8 Isi Hati Lelaki Yang Sebenarnya (Ramai Perempuan Tak Perasan)


Tak semua apa yang lelaki cakap, dia maksudkan. Ada juga yang dia sembunyikan. Banyak perkara yang dia tak beritahu pasangannya.
Mari kita singkap, apa sebenarnya yang ada dalam hati lelaki ini. Apakah isi hati lelaki yang sebenarnya? Bagaimana mahu membaca, mengenal, memahami dan mengetahui isi hati lelaki yang paling dalam?
 

Lelaki sebenarnya penyayang, tapi tak tunjuk

Ini yang paling selalu. Lelaki sayang, tapi tak pandai meluahkan dengan kata-kata. Biasanya, dia akan buat dengan perbuatan. Tapi selalu disalah anggap oleh perempuan, kerana tidak romantik.
 

Lelaki mahu isteri yang bersifat keibuan

Selalunya, lelaki yang belum kahwin lagi memang gatal. Ya, yang sudah kahwin juga ada yang gatal. Kedua-dua spesis ini mahu dihampiri dan selalu dekat dengan kawan-kawan perempuan yang gedik. Memang suka betul, bila ditepuk tampar.
Tapi, bila bab kahwin, anak-anak, jaga rumahtangga, tahu pula mahu isteri yang bersifat keibuan.
 

Lelaki risau bila berjauhan dengan pasangan

Sifat seorang lelaki, ialah melindungi. Jadi apabila berjauhan, lelaki akan risau dengan pasangannya. Tapi biasalah, lelaki tak akan kata dia risau.
Yang si perempuan pula, tertunggu-tunggu panggilan atau mesej. Hinggakan bermonolog sendiri, “Dia tak ingat aku ke?”
 

Lelaki selalu diam (ada sebab)

Selalunya, sebab tak ada idea nak cakap apa. Masa mula-mula berkawan, bukan main banyak lagi cerita si lelaki. Bila sudah lama berkawan, mulutnya bagai dikunci. Tanya pun soalan asyik yang sama.
Apabila sudah berkahwin, lagi teruk. Mesej pun perkara yang sama setiap hari.
Sebenarnya, bukan tidak mahu berbual-bual. Kadang-kadang, apa yang berlaku seharian, si lelaki rasa tak ada yang menarik. Sebab itu dia malas cerita.
Yang si perempuan pula, asyik tertunggu-tunggu cerita.
 

Lelaki kerja keras untuk keluarga

Dia kerja keras untuk isteri dan anak-anak, tapi tak pernah kongsikan kesusahan itu. Kalau boleh apa permintaan isteri dan anak-anak, dia mahu tunaikan.
Walaupun perempuan cuma sekadar cakap main-main, dia akan ambil serius. Selagi tak dapat, dia akan kerja lebih keras.
 

Lelaki tak suka dibandingkan

Kalau dibandingkan dengan lelaki lain, mungkin tak terasa sangat. Tapi bila dibandingkan dengan ayah di perempuan, dia akan rasa kecil hati.
Jangan sesekali kata, “Ayah saya boleh, kenapa awak tak boleh?”.
Tak semua lelaki punya cara yang sama. Matlamat mungkin sama, tapi cara berbeza. Kita raikan keduanya.
 

Lelaki tak suka dikongkong

Siapa yang suka dikawal setiap masa? Semua orang tak suka. Janga sesekali pantau semua aktiviti lelaki. Dia juga mahukan privasi.
Semakin kita kongkong, semakin kita rasa cemburu, lagi dia rimas. Berikanlah kebebasan yang sewajarnya.
 

Lelaki tak senang duduk bila perempuan merajuk

Memang ada jenis yang tak pandai pujuk. Bukan tak pandai pujuk, cuma tidak tahu macam mana nak mula. Apa yang nak dikatakan?
Beruntung jika ada pasangan yang pandai memujuk, pandai ambil hati tatkala merajuk.
Namun, bagi perempuan yang ada lelaki yang tak pandai pujuk, teruskanlah berfikir positif. Bukannya dia tak kisah, cuma tak pandai menunjukkan perasaan. Lama-lama, pandailah dia.
 

Akhir kalam

Tak semua lelaki tak pandai jaga hati perempuan. Sayang tetap sayang, cuma tak pandai meluah.
Bagi perempuan, jangan cepat melenting dan ambil hati. Perlahan-lahan akan boleh adapt dengan suasana begini. Semuanya perlukan masa.
Layari The Berkat untuk lebih perkongsian tentang isi hati.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Leave a Comment