Kerjaya

3 Contoh Surat Tolak Tawaran Latihan Industri / Internship / Praktikal

Memang dilema bila tanpa disangka-sangka, kita dapat beberapa tawaran Latihan Industri di beberapa syarikat. Tentu sekali tidak tahu mahu pilih mana satu.

Rasa serba-salah bila syarikat tersebut menghantar surat tawaran, kita sudah terima tawaran tersebut. Namun, pada saat-saat akhir, terpaksa menolak tawaran latihan industri di tempat tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Tidak kira anda pelajar Diploma atau Degree, Universiti atau Politeknik, izinkan kami berkongsi contoh surat tolak tawaran latihan industri. Sila ubah mengikut kesesuaian masing-masing.

Contoh surat tolak tawaran latihan industri #1

Berikut ialah contoh surat tolak tawaran latihan industri / internship / praktikal yang kami rujuk dan ubahsuai dari Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA

 

<Nama Pelajar>

<Alamat Pelajar>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

 

MENOLAK TAWARAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI <NAMA SYARIKAT>

 

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat jawapan Tuan bertarikh <tarikh surat jawapan> adalah berkaitan.

 

  1. Adalah dimaklumkan bahawa saya, <Nama Pelajar> dengan dukacitanya menolak tawaran pihak Tuan/Puan untuk menjalani Latihan Industri di<Nama Syarikat> kerana telah ditawarkan untuk menjalani latihan yang sama di syarikat yang lain.

 

  1. Terima kasih di atas kesudian pihak Tuan/Puan untuk menerima saya sebagai pelajar praktikal di organisasi Tuan. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pelajar>

No K/P :<No. K/P Pelajar>

<Alamat Pelajar>

No. Tel : <No Telefon Pelajar>

Contoh surat tolak tawaran latihan industri #2

Berikut ialah contoh surat tolak tawaran latihan industri / internship / praktikal yang kami rujuk dan ubahsuai dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

 

<Nama Pelajar>

<Alamat Pelajar>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

 

PENOLAKAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DI <NAMA SYARIKAT>

 

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Dukacita dimaklumkan bahawa saya <Nama Pelajar, No. Pelajar, Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran/Insurans/Kewangan/Pengurusan Sumber Manusia/Perniagaan Antarabangsa> ingin membuat penolakan penempatan menjalani latihan industri yang ditawarkan oleh organisasi tuan/puan melalui surat/email/faks bertarikh <Tarikh surat/email/faks surat jawapan daripada organisasi>.

 

  1. Terima kasih di atas kesudian pihak Tuan/Puan untuk menerima saya sebagai pelajar praktikal di organisasi Tuan. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pelajar>

No K/P :<No. K/P Pelajar>

Program BM220/221/222/223/226Fakulti Pengurusan Perniagaan,
UiTM Kampus Bandaraya Melaka,
110 Off Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka

No. Tel : <No Telefon Pelajar>

 

Contoh surat tolak tawaran latihan industri #3

Berikut ialah contoh surat tolak tawaran latihan industri / internship / praktikal yang lebih ringkas.

 

<Nama Pelajar>

<Alamat Pelajar>

 

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,

<Nama Syarikat>

<Alamat Syarikat>

 

Tuan/Puan,

PENOLAKAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DI <NAMA SYARIKAT>

Perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Dukacita dimaklumkan bahawa saya <Nama Pelajar> ingin menolak penempatan menjalani latihan industri di <Nama Syarikat> yang dijangka bermula pada <Tarikh Mula Praktikal>.

 

3. Terima kasih di atas kesudian pihak Tuan/Puan untuk menerima saya sebagai pelajar praktikal di syarikat Tuan.

 

4. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

 

……………………………………………

<Nama Pelajar>

No K/P :<No. K/P Pelajar>

<Alamat Pelajar>

No. Tel : <No Telefon Pelajar>

 

Download contoh surat tolak tawaran latihan industri

Contoh surat tolak tawaran latihan industri

Kami akan kemaskini dan masukkan contoh dalam Bahasa Melayu nanti.

Akhir kalam

Orang berbudi, kita berbahasa. Walaupun ini bukanlah untuk tolak tawaran kerja, kita mesti jaga budi bahasa.

Jangan biarkan organisasi yang ingin ambil praktikal tidak tahu menahu tentang status kita. Maklumkan lebih awal agar tidak menyusahkan mereka.

Carian dari Google:

  • adalah dimaklumkan bahawa
  • contoh surat untuk kpm untuk menolak tawaran
  • ayat nak tolak tawaran latihan industri
  • contoh surat penerimaan pelajar untuk latihan industri di syarikat
  • contoh surat penolakan tawaran kerja bahasa melayu
  • email latihan industri di husm
  • PENOLAKAN LATIHAN
  • surat bahasa melayu tolak permohonan
  • surat penawaran penempatan praktikal
  • surat pengesahan penerimaan praktikal
  • surat setuju terima tawaran latihan industri
  • surat tolak tawaran
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top