20+ Sebab Kenapa Lelaki Suka Cari Gaduh Dengan Perempuan


Mesti pelik, kenapa lelaki dan perempuan asyik bergaduh. Yang lagi pelik, orang perempuan rasa, sila lelaki yang mulakan dulu. Dia yang suka cari gaduh.
Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja mula mengusik dan cari gaduh.
Mari kita lihat, kenapa agaknya lelaki bersifat begini.
 

Lelaki ini mahukan perhatian

Lelaki ini mungkin bukan yang jenis lembut. Bukan yang jenis pandai cakap baik-baik. Mungkin ada sejarah dalam keluarganya dahulu yang kita tak tahu.
Ini adalah salah satu cara dia mahu dapatkan perhatian dari si perempuan.
 

Mungkin sengaja ingin menguji

Si lelaki ini tidak semestinya berniat untuk cari gaduh. Dia sekadar ingin menguji, adakah pasangannya tahan dengan sikap yang sengaja dia buat-buat.
Bukanlah bergaduh sampai baling-baling barang. Mungkin dia sekadar ingin melihat kepercayaan dan ketahanan si perempuan dengan perangai dia.
Kalau sebelum kahwin sudah tidak tahan, apatah lagi selepas berumahtangga.
 

Lelaki ini memang suka cari gaduh

Ada jenis yang perangai memang perangai dia suka cari gaduh. Ini masalah attitude yang sukar diubah, kecuali atas kehendak tuan badan sendiri.
Perlu berhati-hati dengan orang lelaki yang berperangai begini.
 

Lelaki suka cari masalah

Ada beza antara cari gaduh dengan cari masalah. Lelaki yang suka cari masalah, belum tentu dia suka gaduh.
Namun, apabila dia ada masalah, mulalah dia akan cari gaduh. Faham tak? Baca sekali lagi.
Kalau sudah faham, tentulah kita tahu sekarang, bila si tidak boleh selesaikan masalah, maka si lelaki ini akan diam lama.
 

Lelaki ini suka berdolak dalik

Jenis lelaki suka cari gaduh yang lain ialah, dia memang suka bagi alasan. Bila tanya itu ini, mulalah dia akan berdolak-dalik, tidak mahu ceritakan perkara sebenar.
Bila si perempuan mula korek cerita lagi, dia akan mula marah. Mula cari gaduh.
 

Lelaki ini memang suka mengusik

Tidak sama, lelaki yang suka cari gaduh dengan lelaki yang suka mengusik.
Mengusik itu sambil bergurau. Cara cari gaduh dia ialah hingga si perempuan ingin mencubit dia.
Jenis yang memang betul-betul suka cari gaduh, hingga si perempuan mahu tinggikan suara.
Faham tak bezanya?
 

Lelaki yang cuba menutup kesalahan

Bila dia sudah buat silap, tentu sekali tidak mahu pasangannya tahu. Bimbang si perempuan akan jadi lebih marah.
Maka, untuk cuba tutup kesalahan diri sendiri, mulalah dia akan cari gaduh dengan si perempuan.
 

Hanya alasan untuk cari lain

Minta dijauhkan dari perkara sebegini. Harap-harap, pasangan kita bukan jenis begini.
 

Dia lelaki yang ego

Dia hanya rasa dia seorang sahaja yang betul. Lelaki ini ialah jenis lelaki yang tidak boleh terima kenyataan.
Bila si perempuan mula mempersoalkan sesuatu, dia akan rasa tercabar. Bila diri rasa tercabar, akan mula menunjukkan kuasa dan cari gaduh.
 

Cara lepaskan rindu

Bila berjauhan, tentu sekali akan rasa rindu. Bila outstation beberapa hari sekalipun, si lelaki akan mula mengusik dan cari gaduh, walaupun dalam Whatsapp.
Ada masanya, dia sengaja balas mesej lambat di Whatsapp. Mulalah dia akan cari gaduh dengan pasangannya.
Dalam fikiran si perempuan, kalau rindu, katalah rindu. Ini tidak.
 

Lelaki ini tertekan

Bila otaknya tepu dan tidak boleh menguruskan stress, dia akan cari mangsa untuk meluahkan rasa tekanan itu. Nasib tidak baik, kena pada pasangannya.
Perkara ini jarang berlaku. Jika si perempuan dapat rasa sesuatu yang tidak kena, cepat-cepatlah bantu menenangkan si lelaki.
Apabila tertekan, ada lelaki yang mula ignore pasangannya.
 

Lelaki ini kesunyian

Lelaki yang sunyi, dia akan cuba buat kekacauan dengan mengganggu orang lain. Mulalah dia akan usik sana-sini.
Jika itu buat si lelaki gembira, biarkanlah. Asalkan tidak berlebihan.
 

Ini cara lelaki bermanja

Rasa pelik? Sebenarnya tidak.
Ada jenis lelaki yang kerjanya suka mengusik pasangan masing-masing. Contohnya si suami yang suka mencuit pinggang isteri. Mana tidak melompat si isteri bila diusik sebegitu.
Dalam hati isteri, rasa marah ada; rasa geram pun ada. Tidak senang untuk buat kerja.
Anggaplah ini terapi bagi si lelaki. Lebih mudah berlapang dada.
 

Lelaki mahu rapatkan hubungan

Ada lelaki yang segaja cari pasal sebab itu adalah satu cara untuk lebih rapat dengan pasangan. Kedengaran tidak logik.
Begini, cuba bayangkan yang hubungan sedia ada hambar. Bila terlalu hambar, akan mula rasa bosan.
Jadi, salah satu cara untuk rapatkan hubungan ialah dengan mula cari gaduh. Bila tidak dilayan, mulalah ada lelaki yang mula merajuk.
 

Lelaki ini belum matang

Tidak semua lelaki mampu berfikir secara matang apabila berhadapan dengan si perempuan. Mungkin lambat untuk dia sedar yang perkara yang dia lakukan itu, tidak sepatutnya diperlakukan pada seorang wanita yang bersifat penuh kelembutan.
Berikan sedikit masa, mungkin dia akan berubah.
 

Lelaki yang terlalu overthinking

Ada jenis lelaki yang suka fikir bukan-bukan. Overthinking sangat dengan apa jua situasi. Bila ada yang tidak kena, mulalah dia melatah dan rasa tidak selesa dengan keadaan yang berlaku.
Maka jika dia rasa tidak keruan, mulalah cari mangsa.
 

Akhir kalam

Apa-apa pun alasan yang diberikan, pasti si lelaki itu ada alasannya yang tersendiri. Si perempuan mestilah bersangka baik, mungkin ada sesuatu dalam kepala otak dia yang menyesakkan diri. Lelaki bila diam, mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Walau bagaimanapun, si lelaki janganlah terlalu suka cari gaduh. Berlembutlah. Bukankah itu yang disarankan dalam perhubungan? Cuma janganlah sampai si perempuan bosan dengan lelaki. Dan jangan pula sampai si lelaki curang dengan pasangannya.
Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang sifat lelaki dalam perhubungan.

Carian dari Google:

  • sebab lelaki suka gaduh
  • sikap lelaki yang suka cari pasal
  • bila lelaki suka
  • Cara cara apa sebab lelaki suka kacau perempuan
  • cara cari gaduh dengan pasangan
  • kalau lelaki rindu kenapa tak cari kita
  • kenapa lelaki suka menyakat perempuan
  • kenape lelaki suka gaduh
  • lelaki dan perempuan yang selalu bergaduh
  • lelaki suka mengusik
Sebarkan kebaikan
  • 988
    Shares

Leave a Comment