Islam

Doa Selepas Solat Fardhu 5 Waktu (Ada Terjemahan Bahasa Melayu)

Doa selepas solat fardhu

Mungkin doa selepas solat fardhu 5 waktu ini agak panjang.

Jika tidak boleh hafal yang Bahasa Arab, cubalah faham dan hafal terjemahan yang dalam Bahasa Melayu.

Sumber doa selepas solat ini adalah dari Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Izinkan kami berkongsi di sini.

Doa selepas solat fardhu 5 waktu

Doa selepas solat: Memuji Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Iaitu puji-pujian yang melengkapi segala  nikmat dan rahmat-Nya serta menarik akan kelebihan-Nya.

Wahati Tuhan kami!. Bagi-Mu segala puji itu, sebagaimana sepatutnya, kerana kebesaran wajah-Mu, kemuliaan dan keagungan kekuasaan-Mu.

Maha Suci Engkau, tiada dapat kami hendak menghinggakan puji-pujian kepada-Mu sebagaimana Engkau sendiri telah memuji akan diri-Mu.

Bagi-Mu segala puji-pujian itu sebelum Engkau redha dan bagi-Mu juga segala puji-pujian itu sesudah Engkau redha. Dan bagi-Mu jualah segala puji-pujian itu yang berkekalan buat selama-lamanya.

Doa selepas solat fardhu 5 waktu

Doa selepas solat: Mohon tunaikan hajat

Wahai Allah! Cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, sebagai rahmat yang akan menyelamatkan kami daripada huru-hara dan kerosakan,

Dan Engkau tunaikanlah dengannya (dengan berkat selawat ini) akan segala maksud dan hajat; Engkau sucikanlah kami dengan sebabnya (iaitu sebab selawat ini) daripada segala kejahatan;

Dan Engkau angkatkanlah kami dengan sebabnya (iaitu sebab selawat ini) ke sisi-Mu dengan setinggi-tinggi darjat dan kemuliaan;

Engkau sampaikanlah dengan sebabnya (iaitu sebab selawat ini) sejauh-jauh tujuan pada jalan kebaikan, samada pada masih hidup ataupun sesudah madi.

Engkau cucurilah pula rahmat dan kesejahteraan dengan sebanyak-banyak rahmat Engkau kepada seluruh ahli keluarganya dan para sahabatnyam, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa selepas solat fardhu ringkas

Doa selepas solat: Hidup dalam iman

Wahai Allah! Hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan iman, dan himpunkanlah kami pada hari Mahsyar nanti dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga dengan iman.

Wahai Allah! Teguhkanlah hati kami bersama iman, keluarkanlah kami daripada dunia ini (iaitu mati) dengan iman,  dan perteguhkanlah pendirian kami dengan agama Islam, serta peliharalah iman kami.

 

Doa selepas solat: Agar ada sifat takwa

Wahai Allah! Perindahkanlah kami dengan kesegaran dan kesejahteraan; liputilah kami dengan sifat-sifat takwa dan teguh; lindungilah kami dari punca-punca yang boleh mendorong kami ke arah penyesalan hari kiamat, (dalam segala hal pada masa kami kembali kelak. Sesungguhnya Engkau Maha Mendegar akan segala doa).

Dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

 

Doa selepas solat fardhu ringkas

Doa selepas solat: Selalu bersyukur

Wahai Tuhan!

Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mengingati Engkau, orang-orang yang tahu berterima kasih terhadap kurniaan nikmat-nikmat Engkau, orang-orang yang sabar dalam menerima dan menghadapi qada’ dan qadar serta bala bencana dari Engkau, orang-orang yang mendapat rezeki yang halal dari Engkau, orang-orang yang terpelihara dari segala dosa, orang-orang yang terjauh dari seksaan api neraka. Kami juga mengharapkan dapat melihat wajah Engkau serta wajah Nabi Engkau (kerana itu suatu nikmat bagi kami).

 

Doa selepas solat: Mati dalam iman

Ya Allah, jadikanlah akhir ucapan dari dunia ketika akhir hayat (ajal) kami dengan ucapan: “Lailahaillallah”, matikanlah kami, wahai Tuhan di dalam ucapan tersebut, tidak terfitnah, tidak sesat, tidak menyesatkan.

 

Doa selepas solat fardhu ringkas

 

Doa selepas solat: Terima amal ibadat

Wahai Tuhan kami! Terimalah solat, doa dan semua amal ibadat kami serta tetapkanlah hati kami terhadap agama Islam dan urusan keimanan. Kasihkanlah ibu bapa kami serta semua orang Islam yang telah meninggal dunia. Wahai Allah, wahai Tuhan yang memperkenankan segala doa orang-orang yang memohon, wahai Tuhan yang menerima taubat orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang bersifat belas kasihan terhadap orang-orang fakir miskin dan anak-anak yatim.

Wahai Tuhan! Jadikanlah kami semua ini golong orang-orang yang Engkau terima di sisi Engkau.

 

Doa selepas solat: Tidak malas dan tidak dibebani hutang

Wahai Allah! Sesungguhnya kami berlindung dengan Engkau daripada duka nestapa, lemah dan malas, bersifat pengecut/bacul, bebanan hutang serta penindasan sekelian manusia yang melakukan kekerasan.

 

Doa selepas solat fardhu panjang

 

Doa selepas solat: Tauhid dan selamatkan agama

Wahai Allah! Selamatkanlah kami, agama kami, kepercayaan kami, pengenalan kami (terhadap Allah), roh kami serta tubuh badan kami.

Wahai Allah! Tenteramkanlah kami dari segala malapetaka di dunia dan seksa di akhirat. Jauhkanlah daripada kami akan segala kejahatan di dunia serta kejahatan di akhirat dengan hak dan kebenaran kitab suci Al-Quran dan Nabi Engkau (Muhammad s.a.w.) yang mulia.

 

Doa selepas solat: Mohon kesejahteraan dan pengampunan

Wahai Allah! Kami mohonkan kepada Engkau akan kesejahteraan, pengampunan dan kesihatan yang berkekalan terhadap agama, dunia dan akhirat serta keluarga, tubh badan, harta benda, anak pinak seterusnya terhadap semua orang-orang Islam.

Doa selepas solat fardhu panjang

Doa selepas solat: Mudah hadapi kematian

Wahai Allah! Kami mohonkan kesejahteraan terhadap agama, dunia dan akhirat, kesegaran tubuh badan, bertambahnya ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, peluang bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat pada saat kematian menjelang tiba, serta mendapat pengampunan selepas mati.

Wahai Allah! Mudahkanlah kami semasa menghadapi kematian, lindungilah kami daripada seksaan api neraka serta ampunilah kami semasa menghadapi hari perhitungan (hari kiamat) kelak.

 

Doa selepas solat: Peluang taubat sebelum mati

Wahai Allah! Berilah peluang kami bertaubat sebelum mati, belas kasihanilah kami semasa kami menghadapi kematian, janganlah Engkau seksakan kami selepas mati.

Wahai Tuhan yang memiliki urusan kematian, yang Mendengar segala suara seruan. Peliharalah kami daripada segala bala bencana dan kesengsaraan dengan belas kasihan dan rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Doa selepas solat fardhu panjang

 

Doa selepas solat: Jauhkan dari sifat keji

Wahai Allah!

Sesungguhnya kami memohon kepada Engkau akan petunjuk yang boleh membawa kami kepada bertaubat terus terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan; dan sebaliknya kami berlindung dengan Engkau daripada melakukan perbuatan keji dan sebab-sebab yang boleh mendorong kami untuk melakukannya. Jadikanlah kami orang yang sentiasa mengingati Engkau semasa datangnya serangan dorongan perasaan hati untuk melakukan perbuatan keji itu dan daripada memikir-mikir/mencari jalan untuk kepadanya. Hilangkanlah di dalam hati kami perasaan yang mengakui bahawa perbuatan keji itu mendatangkan manfaat dan gantikanlah dengan perasaan benci selalu terhadap perbuatan keji itu serta tanamkanlah di dalam hati kami akan perasaan tamak haloba untuk melakukan kebaikan iaitu bertaubat kepada Engkau.

 

Doa selepas solat fardhu rumi

 

Doa selepas solat: Teraniaya & mahu tunjuk kebenaran

Wahai Allah!

Persaksikanlah kepada kami bahawa perkara-perkara yang benar itu tetap benar serta kurniakanlah kepada kami sifat-sifat kekuatan untuk mempertahankan dan memperjuangkan segala kebenaran. Sebaliknya, persaksikanlah kepada kami bahawa sesuatu yang salah dan palsu itu tetap salah serta kurniakanlah kepada kami akan sifat-sifat kekuatan untuk menentang segala yang salah dan palsu. Wahai Tuhan yang awal dan terawal (tiada yang mencipta-Nya), Tuhan yang akhir dan terakhir (kekal buat selama-lamanya serta tidak binasa). Wahai Tuhan yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa, tiada yang sebenar-benar Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, whai Tuhan, kami mengaku sesungguhnya kami adalah tergolong daripada orang-orang yang menganiayai diri kami sendiri.

 

Doa selepas solat: Panjangkan umur, sihatkan badan

Wahai Allah!

Lanjutkanlah usia kami, segarkanlah tubuh badan kami, sinarkanlah cahaya ke dalam hati kami, tegakkanlah iman kami, perelokkanlah amalan kami dan luaskanlah rezeki kami, hampirkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari sebarang keburukan serta tunaikanlah segala maksud kami dalam hal urusan agama, dunia dan akhirat.

Doa solat fardhu rumi

Doa selepas solat: Iman yang berkekalan

Wahai Allah!

Sesungguhnya kami memohonkan kepada Engkau akan iman yang berkekalan, hati yang penuh khusyuk, ilmu yang memberi manfaat, keyakinan yang sebenar, amalan yang baik, bergiat dan berusaha dalam urusan agama, sihat dan kesegaran tubuh badan yang cukup sempurna, tahu berterima kasih terhadap kesegaran tubuh badan serta juga kami pohonkan kekayaan (harta benda, iman, ilmu, keperibadian dan lain-lain) yang lebih daripada sekalian manusia.

 

Doa selepas solat: Agar diterima solat

Wahai Allah!

Wahai Tuhan kami!

Terimalah daripada kami akan solat kami, berdiri tegak kami, rukuk kami, sujud kami, tunduk merendah diri kami, pengabdian kami dan kesempurnaan tempat kembali kami kelak, wahai Allah wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa sembahyang fardhu lengkap

Doa sembahyang fardhu JAKIM

Doa sembahyang fardhu ringkasDoa sembahyang fardhu pdf

 

Akhir kalam

Selepas solat, janganlah terus banngkit untuk meneruskan kerja-kerja kita. Ambillah sedikit masa untuk berzikir dan membaca doa.

Pesanan ini adalah untuk diri penulis sendiri. Semoga semua doa-doa kita dimakbulkan Allah.

Rate this post

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top