Perhubungan

10+ Sebab Kenapa Lelaki Diam Membisu (Secara Tiba-tiba)

Kenapa lelaki diam membisu

Pelik juga. Semalam baik, tiba-tiba hari ini dia diam membisu. Yang si perempuan tertanya-tanya, kenapa lelaki diam membisu tanpa apa-apa tanda. Tanpa apa-apa punca. Tanpa apa-apa sebab.

Dia punya diam seribu bahasa, hanya pandang dengan lirikan mata sahaja. Memang ngeri. Kejam sungguh.

Mari kita telusuri kenapa ini berlaku.

 

Lelaki memang jenis tak banyak cakap

Artikel dari PsychologyToday mengatakan bahawa lelaki beranggapan bahawa banyak cakap itu menggambarkan yang ia tidak maskulin.

Senang cerita, nampak tak macho.

Itu sebab dia tak banyak cakap. Bila tak banyak cakap, maka dia memilih untuk diam sahaja.

Cuma orang perempuan tak biasa. Macam pelik pula.

 

Lelaki diam bila ada masalah

Dia tidak mahu menyusahkan pasangan, yang akan buat diri dia lagi kacau bilau. Tahulah sifat perempuan. Bila si lelaki ada masalah, dia seboleh-bolehnya mahu bantu.

Cuma si lelaki ini mahukan ruang untuk berfikir sendiri. Dia mahu jadi hero pada diri sendiri, untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Bukan dia tidak menghargai pertolongan dari si perempuan tadi. Sekadar mahu selesaikan sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

 

Lelaki diam bila tak cukup duit

Ini pun salah satu masalah. Bayangkan kalau si lelaki beritahu pasangan, yang dia ada masalah kewangan. Boleh bayangkan apa yang akan berlaku.

Mulalah si perempuan itu menggelabah.

Si lelaki maintain selamba.

 

Lelaki diam bila marah

Ini antara sebab kenapa lelaki diam membisu. Dia marah dengan perangai pasangan, tetapi tidak mahu meluahkan rasa marah. Lebih rela simpan dalam hati.

Dari luar nampak tenang sahaja air muka. Marah memang marah. Cuma dia pandai kawal supaya tak keluar perangai amarah sebenar yang dikuasai syaitan.

Katanya, biarlah simpan dalam hati,  lama-lama akan hilang juga.

Tapi entah bila agaknya.

Untung dapat pasangan yang begini.

 

Lelaki diam bila bergaduh

Bergaduh tak semestinya marah. Marah tak semestinya kena angkat suara tinggi.

Ikutlah siapa yang salah, selalunya si lelaki akan beralah. Mungkin ada juga yang jenis angkat tangan pada pasangan, tetapi rasanya tidaklah ramai.

Kebanyakan lelaki akan ambil pendekatan untuk dia bila bergaduh sebab mahu menangkan pasangannya. Biarlah pasangan kata dia apa sekalipun, di redha.

 

Lelaki diam sebab tak mahu sakitkan hati perempuan

Lebih baik diam. Kalau buka mulut, takut si perempuan terasa sakit hati.

Ada bagusnya pendekatan begini.

Cuma ia tetap tak akan selesaikan masalah yang timbul antara mereka berdua.

 

Lelaki diam lama

Tidak seperti orang perempuan yang cepat move-on, lelaki ambil masa yang agak lama untuk dia memproses apa yang ada dalam otak dia.

Kenapa lelaki memilih untuk diam. Itu tandanya dia mahu masa, bukannya dia jenis lelaki ego. Jadi, berikan dia masa. Lelaki jarang mesej, bukan bermakna dia tak peduli.

Biarlah. Lama-lama akan baik semula.

 

Lelaki diam bila ditanya

Jangalah terlalu mengasak si lelaki dengan pelbagai persoalan. Dia rimas. Rimas bila asyik tanya dia macam-macam. Sebab itu, ada situasi si lelaki akan ignore pasangannya.

Bila dijawab, makin teruk lagi diasak.

Untuk pengetahuan, lelaki curang biasanya tidak mendiamkan diri. Dia akan lebih tunjukkan kasih sayang pada pasangan.

Pokoknya di sini, jangan tuduh lelaki macam-macam.

 

Lelaki diam bila cemburu

Ini adalah tanda kasih dan sayang dia. Tidak mahu bertindak melulu, maka dia ambil jalan mudah untuk mendiamkan diri.

Sebenarnya, dia tunggu penjelasan dari pasangan, kenapa dia berbuat sesuatu yang boleh menyakitkan hati dia. Sesuatu yang buatkan diri cemburu.

Cuma, cemburu sesekali bolehlah. Nampak comel.

Bila selalu sangat, geli.

 

Lelaki diam bila merajuk

Lebih kurang sama dengan merajuk bila cemburu. Cuma ada lelaki yang cemburu tapi dia tak merajuk.

Sekali lagi, merajuk sesekali bolehlah. Nampak comel.

Bila selalu sangat, rasa nak termuntah pula.

 

Berdiam diri tak akan menyelesaikan masalah

Jika ada perkara yang membelenggu kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, juga suami dan isteri, berkomunikasilah antara satu sama lain.

Wahai lelaki, mungkin berdiam diri itu satu escapism untuk anda. Sebaliknya, ia adalah misteri bagi wanita. Dia akan rasa terpinga-pinga. Bagaikan perkara ini masih tergantung.

Bahaya jika pendamkan lama-lama. Takut jadi lebih teruk dan tidak boleh dikawal. Lebih membimbangkan, akan melakukan sesuatu yang gila dan di luar kawalan.

 

Akhir kalam

Kini anda sudah tahu sebab kenapa lelaki diam membisu. Mungkin dia marah, mungkin dia diam sebab tak mahu panjang-panjangkan cerita bila bergaduh.

Untuk si perempuan, jangan cepat bosan dengan lelaki begini.

Layari The Berkat untuk lebih banyak pandangan tentang sifat lelaki.

10+ Sebab Kenapa Lelaki Diam Membisu (Secara Tiba-tiba)
4.3 (86.67%) 3 votes

Carian dari Google:

  • kenapa lelaki diam
  • kenapa lelaki tiba-tiba mendiamkan diri
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top