Tahniah!
Anda adalah antara ibu-bapa yang prihatin dan bersungguh-sungguh untuk membantu anak anda memasuki pertandingan melukis dan mewarna untuk kempen anti dadah di sekolah.
Tak kisah samada mewarna di sekolah rendah, atau melukis sekolah menengah, idea ini boleh sahaja digunapakai. Yang penting, kreatif dalam berkarya.
Ini antara idea untuk menghasilkan poster anti dadah, dalam kategori mewarna dan melukis. Mudah-mudahan, boleh menang pertandingan.
Mewarna dengan warna yang cerah

Pertandingan mewarna, biasanya hanya untuk kanak-kanak sekolah rendah (sekolah kebangsaan). Maka, perlu beritahu anak-anak, jika mewarna, biar terang. Mudah untuk tarik perhatian.
Walaupun tema dadah nampak gloomy, warna terang akan membangkitkan suasana. Paling menarik ialah campuran merah kuning pada tulisan ‘dadah’ itu.
Warnakan background

Jangan biarkan putih sahaja kerana ia jadi kurang menarik. Kena pandai pilih warna latar belakang agar lebih terserlah.
Lukis yang mudah-mudah sahaja

Menarik contoh poster ini, sesuai untuk anak-anak sekolah rendah.
Tidak perlu sampai tahap seni seperti Picasso. Pertandingan ini bukanlah pertandingan untuk mendapatkan nama dan wang. Ia lebih kepada awareness untuk anak-anak kita, yang dadah itu merbahaya.
Masukkan elemen tengkorak, picagari, pil – itu sudah mencukupi.
Lukis jenis-jenis dadah

Ini lebih sesuai untuk sekolah menengah. Ada banyak poster dan banner Agensi Antidadah Kebangsaan yang boleh didapati di sini.
Kenapa kena tengok poster dan banner dulu? Ini adalah untuk mendapatkan idea, fakta dan maklumat yang sahih tentang jenis-jenis dadah.
Pilih salah satu sahaja. Contohnya, gambar ganja atau pil amphetamine.
Selepas itu, tambah dengan kesan sebab mengambil dadah. Sila baca butiran seterusnya.
Lukis kesan buruk, akibat dadah

Selepas pilih jenis dadah, kena nyatakan kesan buruk.
Biasanya, anak-anak boleh lukis gambar orang yang nampak macam tak betul. Nampak mabuk dan diri tidak terurus.
Lukis bahan untuk mengambil dadah

Ini yang paling popular dalam mana-mana pertandingan melukis dan mewarna poster anti dadah. Majoriti akan memilih untuk melukis picagari. Mudah dan tidak perlu berfikir panjang.
Lukis gambar tengkorak

Selain picagari, gambar tengkorak atau rangka manusia juga jadi pilihan. Secara tidak langsung, memberitahu akan impak negatif jika mengambil dadah.
Tulisan biar besar

Ini penting agar mesejnya sampai. Tidak guna jika hanya ada gambar, tetapi tidak ada mesej.
Kesimpulan
Semoga contoh poster anti dadah yang kami kongsikan ini, ada manfaatnya.
Walau apa pun persediaan kita untuk anak-anak dalam pertandingan mewarna dan melukis peringkat sekolah, pastikan mereka tahu jangan sesekali mendekati dadah.
Warna, warna juga. Lukis, lukis juga. Pastikan mesej itu sampai. Katakan tidak pada dadah.
Layari The Berkat untuk lebih inspirasi dalam pelajaran dan pembelajaran anak-anak.