Lisa Surihani: Kini Dilantik Menjadi Duta Jenama Terbaru OGAWA

OGAWA Smart Galaxia

Lisa Surihani akan menjadi Duta Rasmi pertama OGAWA sejak tahun 2005 mengikuti jejak langkah Datuk Sheila Majid.
Di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan negara dengan produk inovatif, jenama antarabangsa terkemuka dari Malaysia, OGAWA World Bhd (OGAWA) memperkenalkan Duta Jenama terbaru mereka, Lisa Surihani. Pelantikan ini diumumkan di pameran mereka di pusat beli-belah Sunway Pyramid baru-baru ini dengan menampilkan produk terbaru – kerusi urut OGAWA Smart Galaxia.
Dikenali ramai sebagai buah hati rakyat Malaysia, Lisa Surihani akan menjadi Duta Rasmi pertama OGAWA sejak tahun 2005 mengikuti jejak langkah Datuk Sheila Majid.  Lisa akan menampilkan perspektif serba baru yang menggalakkan gaya hidup yang aktif dan sihat, selaras dengan komitmen OGAWA untuk membawa gaya hidup sihat dan ceria kepada rakyat Malaysia.
Pengarah Eksekutif OGAWA World Bhd, Lim Mee Ling, berkata Lisa Surihani merupakan pilihan terbaik untuk mewakili OGAWA untuk mempromosi dan mendekati pelanggan dengan lebih baik. Beliau berkata, “OGAWA dan Lisa mempunyai objektif yang sama, di mana kami berdua mempunyai visi untuk memberikan kualiti terbaik dalam usaha kami menggalakkan gaya hidup yang sihat dan sempurna. Kami amat menitik berat dan meletakkan standard kualiti yang tinggi dalam penghasilan produk supaya pelanggan dapat memperoleh manfaat daripada penggunaanya. Lisa juga membawa kualiti dan tenaga positif yang serupa, sama ada di layar perak, sebagai seorang aktivis dihormati, atau sebagai seorang ibu yang memastikan dia meluangkan masa yang cukup bersama dengan anak-anaknya. Dengan adanya Lisa sebagai Duta dan juga keinginan bersama untuk memartabatkan gaya hidup sihat, kita akan terus mara ke hadapan untuk membantu rakyat Malaysia selama 20 tahun dan lebih.” 
Inovasi terbaru OGAWA merupakan peralatan relaksasi sendiri terbaik, dengan estetik jaluran moden dan hiasan premium bagi kegunaan seharian yang mengutamakan kualiti dan keselesaan.
Sebagai Duta Jenama terbaru OGAWA, perjalanan Lisa bermula dengan kerusi urut OGAWA Smart Galaxia di mana beliau mendapatkan pengalaman menarik yang memberikan keselesaan penuh, sesuai untuk kehidupan sehariannya yang sentiasa sibuk, pantas dan bertenaga.
“Sebagai seorang pelakon, aktivis, dan juga ibu kepada dua orang anak, saya sentiasa sibuk, tetapi OGAWA memberikan saya peluang untuk mendapatkan masa untuk bertenang dan rehat supaya saya boleh terus lakukan aktiviti yang saya suka. Selepas seharian merakam filem atau berada di luar bersama keluarga, saya rasa cukup penting untuk menjaga kesihatan badan dan minda, supaya saya sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Dalam dunia sekarang yang cukup dinamik, kesihatan melambangkan kekayaan. Saya cukup gembira untuk bekerjasama dengan sebuah jenama yang memahami kepentingan penjagaan kesihatan,” kata Lisa Surihani.
 Kerusi urut OGAWA Smart Galaxia, mempunyai beberapa ciri-ciri yang unik yang mengetengahkan tujuh keajaiban relaksasi. Ia dilengkapi dengan penggelek Supernova yang mensimulasikan ibu jari manusia bagi memberikan urutan akutekanan tepat dan melegakan ketegangan otot dan sakit pada bahagian leher dan bahu. Ini membantu melegakan simptom-simptom stres dan meningkatkan aliran darah. Dengan kelengkapan pembesar suara Bluetooth, pengguna boleh menikmati urutan selesa bersama dengan muzik, podcast ataupun bunyi ambien pilihan tanpa wayar.
Kerusi urut OGAWA Smart Galaxiadi ilhamkan daripada keperluan untuk memberikan kaedah penjagaan diri yang boleh diguna pakai oleh semua ahli keluarga tanpa mengira umur. Sebagai tanda penghargaan kepada ibu-ibu seperti Lisa yang merupakan tiang kegembiraan dan kesihatan keluarga mereka, OGAWA telah mengumumkan sebuah kempen di seluruh negara bersempena dengan Hari Ibu bagi menghargai kerja keras dan pengorbanan mereka, sambil memberikan mereka masa untuk bersantai dan berehat.
Tawaran ini juga berhubung kait dengan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, dan menggalakkan pelanggan untuk memberikan sesuatu yang lain tetapi bermakna kepada orang yang tersayang. Mulai sekarang sehingga 31 Mei, para pelanggan boleh membawa pulang sebuah kerusi urut Smart Galaxia dengan harga hanya RM5 sehari dengan pelan bayaran ansuran 48-bulan.
Sempena dengan kempen ini juga, Lisa akan muncul dalam beberapa siri iklan dan kempen TV bersama dengan kerusi urut Smart Galaxia untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan sejahtera.
OGAWA Smart Galaxia datang dalam warna Marigold, dan kini boleh didapati di semua cawangan OGAWA di seluruh negara pada harga asal RM11,999.00. Ia juga boleh didapati di pameran OGAWA yang berlangsung dari 23 – 28 April 2019.
Layari The Berkat untuk lebih banyak hebahan terbaru.

SalamToday: Portal Gaya Hidup dari SalamWeb

Salamtoday
SalamWeb melancarkan SalamToday – portal gaya hidup baru untuk komuniti digital Islam. SalamToday memperkasakan komuniti untuk menikmati gaya hidup yang lebih positif dan sentiasa arif tentang peristiwa menarik bersesuaian dengan gaya hidup mereka.
Sebagai portal gaya hidup yang pertama dilancarkan oleh SalamWeb ianya boleh diakses di mana jua, SalamToday menepati citarasa masyarakat Islam global, menampilkan campuran kandungan redaksi bertenaga, diterajui oleh pasukan penulis-penulis yang berpengalaman. Gerbang maklumat yang menyasarkan masyarakat Islam Malaysia ini menerbitkan kandungan berbahasa Melayu, manakala bahagian antarabangsanya pula memuatkan rencana di dalam Bahasa Inggeris.
Portal SalamToday merangkumi enam kategori utama:

  1. 1-  Selera (Savour) – Melayan citarasa foodies membawa kupasan dan cadangan hidangan Halal terbaik di dalam dan di luar Malaysia
  2. 2-  Stail (Style) – Memastikan para Fashionista sentiasa berbekal gaya terkini
  3. 3-  Singgah (Sights) – Mengajak para penjelajah meneroka cadangan kembara dan penginapan yangmesra-Islam
  4. 4-  Seni (Senses) – Penggiat dan peminat seni dipersembahkan maklumat terkini budaya dankesenian semasa
  5. 5-  Suka (Seek) – Sentiasa kemaskini mengenai aktiviti dan hobi sihat di sekeliling kita
  6. 6-  Sahsiah (Soul) – Membawa motivasi serta bimbingan rohani dalam usaha memperbaiki diri

Edisi digital julung kali SalamToday turut menampilkan pelakon dan penyanyi terkemuka tanah air, Ziana Zain sebagai inspirasi laman utamanya. Beliau gigih memupuk kerjaya sehingga menjadi penggiat seni yang dinobatkan, sentiasa tampil dengan gaya yang ikonik dan bersesuaian dalam segala aktiviti. Oleh itu, Ziana Zain terpilih menjadi sumber inspirasi dan contoh menyerlah bagaimana seorang wanita Islam moden mampu tabah mengharungi kehidupan dalam mengejar kejayaan.
Shah Shamshiri, Pengurus Kanan Produk, SalamWeb, berkata di pelancaran tersebut, “Kami mempergandakan usaha positif yang dimulakan oleh SalamWeb dan membina ke arah visi pengalaman dalam talian yang lebih baik untuk para pengguna. Kami menampilkan gabungan maklumat terkini dengan trend sosial serba produktif berpandukan imbangan tuntutan rohani dengan kepentingan komuniti. Pengguna kami diperkasakan dengan maklumat gaya hidup yang boleh diyakini, mereka serba arif dengan pengetahuan mengenai hal ehwal semasa, berita serta perkembangan terkini. Mereka turut menikmati platform mesra untuk berkongsi pandangan rohani dengan pengguna lain yang sependapat. SalamToday kini menampilkan kandungan Bahasa Melayu sementara bahagian antarabangsanya memuatkan rencana yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris. Kami berharap dapat memperluaskan kandungan kami menggunakan bahasa tempatan kepada negara-negara majoriti Islam seperti Indonesia dan sebagainya.”

SalamToday merupakan mercu peristiwa SalamWeb, kerana ia menawarkan para pengguna sebuah ekosistem digital padat dengan kandungan yang diyakini lagi peka terhadap etika. Ketika menghuraikan misi dan visi SalamWeb, Puan Hasni Zarina Khan, Pengarah Urusan syarikat tersebut berkata, “MelaluiSalamToday, kami bermatlamat memaklumkan, mencetus inspirasi serta memperkasakan komuniti pengguna dengan gaya hidup yang lebih positif dengan membawa perkembangan berita dan hal-ehwal semasa yang bersesuaian dengan mereka. Sebagai portal gaya hidup pertama oleh SalamWeb, SalamToday mampu diakses di mana jua. SalamToday memperkasakan usaha untuk membina Ummah digital, menyediakan teknologi digital yang mendahulukan nilai komuniti pengguna kami, membantu mereka menapis unsur-unsur negatif dan menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara yang paling penting kepada mereka. Ini membebaskan umat Islam untuk memilih kehidupan digital yang konsisten dengan nilai dan kepercayaan Islam yang serba positif.”
Majlis pelancaran SalamToday dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air termasuk Ziana Zain, dan pengacara serba sensasi, Alif Satar. Majlis tersebut turut menampilkan persembahan oleh Noryn Aziz, Siti Sarah serta mempamerkan rekaan fesyen santun terkini oleh pereka fesyen Malaysia Anuar Faizal sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dilancarkan di Malaysia, SalamToday boleh diakses dari mana jua, ia terbuka kepada pengguna pelbagai komuniti melalui semua platform digital dan turut tersedia di dalam pelayar sesawang SalamWeb. Muat turun hari ini dari www.salamweb.com.

Mengenai SalamWeb

SalamWeb adalah perkhidmatan suit Internet berlandaskan Islam – SalamWeb Browser, SalamChat, SalamNews dan SalamSadaqah yang dilancarkan pada Januari 2019. Ia menyediakan akses pengalaman dalam talian yang diyakini dan positif serta menitikberatkan kepentingan komuniti pengguna melalui sekatan terhadap kandungan merbahaya dan peningkatan privasi semasa melayari maklumat. SalamWeb Browser diiktiraf oleh Kumpulan Amanie dan Lembaga Penyeliaan Syariah Antarabangsa, selaras dengan Mi’yar Ekonomi Digital Islamik, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.salamweb.com.