Kerjaya

Cara Mengira Zakat ASB Secara Manual dan Kalkulator (2019)

Kami menggunakan dua rujukan, iaitu Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Pengiraan zakat ASB secara manual

Kami cuba cari aplikasi kalkulator untuk zakat ASB di laman Zakat Selangor, namun tidak ketemu. Walau bagaimanapun, cuba ikuti foumula seperti di bawah ini.

Cara mengira zakat ASB

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2017. Oleh itu, sila ambil pokok pelaburan di akhir tahun dan dicampurkan dengan pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) semasa *66% (rujuk jumlah peratusan terkini).

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Kalkulator Zakat ASB

Klik sini untuk menggunakan kalkulator zakat ASB ini. Walaupun mudah untuk mengira, agak leceh kerana perlu memasukkan harga seunit saham berserta dividen.

 

Rujukan: Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Layari The Berkat untuk lebih maklumat tentang rezeki.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top