Perhubungan

10+ Sebab Kenapa Lelaki ‘Ignore’ Perempuan (Mula Mula Je Beria)

Kenapa lelaki ignore perempuan

Pelik bin ajaib. Masa belum dapat, bukan main caring. 24 jam mesej tak berhenti. Tanya itu, tanya ini. Bila dah dapat, lain pula ceritanya.

Sebelum kahwin, bukan main romantik. Lepas kahwin, terus hilang macam itu sahaja. Bukan sahaja buat tak tahu, malah mendiamkan diri.

Selalu sangat si perempuan tertanya-tanya, kenapa lelaki buat perempuan marah, sakit hati, menangis dan merajuk? Stress bila fikirkan. Kenalah faham, bila perempuan merajuk, kenalah pujuk.

Mari kita kupaskan perkara ini, kenapa lelaki buat tak tahu pada perempuan.

 

Memang jenis sweet talker

Memang ada yang jenis begini. Dia punya cakap, memang manis. Hati rasa berbunga-bunga.

Jangan terpedaya dengan orang lelaki macam ini. Dia sebenarnya tak ada apa-apa perasaan pun. Cuma si perempuan akan rasa diri terbuai-buati dengan layanan si lelaki.

Biasanya, lelaki begini ialah suami orang.

Dia dah dapat dah

Apa lagi mahu, bukankah sudah dapat?

Analoginya begini. Nak tangkap ikan kena guna umpan. Bila sudah dapat ikan, takkan mahu guna umpan lagi?

Kalau dalam permainan, ia sudah tamat. Apa yang dia kejar dari dahulu, kini sudah ada depan mata. Apa yang dia susah payah masa dulu, sudah dalam genggaman.

 

Sudah mula rasa bosan

Kalau jadi begini, anda kena buat dia lebih rasa special. Baru dia mahu mencari-cari sesuatu yang menarik dalam diri.

Cari hobi yang sama-sama suka. Rendahkan ego, cuba-cuba join apa yang si lelaki itu buat pada waktu lapang dia.

Cuma kalau apa yang dia suka itu maksiat, lari laju-laju. Itu syaitan.

 

Expectation perempuan tinggi sangat

Bila minta itu ini, bila mula kawal hidup dia, itu tak kena, ini tak kena – dia mungkin rasa penat dan tawar hati.

Sebagai perempuan, anda kena perlahan-lahan. Tak boleh terlalu mendadak. Nanti dia rasa macam terancam.

Ya, macam haiwan-haiwan yang terancam mahu pupus dek kerakusan manusia.

 

Tak ada challenge

Macam main permainan juga. Bila sudah sampai level paling tinggi, lawan boss, macam dah tak best nak main lagi.

Si lelaki tercari-cari sesuatu yang dia boleh buktikan pada si perempuan.

Buat-buatlah merajuk. Untung nasib dia pujuk. Nasib tak baik, kena tinggal.

 

Lebih pentingkan kawan-kawan

Bila kawan Whatsapp, laju dia reply. Bila pasangan hantar mesej, bukan main lama mahu dapat balasan. Hanya bluetick sahaja dapat.

Kenapa lelaki ego? Adakah kerana dia mahu tunjuk yang dia power depan kawan-kawan.

Cubalah tanya. Silap haribulan, lagi meningkat tahap ego dia.

 

Banyak tanggungjawab

Lelaki ada lagi banyak perkara yang dia perlu fikir. Ingat dia ada masa untuk melayan si perempuan setiap saat dan masa.

Maka mulalah si perempuan bermonolog; “Tapi kenapa dulu dia boleh mesej hari-hari? Sekarang lain”

Misteri bukan?

 

Busy, banyak sangat kerja

Mungkin masa sebelum dapat, dia sanggup pinggirkan kerja untuk si perempuan. Bila sudah dapat, dia ingin qadha’ semula minat dia pada kerja.

Mungkinlah.

Mungkin juga tidak. Mungkin dia sengaja mahu mendiamkan diri.

Fikir positif. Kalau itu suami, sangka baik yang dia sibuk di tempat kerja kerana mahu tambah pendapatan untuk sara keluarga.

Kalau dia cuma teman lelaki, sangka baik yang dia sibuk sebab nak cari duit untuk halalkan anda.

 

Busy, main game

PUBG-lah, Mobile Legend-lah dan macam-macam lagi. Katanya sibuk, tapi hati dan perasaan dia pada game.

Nampak macam tidak logik. Sedangkan suami isteri pun ada yang bercerai-berai kerana permainan di telefon bimbit, apatah lagi yang baru-baru kenal.

 

Inilah perangai sebenar dia

Paling tidak, bila belum kahwin lagi, inilah tanda-tanda yang bakal berlaku selepas kahwin. Bila mula-mula kenal, belum nampak dan terbuka kesemua perangai-perangai yang tidak elok.

 

Akhir kalam

Kenapa lelaki ignore perempuan? Kini anda sudah tahu jawapannya.

Lambat balas mesej, bukan tanda tak sayang. Bukan juga dia buat tak tahu. Mungkin ada alasan tersendiri.

Apa pun yang berlaku, ini adalah perkara yang normal. Jangan hanya sebab hubungan tidak seindah sebelum kahwin, kita sudah mahu minta cerai. Ini adalah tentang hubungan hingga ke jannah, bukan hangat-hangat tahi ayam.

Ubatnya di sini ialah komunikasi. Jika dua-dua pihak saling bertolak ansur, nescaya aman damai rumahtangga.

Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang hubungan rumah tangga.

[yasr_overall_rating size=”medium”]

10+ Sebab Kenapa Lelaki ‘Ignore’ Perempuan (Mula Mula Je Beria)
4.3 (86.67%) 3 votes

Carian dari Google:

  • kenapa lelaki mula mula je beria
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top