Relationship

8 Kelemahan Lelaki Terhadap Wanita (Bukan Semuanya Kuat!)

Kelemahan lelaki terhadap wanita

Lelaki tak semuanya kuat. Kalau perempuan tahu, suis atau titik mana yang boleh menjentik emosi dia, senang sahaja untuk menundukkan ego lelaki.

Orang perempuan kena mahir tentang perasaan lelaki. Kena belajar untuk faham isi hati lelaki. Ya, mereka ada perasaan juga.

 

Lelaki lemah dengan perempuan manja

Kalau kau dah kahwin, manja-manjalah selalu. Kau minta apa sahaja, nescaya dia bagi.

Kalau kau belum kahwin, jangan mengada-ngada nak manja-manja dengan lelaki lain, lebih-lebih lagi suami orang. Lelaki memang kalah dengan perempuan gedik dan bersuara manja.

Bahaya kerana ini adalah antara kelemahan lelaki yang terang lagi nyata.

 

Lelaki lemah dengan air mata wanita

Kau kena tahu, lelaki memang menggelabah bila tengok perempuan menangis. Dia tak tahu nak buat apa sebenarnya. Nak pujuk ke, tak pujuk? Nak cakap manis ke, atau buat-buat tak tahu.

Cuma jangan kau asyik menangis untuk cari perhatian dia. Lama-lama dia dapat tahu taktik kau.

 

Lelaki takut kehilangan

Memanglah ada jenis playboy, tapi tak semua. Kebanyakannya, setia dengan pasangan.

Sebab itu, lelaki ini takut kehilangan. Sebab itu sahaja yang dia ada, tak pandai nak cari-cari lain.

 

Lelaki takut kena ‘reject

Ya, inilah ketakutan yang maha hebat. Ramai lelaki yang tak pandai nak memulakan perbualan. Lebih suka bersembang dengan kawan-kawan sendiri, tapi tak berani cakap depan-depan perempuan yang dia suka.

Wahai lelaki, bangkitlah. Belajarlah kena ‘reject‘, jangan berhati tisu sangat. Kalau tidak, sampai bila mahu berbini.

 

Lelaki takut luahkan perasaan

Berbalik pada isu kena ‘reject‘ tadi. Ada satu lagi kelemahan lelaki, iaitu tak pandai luahkan perasaan. Macam mana nak rasa kena ‘reject’, kalau tak pernah luahkan perasaan.

Apa ada masalah, bila kena tolak, ‘move-on‘ sahaja.

 

Lelaki takut komitmen

Ini satu lagi. Bila sudah berkawan, takut pula mahu mengikat tali pertunangan untuk ke jinjang pelamin. Belum bersedialah, duit belum cukuplah, dan macam-macam lagi alasan.

Kalau tak mahu komitmen, jangan serius berkawan dengan perempuan. Luka hati si perempuan itu nanti, kalau terlalu berharap.

 

Lelaki ‘cair‘ dengan orang yang pandai hormat mak ayah dia

Kalau kau belum kahwin, kau kena tahu, lelaki memang akan ‘cair‘ kalau kau layan mak ayah dia baik-baik. Terasa macam nak akad nikah masa itu juga.

 

Lelaki ‘cair‘ dengan orang yang pandai layan anak-anak dia

Kalau kau berkawan dengan duda, sikap baik kau dengan anak-anak dia akan buat dia suka kau. Hati-hati, jangan sampai terjatuh hati. Kalau sudah jodoh dan rezeki, apa salahnya.

Cuma kau jangan cari pasal kalau berkawan dengan suami orang yang ada anak-anak. Silap-silap, dia akan jadikan kau bini kedua.

 

Akhir kalam

Bila kau tahu kelemahan lelaki, jangan pula kau lagi menghenyak dia sampai dia lagi ‘down‘. Kau cubalah ‘support‘ dia. Hidup ini, perlu saling bantu membantu.

Layari The Berkat untuk lebih perkongsian tentang perhubungan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top