Kerjaya

7 Sebab Kenapa Wanita Perlu Bekerja, Bukan Duduk Rumah Sahaja

Kenapa wanita perlu bekerja

Suri rumah tangga yang sedang baca ini, jangan melenting. Kami akan keluarkan juga kupasan tentang kenapa wanita tidak perlu bekerja.

Hasil observasi kami, ini adalah antara alasan kenapa wanita perlu bekerja. Bukan kami suka-suka reka sendiri alasan ini, tetapi ia hasil pengamatan dan penelitian, rata-rata dari komen-komen oleh wanita sendiri.

Apakah yang ada di sebalik pemikiran wanita, dan apakah yang wanita takut sangat bila tidak bekerja?

1. Takut kena cerai

Alasan paling cliche sekali. Sebab utama dia bekerja ialah untuk kumpul duit sendiri. Takut suami curang dan ceraikan dia. Entahlah, tapi inilah jawapan paling popular sekali.

Laporan dari Utusan pada tahun 2016, negeri paling ramai mencatat kes perceraian ialah Selangor, Sabah dan diikuti oleh Johor.

Bila difikirkan kembali, sekadar lontaran buat anak dara atau perempuan bujang di luar sana, kalau belum kahwin lagi, dah fikir untuk bercerai, buat apa kahwin?

2. Takut suami curang

Kenapa wanita perlu bekerja

Bila suami curang, dia takut suami akan beri lebih perhatian pada perempuan yang satu lagi.

Sudah tentu, bila suami beri perhatian dari perempuan lain itu, dirinya akan terabai. Takut tak ada duit sendiri, kerana dia tahu suami akan laburkan duit untuk perempuan lain.

3. Takut anak-anak terabai

Keluarga terabai, anak-anak terabai. Sama seperti dua point di atas, bila suami abaikan keluarga, maka dialah kena berhempas-pulas bekerja untuk keluarga. Nak harapkan suami sangat? Mungkin tidak boleh harap sangat.

Dan terdetik dalam hati, teruk sangatkah para suami di Malaysia dan Nusantara ini?

4. Takut tak pandai berdikari

Bila selesa sangat duduk rumah, asyik uruskan rumah tangga dan anak-anak, bimbang tidak pandai berdikari. Semuanya perlu tunggu suami.

Ramai wanita takut bila sampai tahap ini, kebergantungan hanyalah 100% pada suami. Jika berlaku apa-apa, susah juga.

Jika betul-betul ditinggalkan suami nanti, kalau tak pandai bercampur-gaul dan tak pandai bekerja, macam mana?

5. Ingin bantu suami

Ini jawapan yang tidak beremosi. Benar, kalau pendapatan suami tidak seberapa, ada baiknya si isteri tolong tambah-tambah sedikit untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Namun, suami jangan main lepas tangan tidak mahu bayar itu ini. Nafkah tetap kena beri.

6. Ingin simpan duit sendiri

Tak perlu nak tunggu duit nafkah suami. Bila ada duit sendiri, boleh beli macam-macam yang terlintas di hati. Godaan Lazada dan Shopee semakin menjadi-jadi.

Lagi satu, takut anak-anak nampak selekeh sebab tak boleh beli baju cantik dan berkualiti.

7. Ingin lari dari kebosanan

Ada yang kata, bila duduk rumah, pemikiran jadi jumud. Otak jadi beku, sebab tidak bercampur dengan orang lain. Asyik-asyik fikir tentang nak sapu dan mop lantai. Sidai baju. Siang ikan. Masak.

Penat.

Atas alasan ini, ada wanita yang sanggup pergi kerja kerana tidak tahan sunyi.

Namun, apakah harga yang perlu dibayar? Anak-anak perlu hantar ke nursery. Semoga anak yang kita hantar ke rumah pengasuh atau nursery, sentiasa dilindungi Allah.

Balik-balik, ada 2 sebab sahaja

Jika diteliti semula, pusing-pusing, alasannya tetap sama.

1) Wanita perlu bekerja sebab takut ditinggalkan suami.

Point kenapa wanita perlu bekerja sebab ingin bantu suami, itu adalah jawapan ‘camouflage‘. Sekadar untuk mengaburi pihak lawan.

2) Wanita kuat untuk anak-anak.

Tidak ada perkara lain. Semua pengorbanan adalah untuk anak-anak. Sebab itu penamaan KWSP pun diletakkan atas nama anak-anak, bukan nama suami.

Jangan ambil hati, semua di atas cuma pendapat peribadi.

Akhir kalam

Negatif sungguh pemikiran di atas bukan?

Jangan kata ia tidak logik. Jawapan dan alasan ini datang dari mulut wanita sendiri.

Selalu kita dengar, wanita perlu berdikari. Wanita perlu dilindungi. Bunyinya, semacam wanita tidak boleh berdiri sendiri. Tidak boleh dari realiti, wanita sentiasa dan perlukan lelaki disamping dirinya.

Tentu sekali, wanita bekerja telah melaksanakan satu tanggungjawab yang besar.

Jadi, bagaimana dengan suri rumah tangga? Adakah selepas ini perlu bekerja juga?

Tunggu kupasan kami dalam tulisan yang lain, kenapa wanita tidak perlu bekerja.

Layari The Berkat untuk kupasan tidak normal dan tidak konvensional.

 

Carian dari Google:

  • kenapa wanita harus ikut bekerja
  • wajarkah wanita berkahwin selepas bekerja
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top