Kerjaya

Berapakah Gaji Minimum (2019) di Malaysia?

Gaji minimum Malaysia 2019

Tidak kira anda warganegara Malaysia (Semenanjung, Sabah, Sarawak) atau warga asing, gaji minimum 2019 adalah sama. Gaji minimum yang ditetapkan kerajaan ialah RM1,100.

Macam tak adil. Kenapa pekerja asing pun dapat gaji RM1,100?

Pendirian Kerajaan ialah menetapkan bahawa PGM 2016 meliputi semua pekerja tempatan termasuk juga pekerja asing berasaskan sebab-sebab yang berikut:

(i) Dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan, selaras dengan Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang mana telah diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1997;

(ii) Ia adalah bertentangan dengan seksyen 60L Akta Kerja 1955, seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah atau seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak di mana tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing; dan

(iii) Bagi menjamin dan memelihara peluang pekerjaan rakyat tempatan agar tidak terjejas. Sekiranya pekerja asing dikecualikan dari gaji minimum atau dibayar gaji minimum yang kurang, majikan akan cenderung untuk terus menggaji pekerja asing berbanding pekerja tempatan.

Ini adalah bertentangan dengan salah satu objektif pelaksanaan gaji minimum iaitu untuk mengurangkan kebergantungan majikan kepada pekerja asing yang kurang mahir.

 

Siapa yang tak layak dapat gaji minimum?

• Pekhidmat domestik (cth. pembantu rumah).
• Perantis yang diambil untuk latihan bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun.

 

Kalau majikan dan pekerja setuju, bolehkah bayar bawah RM1,100?

TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

 

Kenapa mesti buat gaji minimum?

Dasar gaji minimum membantu meningkatkan gaji selaras dengan kos sara hidup, seterusnya membolehkan pekerja memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian.

Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 akan secara langsung meningkatkan kadar bayaran kerja lebih masa (overtime), caruman dalam simpanan KWSP dan perlindungan di bawah PERKESO.

 

Apa beza ‘gaji’ dan ‘gaji minimum’?

‘Gaji’ dan ‘Gaji Minimum’ ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. ‘Gaji’ mempunyai maksud yang sama dengan ‘gaji’ dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) manakala ‘gaji minimum’ merujuk kepada gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

 

Jadi, apa maksud gaji minimum?

Gaji minimum adalah gaji pokok, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

 

Siapa yang tetapkan gaji minimum?

Kadar gaji minimum ditentukan oleh Kerajaan berdasarkan syor yang dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

 

Apakah faktor penentu kadar gaji minimum?

Pada masa sekarang, kadar gaji minimum ditentukan oleh lima faktor:

1. Pendapatan Garis Kemiskinan
2. Keupayaan majikan untuk membayar gaji (penengah gaji)
3. Indeks Harga Pengguna (CPI)
4. Kadar pengangguran sebenar
5. Pertumbuhan produktiviti

 

Adakah pekerja TASKA, NGO dan badan kebajikan layak untuk dapat gaji minimum?

PGM 2016 adalah terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di Malaysia termasuk pekerja-pekerja TASKA, badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation) atau badan kebajikan, kecuali pekhidmat domestik. Penetapan pelaksanaan gaji minimum ke atas kategori pekerja-pekerja di atas dibuat kerana:

(i) Memberi hak yang sama kepada semua kategori pekerja;

(ii) Mencapai objektif gaji minimum yang antaranya ialah membantu dan melindungi pekerja-pekerja yang mudah terancam (vulnerable);

(iii) Mencegah penganiayaan dan diskriminasi; dan

(iv) Majikan daripada sektor-sektor berkenaan boleh menggajikan pekerja secara separa masa, atau dibayar mengikut kadar jam, atau harian sebagaimana ditetapkan di bawah PGM 2016.

 

Bagaimana dengan pekerja industri mikro?

Industri mikro adalah industri yang sangat kecil, dengan pekerja dalam lingkungan 1-4 orang sahaja.

PGM 2016 tetap terpakai kepada semua pekerja termasuk industri mikro kerana kumpulan pekerja dalam subsektor ini adalah “vulnerable group” dan perlu dilindungi.

 

Layari The Berkat untuk lebih banyak maklumat tentang pekerjaan dan gaji di Malaysia.

Rujukan: Kementerian Sumber Manusia

[yasr_overall_rating size=”medium”]

Rate this post

Carian dari Google:

  • gaji minimum 2019
  • banci gaji di malaysia
  • gaji 2019
  • Gaji di malaysia
  • gaji minimum 2019 terbaru
  • gaji minimum di malaysia
  • GAJI PEMBANTU RUMAH 2019
  • jadual gaji pembantu rumah asing di malaysia 2019
  • SIAPA YANG DAPAT bhs 2019
  • usia minimum kerja di kerajaan malaysia
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top