8+ Cara Menghilangkan Bekas Jerawat (Di Bahagian Muka & Hidung)

Cara menghilangkan bekas jerawat

Bagi kebanyakan lelaki dan wanita yang mengalami masalah parut jerawat, niat untuk menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang parut jerawat di muka selalunya membawa kepada pembelian krim dan ubat untuk menghilangkan masalah tersebut.
Apabila ada bekas jerawat merah atau hitam, tentu sekali tidak selesa.
Walaupun kadangkala ubat dan krim yang digunakan ini memberikan kesan pantas kepada pemulihan wajah anda, namun ianya juga dapat memberikan kesan buruk jangka panjang kepada wajah anda. Lebih-lebih lagi, produk yang tidak disahkan dan tidak mendapat pengiktirafan KKM.
Untuk pergi ke klinik dan berjumpa dermatologist, kosnya mahal. Ada juga yang pakai masker, tetapi tidak selesa. Sebab itu ramai yang beralih kepada cara tradisional.
Bagi lelaki dan wanita yang inginkan wajah yang bersih daripada parut jerawat, berikut kami senaraikan 7 langkah semulajadi yang boleh anda cuba untuk mendapatkan wajah yang lebih bersih.
 

Lidah buaya

Gel lidah buaya segar merupakan sumber vitamin yang berkesan untuk membantu menyembuhkan dan memudarkan parut. Lidah buaya adalah lembut jadi anda tidak perlu risau akan kulit yang rosak atau gatal ketika anda menyapunya di muka.
Kulit anda juga dapat menjadi lebih lembap terima kasih kepada ciri hidrasinya yang terkandung dalam lidah buaya. Banyak krim dan gel juga telah dikeluarkan bagi memudahkan anda untuk mendapatkannya di kedai atau pasaran biasa.
Untuk kesan yang lebih efektif dan pantas, sapukan gel di parut jerawat anda dan biarkannya sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda basuh.
 

Minyak kelapa

Minyak kelapa merupakan pelembap kulit semulajadi yang juga mengandungi beberapa unsur pemulihan.  Urutkan satu sudu teh minyak kelapa pada muka anda dan biarkannya supaya ia diserap masuk.
Anda tidak perlu basuh minyak tersebut kerana ia mempunyai vitamin dan asid lemak yang penting bagi meningkatkan kesihatan kulit anda selama mana anda memakainya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda berasa tidak selesa kerana rasa berminyak pada wajah anda, anda boleh biarkannya selama 30 minit sebelum anda mencucinya.
 

Minyak zaitun

Lebih mahal sedikit daripada minyak kelapa, tetapi kesannya lebih bagus dalam melembapkan muka. Penggunaannya, sama dengan cara guna minyak kelapa. Hanya urutkan minyak zaitun pada muka supaya ia boleh menyerap ke dalam.
 

Timun

Timun merupakan bahan terkenal dalam rawatan muka. Sayur ini bukan sahaja memberikan hidrasi yang tinggi pada kulit anda, malah juga mengandungi vitamin A, vitamin C, dan magnesium yang amat diperlukan bagi meningkatkan kesihatan kulit anda.
Penggunaannya juga mudah. Hanya potongkan timun ini dalam potongan nipis dan letakkannya pada parut jerawat anda. Selepas 30 minit, buangkan kepingan timun tersebut dan bilas dengan air sejuk. Anda boleh ulang setiap hari sekiranya perlu.
 

Madu

Satu lagi bahan pelembap semulajadi yang dapat menghilangkan bekas jerawat adalah madu. Dapatkan madu semulajadi, bukan yang diproses di kilang untuk kesan yang lebih berkesan.
Untuk menggunakannya, ambil satu sudu teh madu dan urutkannya pada parut jerawat anda. Biarkan selama 30 minit sebelum anda membasuhnya. Ulang rawatan ini sekali bagi setiap dua atau tiga hari.
 
 

Lemon

Jus lemon merupakan asid hidroksi- alfa (AHA) yang boleh digunakan untuk memudarkan parut, memulihkan dan menyegarkan kulit.
Perah jus lemon tersebut ke dalam mangkuk dan gunakan putik kapas untuk menyapu jusnya pada kawasan bekas jerawat anda. Anda boleh campurkannya dengan air jika kulit anda sensitif terhadap jus ini.
 

Ubi Kentang

Ubi kentang kaya dengan vitamin dan mineral dimana ianya sangat berguna untuk pemulihan kesihatan kulit anda. Potongkan ubi kentang tersebut dalam bentuk potongan nipis dan letakkannya pada permukaan bekas jerawat anda.
Anda juga boleh gunakan potongan yang lebih tebal dan urutkannya pada bekas jerawat anda untuk kesan yang lebih pantas. Bagi hasil yang lebih baik, tinggalkan potongan kentang tersebut pada wajah anda selama 15 minit sebelum anda membasuh muka anda dengan air suam.
 

Vitamin E

Kaedah yang paling mudah untuk menggunakan vitaminn E bagi menghilangkan parut jerawat anda adalah dengan membeli vitamin E yang berbentuk kapsul dan menebuknya supaya minyak vitamin E tersebut dapat disapu pada permukaan bekas jerawat anda.
Sapukan minyak tersebut secara langsung pada parut jerawat anda atau campurkannya bersama pelembap harian anda untuk menghilangkan bekas jerawat tersebut dengan lebih pantas.
 

Akhir kalam

Dengan adanya bahan-bahan semulajadi yang telah disenaraikan di atas, wajah anda kini boleh kelihatan lebih bersih dan cerah tanpa perlu risau akan kesan buruk akibat penggunaan krim dan ubat yang mungkin akan merosakkan lagi kulit wajah anda.
Tips ini bukan hanya boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di muka dan hidung, ia boleh juga digunakan untuk bekas jerawat di badan, belakang badan dan juga punggung.
Semoga berjaya.
Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang kehidupan.
 
[yasr_overall_rating size=”medium”]

10 Tips Penjagaan Muka Yang Betul, Sampai Boleh Jadi 'Flawless'

Tips penjagaan muka yang betul

Semua orang nak muka yang bersih, tidak berjerawat. Pendek kata, ‘flawless‘. Tapi bukan mudah untuk menjaga muka kan? Ada yang sampai nak dapat kulit cantik macam artis dan orang Korea.

Ada tips penjagaan muka yang betul? Boleh percaya ke?

Tips penjagaan muka yang betul
Ada yang bertanya, penting ke jaga muka sangat? Betul ke cara dan petua ini boleh guna?
Soalan ini sangat basic. Kita mahu berdepan dengan orang ramai. Kadang-kadang rasa rendah diri bila rasa diri tidak cantik. Itu belum masuk lagi badan yang banyak lemak. Nanti kami kongsikan dalam artikel yang lain pula.
Penjagaan muka sebelum tidur itu juga sebenarnya penting. Seperkara lagi, penjagaan muka ini ialah perkara harian, iaitu rutin yang kadang-kadang ada orang malas nak buat. Kalau malas, hadaplah masalah itu sendiri.
Kali ini, kami bawakan perkongsian Sis Jay dari laman IIUM Confessions. Beliau adalah seorang gadis yang sudi berkongsi rahsia untuk dapatkan kulit ‘flawless’.
Baca tips penjagaan muka yang betul yang kami bawakan ini.

Tips 1: Kena faham jenis kulit

Kena faham jenis kulit. Kulit tak berminyak tak semestinya berjerawat. Berminyak pun belum tentu berjerawat. Jadi, kita sendiri kena tahu, kita ini dalam kategori apa. Rasanya ramai tak tahu, ada satu kategori ini, oily but dehydrated. Kebiasaannya, orang ingat oily sahaja mesti kulit tu lembab kan? Aha! Belum tentu!

Tips 2: Wajib pakai moisturizer

Oily skin pun WAJIB pakai moisturizer. Sebab? Kulit kita ini keluarkan sebum bergantung pada keadaan kulit. Kalau kulit berminyak, itu bermakna kulit itu tak cukup lembab, dan ia bagi signal untuk keluarkan lagi banyak minyak utk lembabkan kulit. Haaaa.. jadi, oily ke, normal ke, dry ke, memang kena pakai pelembab! Untuk yang oily, boleh cari yg sesuai untuk oily skin.

Tips 3: Pilih cleanser yang bagus

Cleanser yang bagus ini pH dia rendah skit. Antara pH 4-6 . Maksudnya, ia bersifat acidic. Sebab? Kulit kita ada lapisan asid yang ‘jaga’ kulit kita dari bakteria. Bakteria P.acne yang sebabkan jerawat itu sangat cepat membiak jika pH kulit terjejas, yakni melebihi pH 6. Kebanyakan cleansers, tak kira jenama murah atau high end, pH tinggi sangat! Ada yang sampai 9!
Haaa macam mana nak tahu? Ade satu spesies homosapiens ini dia dah bina satu Google Doc untuk orang yang test pH cleanser mereka, dan isi di situ untuk rujukan semua orang. Boleh tanya pakcik Google.

Tips 4: Minum air kosong banyak banyak

Kenapa perlu minum air kosong untuk penjagaan muka?
Air kosong ni boleh flush out toxin dalam badan. Kalau terlalu banyak, kadang-kadang kulit akan tolong detoks dengan keluarkan jerawat. Memang merana jawabnya.

Tips 5: Kurangkan pengambilan gula

Tips penjagaan muka berjerawat
Gula ini, memang sedap di mulut, tetapi masuk dalam perut sahaja terus bertukar fitrah. Badan akan jadi asidik. Sepatutnya badan kita ni beralkali (kecuali organ tertentu). Selepas itu, kesannya pada muka.

Tips 6: Kurangkan makan ayam bandar

Yang cucuk sana, cucuk sini. Ada kawan pernah tanya doktor. Tahu apa jawapan doktor? Doktor pun suruh pantang makan ayam bandar. Alhamdulillah, makin okay kulit dia.

Tips 7: Makan sayur dan buah

Semasa kecil, mak selalu acah-acah kita, “Haaa..buangla sayur, nanti kulit naik jerawat baru tau” . Percayalah semua itu memang benar sama sekali. Kita kena jaga makan, makan sayur. Dan jangan lupa, makan buah juga. Buah-buahan ada banyak sangat vitamin dan segala nutrien yang diperlukan untuk kulit. Kalau kita ini jenis overweight, itu bermakna lemak dalam badan tinggi, dan toksin pun tinggi. Sebab apa? Sebab lemak pun akan simpankan toksin. Negativity attracts negativity right?. So, eat right and eat healthy!

Tips 8: Check kalau ada masalah hormon

Ada kawan beritahu, nak tahu hormone imbalance ke tak, check bulu-bulu halus di bahagian muka. Lagi-lagi di bahagian dagu. Kalau nampak ada beberapa helai bulu-bulu yang tebal seperti janggut, besar kemungkinan kita ada masalah hormon tak stabil.
Kalau nak lagi tepat, buat check up di klinik. Pernah dengar dalam TV, yang masalah hormon ni boleh diatasi melalui pemakanan. Tak ingat pula hormon apa yg sepatutnya lebih dan sepatutnya kurang. Ada hormon kena kurang dalam badan perempuan. Doktor dalam TV itu juga ada beritahu, brokoli bagus untuk masalah ini.
Lagi satu, kalau ada masalah hormon ini, akan bersepah cystic acne di muka. Ini ialah jerawat yang besar-besar, yang naik dalam kulit.

Tips 9: Pakai, pakai dan pakai sunblock!

Dulu-dulu, dalam pukul 11 pagi pun boleh serap vitamin D lagi. Sekarang ini, kita serap segala mak nenek UV sahajalah. Terlalu bahaya di luar. Kulit nak pakai lama. UV itu boleh trigger segala benda kejahatan seperti jerawat sampai lah ke kanser. Banyak dah sunblock yang dicipta untuk oily skin. Jadi, rajin-rajin buat research. Tolong buat kajian, baca apa beza SPF dengan PA. Lepas itu, kena rajin reapply. Boleh?

Tips 10: Kena tabahkan hati masa nak invest duit

Yang ni paling penting. Walalupun kita nak guna produk homemade sekalipun, barang mestilah kena beli kan? Jadi, bertabahlah. Kena survey dulu produk apa yang bagus. Baca berpuluh-puluh review, especially dari orang yang duduk dekat negara yang cuacanya macam negara kita, Malaysia.. Dah puas hati baru try. Tak dinafikan beratus juga duit habis untuk cari holy grail product untuk diri sendiri. Tapi jangan risau, setakat ini rasa jimat sebab sekali beli 4-5 bulan baru habis. Kira balik modal juga.

Macam mana, bagus tak tips penjagaan muka ini?

Sudah tentu, tak semua cara, petua dan tips boleh digunakan. Dan tak semua kaedah sesuai untuk semua orang. Lain orang, lain cara penjagaan kulit. Cuma perkongsian dari Sis Kay ini adalah satu guidelines untuk kita rujuk dan amalkan.
Selamat mencuba semua! Kongsikan dengan kami di ruangan komen, produk penjagaan muka apa yang anda gunakan?

Carian dari Google:

  • Tips penjagaan muka
  • cara penjagaan muka berjerawat