Contoh Soalan Ujian Kemasukan SBP 2020 (Sekolah Berasrama Penuh)


Jangan datang ujian tanpa persediaan. Lebih baik dapatkan contoh-contoh soalan ujian kemasukan SBP yang terdahulu.

Jangkamasa ujian

Jangkamasa ujian adalah 90 minit. Murid akan menjawab 50 soalan objektif yang meliputi 5 domain dalam masa yang ditetapkan.

Contoh soalan Ujian Kemasukan SBP tahun lepas

Ini adalah contoh soalan pada tahun 2018. Jadi, untuk tahun-tahun mendatang seperti 2018, 2019, 2020 dan seterusnya, ambil konteks soalan ini dah ubah kepada yang berkaitan.

  1. Antara berikut, yang mana satukah banjaran?
  2. Pilihanraya berapa tahun sekali?
  3. Kalau kawan baik curi barang, apa perlu buat? Beritahu cikgu, tegur atau minta balik?

Contoh soalan UKSBP tahun-tahun sebelum

Soalan-soalan yang akan diuji dalam UKSBP bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup di asrama.
Ini adalah contoh soalan pada tahun 2017. Jadi, untuk tahun-tahun mendatang seperti 2018, 2019, 2020 dan seterusnya, ambil konteks soalan ini dah ubah kepada yang berkaitan.

  1. Nama nama pengasas Facebook?
  2. Siapakah nama bapa pembangunan Malaysia?
  3. Antara berikut manakah kuih tradisional Sarawak?
  4. Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa kamu akan buat?
  5. Jika kamu dibuli di asrama, apa perlu kamu buat?
  6. Apakah tasik buatan manusia?
  7. Ladang apakah yang tidak diusahakan di Malaysia?
  8. Model Preve itu, Proton atau Perodua?
  9. Siapakah orang pertama yang mencipta kereta?
  10. Bilakah tahun penubuhan Malaysia?
  11. Ziyad atlet sukan apa?
  12. Apakah suku kaum terbesar di Sabah?
  13. Siapakah pemain squash wanita no 1 dunia?
  14. Apakah unit mengukur kekuatan gempa bumi?
  15. Apakah sinonim untuk perkataan amalan?
  16. Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji?
  17. Berapakah wilayah yang ada di Malaysia?
  18. Apakah yg perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
  19. Apakah senjata kebesaran diraja?
  20. Anda rosakkan kalkulator kawan, apakah tindakan anda?
  21. Labu sayong berasal dari negeri mana?
  22. Siapakah penjajah pertama Malaysia?
  23. Siapakah orang yang pertama mencipta lampu?
  24. Genting Highland terletak di mana?
  25. Apakah tarian terkenal di Johor?
  26. Siapakah yang mencipta bendera Malaysia?
  27. Siapakah orang yang mencipta telefon?
  28. Siapakah yang mencipta kapal terbang?
  29. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat?
  30. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
  31. Apakah nama ibu negara Malaysia?
  32. Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa?
  33. Beryl jenama apa?
  34. Adat pepatih dr negeri mana
  35. Le tour de Langkawi sukan apa?
  36. Kalau tak sesuai tinggal di asrama, nak buat apa?
  37. Anda sudah siapkan 3 muka surat kerja Matematik, tiba-tiba adik umur 8 tahun koyak kan. Apakah tindakan anda?
  38. Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda?
  39. Kalau tersepak bola dan terkena tingkap, apa perlu dibuat?
  40. Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa?
  41. Kalau bising, ketua kelas dan murid perlu buat apa?
  42. Jika kawan yg dikenali melalui Facebook ajak berjumpa, apakah tindakan anda?
  43.  Siapa nama pemain bola sepak Sepanyol?
  44. Apa gelaran kepada jaguh pecut basikal Negara?
  45. Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
  46. Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang.
  47. Wau dari negeri apa?
  48. Pulau Pangkor terletak di mana?
  49. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di mana?
  50. Kalau bendera jatuh, apa nak buat?

Tips untuk Ujian UKSBP

  • Untuk soalan-soalan EQ dan SQ, pilihlah jawapan yang paling positif.
    Untuk soalan Pengetahuan Am, ambil tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara dan lain-lain lagi
  • Untuk soalan Matematik, kuasai peratus, operasi bergabung, nisbah

Semakan Ujian Kemasukan SBP

Untuk menyemak keputusan pusat Ujian Kemasukan SBP, ia akan dimaklumkan setelah keputusan UPSR dikeluarkan. Sila semak laman web www.moe.gov.my dan portal Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

 

Akhir kalam

Ujian kemasukan SBP UKSBP

Contoh ujian kemasukan SBP sudah ada. Mungkin tidak lengkap, tetapi bolehlah dijadikan sedikit panduan.

Semoga apa yang diinginkan oleh ibu-bapa dan anak-anak dipermudahkan. Bagi yang mahukan anak-anak masuk dalam aliran agama dan hafal Al-Quran, boleh cuba SBP Ulul Albab. Lihat senarai penuh di Wikipedia untuk maklumat lanjut.

Selamat berjaya.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • gambar solat jenazah
  • sbp integrasi rawang selangor
  • contoh soalan sbp
  • keputusan spm 2018
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment