10+ Cara Halau Tikus Dalam Rumah (Cuba Dulu, Petua Tradisional)

Cara halau tikus dalam rumah

Tikus merupakan antara haiwan yang paling menggelikan terutama bagi suri rumah. Kehadiranya terutama sekali di bahagian dapur memang mengerikan apatah lagi jika seseorang itu berada dalam keadaan bersendirian. Tentu sekali akan rasa geram dan mencari-cari bagaimana cara halau tikus dalam rumah.
Selain menjadi agen perosak, kehadiran tikus ini jika tidak dibendung mungkin boleh menjadi punca penyakit yang boleh membawa maut.
Secara amnya, tikus membawa kotoran serta kuman kecil yang tidak dapat dilihat dari mata kasar ke dalam rumah manusia dan akan menular melalui air kencingnya (urine) dan juga gigitannya.
Namun, jangan terkejut sekiranya anda pernah melihat tikus dari jarak yang sangat dekat. Kukunya yang kotor itu juga merupakan penyebab penyakit mudah berjangkit.Jadi, disini akan dikongsikan tips dan cara berkesan untuk menghalau tikus dalam rumah anda.
 

Gunakan daun pandan

Daun pandan adalah sumber wangian semulajadi untuk kediaman anda. Tikus sangat tidak suka dengan bau pandan ini. Secara tak langsung, ianya dapat menjimatkan wang anda daripada membeli pewangi kediaman yang mahal.
Disarankan, bela sahaja dalam pasu di luar rumah. Boleh guna bila-bila, tak perlu beli di kedai.
 

Gunakan sisa uncang teh

Tak kiralah, jenama BOH, Lipton atau lain-lain.
Bagi penggemar minuman teh uncang, janganlah dibuang sisa teh uncang tersebut kerana sisa teh uncang ini juga boleh menghalau tikus.
Ambil teh uncang yang sudah digunakan dan gantungkan di tempat yang selalu dilalui oleh tikus tersebut. Bau teh uncang tersebut sangat tidak disukai oleh tikus. Dengan bau itu, nescaya tikus tidak akan kembali di tempat itu.
 

Bela kucing

Seperti sedia maklum, kucing merupakan haiwan kesayangan Rasullah S.A.W.
Kucing bukan sahaja boleh menjadi pendamping kepada manusia, malah antara kemahiran semula jadi yang telah ada pada kucing adalah menangkap tikus. Hal ini kerana kucing merupakan musuh utama kepada tikus ini.
Untung-untung, boleh tengok kucing yang kita pelihara ‘hadiahkan‘ kita tikus depan mata!
 

Guna buah mengkudu

Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai bahan utama pembuatan moden mahupun tradisional.  Hanya dengan memotong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak, kemudian letakkan dipenjuru atau disekitar kawasan laluan tikus sebagai penghalang mereka untuk kembali ke tempat yang sama.
Buah mengkudu sebenarnya berfungsi seperti racun haiwan seperti tikus dan serangga lain. Hal ini kerana mengkudu mengandungi alizarin, fenol, glikosida, antaraquinon dan lain-lain lagi kandungan zat alam semulajadi yang aktif. Maka, hal ini menjadikan mengkudu sebagai antimikrobia, antibakteria dan antiinflamasi.
Mengkudu juga mampu untuk melemahkan serangga dan haiwan-haiwan kecil yang lain.
 

Daun salam

Daun salam (atau juga dipanggil daun samak) sekarang bukan saja digunakan sebagai penyedap rasa makanan, tapi boleh juga digunakan untuk membasmi haiwan perosak tersebut. Juga, daun salam digunakan sebagai salah satu penawar untuk kencing manis.
Sememangnya ekstrak etanol yang terdapat pada daun salam ini sangat tidak disukai oleh tikus kerana baunya yang menyengat deria hidu haiwan ini.
Untuk menggunakannya hanya cukup taburkan daun salam ke tempat yang sekiranya dilalui oleh tikus. Tetapi, mestilah diletakkan dengan kuantiti yang agak banyak supaya tikus ini betul-betul lari dari kawasan rumah anda.
 

Kapur barus

Seram juga jika memilih cara halau tikus dalam rumah dengan kapur barus. Bimbang orang ingat ada mayat dalam rumah.
Cuma, tips gunakan kapur barus untuk halau tikus memang berkesan. Kapur barus juga membantu anda menghalau haiwan perosak ini. Caranya dengan hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi lubuk tikus itu.
Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.
 

Letakkan daun durian belanda

Caranya dengan meletakkan  beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.
Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.
 

Guna serai wangi

Ini antara cara halau tikus yang paling popular. Serai wangi sangat terkenal dalam menghalau serangga, begitu juga dengan tikus.
Ciri-ciri serai yang mengandungi zat penyembuhan seperti antiseptik, analgesik, diuretik, galactogogue, tonik, sedatif, antidepresan, penghalang bakteria, penghapus kulat, antimikrobial, astringen dan menghapus bauan busuk.
Oleh itu, ia bukan sahaja berfungsi bagi menghalau haiwan tetapi juga mencegah bau busuk pada badan manusia. Telah banyak produk serai wangi yang dijual di pasaran dalam bentuk serbuk, cecair dan juga kiub.
Bagi anda yang ingin menghalau tikus dengan cepat dan berkesan, letakkan atau semburkan serai wangi ke tempat laluan si tikus atau dalam lubang si tikus tinggal.
 

Cuba perangkap tikus

Ramai orang telah cuba menggunakan sangkar tikus tetapi tidak berkesan.
Namun, sangkar tikus disertakan dengan jaring mungkin akan lebih berkesan. Anda boleh cuba letakkan sangkar tikus dan makanan sebagai umpan, dalam masa yang sama anda letakkan jaring di atas sangkar.
Jaring ini bertujuan untuk menjerat tikus yang tidak terkena sangkar. Bermaksud terdapat dua jerat disitu. Namun, anda harus kreatif dalam menghasilkan jerat tersebut.
 

Titiskan cuka

Antara cara lain untuk halau tikus ialah menggunakan cuka. Caranya cukup mudah.
Titiskan cuka ditempat yang selalu dilalui tikus. Pastikan titiskan cuka tersebut di dalam bekas kecil. Jika menggunakan kaedah ini, kena selalu ‘topup‘ semula cuka yang kita letak tadi.

Taburkan serbuk lada hitam

Ini juga petua orang lama. Lebih kurang sama dengan menggunakan cuka tadi. Hanya perlu taburkan serbuk lada hitam di kawasan yang tikus lalu.
 

Halau tikus guna racun tikus

Ada beberapa jenama racun yang sangat berbahaya tetapi berkesan dalam membunuh tikus dalam masa beberapa saat.
Racun tikus yang berbentuk bulat kecil seperti bijian ini boleh diletakkan dalam kuantiti yang sikit atau banyak berdasarkan bilangan tikus yang tinggal. Kita hanya perlu tabur sahaja di laluan tikus. Kalau agak-agak banyak tikus disitu, letak banyak sikit dilaluan tikus tersebut.
Tikus akan termakan dan akan mati serta merta dalam kawasan racun juga.  Jadi, senang untuk kita bersihkan kediaman dan buang bangkai tikus tersebut.
Kita tak perlu tanggung risiko terkena kencing tikus, digigit oleh tikus, perlu keluar modal untuk pest control dan sebagainya.
Cuma kelemahannya di sini, apabila tikus mati, kita yang kena buang bangkai yang amat busuk!. Kalau ada suami yang baik, boleh minta tolong dia.
 

Cari syarikat pest control

Cara ini kebiasaanya dilakukan oleh syarikat, kilang-kilang atau jika anda jenis yang tidak kisah untuk mengeluarkan modal yang lebih.
Cuma, tak semestinya rumah pun tak boleh upah syarikat pest control. Ada sahaja yang berpatutan.
Cari penyelia servis ini yang benar-benar mahir agar tikus tidak akan kembali ke rumah anda. Kebaikannya di sini, bangkai tikus yang mati, mereka yang akan buang!
 

Bagaimanakah cara halau tikus mengikut Islam?

Tidak dikongsikan pula doa untuk halau tikus. Cuma perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus, jika mengikut cara Islam, bila dapat tangkap tikus jangan bunuh dengan cara seksa haiwan itu.
Jangan sesekali bakar tikus, atau lemaskan ia dalam air. Berdosa.
 

Akhir kalam

Cara halau tikus dalam rumah
Kesimpulanya, kita kena sentiasa menjaga kebersihan terutama sekali didalam rumah. Perkongsian cara halau tikus dalam rumah ini hanyalah panduan semata-mata. Sebenarnya, kehadiran tikus-tikus ini bermula daripada kebersihan yang tidak dijaga.
Jika kita sentiasa menjaga kebersihan, bukan tikus sahaja, malah haiwan-haiwan perosak lain juga tidak akan mendekati kediaman kita.
Jemput baca tips kemas rumah yang bersepah, agar dengan cepat sentiasa bersih dan terjaga.
Semoga bermanfaat.

10+ Sebab Kenapa Hati Rasa Kosong (Macam 'Something is Missing')

Kenapa hati rasa kosong

Pernah tak, kita rasa hati ini rasa kosong. Macam tidak ada apa-apa perasaan.
Sunyi. Jiwa kusut.
Resah. Gelisah. Tidak tenang.
Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena, tetapi kita tak tahu kenapa.
Bagaikan ada sesuatu yang hilang; something is missing; tetapi kita tak tahu apa yang hilang itu.
Bila bercakap dengan orang sekalipun, otak ke tempat lain. Rasa tidak ada semangat. Gelap.
 
Kami kongsikan, antara beberapa sebab, kenapa hati rasa kosong.
 

Hati rasa kosong sebab kena tinggal

Bukan kena tinggal bas. Ini kisah pahit, ditinggalkan oleh orang yang kita sayang.
Perkara ini, masalah yang sangat biasa dalam perhubungan dan cinta.
Pasangan perempuan ditinggalkan pasangan lelaki yang diam membisu. Ada yang dulu berstatus suami isteri, kini tidak bersama lagi akibat curang.
Bila hati tak boleh ‘move on‘, sentiasa akan terkenang-kenang perkara lalu.
 

Hati tak tenang sebab terlalu banyak masalah

Apabila masalah datang bertimpa-timpa pada kita, kita akan rasa perkara lain jadi tak penting. Bayangkan seseorang itu ada masalah dalam perhubungan. Ditambah lagi dengan masalah di tempat kerja. Juga sekali dengan masalah pelajaran.
Mahu menjerit, dia bukan jenis begitu.
Jalan terakhir ialah dengan memendam rasa. Sehingga pandangan juga jadi kosong. Banyak mengelamun.
 

Hati rasa kosong kerana selalu rasa kecewa

Apa yang kita nak, kita selalu sangat tak dapat. Bila selalu jadi macam ini, syaitan akan bisikkan dalam hati supaya kita putus asa dengan Allah.
Kecewa yang macam mana, hanya diri sendiri yang tahu.
Bila ikut putus asa, mulalah kita menyalahkan takdir.
 

Hati rasa gelap kerana tiada tujuan hidup

Akibat selalu sangat menyalahkan takdir, hidup kita jadi terumbang-ambing. Macam kapal hilang layar, tiada arah tujuan.
Ini bukan semata-mata tentang tujuan hidup sebenar, iaitu untuk akhirat; untuk mengabdikan diri pada Allah.
Ramai yang tidak tahu tujuan hidup kita di dunia.
Tidak tahu kenapa kita belajar, kalau sekadar untuk lulus peperiksaan. Pening memikirkan, kenapa kita kahwin, kalau hanya untuk diberikan ujian dengan masalah rumahtangga.
Ini semua berlaku kerana kita tidak mencari makna sebenar kehidupan.
 

Hati jadi hitam akibat lebih cintakan dunia

Hidup hanya untuk dunia. Senang cerita, hanya untuk kerja dan cari duit.
Mula-mula memang seronok dapat duit banyak.
Sampai tahu tahap, kita akan rasa “Kenapa aku terlalu sibuk dengan dunia?”. Ini apabila sudah sampai tahap kemuncak, yang kita sendiri tak tahu kenapa kita terlalu sibuk.
 

Hati gelisah sebab kurang mengingati Allah

Kalau kurang dalam mengingati Allah, boleh ditambahkan. Yang lebih sedih, langsung tidak mengingati Allah.
Benar, zaman muda-mudi memang kita mengikut nafsu semata-mata.
Larangan Allah kita main-mainkan. Solat lima waktu memang jenis tinggal terus.
Al-Quran, kalau kita nak baca, memang tergagap-gagap; akibat terlalu lama sangat ditinggalkan.
Allah Maha Pengampun. Masih belum terlambat. Berzikirlah, ingat Allah.
 

Hati rasa kusut akibat banyak buat dosa kecil

Setiap dosa kecil yang kita buat, akan meninggalkan satu titik dalam hati.
Satu dosa kecil, satu titik hitam. Seribu dosa kecil, seribu titik hitam.
Bayangkan kalau jutaan dosa kecil yang kita sudah buat, bukankah ia akan menjadi gumpalan hitam yang amat pekat?
 

Selalu terlupa, rezeki Allah yang bagi

Kita selalu rasa apa yang kita dapat, adalah dengan usaha kita sendiri. Hakikatnya, rezeki itu adalah dengan kehendak Allah.
Duit gaji itu rezeki. Sihat tubuh badan itu juga rezeki. Tidak terhitung.
 

Rasa tidak tenang, teringat dosa-dosa lalu

Dulu, kita pendosa. Kitalah orang yang paling jahat dalam dunia.
Kurang ajar, kasar dengan ibu-bapa sendiri. Bila mereka dah mati, kita kita sesal diri.
Dosa menipu, menganiaya kawan dan macam-macam lagi kita dah buat dulu tanpa rasa berdosa. Lama-lama, bila meningkat umur, rasa kita tak patut buat semua itu.
Ingatlah, Allah itu Maha Pemaaf.
 

Rasa diri pandai, tetapi kurang ilmu

Ada kalanya, kita rasa kita paling pandai. Hakikatnya tidak.
Kita kurang ilmu kerana kita tidak mahu dekat diri dengan Allah. Ilmu itu perlu dicari, bukan datang pada kita.
Kita kurang sangat pengetahuan tentang cara-cara untuk menyuburkan hati. Hampir terlupa bagaimana untuk bersangka baik.
 

Akhir kalam

Benar, tak ramai orang faham bila dan kenapa hati rasa kosong. Hanya yang pernah merasai akan faham situasi ini.
Adakah kita perlu biarkan hati terus kosong, tanpa pengisian?
Jalan pintas yang paling mudah dan berkesan ialah membaca Al-Quran dan memahami isi kandungannya.
Memetik perkongsian dari Bahagian Dakwah JAKIM di Facebook;
Tatkala jiwa menjadi kosong, rawatlah ia dengan zikir di hati.
Tatkala jiwa menjadi kosong, penuhi Al-Quran di lubuk sanubari.
Tatkala jiwa menjadi kosong, berlarilah kepada Ilahi.
Tatkala jiwa menjadi kosong, ingatlah diri kepada mati.
Kerana jiwa yang kosong itu permulaan bagi hati yang mati.
Kerana jiwa yang kosong itu puncanya hati berbelah bahagi.
Kerana jiwa yang kosong itu sumber lalainya hati.
Rawatlah hati, gilaplah iman , In Shaa Allah, hati bakal subur kembali.
Cubalah.

Carian dari Google:

  • rasa kosong dihati