Kesihatan

7 Cara Mengatasi Gusi Bengkak dan Berdarah, Dia Punya Sakit Lain Macam!

Tentu sekali tidak dapat tidur lena, jika gusi bengkak dan berdarah. Berdenyut-denyut rasanya. Hidup pula jadi serba tidak kena. Pastikan baca dahulu, apa penyebab gusi bengkak dan berdarah.

Antara rawatan-rawatan, dan cara mengatasi gusi bengkak yang mudah dan selamat diamalkan:

1. Menggunakan garam

Penggunaan garam adalah kaedah konvensional yang lazim diamalkan yang dapat mengubati gusi bengkak.

Kaedahnya adalah dengan mencampurkan satu sudu garam ke dalam air suam dan dikacau sehingga garam larut.

Kemudian kumur untuk beberapa saat. Lakukan kaedah ini sebanyak 3 kali sehari bagi menyembuhkan gusi yang bengkak.

 

2. Menggunakan jus lemon

Cara mengatasi gusi bengkak

Kaya dengan Vitamin C, jus lemon amatlah elok digunakan bagi kesihatan gusi. Berkumur ataupun minum campuran jus lemon dengan air suam secara konsisten setiap hari dikatakan mampu mengubati gusi yang bengkak.

 

3. Menggunakan madu

Madu memang diakui sebagai makanan yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Namun, jangan terperanjat, kerana madu yang manis dan sedap ini juga mampu menyembuhkan gusi yang membengkak dengan cara menyapu madu pada gusi tersebut sebanyak 3 – 4 kali sehari.

Namun harus diingat, madu yang harus digunakan adalah madu asli dan bukannya yang sudah dicampurkan dengan bahan pengawet. Pastikan madu yang asli.

 

4. Penjagaan gigi yang baik

Ini adalah langkah mencegah. Pastikan memberus gigi secara konsisten boleh menghapuskan plak gigi dan mencegah pembentukan kaviti.

Justeru, anda disyorkan memberus gigi sebanyak 3 kali sehari dan lebih baik jika anda memberus gigi setiap kali selepas makan dan amalan flos secara kerap kerana ia juga baik untuk membersihkan gigi.

Selain daripada itu, adalah dinasihatkan untuk anda memberus gigi dengan lembut dan cermat, kerana amatlah penting melindungi gusi daripada terluka, seterusnya membengkak dan mengakibatkan pendarahan.

 

5. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C dan K

Seperti yang diberitahu, Vitamin C dan K yang rendah menyumbang kepada kesihatan gusi yang lemah. Bagi mencegah badan rendah dengan kandungan Vitamin C dan K, anda digalakkan memakan pelbagai makanan berkhasiat yang kaya dengan Vitamin C dan K. Antaranya seperti berikut:

  1. Buahan dan jus citrus
  2. Buah strawberi
  3. Buah tomato
  4. Sayur brokoli
  5. Sayur kentang
  6. Sayur lada loceng
  7. Sayur selada air
  8. Sayur bayam
  9. Sayur salad
  10. Kacang soya
  11. Minyak kanola
  12. Minyak zaitun

 

6. Banyak minum air kosong

Cara mengatasi gusi bengkak

Minum air kosong secara kerap merupakan kaedah yang paling mudah sekali bagi menghapuskan kuman dan bakteria yang terdapat pada celahan gigi.

Dengan penghapusan kuman dan bakteria pada gigi, ia sekaligus dapat mengurangkan risiko gusi terdedah kepada jangkitan kuman.

Selain daripada itu juga, mengambil air kosong dengan banyak amat membantu dalam penghasilan air liur yang secara semula jadinya berfungsi membunuh kuman dan bakteria dalam mulut.

7. Jumpa doktor gigi, jangan takut sangat

Jangan asyik nak cuba kaedah tradisional sangat, kalau masih lagi sakit tak kebah. Jumpa doktor gigi bagi mengetahui cara mengatasi gusi bengkak dan berdarah. Mungkin bukan sebab gusi, mungkin sebab gigi. Mungkin juga sebab jangkitan yang kita sendiri tidak tahu.

 

Kesimpulannya, gusi bengkak dan berdarah tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana situasi ini bagaikan petanda bahawa tubuh badan anda mungkin kekurangan vitamin-vitamin tertentu.

Jadi, jika anda mengalami situasi gusi berdarah, anda disarankan untuk melawat doktor gigi untuk mendapatkan rawatan pembersihan gigi dan nasihat daripada doktor pakar.

Cara mengatasi gusi bengkak sudah dapat. Namun, harus diingat, kebersihan gigi yang baik merupakan langkah utama ke arah gusi yang sihat!

Carian dari Google:

  • apa kah ubat mehilang kan sakit gusi
  • cara hilangkan sakit gusi bengkak
  • cara mengatasi kesakitan bengkak gusi
  • cara mengurangkan bengkak gusi
  • cara merawat bengkak gusi
  • cara merawat gusi bengkak dan berdarah
  • cara rawat gusi bengkak
  • gigi bengkak ubat tradisional
  • kalau bengkak gusi makan ubat apa
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top