah mengucapkan tahniah atas kejayaan bos kita atau organisasi. Meskipun kita tahu itu usaha ramai orang, ucapkan tahniah kerana bos yang memimpin pasukan itu. Kita berikan hadiah secara berjemaah pada hari jadinya. Kita kipas bos secara berkumpulan, tiada yang iri hati.

8. Fahami kesusahan dan kemampuan boss

Apakah perkara yang menyusahkan seorang bos? Kita terbiasa dengan budaya bos belanja makan. Bos juga manusia yang ada tanggungan dan kekangan tersendiri.

Fahami beban seorang bos dari segi peribadi dan urusan rasmi. Meskipun gaji bos lebih besar, itu bukan tiket untuk sentiasa ‘pow’ bos. Sekali sekala kita belanja bos. Bos akan melihat kita seorang yang tidak suka mengambil kesempatan.

9. Lakukan tugas sebaik mungkin

Sebenarnya inilah petua atau strategi paling betul menambat hati bos. Baik macam mana pun budi pekerti kita di depannya, jika tugas hakiki kita hancur, hancur jugalah reputasi kita selaku pekerja.

Tunaikan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Jauhi perlanggaran disiplin. Bos tidak akan ada masalah dengan kita.

10. Buat kerja sebelum bos suruh

Ini memang akan buat bos sayang. Confirm!

Membuat kerja melebihi sasaran yang bos tetapkan adalah senjata paling berkesan memaut ingatan bos pada kita. Walaupun bukan itu niat sebenar kita, bos amat suka pekerja yang proaktif, yakni membuat sesuatu sebelum disuruh. Pekerja yang berpengalaman dan mampu maju ke depan ialah pekerja yang memandang ke hadapan.

Ia sentiasa bersedia dengan perancangan bagi hari, minggu, bulan dan tahun berikutnya. Ia buat apa yang disuruh dan buat apa yang baik untuk organisasi, walaupun tanpa diarahkan oleh bos.

Buat sesuatu lebih awal dan melebihi jangkaan bukan saja memudahkan organisasi, bahkan kia sendiri supaya tidak timbul masalah kerja ‘last minute‘ atau bebanan kerja tertangguh. Ada kalanya kita bekerja lebih masa demi menyiapkan tugasan pada waktunya. Inilah pekerja yang disayangi oleh bos.

11. Puji boss, bukan kutuk boss

Tidak dapat dinafikan, kita mungkin berhadapan dengan cara gaya bos yang kita tidak gemari. Menurut Forbes, cara yang terbaik adalah kita melihat apa kelebihan dan kebaikan bos daripada melihat sisi kekurangannya.

Dengan lebih banyak berbual dan berbincang dengan bos, kita akan lebih memahami apa sebenarnya rasional di sebalik tindakan bos. Bos melihat sesuatu dari sisi yang lain berbanding kita. Cuba bayangkan bahawa kita juga bukan sempurna.

12. Sesuaikan diri dengan boss lelaki dan boss wanita

Ini pun tidak kurang penting. Menurut PsychologyToday, bos lelaki berbeza dengan wanita dari segi gaya dan pendekatan mereka. Perbezaan itu memang tidak boleh dinafikan, kerana memang Tuhan menciptkan lelaki dan perempuan itu berbeza. Apa yang lebih penting adalah tugas dijalankan dengan baik. Bos lelaki atau wanita, tidak suka pekerja yang bermasalah dengan tugasnya atau tidak komited.

Bos wanita dikatakan lebih teliti dan lebih mempamerkan emosi. Bos lelaki pula dikatakan lebih menyimpan emosi dan lebih bertoleransi. Namun Itu hanyalah rumusan secara umum. Hakikatnya setiap insan punya personaliti, minat, latar belakang, pengalaman dan sikap yang tersendiri. Pekerja perlu pandai menyesuaikan diri dengan personaliti bos asalkan objektif pekerjaan dan jabatan mereka tercapai.

Diharapkan dengan beberapa tips dan petua ini hubungan kita dan majikan akan lebih harmoni. Bukankah banyak masa kita dihabiskan di tempat kerja?

Layari laman The Berkat untuk perkongsian selanjutnya.

Carian dari Google:

  • BEBANAN TUGAS SEORANG BOS
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top