10+ Cara Untuk Berubah Menjadi Lebih Baik (Dari Sebelumnya)

Tips untuk berubah menjadi lebih baik

Cakap memang senang untuk berubah lebih baik. Tahu tak bahawa nak itu berubah sangat susah? Namun, ia tidak mustahil.
Dalam Bahasa Inggeris, orang kata “How to be a better person?”. Namun, tips dari kaca mata Mat Salleh yang speaking English tidak sama dengan kita di Nusantara ini. Untuk kita, mesti ada elemen Islam yang kita pegang sekian lama.
Kita pun tahu, kita semua pernah buat salah, dan selalunya kesalahan itu menghantui diri kita. Rasa serba tidak kena dan serba salah. Berpanjangan.
Jadi, nak buat macam mana?
Mari kita lihat, apakah tips untuk berubah menjadi lebih baik ini boleh digunapakai? Teruskan membaca.
 

Mesti percaya pada keupayaan diri sendiri

Kalau tak percaya pada diri sendiri, dan tak berani untuk berubah, macam mana nak berubah? Ini yang paling penting sekali perlu diterapkan dalam hati.
Bila kepercayaan itu sudah gagal, semuanya akan gagal. Sematkan dalam hati betul-betul.
 

Maafkan diri sendiri atas kesilapan lalu

Ya, seperti diberitahu tadi, kita pernah buat salah. Kita pernah buat silap. Kita pernah gagal. Ternyata, semua orang pernah buat salah. Cuma, jangan jadikan kegagalan dan kesilapan masa lalu terus menghantui diri kita.
Belajar untuk maafkan diri sendiri. Yakinlah, kita masih boleh bangkit.
 

Maafkan orang lain atas dosa mereka

Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Selepas kita maafkan diri sendiri, pastikan semua orang yang pernah buat salah pada kita. Mulakan semuanya dari zero. Hati akan jadi lebih tenang.
Bila masih berdendam, ia akan melemahkan diri kita. Semacam ada ‘energy’ jahat yang masih ada dalam diri.
Bila kita maafkan orang lain, iaitu orang yang pernah melukakan hati kita, secara tidak langsung ia mengurangkan beban dan dendam dalam hati kita.
 

Jangan beritahu orang, yang kita mahu berubah.

Sumber dari PsychologyToday mengatakan, jika ingin berjaya, jangan sesekali beritahu perancangan kita. Kesan jangka panjang, ia boleh menurunkan motivasi kita untuk berubah.
Buat diam-diam. Tida perlu war-warkan seantero dunia. Mulakan dengan langkah kecil terlebih dahulu.
Jika kita ada beritahu secara ‘public‘ di media sosial, dan selepas beberapa ketika, kita gagal mencapai apa yang kita kata, ia lebih mengguris rasa. Kita akan rasa diri kita ‘useless‘. Sudah tentu, motivasi akan menurun dan kita akan kembali seperti dulu.
 

Belajar untuk memberi (bukan hanya menerima)

Sedekah. Berikanlah apa yang kita ada, samada harta atau ilmu, sedekahkan pada orang lain. Hidup ini lebih bermakna kalau kita memberi. Jangan hidup meminta-minta.
Bila kita mula memberi, ia akan mendatangkan kepuasan yang tidak boleh digambarkan. Bila memberi, jangan pula war-warkan pada orang lain. Biarlah ia jadi rahsia kita.
 

Belajar untuk lebih mendengar

Jangan menyampuk. Sebelum ini, sebelum orang lain habiskan percakapan dia, kita tak sabar-sabar mahu menyampuk. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, atau yang masih ber-boyfriend-girlfriend, akan ada momen-momen yang buatkan salah seorang kecil hati.
Cuba tahan diri sendiri. Setkan dalam minda, biarkan dia habiskan cakap dia dulu.
 

Terima kesalahan (jangan tuduh orang lain)

Kita tak perlu nak blame; suami yang salah – isteri yang salah – anak-anak yang salah – kawan sekerja yang salah. Bila kita tuding 1 jari telunjuk kita pada seseorang, 4 lagi akan tuding pada kita.
Kita kena belajar cermin diri sendiri. Belajar terima kesalahan yang kita buat. Jangan ego sangat.
 

Buang rasa marah jauh-jauh

Sebab apa kena buang jauh-jauh? Ini kerana, bila marah, emosi kita tak terkawal. Mulalah buat perkara yang bukan-bukan. Bila buat keputusan, memang jauh ke laut. Semua ikut perasaan.
Kajian mendapati bahawa orang yang tak pandai meluahkan perasaannya, akan mengalami masalah penghadaman, susah tidur dan mungkin juga sakit jantung.
Ada satu artikel dari Inc, oleh Roya R. Rad, MA, PsyD, yang mencadangkan agar kita tulis perasaan kita. Bila tulis, baru nampak jelas apa sebenarnya yang menggangu diri kita.
Selain itu, dia kaya pergilah bermeditasi. Dalam konteks kita sebagai orang Islam, pergilah solat. Bukankah Islam itu indah dan jalan penyelesaian kepada segala kekusutan?
 

Berbuat baik selalu (tanpa minta balasan)

Tak perlu duit pun. Susah sangatkah mahu sebut “Terima kasih”. Ini tidak, muka masam mencuka.
Contoh lain, kalau nampak ada makcik terkedek-kedek nak masuk 7-Eleven, peganglah pintu itu. Bukannya susah sangat.
Nampak ada sampah kecil, ambil dan tolong buang.
Lama-lama akan jadi biasa. Untuk jadikan tabiat (habit), sesuatu perkara itu akan ambil 21 hari. Dan jika mahu jadikan tabiat itu kekal menjadi darah daging kehidupan kita (iaitu jadi lifestyle), cuba buat perkara-perkara baik selama 90 hari.
 

Dekatkan diri dengan Allah

Kalau sebelum ini hati tidak tenang, cubalah baca Al-Quran. Cubalah berzikir mengingati Allah. Mula-mula, memang tidak rasa apa-apa. Bila kita sudah biasa-biasakan diri, ketenangan itu akan hadir juga. Teruskan berdoa. Percayalah, Islam itu indah.

Akhir kalam

Kita semua tahu, kita bukanlah jahat mana. Nakal sedikit, itu adalah. Cuma kadang-kadang, rasa bersalah jika asyik buat dosa, buat maksiat, dan buat perkara-perkara yang tidak diredhai Allah.
Berbekalkan dengan doa, kata-kata dan motivasi yang ada, mari kita sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik dan bermanfaat.
Layari laman The Berkat untuk lebih banyak informasi tentang kehidupan; dan keupayaan diri sendiri.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Carian dari Google:

  • berubah lebih baik

9 Cara Untuk Hilangkan Rasa Malas Buat Kerja. Dan Suka Bertangguh.

Cara hilangkan rasa malas

Kerja banyak, tapi dia punya malas tak boleh nak kata. Perasaan sahaja sebenarnya.
Mari saya kongsikan cara untuk hilangkan rasa malas. Tidak susah, cuma perlukan ‘willpower‘ sahaja.

1. Pecah-pecahkan tugas besar

Cara hilangkan rasa malas
Kita malas sebab nampak kerja atau tugasan tersebut besar. Cuba pecah-pecahkan jadi kecil. Kena pandai-pandai bahagi sendiri. Yang penting, mulakan dulu. Kena lawan rasa malas, jangan manjakan dia.

2. Buat kerja satu-satu

Cara mengatasi rasa malas
Biar lambat, asalkan siap. Cuma janganlah lambat sangat sampai bos marah.
Jangan berangan untuk buat kerja ‘multitasking‘ kalau tidak ada disiplin. Sumber dari Time pula ada menyatakan, ‘multitasking‘ ini tidak bagus. Boleh buat kita sakit mental lagi.

3. Jangan bertangguh

Penyebab rasa malas
Inilah dia punca sebenar. Sebab bertangguhlah, kita jadi malas nak buat kerja. Jadi, kuatkan hati, terus buat kerja yang sudah diberi. Boleh cuba ikut 2-minute rule seperti di bawah.

4. Ikut 2-minutes rule

Menghilangkan rasa malas
James Clear berkongsi, untuk mengelakkan kita menangguhkan kerja, kita mesti buat sesuatu itu dalam masa 2 minit dahulu. Bukannya lama pun dua minit. Bila kita sudah mula, kita akan dapat momentum itu.

5. Buat yang ‘urgent‘ dulu

Cara melawan rasa malas
Ada beza, antara yang ‘important‘ dan ‘urgent‘. Ada yang penting, tetapi tidak diperlukan sekarang. Fokus pada yang ‘urgent‘ dahulu.

6. Jangan tengok Whatsapp / Facebook / YouTube

Rasa malas nak pergi kerja
Yang penting di sini, jangan buat apa-apa yang lain selain buat kerja itu. Sekali kita tengok Whatsapp, makan akan lekatlah kita di situ. Sememangnya media sosial akan buat kita ketagih. Elakkan semasa kita tengah fokus buat kerja.

7. Ikut teknik Pomodoro


Dipopularkan oleh Francesco Cirillo, teknik Pomodoro ini cuma perlukan kita buat kerja dalam masa 25 minit sahaja. Tak perlu sampai berjam-jam, kerana kita akan jadi penat dan tidak bersemangat selepas itu.

8. Rehat hanya bila perlu

Bagaimana hilangkan rasa malas
Seperti penerangan Pomodoro di atas, teknik ini juga menekankan bahawa kita perlu berehat beberapa minit selepas buat kerja. Bukannya kerja berterusan. Rehat dulu dalam 5 minit.
Pokoknya di sini, kerja – rehat – kerja – rehat. Orang kata ‘take a break’¬†semasa kita buat kerja.

9. Berdoa

Doa menghilangkan rasa malas
Mungkin kita tidak cukup kuat untuk melawan rasa malas yang menghinggapi. Maka, kembalilah pada agama. Berdoalah pada Allah untuk memudahkan urusan kerja kita, samada untuk belajar, kerja di pejabat mahupun malas dalam beribadah.

Akhir kata

Semoga kita semua dijauhan dari rasa malas yang tidak berpenghujung itu. Mungkin ada masa-masanya, kita rasa malas nak pergi kerja. Rasa malas nak belajar. Rasa malas nak beribadat.
Bila rasa malas, mulalah rasa mengantuk. Perasaan malas boleh lawan, ada cara mengatasinya.
Cuma orang lain tidak boleh tolong hilangkan rasa malas yang berlebihan itu. Kita sendiri adalah penawar kepada penyakit malas itu.
Semoga ada manfaat juga untuk semua.
Layari The Berkat untuk tips tentang pendidikan dan kerjaya.
[yasr_overall_rating size=”medium”]