Islam

7 Contoh Surat Rayuan Haji Terkini (Kemaskini 2019)

Contoh surat rayuan haji

Bila sudah pernah pergi umrah, pasti hati terasa resah untuk pergi menunaikan haji pula. Rasa macam tertunggu-tunggu, walaupun tahu, tempohnya lama lagi.

Siapa tak nak pergi haji kan?

Jangan putus atas, kita kena berusaha. Dapat atau tidak, itu perkara kedua. Rezeki, Allah yang bagi.

Berikut ialah contoh surat rayuan hati yang boleh digunapakai untuk yang mengikut suami atau mengikut isteri (tengok siapa yang dapat tawaran dahulu), sebagai pengiring warga emas dan secara berkumpulan.

Surat rayuan haji

Contoh surat rayuan haji (Individu)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji individu yang layak. Contoh terbaik ialah seorang lelaki yang tidak perlu mahram dan sihat tubuh badan.

Cara terbaik ialah email kepada [email protected] dan dalam masa yang sama, hantar juga surat seperti alamat dalam artikel ini.

Berikut ialah contoh surat rayuan haji yang mudah, ringkas dan simple. Tidak perlu panjang-panjang. Cukup letakkan butiran diri dan alasan yang munasabah.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

 

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2019M/1440H>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

 

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH:<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

 

  1. Untuk makluman Tuan, tahun ini saya berusia <30 tahun>. Masih muda dan dikurniakan kesihatan yang sangat baik. Saya juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji saya juga sudah mencukupi.
  2. Anak-anak saya belum lagi bersekolah. Saya rasa inilah peluang dan masa terbaik untuk saya menunaikan haji. Isteri saya akan menjaga anak-anak sepanjang saya berada di sana.
  3. Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikan haji pada tahun ini.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

 

 

Yang Benar,

 

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC>

 

Contoh surat rayuan haji (Warga emas)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji untuk warga emas yang boleh pergi sendiri tanpa pengiring. Sila nyatakan alasan yang berkaitan dengan umur dan tahap kesihatan.

Jika tidak sihat, anak boleh buat rayuan untuk bersama-sama ibu atau bapa warga emas.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

 

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2019M/1440H>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

 

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH:<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

 

  1. Untuk makluman Tuan, usia saya sudah lanjut. Kesihatan juga baik. Sekiranya tidak dapat menunaikan haji dalam masa terdekat, saya bimbang faktor usia akan menghalang saya daripada mengerjakan ibadat haji dengan sempurna.
  2. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

 

 

Yang Benar,

 

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC>

 

Contoh surat rayuan haji (Sebagai pengiring)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji sebagai pengiring. Kebiasannya, sebagai mahram, atau mengiringi ibu-bapa yang sudah tua dan tidak sihat.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

 

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2019M/1440H>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

 

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH <Ibu/Bapa>:<Nombor akaun>

Nombor akaun TH <pengiring>:<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

 

  1. Untuk makluman Tuan, <ibu/bapa> saya telah ditawarkan untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
  2. Namun, atas faktor usia yang lanjut dan kesihatan yang kurang baik, saya berhajat untuk menjadi pengiring dan menemankan mereka sepanjang berada di sana.
  3. Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikan haji pada tahun ini bersama-sama <ibu/bapa> saya.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

 

 

Yang Benar,

 

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC>

Contoh surat rayuan haji (Mahram)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji sebagai mahram. Contohnya, sebagai anak lelaki, dia boleh menemankan ibu yang sudah kematian suami. Contoh yang lain, seorang adik lelaki, boleh menemankan kakak yang belum berkahwin.

Nyatakan alasan mahram dan menjaga keselamatan mereka.

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

 

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2019M/1440H>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

 

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH <Ibu>:<Nombor akaun>

Nombor akaun TH <mahram>:<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

 

  1. Untuk makluman Tuan, <ibu> saya telah ditawarkan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Walau bagaimanapun, ibu saya sudah kematian suami.
  2. Atas faktor usia yang lanjut dan kesihatan ibu yang kurang baik, sebagai mahram, saya berhajat untuk menjadi pengiring dan menemankan ibu sepanjang berada di sana.
  3. Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikan haji pada tahun ini bersama-sama <ibu> saya.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

 

 

Yang Benar,

 

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC>

Contoh surat rayuan haji (Mengikut suami)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji kerana mengikut suami yang telah mendapat tawaran. Antara alasan yang boleh digunakan ialah untuk menemankan pasangan dan melaksanakan ibadah bersama-sama.

 

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

 

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2019M/1440H>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

 

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH (Suami):<Nombor akaun>

Nombor akaun TH (Isteri):<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

 

  1. Untuk makluman Tuan, suami saya telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada <tahun sekian-sekian>. Besar hajat saya untuk menunaikan haji bersama-sama suami.
  2.  Ini kerana kami masih muda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji kami juga sudah mencukupi.
  3. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

 

 

Yang Benar,

 

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC Isteri>

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC Suami>

 

Contoh surat rayuan haji (Mengikut isteri)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji kerana mengikut isteri yang telah mendapat tawaran. Antara alasan yang boleh digunakan ialah untuk menemankan pasangan dan melaksanakan ibadah bersama-sama.

Jika ikut isteri, boleh masukkan untuk menjadi mahram dan menjaga keselamatan isteri.

 

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

 

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2019M/1440H>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

 

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH (Isteri):<Nombor akaun>

Nombor akaun TH (Suami):<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

 

  1. Untuk makluman Tuan, isteri saya telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada <tahun sekian-sekian>. Besar hajat saya untuk menunaikan haji bersama-sama isteri.
  2.  Ini kerana kami masih muda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji kami juga sudah mencukupi.
  3. Selain itu, kami akan menjadi mahram pada isteri. Saya juga akan menjaga keselamatan isteri sepanjang beliau berada di sana.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

 

 

Yang Benar,

 

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC Suami>

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC Isteri>

Contoh surat rayuan haji (Suami isteri)

Berikut ialah contoh surat rayuan haji suami isteri yang kedua-duanya tidak mendapat tawaran. Jika tarikh dijangkan menunaikan haji kurang dari 10 tahun, boleh cuba rezeki dengan menghantar surat rayuan ini.

 

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]                                                                                      <Tarikh>

 

Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2019M/1440H>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman Tuan, kami telah membuat pendaftaran haji pada:

 

Tarikh pendaftaran:<Tarikh pendaftaran>

Nombor akaun TH (Isteri):<Nombor akaun>

Nombor akaun TH (Suami):<Nombor akaun>

Pejabat TH:   <TH Shah Alam>

Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji: <2030>

 

  1. Untuk makluman Tuan, kami saya telah mendapat tawaran mengerjakan haji pada <tahun sekian-sekian>. Besar hajat kami untuk menunaikan haji bersama-sama.
  2.  Ini kerana kami masih muda dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kami juga sudah bersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji kami juga sudah mencukupi.
  3. Sebagai seorang suami yang bakal menemankan isteri, saya akan menjaga keselamatan beliau sepanjang berada di sana.
  4. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

 

 

Yang Benar,

 

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC Suami>

……………………………………………

<Nama Pemohon>
<Nombor IC Isteri>

 

Download surat rayuan haji .doc (Microsoft Word)

Contoh surat rayuan haji

Boleh download template atau contoh surat rayuan haji dalam format Microsoft Word di sini. Sila ubah mengikut maklumat peribadi tersendiri dengan alasan yang dikongsikan seperti di atas.

Akhir kalam

Walaupun kita hantar surat rayuan haji secara online melalui, berserta surat ke pejabat Bahagian Operasi Domestik, ingatlah bahawa rezeki itu adalah kurniaan Allah.

Selepas berusaha, jangan lupa berdoa agar Allah mudahkan urusan kita.

Doakan juga penulis agar dapat mengerjakan haji dalam masa terdekat. In Shaa Allah.

Rate this post

Carian dari Google:

  • rayuan haji 2019
  • surat rayuan haji
  • contoh surat rajuan ke haji
  • jawapan rayuan haji 2019
  • rayuan haji untuk suami
  • surat rayuan haji mengikut isteri
  • surat rayuan ke mekah contoh
  • surat rayuan pengiring haji
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top