Cara Solat Sunat Hajat Yang Ringkas & Mudah (Semoga Mustajab Doa)

Cara solat sunat hajat yang mudah

Bagi seseorang yang ingin memohon sesuatu hajat daripada Allah S.W.T, dia sangatlah digalakkan untuk mendirikan solat sunat hajat supaya hajatnya itu dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Pelaksanaan solat sunat hajat ini tidak terhad kepada waktu tertentu dan boleh dilakukan pada bila-bila masa anda mempunyai hajat. Oleh itu, di bawah kami berikan panduan dan cara solat sunat hajat yang diambil daripada penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 

Maksud Solat Sunat Hajat

Solat sunat Hajat bermaksud solat sunat yang dikerjakan bagi meminta sesuatu hajat yang tertentu. Dalam bahasa inggeris solat ini dipanggil sebagai the prayer of need. Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mengikut hajat masing-masing dan juga boleh dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama. Solat Hajat boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga 12 rakaat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu anda dicadangkan untuk membaca surah Al-Kafiruun pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah Al-Ikhlas.
Pengerjaan ibadah ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah S.A.W dimana baginda bersabda:
“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”
(Riwayat At-Tarmizi r.a.)
Satu lagi riwayat hadith dengan sanad sahih iaitu dari Abu Darda’ mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
 
Oleh itu, ianya tidak dinafikan lagi bahawa ibadah solat sunat hajat ini sememangnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat bagi memohon segala hajat di hati kepada Allah S.W.T.
 

Bolehkah buat secara berjemaah?

Mengikut pandangan Mufti Wilayah, para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum solat hajat. Ini kerana, dalil yang dijadikan hujah dalam isu ini diperselisihi status hukumnya. Sebahagian berpendapat bahawa hadis tersebut dhaif, dan tidak boleh untuk dijadikan hujah ke atas pensyariatan solat hajat.
Manakala sebahagian yang lain berpandangan bahawa hadis tersebut boleh dikuatkan dengan syawahidnya, dan mereka turut menyatakan bahawa solat hajat ini termasuk di bawah fadhail al a’maalyang boleh menggunakan hadis dhaif sekiranya ia tergolong di bawah asal yang thabit.
Maka, mengikut Mufti Wilayah, mereka lebih cenderung kepada pendapat jumhur fuqaha yang menyatakan bahawa boleh untuk dilakukan solat hajat. Ini kerana ia termasuk di dalam bab fadhail al a’maal.
Mereka juga berpandangan bahawa boleh untuk dilakukan solat hajat secara berjamaah secara sekali sekala. Namun jika dirasakan bahawa solat hajat bersendirian itu lebih mendatangkan kekhusyukan dan kehendak yang dimaksudkan, maka itu adalah lebih utama.
 

Fadhilat dan Kelebihan Solat Hajat

Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat sekiranya anda mengamalkan solat sunat hajat sebagai rutin ibadah harian anda. Di samping ganjaran pahala yang banyak, berikut beberapa kelebihan sekiranya anda kerap melakukan solat sunat hajat:

  1. Hati anda akan berasa lebih tenang kerana beban hajat anda telah pun disampaikan kepada Allah S.W.T.
  2. Anda akan menjadi lebih ikhlas dalam menerima segala ketentuan Allah S.W.T
  3. Segala hajat dan permohonan anda akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T

 

Tujuan Mendirikan Solat Hajat

Tujuan Solat Sunat Hajat adalah bagi memohon sesuatu hajat kepada Allah S.W.T. Berikut merupakan perkara-perkara yang selalu dimohon oleh seseorang muslim.

  1. Permudahkan urusan harian
  2. Permudahkan menjawab soalan peperiksaan
  3. Mempercepatkan jodoh
  4. Memurahkan rezeki di dunia dan akhirat
  5. Memudahkan mendapat pekerjaan
  6. Mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
  7. Lain-lain

 

Waktu Afdhal Untuk Mengerjakan Solat Sunat Hajat

  1. Sewaktu anda mengerjakan Qiamullail
  2. Waktu Dhuha
  3. Selepas Solat Maghrib
  4. Sewaktu Hujan Lebat
  5. Pada Bulan Puasa
  6. Selepas Solat Isyak

 
 

Panduan Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Solat Hajat amatlah mudah untuk didirikan dan anda boleh lakukannya sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di bawah adalah tatacara dan cara solat sunat hajat yang cukup ringkas:

  1. Niat

Niat solat sunat hajat
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala”.
 

  1. Bacaan Dalam Solat

Rakaat Pertama:
Pada rakaat pertama anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Kafiruun
Cara solat sunat hajat yang ringkas
Rakaat Kedua:
Pada rakaat kedua anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Ikhlas
Panduan sembahyang sunat hajat yang mudah

  1. Pada sujud terakhir, setelah membaca tasbih sujud, bacalah ayat berikut sebanyak 44 kali:

Panduan sembahyang hajat JAKIM
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.”
 
Doa Selepas Solat
Doa solat sunat hajat yang mujarab
Maksudnya: “   Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu. Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu. Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina. Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu..”
Kesimpulannya, solat sunat hajat ini sangatlah mudah untuk diamalkan. Semoga panduan ini membantu anda dalam mendirikan solat sunat hajatdengan lebih istiqomah.
Semoga perkongsian cara solat sunat hajat ini dapat memberikan sedikit pengetahuan.
Jemput untuk melihat perkongsian tentang cara solat taubatcara solat istikharah dan cara solat tahajjud juga.
Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • kelebihan solat sunat hajat

Cara Solat Taubat Nasuha Yang Ringkas (Sumpah, Tak Buat Lagi)

Cara solat taubat nasuha

Mungkin ada yang sedang membaca artikel ini pernah terlanjur dan berzina. Mungkin juga ada yang pernah minum arak sehingga mabuk. Dan jangan tidak sangka, mungkin ada yang pernah membunuh seseorang. Dan barangkali sekarang baru terfikir dan dijentik hati oleh Allah untuk bertaubat. Alhamdulillah. Kami mengucapkan tahniah atas perubahan yang ingin dilakukan. Sebelum itu, perlu ada sedikit ilmu dan tahu cara solat taubat nasuha. Ini supaya kita lebih menzahirkan penyesalan dan mendapat ketenangan dengan lebih ikhlas.
 

Apa itu Taubat Nasuha?

Seseorang individu yang telah melakukan dosa dan maksiat perlulah mendirikan solat sunat taubat bagi mendapatkan keampunan daripada Allah S.W.T atas dosa-dosa yang dilakukannya.
Taubat nasuha merupakan sejenis taubat yang sebenar-benarnya taubat dengan janji akan mengulangi lagi segala perbuatan yang salah atau dosa tersebut.
Taubat nasuha mestilah dengan kesungguhan diri untuk memohon ampun kepada Allah SWT. dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama buat kali kedua.
Solat ini memberikan peluang kepada anda untuk kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat dan dosa.
Pintu taubat kepada Allah sentiasa terbuka untuk sesiapa yang ingin bertaubat. Jadi, di bawah adalah panduan lengkap bagi melakukan solat sunat taubat seperti yang diterbitkan oleh penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kami juga membuat rujukan dari perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang tatacara solat sunat taubat.
Izinkan kami berkongsi.

Maksud Solat Sunat Taubat

Cara solat taubat nasuha
Solat sunat Taubat bermaksud solat memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah S.W.T. Solat ini dilakukan sebanyak dua rakaat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Waktu yang paling afdhal dilakukan solat sunat taubat adalah ketika anda bangun untuk melakukan ibadah solat malam kerana pada waktu ini, anda akan menjadi lebih dekat dengan Allah S.W.T. Asas atau sebab solat ini didirikan ialah:

  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan solat, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

 
Pengerjaan ibadah ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah S.A.W dimana baginda bersabda:
“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu.”
Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”
(Riwayat Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi r.a.)
 
 

Fadhilat dan Kelebihan Solat Sunat Taubat

Seperti yang anda tahu, solat sunat taubat didirikan bagi meminta keampunan kepada Allah S.W.T atas segala dosa yang telah anda lakukan. Walaupun anda tidak melakukan dosa-dosa besar, ianya disyorkan juga supaya anda mendirikan solat sunat taubat setiap hari. Antara fadhilat dan kebaikan yang boleh anda dapati daripada pengerjaan solat sunat taubat adalah:

  1. Dosa anda diampunkan oleh Allah S.W.T.
  2. Segala urusan anda akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
  3. Anda akan berasa lebih ceria dan tenang dalam kehidupan seharian.
  4. Segala tekanan hidup akan dihilangkan oleh Allah S.W.T.
  5. Anda dapat menjauhkan diri daripada dosa dan menghindari daripada sebarang gangguan syaitan dan jin.

 

Cara Mengerjakan Solat Sunat Taubat

Solat Taubat amatlah mudah untuk didirikan dan anda boleh lakukannya sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di bawah adalah tatacara dalam melakukan solat sunat taubat:

  1. Niat

Niat cara solat taubat nasuha
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
 

  1. Bacaan Dalam Solat

Rakaat Pertama:
Pada rakaat pertama anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah al-Kafirun
Rakaat pertama solat
Rakaat Kedua:
Pada rakaat kedua anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah al-Ikhlas
Rakaat kedua solat
 

  1. Pada sujud terakhir, setelah membaca tasbih sujud, bacalah ayat berikut sebanyak 44 kali:

 
Cara solat taubat nasuha, dengan sujud tasbih terakhir
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.”
 

  1. Setelah anda memberi salam, amalkan zikir di bawah sebelum meneruskan bacaan doa.

 

  1. Istighfar x70 kali

Istighfar 70 kali 

  1. Membaca wirid di bawah sebanyak x100 kali:

Wirid 100 kali
 

Doa Selepas Solat Taubat Nasuha

Maksudnya: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau. Aku mohon ampun kepadaMu Allah yang maha Hidup dan berdiri sendiri dan ku bertaubat kepadaNya..”
 

Kalau dah taubat, tapi buat lagi maksiat?

Ada juga pertanyaan tentang seseorang yang sudah bertaubat atas sesuatu maksiat. Kemudian nafsunya kembali menguasai dirinya sehingga dia kembali mengulangi melakukan maksiat. Bagaimana?
Jawapan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang ringkas ialah taubat yang dilakukan dengan berulang-ulang serta istighfar yang dilakukan berulang-ulang adalah diterima selagimana tidak terdapat pengulangan dosa setelah bertaubat dan memenuhi syarat taubat yang disebutkan.
Bermakna, boleh taubat berulang kali. Namun, janganlah ulang lagi dosa itu.
Janganlah lidah memohon ampun kepada Allah, sedangkan hatinya berterusan mahu melakukan maksiat itu.
Taubat nasuha adalah bertekad untuk meninggalkan dosa yang akan datang dan menyesali dosa-dosa yang telah lalu, dan kemudian berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengerjakannya kembali pada masa depan. Kemudian, jika dosa tersebut berkait dengan hak manusia, hendaklah dia kembalikan (hak) apa yang telah dia ambil.
Yang penting, cuba dahulu cara solat taubat nasuha terlebih dahulu. Lama-kelamaan, hati akan menjadi lembut.
 

Akhir kalam

Cara solat sunat taubat nasuha
Kesimpulannya, apabila anda telah terlanjur melakukan dosa dan maksiat seperti berzina, maka bersegeralah dalam melakukan solat sunat taubat bagi meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Cubalah ikuti cara solat taubat nasuha yang ringkas ini.
Yakinlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga panduan ini membantu anda untuk mendirikan solat sunat taubat dengan lebih istiqomah.
Jika selalu bangun malam, jemput juga baca cara solat tahajjud. Dirikan sekali solat hajat, memohon apa yang kita inginkan di dunia dan di akhirat.
Semoga malam kita semua lebih indah.
Semoga bermanfaat.