Perhubungan

10+ Sebab Kenapa Lelaki Merajuk (Dan Susah Nak Pujuk)

Kenapa lelaki merajuk

Bila kita sedang bercakap tentang siapa yang paling banyak merajuk, tentulah jawapan kita adalah wanita. Wanita merajuk apabila dimarah, berasa cemburu, sedih dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan kaum lelaki? Pasti ada sebab kenapa lelaki merajuk. Bukannya mereka sengaja berperangai begitu. Lelaki memang jenis susah luah perasaan.

Lelaki sebenarnya jarang kita lihat mereka merajuk tetapi kadangkala lelaki merajuk lebih kuat daripada kaum wanita itu sendiri. Lelaki pula susah untuk menunjukkan perasaan mereka di depan orang ramai terutamanya ketika mereka berada di hadapan orang tersayang.

Walaupun lelaki jarang tunjuk yang mereka merajuk, tak semestinya mereka tak tahu merajuk. Kata Utusan, muka ganas, tapi mudah terasa.

 

Apa itu merajuk?

Merajuk ialah situasi di mana lelaki diam dan tidak mahu senyum langsung dengan pasangannya. Kadang-kadang, dia sengaja buat kasar dan bukan jadi diri dia yang sebenar. Kenapa begitu? Sebab dia marah tentang sesuatu.

 

Jadi, kenapa lelaki merajuk?

Nak tahu kenapa lelaki merajuk? Adakah ayat sweet boleh digunakan untuk memujuk?

Berikut kami senaraikan beberapa sebab kenapa kaum lelaki merajuk.

 

Merajuk sebab ‘jealous

Bukan hanya kaum wanita yang pandai cemburu, malah kaum lelaki juga kadang-kadang merasai perkara yang sama. Sifat cemburu adalah lumrah. Kadangkala, kaum lelaki merajuk kerana cemburu akan pasangannya yang terlalu rapat dengan lelaki lain daripadanya walaupun hanya sebagai seorang kawan.

Jika ini berlaku, kurangkan pergaulan dengan lelaki lain dan berikan perhatian kepadanya supaya dapat mengubati perasaan cemburu suami atau teman lelaki anda.

Namun begitu, kita sebagai manusia mestilah pandai mengawal perasaan cemburu tersebut supaya tidak menjadi cemburu buta yang dapat merosakkan hubungan kita sendiri.

 

Merajuk sebab kena bebel

Ingat best kena bebel? Tadah telinga sambil buat-buat faham, sedangkan dalam hati langsung tak peduli.

Sekali dua, boleh tahan lagi. Kalau terlalu kerap, lelaki akan rasa rimas bila asyik-asyik kena leter kerana perbuatan yang kecil sahaja. Berpada-padalah jika mahu membebel dan berleter.

Bila lelaki sudah rimas dan penat, dia akan ignore si perempuan.

 

Lelaki merajuk sebab sedih & makan hati

Lelaki sukar dan jarang menunjukkan kesedihan yang mereka alami terutamanya kepada pasangan mereka. Ramai wanita sukar dan gagal untuk memahami situasi sedih yang dialami oleh lelaki sehingga menyebabkan terjadinya pergaduhan dan salah faham antara mereka.

Disebabkan oleh kesedihan tersebut, lelaki mengambil jalan untuk merajuk dengan pasangan mereka. Banyakkan bertanya perihal lelaki tersebut agar anda dapat mengetahui apa yang difikirkannya dan apa yang sedang menganggu pemikirannya. Pertanyaan dan sikap ambil tahu ini nampak mudah tapi ianya sangat bermakna bagi kaum lelaki.

 

Si perempuan tak pandai hormat dia

Sekiranya anda berada dalam hubungan perkahwinan atau sekadar pasangan teman wanitanya, hormat adalah perlu bagi meningkatkan keyakinan suami atau teman lelaki anda.

Jika anda tidak menghormatinya, dia akan berasa sedih tidak yakin dengan diri mereka sendiri. Disebabkan oleh itu, mereka akan merajuk dengan tindakan pasangan mereka yang langsung tidak memahami keadaan diri mereka sendiri.

Penghormatan yang diberikan bukanlah berbentuk ekstrem tetapi sekadar menunjukkan bahawa dia yang sedang memimpin anda dan bukan anda yang memimpinnya. Hormati pendapat dan cadangannya walaupun anda tidak menyukai keputusan yang dibuat oleh suami atau teman lelaki anda.

 

Si perempuan tak hargai dia

Antara sebab lain kerana lelaki merajuk, ia berkaitan dengan ‘appreciation‘.

Penghargaan atas jasa dan pertolongan yang diberikan oleh lelaki kepada anda amatlah penting bagi menghargai setiap tindakan yang dia buat untuk anda.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian kita sehingga terlupa untuk berterima kasih ke atas pengorbanan suami atau teman lelaki kita dalam membantu menguruskan kehidupan seharian kita.

Perkara yang kita lupa lakukan itu menyebabkan dia rasa tidak dihargai dan seterusnya merajuk dengan pasangan mereka. Jadi, hargailah segala bantuan si dia kerana walaupun hanya sekadar mengucap terima kasih atas setiap pertolongannya sudah memadai bagi menjaga hati si dia. Lagi menarik, beri hadiah yang dia suka, untuk ceriakan dia.

 

Merajuk sebab stress

Jangan ingat semua lelaki kuat. Ada kalanya, bila dia stress dengan kerja dan tekanan dari keluarga, akan pecah juga kolam air mata dia.

Bila tidak tahan, dia akan luahkan. Dia perlukan rakan bicara juga.

Bila dia sukarela meluahkan perasaan akibat tekanan, si perempuan kena dengar. Janganlah pula menyampuk sana-sini.

 

Si perempuan tolak ajakan dia

Bagi orang yang sudah kahwin, faham-fahamlah apa ajakan itu. Ini boleh buatkan lelaki merajuk lama. Potensi untuk dia curang juga ada.

Bagi yang belum berkahwin, si lelaki mungkin merajuk sebab si perempuan tolak ajakan dia keluar untuk temankan dia. Kadang-kadang, dia perlukan teman

 

Lelaki dahagakan perhatian

Kedua-dua lelaki dan perempuan merajuk semestinya kerana perlukan perhatian daripada pasangan mereka masing-masing. Kita kadangkala terlalu sibuk menguruskan kehidupan kita sehingga terlupa untuk meluangkan masa dan menumpukan perhatian kepada orang yang tersayang.

Walaupun lelaki tidak dan jarang menunjukkan dan memberitahu sebab mereka merajuk, ianya penting untuk tahu bahawa hampir kesemua lelaki merajuk kerana kurang perhatian daripada orang yang mereka sayangi.

Perbanyakkan berbual dengan mereka, tanyakan keadaan hari mereka dan tumpukan perhatian kepada setiap jawapan dalam perbicaraan anda. Si dia tidak lagi akan merajuk dengan anda jika anda berbuat demikian.

 

Akhir kalam

Lelaki merajuk bukan sebab lelaki ego. Itu adalah sifat semulajadi.

Walaupun kaum lelaki jarang menunjukkan perasaan sensitif mereka kepada orang ramai, namun ia tidak bermaksud lelaki tersebut tidak mempunyai perasaan sedih, cemburu dan sebagainya. Silap haribulan, jika berterusan, perempuan akan rasa bosan.

Kadang-kadang perangai merajuk yang dilakukan oleh lelaki tersebut hanyalah sebagai satu cara meminta perhatian daripada orang yang tersayang. Tidak semua lelaki yang pandai meluahkan perasaan dan apa yang mereka rasai kepada orang yang mereka sayang.

Belajar-belajarlah pujuk lelaki. Jangan asyik lelaki sahaja yang kena pujuk perempuan.

Semoga bermanfat.

10+ Sebab Kenapa Lelaki Merajuk (Dan Susah Nak Pujuk)
4.6 (91.67%) 12 votes

Carian dari Google:

  • lelaki merajuk tandanya
  • cara memujuk lelaki merajuk
  • kenapa lelaki merajuk
  • lelaki merajuk
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top