10+ Cara Hilangkan Eyebag Bawah Mata (Petua Tradisional Pun Ada)

Cara hilangkan eyebag

Anda sampai ke sini sebab mencari cara hilangkan eyebag kerana mata sudah macam panda? Izinkan kami berkongsi serba sedikit tentang eye bag ini dulu.
‘Eye bag’, atau turut dikenali sebagai kantung mata, merupakan masalah mata mengalami sembap, bengkak ringan atau bengkak pada bahagian bawah mata dan perkara ini adalah satu isu biasa apabila anda semakin meningkat usia.
Ia terjadi apabila usia anda semakin meningkat, struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata akan menjadi lemah. Kulit cenderung untuk menjadi kendur dan lemak di sekitar mata akan bergerak ke bahagian bawah mata. Selain itu, ruang bawah mata juga boleh mengumpulkan cecair, menjadikan ia tampak bengkak.
Apakah punca eyebag terjadi? Antara beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah ‘eye bag’ ini adalah seperti:

  • Tidak mendapat tidur atau rehat yang mencukupi
  • Alahan
  • Merokok
  • Faktor genetik atau keturunan
  • Pengekalan cecair, terutama apabila bangun atau menikmati makanan masin

 
Terdapat kemungkinan selain mengalami ‘eyebag’, anda juga akan cenderung untuk mengalami lingkaran gelap bawah mata.
Ia tidak mendatangkan bahaya, cuma mungkin akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar anda. Tetapi jika bengkak pada kawasan mata menimbulkan kesakitan, rasa gatal, kemerahan atau tidak hilang dalam masa beberapa hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
 

Cara hilangkan eyebag bawah mata

Kewujudan ‘eye bag’ ini bukanlah satu masalah yang perlu dibimbangkan, namun secara tidak langsung menyebabkan kecacatan pada penampilan anda. Malah mungkin akan mengakibatkan anda kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan individu di sekeliling anda.
Oleh kerana itu, terdapat petua yang boleh anda lakukan bagi mengatasi masalah ‘eye bag’ ini. Antaranya seperti:
 

Pemampat sejuk

Tolak ke tepi sebarang krim. Anda hanya perlu menggunakan sudu teh atau timun yang disejuk, kain lap bersih yang dibasahkan dengan air sejuk atau mungkin satu beg sayuran sejuk beku.
Apa yang perlu anda lakukan hanya menekan secara perlahan pada bahagian bawah mata anda untuk beberapa minit. Jika perlu, anda boleh melapik mata anda menggunakan kain bagi mengelakkan kejutan akibat suhu yang sejuk.
 

Uncang teh

Mesti anda pernah dengar cara hilangkan eyebag dengan uncang teh bukan? Ini solusi paling popular.
Selalunya selepas membancuh air teh menggunakan uncang teh, pastinya anda terus membuangnya ke dalam tong sampah bukan? Nanti dulu, uncang teh juga berguna untuk merawat masalah ‘eye bag’.
Ini kerana kafein yang terdapat dalam teh mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan aliran darah ke kulit.
Malahan ia dikatakan dapat melindungi sinaran UV dan berpotensi memperlahankan proses penuaan. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyejukkan uncang teh yang telah digunakan dalam peti sejuk selama 20 minit.
Kemudian, picitkan uncang tersebut untuk mengeluarkan cecair yang masih berada di dalam uncang dan sapukan pada bahagian bawah mata. Letakkan uncang pada bahagian mata selama 15 hingga 30 minit.
 
 

Mencuci solekan

Tidak dinafikan pulang dari kerja, keletihan dan rasa lesu akan mencengkam diri. Namun jika anda memakai solekan, pastikan anda menanggalkannya terlebih dahulu sebelum tidur, atau lebih tepat membasuh muka setiap malam sebelum tidur.
Ini kerana jika anda terus tidur bersama solekan di wajah, anda mungkin akan mengalami kerengsaan, berdepan reaksi alahan dan cenderung untuk mengalami kemerahan, bengkak dan simptom lain.
Malah ia juga meningkatkan risiko untuk mengalami kedutan dan kerosakan pada kulit wajah kerana terdedah kepada radikal bebas.
 

Tinggikan bantal

Cara ini boleh membantu untuk mencegah cecair daripada terkumpul pada bahagian mata semasa anda tidur. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan tambahan bantal pada kepala.
Namun pastikan ia tidak terlampau tinggi sehingga menyebabkan anda sukar untuk tidur dan mungkin mengalami ketegangan pada bahagian leher.
 

Tidur mencukupi

Petua yang tidak memerlukan sebarang objek atau barangan tambahan, tetapi ia sukar untuk dilakukan berikutan kesibukan tugasan harian. Inilah antara cara hilangkan eyebag yang paling berkesan sekali.
Anda hanya perlu memastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 hingga 9 jam sehari adalah tempoh yang terbaik bagi seorang individu dewasa.
Jika anda berdepan dengan masalah sukar untuk tidur, anda boleh mencuba kaedah seperti mengelakkan minuman dan makanan yang mengandungi kafein dalam tempoh 6 hingga 12 jam sebelum waktu tidur, cuba menghindari penggunaan telefon bimbit, sebarang alatan elektronik seperti televisyen sejam sebelum waktu tidur dan cuba untuk tidur pada waktu yang sama pada setiap malam.
 

Elakkan alahan (allergic)

Pastinya anda sedia maklum apa yang boleh menyebabkan wujudnya simptom alahan kepada diri anda.
Jadi sebaiknya elakkan produk atau barangan seperti pewarna rambut, sabun atau produk kosmetik yang boleh menimbulkan alahan kepada anda.
 

Kuning telur, madu dan lemon

Mungkin petua ini sedikit renyah untuk dilakukan. Namun, jika ia menjanjikan hasil yang baik, tidak salah untuk mencuba, bukan?
Apa yang perlu anda lakukan adalah campurkan sebiji kuning telur, sesudu teh madu serta sedikit perahan lemon dan gaulkan sebati. Sapukan pada bahagian mata yang sembap dan biarkan semalaman. Cuci selepas bangun dari tidur.
 

Kentang

Ia mempunyai enzim yang dapat membantu mencerahkan kulit. Untuk menggunakannya bagi merawat masalah ‘eye bag’ anda, anda perlu mencuci kentang sehingga bersih dan menghirisnya kepada beberapa keping mengikut keperluan. Tekapkannya pada mata anda untuk tempoh 10 hingga 20 minit.
 

Produk hilangkan eyebag yang terbaik

Walaupun bagaimanapun, jika anda menginginkan jalan penyelesaian segera bagi masalah ‘eye bag’ anda, berikut adalah beberapa produk yang boleh anda cuba pada harga yang mampu dimiliki, seperti:
 

L’Oreal Dermo Expertise Revitalift Laser X3 Eye Cream

Krim mata ini dapat membantu untuk memulihkan kulit pada sekitar mata kerana mengandungi kolagen dan ia turut menjadikan kulit berasa dingin selepas memakainya.
Ia boleh dibeli pada harga sekitar RM 75 dan boleh didapati di semua ‘drugstore’ seperti Watsons dan Guardian.
 

Sulwhasoo Essential Rejuvenating Eye Cream

Dikatakan sebagai krim terbaik yang dapat mengurangkan sembap dan kedutan serta menjadikan kulit lebih lembut dan membantu mencerahkan bahagian bawah mata.
Ia diperbuat daripada herba Korea seperti ginseng merah (red ginseng).Boleh didapati di Hermo Malayia dan dibeli pada harga sekitar RM 33.
 

Nano White Eye Brightener

Mengandungi herba organik yang dapat meningkatkan keanjalan pada bahagian mata dan membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan tidak cukup tidur.
Boleh dibeli pada harga sekitar RM 23 dan terdapat di semua ‘drugstore’.
 

Simple Regeneration Age Resisting Eye Cream

Dijual pada sekitar harga RM 29 dan boleh didapati di semua ‘drugstore’, krim ini tidak mengandung sebarang pewarna atau pewangi tambahan. Ia dapat memperbaiki dan melindungi kulit sekitar mata.
Krim ini juga membantu melembapkan dan melembut tona kulit serta merawat tanda penuaan pramatang.
 

Akhir kalam

Apa-apa pun, walaupun memang sedang mencari cara hilangkan eyebag, janganlah terlalu obses untuk cantik. Walaupun ada eyebag, muka macam panda, anda tetap comel.
Eyebag hanya satu bahagian. Dapatkan tips penjagaan muka yang betul, jika betul-betul mahu jaga penampilan.
Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • cara hilangkan eye bag
  • cara menghilangkan eye bag bawah mata
  • uncang teh hilangkan eyebag

10+ Cara Putihkan Gigi Kuning (Guna Petua Tradisional & Kaedah Moden)

Cara putihkan gigi kuning

Senyuman menjadi satu persona setiap insan. Bonus untuk anda jika mempunyai baris gigi yang cantik dan putih berseri. Sebab itulah ramai orang cari cara putihkan gigi yang tidak berapa nak putih. Ada pula yang sanggup berbelanja besar dengan membeli produk putihkan gigi. Hanya supaya tiada lagi gigi kuning dan nampak berharap agar nampak putih berseri-seri.
Gigi mempunyai liang seperti kulit atau span. Apa-apa sahaja benda berwarna yang anda masukkan dalam mulut akan diserap ke liang ini.
Kopi, teh, beri hitam dan tabiat merokok merupakan ejen penting yang mengaktifkan kekotoran pada gigi.
Lama-kelamaan, warna asli gigi bertukar menjadi kekuningan kesan kotoran langsung tersebut. Ia tidak akan hilang kecuali anda rajin menghilangkannya.

Cara putihkan gigi (Guna petua tradisional, secara semulajadi)

Berikut kami senaraikan apa yang boleh anda lakukan untuk dapatkan gigi yang putih berseri!

Guna arang

Satu rahsia orang lama mengilat dan memutihkan gigi ialah dengan menggunakan arang. Buktinya, pada masa kini, bahan tersebut turut digunakan dalam pembuatan ubat gigi kerana kandungan kalium hidroksidanya yang membersih.
Caranya, ambil arang atau kayu arang, tumbuk halus dan simpan dalam bekas bersih. Gosokkan pada gigi setiap pagi selama 2-3 minit. Tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana penggunaan arang boleh merosakkan gigi.

Guna kayu sugi

Cara ini sudah lama digunakan umat Islam terdahulu serta menjadi sunnah Rasulullah SAW.  Kayu sugi juga mampu memperkuatkan gigi, menghilangkan kotoran yang melekat pada gigi sekali gus menjadikan gigi putih bersinar.
Bonus jika menggunakan cara ini, ia senang dibawa ke mana saja.

Biji asam

Sama seperti arang, petua menggunakan biji asam popular kalangan nenek moyang kita. Caranya ambil biji asam dan sangai (goreng tanpa minyak) hingga kehitaman.
Setelah sejuk, tumbuk halus dan serbuknya kita sapu pada gigi. Amalkan sekerap mungkin.

Lemon dan garam

Dua bahan ini agak terkenal dengan fungsinya yang pelbagai. Juga bermanfaat untuk mencerah dan memutihkan gigi, kesegaran pada lemon dan kuasa garam yang ‘membersih’ juga dapat mengawal bau nafas.
Campurkan jus lemon ke dalam garam dan kacau hingga larut. Jadikannya seperti ubat gigi dan gosok seperti biasa. Namun diingatkan, jangan amal selalu kerana ia boleh menghakis enamel gigi. Anda juga boleh menggantikan lemon dengan limau nipis.

Kulit limau atau kulit oren

Siapa sangka, sisa buangan dapur ini juga berkesan merawat masalah gigi kuning. Gosok kulit limau secara teratur pada setiap hari. Bagaimanapun, diingatkan, kepada anda yang menghidapi masalah gigi sensitif agar berwaspda kerana ia boleh memudaratkan gigi kerana kandungan vitamin C yang tinggi pada kulit limau.

Guna strawberi

Si kecil molek ini juga tidak kurang hebatnya menjadikan gigi anda putih bersinar. Kisar buah ini dan jadikannya seperti pes dan gosok pada gigi anda. Atau paling mudah, makan saja buah ini lebih kerap! Tidak hanya strawberi, epal dan saderi juga berkesan memutihkan gigi.

Soda bikarbonat

Bahan ini boleh menghilangkan plak dan memutihkan gigi. Ambil satu sudu soda bikarbonat dan campur dengan ubat gigi anda. Gosok dan bilas seperti biasa. Awas, jangan amalkan selalu kerana ia boleh menghakis enamel gigi.

Cara putihkan gigi (Rawatan alternatif, guna kaedah moden)

Rawatan alternatif ini sedikit-sebanyak boleh membantu, sebagai salah satu cara putihkan gigi. Terutama sekali pada orang yang mempunyai duit lebih, dan mahukan kesan yang cepat.

Rawatan laser

Paling pantas berkuasa memutihkan gigi! Bahan kimia untuk pemutihan gigi akan bertindak balas dengan laser yang dipancar mengeluarkan radikal oksigen bebas bagi memutihkan gigi setelah pigmen di dalam permukaan gigi dileraikan.
Namun kos penggunaan laser dalam rawatan rutin adalah lebih tinggi berbanding rawatan pergigian konvensional. Namun, apa salahnya laburkan sedikit wang untuk hasil yang luar biasa.

Jalur pemutihan

Jalur pemutihan komersial yang anda beli sama ada di klinik pergigian atau farmasi adalah usaha awal memulakan proses pemutihan gigi jika anda tidak mempunyai wang ketika mempertimbangkan rawatan ditawarkan doktor gigi anda.
Kaedah ini berkesan dan berfungsi dengan pantas, bergantung pada jenis jalur yang anda beli.  Jalur dilekatkan pada gigi atas dan bawah dan dikeluarkan selepas bahan kimia pelunturannya beroperasi.

Gel tray

Gel tray yang mengandungi karbamid peroksida juga beroperasi dengan cara sama seperti jalur pemutihan kecuali ia dipasang terus mengikut acuan gigi.
Ia dipakai untuk tempoh masa, biasanya dari beberapa jam sehari setiap hari pada waktu malam sehingga empat minggu dan lebih lama (bergantung kepada tahap perubahan warna dan tahap pemutihan yang diingini).
Ingat, jika tidak pasti, dapatkan konsultasi dari doktor gigi terlebih dahulu.

Gunakan ubat gigi khas

Kalau kurang rajin, gunakan ubat gigi!
Semua ubat gigi membantu menghilangkan kotoran permukaan. Sesetengah ubat gigi pemutihan mengandungi penggilap lembut atau agen kimia yang memberikan keberkesanan penyingkiran kotoran tambahan.
Bagaimanapun, kaedah ini hanya  boleh membantu menghilangkan kotoran permukaan sahaja dan tidak mengandungi peluntur. Jadi masa yang diambil untuk melihat hasilnya adalah agak lama.

Akhir kalam

Anda mahu guna cara putihkan gigi dengan petua tradisional atau rawatan alternatif, tepuk dada tanya poket.  Pilihan semestinya di tangan anda.
Terpulang kepada tekad anda untuk kelihatan cantik. Pendek kata, jangan malas! Namun, jika anda berduit, terpulang samada sangup berbelanja semata-mata untuk putihkan gigi.
Akhir sekali, bagi yang rajin baca dalam Bahasa Inggeris, boleh baca rahsia putihkan gigi di WebMD. Jika mahukan lagi petua, boleh baca petua hilangkan bau ketiak pula.
Semoga bermanfaat.