Perhubungan

10+ Sebab Kenapa Perempuan Cepat Bosan Dengan Lelaki

Kenapa perempuan cepat bosan dengan lelaki

Jangan pelik bila perempuan cepat bosan dengan lelaki. Samada sudah berkahwin, iaitu bosan dengan suami; atau belum berkahwin, iaitu bosan dengan tunang atau pasangan; rasa cepat bosan itu akan tetap hadir.

Kenapa agaknya? Adakah perempuan complicated sangat? Adakah sebab lelaki ignore perempuan, hingga timbul rasa bosan? Adakah bosan sebab hubungan asyik tak bertahan lama?

Mari kita kupas.

 

Lelaki itu tidak serius

Macam main-main sahaja bila berkawan. Benarkah dia mahu jadi suami aku suatu hari nanti?

Lelaki ada yang sikapnya begitu, tidak begitu serius. Tapi dalam bab-bab lain, dia sangat serius. Cuma janganlah cepat bosan dengan lelaki yang serius bekerja, mencari duit lebih, untuk menghalalkan anda.

 

Rasa macam dipermainkan

Sama macam tidak serius, tapi ini lebih tinggi lagi. Sudahlah tidak serius, asyik memberi harapan palsu pada si perempuan.

Ingat, perempuan ini bila sudah sayang, dia akan sayang sampai bila-bila. Hatinya melekat dengan orang yang pandai ambil hati dia.

Bab perasaan, jangan main-main.

 

Hati rasa kosong

Apabila sudah rasa tawar hati, secara tak langsung, rasa bosan itu akan datang dengan sendiri. Bercakap dengan dia, macam tak ada apa-apa perasaan.

Perasaan gembira tidak. Benci pun tidak. Marah pun tidak. Rasa macam memandang dia dengan pandangan yang kosong.

Dulu perangai si lelaki lain, sekarang lain. Sudah tidak sama macam masa mula-mula dulu.

Jangan biarkan perasaan kosong ini lama-lama. Bahaya.

 

Bercakap tentang perkara yang sama

Kenapa perempuan cepat bosan dengan lelaki? Ini jawapan seterusnya.

Apabila bercakap, asyik tentang benda yang sama. Macam sudah tak ada variasi. Balik-balik cakap tentang itu. Cubalah kreatif sedikit dengan bercerita yang lain dari yang lain. Ceritakan pengalaman seharian di tempat kerja atau kisah zaman dulu yang dia belum tahu.

Jika sudah berkahwin, si suami akan bertanya tentang makan dan pakaian dia sahaja. Macam tak ada perkara lain yang dia boleh tanya.

 

Dia seorang yang terhegeh-hegeh

Sibuk si perempuan buat itu ini. Yang si lelaki asyik buat tak tahu. Si perempuan itu punyalah caring dengan dia, sebaliknya si lelaki hanya buat acuh tak acuh.

Siapa yang tak terasa bila bertepuk sebelah tangan?

 

Selalu sangat bergaduh

Berbeza pendapat itu tak salah. Yang salah apabila mula meninggikan suara. Lagi teruk bila tangan mula naik ke muka. Bila jumpa, tak ada perkara lain yang akan keluar; selain dari kata-kata dalam nada yang tinggi.

Lainlah kalau bergaduh manja. Hanya untuk suami isteri.

Yang belum kahwin, jangan manja-manja pula.

 

Rasa tak dihargai

Hati perempuan akan rasa berbunga-bunga bila dia dihargai. Sekadar ucapan terima kasih; hatta senyuman, sudah cukup membuatkan dia bahagia. Yang penting, ikhlas dan bukan buat-buat hargai dia.

Percayalah, tak susah untuk ambil hati orang perempuan. Tahu di mana suis kegembiraan dia, mudah sungguh hidup.

Lelaki paling kacak dan sempurna juga tidak terkecuali. Perempuan tetap akan rasa bosan juga.

 

Rasa penat, semuanya kena buat sendiri

Bila sudah berkahwin, tolong-tolonglah si isteri. Bila isteri kena buat semua, dia akan rasa terbeban. Rasa macam apa guna ada suami?.

Orang yang masih belum berkahwin, hati dia juga meronta-ronta rasa ingin dibantu. Walaupun tak beritahu apa yang patut dibantu, faham-fahamlah.

Cuma bab faham-fahamlah itu sudah dijangka. Lelaki ingat tak ada apa-apa, rupanya besar pada si perempuan.

 

Semuanya berlaku cukup pantas

Belum apa-apa, sudah mengikat tali persahabatan. Seterusnya ikat tali pertunangan dan ke jinjang pelamin. Macam semuanya terlalu pantas, dan ini menyebabkan tidak cukup kenal dengan pasangan.

Benar, boleh sahaja kenal apabila sudah berkahwin. Itu lebih sweet, katanya.

Apa-apa pun, ikut rezeki yang Allah beri pada kita. Kalau dapat yang baik, Alhamdulillah. Banyak-banyakkan berdoa.

 

Semuanya berlaku cukup perlahan

Terbalik dengan kupasan di atas, bila terlalu perlahan, perempuan akan rasa dipermainkan. Asyik menunggu saat tiba hari besar mereka, yang tak kunjung tiba.

Janganlah beri harapan kalau tidak mampu. Sedih, robek hati dia.

 

Lelaki itu sungguh tinggi egonya

Rasanya, ego lelaki itu tinggi sampai ke langit. Si perempuan sudah turunkan ego dia, tapi si lelaki masih lagi mendabik dada.

Memanglah perempuan kena hormat lelaki, lebih-lebih lagi dalam rumahtangga. Tapi itu bukanlah satu tiket untuk suami pijak kepala isteri.

Bukan juga tiket bagi pasangan untuk membuli dan buat tak tahu pada si perempuan.

Berhati perutlah.

 

Akhir kalam

Bukan mudah untuk menjawab persoalan kenapa perempuan cepat bosan dengan lelaki. Pokoknya bukan pada rasa cepat bosan itu.

Usah dilayankan perasaan itu sangat. Bosan sekalipun, apakah cara kita untuk menyelesaikan perkara ini?

Kenalah bercakap dari hati ke hati. Kalau si lelaki tidak pujuk, pujuklah diri sendiri.

Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang hati dan perasaan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top