Perhubungan

10+ Sebab Kenapa Lelaki Lambat Balas Mesej (Dan Tak Angkat Telefon)

Kenapa lelaki lambat balas mesej Whatsapp

Risau orang perempuan tak sama. Bila risau, mulalah menggelabah.

Tapi orang lelaki bagaikan tak rasa apa-apa pun. Mari kita lihat, kenapa lelaki lambat balas mesej? Lebih teruk lagi, langsung tak reply mesej dalam Whatsapp.

Dan kadang-kadang, selalu juga tidak angkat handphone.

 

Lelaki rasa rimas

Apa tidaknya. Bila si perempuan asyik mesej dia pagi petang siang malam, dia pun rasa rimas. Sesekali boleh lagi.

Ini kalau sudah ambil masa dia seharian, lelaki pun rasa rimas.

 

Perempuan banyak sangat tanya

Bila si perempuan (tak kiralah isteri atau kawan) tanya apa dia buat, ada di mana, dengan siapa – si lelaki tak suka. Nak cakap terus terang, dia takut si perempuan sakit hati.

 

Lelaki tak tahu nak cakap apa

Kenapa lelaki beri bluetick sahaja dalam Whatsapp?

Itu sebab dia tak ada idea, nak cakap apa. Tak tahu nak tulis apa. Jadi, sementara itu, biarlah dulu bluetick. Bukannya ada apa pun.

 

Perempuan itu annoying

Apabila si perempuan taip mesej punyalah panjang, jaga-jaga. Ada berpuluh-puluh baris, dan masih lagi bluetick?

Bluetick ada makna. Mungkin si lelaki mula rasa annoying?

Sedih kan bila kata annoying? Realitinya, mungkin itu yang di sembang dengan kawan-kawan dia. Siap kena kutuk lagi, “Takut bini”.

 

Lelaki nak si perempuan mesej dulu

Ya, kedengaran mengada-ngada. Namun, memang ada yang sikapnya begitu. Mahu orang lain sayang dia dulu, baru dia sayang orang lain.

Mahu orang beri perhatian pada dia, baru dia beri perhatian pada orang lagi.

Paling sedih, orang sudah layan dia baik-baik, dia layan orang macam sampah.

 

Lelaki itu sedang sibuk

Mungkin mesyuarat sana, mesyuarat sini. Nak baca mesej depan boss, rasa macam tak kena pula.

Atau mungkin dia sedang buat kerja dan tak boleh diganggu.

Perempuan kena faham.

 

Si lelaki terlupa

Bersangka baik. Mungkin dia betul-betul terlupa. Kalau teringat pun, sudah makan masa berjam-jam. Sedangkan, balasan mesej itu diperlukan segera.

 

Lelaki itu merajuk, terasa hati

Mungkin ada kata-kata yang mengguris hati dia. Dia malas nak bercakap di telefon. Malas (dan lambat) balas mesej di Whatsapp.

Bila balas pun, cuma “Ok” atau “K” sahaja.

Ingat balik, ada apa-apa kesalahan yang kita buat?

 

Lelaki ini sedang menjauhkan diri

Mungkinkah ini petanda yang paling besar? Iaitu dia sudah tidak mahu (dan tidak suka) lagi? Mungkin ada kebenarannya.

Cuma sebelum bersangka begini, lebih baik tanya secara berdepan.

 

Dari sudut psikologi

Kata PsychologyToday, orang perempuan memang akan taip mesej panjang-panjang. Lebih-lebih lagi tentang hubungan dia dengan seseorang. Memang berbaris-baris dia punya mesej.

 

Akhir kalam

Janganlah cepat ambil hati atas persoalan, kenapa lelaki lambat balas mesej. Jangan juga mudah marah bila lelaki tak angkat phone. Dan jangan pula mengamuk bila tertanya-tanya, kenapa lelaki tak angkat handphone?

Mereka ada alasan tersendiri. Dengar dulu, baru judge.

Semoga hubungan terjalin dengan baik. Tak mahu gaduh-gaduh!

Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang perhubungan.

 

[yasr_overall_rating size=”medium”]

Rate this post

Carian dari Google:

  • kenapa lelaki malas chat
  • kenapa selalu juga on tapi tak balas mesej
  • mengapa lelaki suka balas mesej lambat
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top