5+ Contoh Cover Letter Terbaik Untuk Fresh Graduate (Diploma & Ijazah)


Mencari pekerjaan adalah satu perkara yang akan dilalui oleh hampir setiap orang pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Seringkali ini berlaku tatkala kita baru selesai pengajian dan tidak mempunyai pengalaman dalam mencari perkerjaan. Ramai yang tidak tahu, sebagai orang yang baru sahaja masuk bidang pekerjaan, anda perlukan contoh cover letter terbaik. Ini akan dapat membuka mata bakal majikan.
Antara cara-cara untuk mencari pekerjaan adalah dengan melihat iklan di akhbar atau dengan melayari laman-laman pekerjaan seperti Jobstreet.com dan lain-lain lagi. Namun, jika cover letter tidak begitu menonjol, bagaimana pula?
Apakah yang membezakan adalah penulisan cover letter dan resume anda?
Di sini kami akan dikongsikan tips untuk menghasilkan cover letter yang bagus dan beberapa contoh untuk anda jadikan sebagai rujukan.
 

Sebenarnya, apa itu cover letter?

Dalam mencari pekerjaan, perkara yang pertama yang memberikan bakal majikan gambaran yang positif atau sebaliknya mengenai kita adalah melalui surat permohonan kerja (cover letter) dan resume.
Sebaiknya surat pemohonan kerja ini disesuaikan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon. Ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk disenaraikan antara mereka yang dipanggil untuk sesi temuduga.
Elakkan dari menghantar surat permohonan kerja dan resume yang umum dan menghantar surat permohonan jawatan dan resume yang sama bagi semua jawatan.
Cover letter adalah bagaimana cara anda memasarkan diri anda kepada bakal majikan anda selain dapat melobi diri anda, menceritakan kelebihan anda, pengalaman serta kelayakan yang anda miliki untuk menarik perhatian bakal majikan.
Dan melalui cover letter juga, bakal majikan anda dapat melihat personaliti anda, dapat menilai serta mempertimbangkan anda kepada pengurusan tertinggi samada anda layak atau tidak untuk bekerja disitu.
Tidak kisah samada cover letter anda dalam Bahasa melayu atau inggeris, untuk membuat sesuatu permohonan, budi bahasa adalah sangat penting dan itu akan melambangkan siapa diri anda sebenarnya.
Dibawah adalah beberapa contoh cover letter yang boleh anda jadikan rujukan.
 

Apa kandungan cover letter?

Menurut Universiti Monash, kandungan cover letter mestilah mencerminkan kemahiran komunikasi bertulis, tahap kepentingan dalam kedudukan, pengetahuan anda tentang syarikat itu dan kaitan kemahiran dengan syarikat.
Pastikan itu cover letter selaras dengan butir-butir yang terkandung dalam resume anda dan disampaikan dalam beberapa perenggan dengan struktur yang baik.
Kandungannya termasuk:

  • Alamat dan butiran diri anda, termasuk alamat penerima
  • Tarikh hari ini
  • Panggilan yang betul seperti Encik, Tuan, Cik Puan
  • Tujuan surat itu, termasuk butiran jawatan yang ditawarkan
  • Tunjukkan minat anda terhadap jawatan yang ada
  • Tunjukkan yang anda bersungguh-sungguh ambil tahu tentang syarikat itu

Jangan buat perkara ini:

  • Jangan hanya buat ringkas kemahiran anda tanpa bukti sokongan kemahiran
  • Ayat yang diambil secara langsung dari laman web syarikat itu

 

Cover Letter Bahasa Melayu #1

Ini ialah contoh cover letter terbaik yang anda boleh gunakan. Walaupun kami cuma letak kerani, anda boleh ubah kepada apa-apa jawatan yang lain.
 
Muhammad Amin bin Salam
No 77, Jalan Melati 2, 40300, Shah Alam, Selangor
[email protected]
012 3458666
                                                                                                                                        15 November 2019
Kepada:
Pengurus Sumber Manusia,
Majlis Perbandaran Subang Jaya
Tuan,
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak Tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Utusan bertarikh 10 November 2019. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan Tuan.
Untuk makluman Tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat pengangkutan bas sebagai kerani kaunter. Saya juga telah bekerja selama 5 tahun sebelum ini di sebuah syarikat kontraktor pemaju hartanah sebagai kerani. Saya merupakan graduan diploma bidang pengurusan pejabat dari UiTM.
Saya telah mengikuti perkembangan institusi Tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Arab tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.
Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak Tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
 
————————————
Yang benar,
( Tandatangan anda )
 
 

Cover Letter Bahasa Melayu #2

Fatimah Muhammad Yunus
No 73, Jalan Rajawali 3/4, Kampung Rajawali, 51300 Kemaman, Terengganu
[email protected]
012 444 5555
17 November 2019
Kepada:
Pengurus Sumber Manusia,
Maju Palm Oil Sdn. Bhd.
Tuan,
PERMOHONAN KERJA SEBAGAI EKSEKUTIF AKAUN
Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Berita Harian bertarikh 20 Oktober 2019. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.
Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. sebagai kerani kanan akaun. Saya telah dinaikkan jawatan daripada kerani akaun pada tahun 2007 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan diploma bidang perakaunan dari Kolej Komuniti Jempol.
Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi pengeksport utama minyak sawit ke negara China. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.
Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
—————————————
(Nama dan Tandatangan)
 
 

Cover Letter BM #3

 
Pengarah, Sumber Manusia
Jabatan Kesihatan Daerah
Daerah Kuala Berang
25600, Kuala Berang, Terengganu
20 Ogos 2018
Tuan/Puan,
PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA
Perkara di atas dirujuk.
Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.

  1. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2018.
  2. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap. Disini turut dilampirkan resume saya untuk rujukan pihak tuan.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar.
 
……………………………..
<NAMA PEMOHON>
 
 

Format Cover Letter

Cover letter tidak didatangkan dalam format tertentu atau format mandatori yang harus anda ikuti.
Cukup dengan menerangkan siapa diri anda, dari institusi mana ada menamatkan pengajian, jika ada pengalaman, ianya memberikan sedikit kelebihan kepada anda dan yang paling penting, cara untuk menghubungi anda. Pastikan anda menggunakan perkataan yang ringkas dan padat.
Jangan lupa maklumkan kepada bakal majikan bagaimana anda tahu mengenai jawatan kosong tersebut. Jika anda menulis dalam bahasa inggeris, pastikan anda menggunakan perkataan serta ayat yang betul. Jika tidak begitu yakin, boleh saja anda menulis dalam Bahasa Melayu asalkan ayat dalam Bahasa Melayu juga tidak berterabur.
 

Akhir kalam

Contoh cover letter terbaik fresh graduate
Semoga perkongsian kali ini tentang contoh cover letter terbaik untuk fresh graduate dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal graduan dalam mencari pekerjan yang sesuai dengan apa yang mereka hajati. Jika anda masih lagi belajar dan bakal menjalani praktikal, boleh dapatkan contoh cover letter untuk intership juga.
Apa-apa pun, teruskan usaha dan tawakal. Jangan lupa berdoa.
Semoga berjaya!

Carian dari Google:

  • contoh cover letter dalam bahasa melayu
  • contoh cover letter fresh graduate
  • contoh cover letter terbaik
  • contoh cover letter untuk apply kerja
  • contoh cover letter untuk fresh graduate
  • covr letter letak alamat syarikat atau alamat rumah
  • https://theberkat com/contoh-cover-letter-terbaik/
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment