Kuiz Kemerdekaan Malaysia #1 (2019)

Sempena bulan kemerdekaan pada bulan Ogos ini, jika ada kelapangan, jemput uji pengetahuan anda tentang Malaysia.

Sama-sama kita sayangi negara kita yang tercinta, Malaysia.

Carian dari Google:

  • notis surat Paternity leave
  • kota a famosa
  • Kuiz kemerdekaan 2019
  • perkeso cover letter
  • quiz kemerdekaan 2019
  • soalan kuiz merdeka 2019

Maklumat Tentang Negeri di Malaysia (Senarai Penuh, Kemaskini 2019)

Negeri di Malaysia

Mungkin anda sedang mencari maklumat kenegaraan dan fakta tentang negeri masing-masing. Ada kerja rumah barangkali?
Ataupun sekadar mencari maklumat untuk kegunaan peribadi dan sekadar ingin tahu.
Izinkan kami berkongsi senarai nama negeri di Malaysia, ihsan daripada Kementerian Penerangan Malaysia. Bukan yang terkini, tetapi info masih relevan.
 

Wilayah Persekutuan bukan negeri?

Menurut Wikipedia, Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Maka, jelaslah ia bukan negeri.
Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.
Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.
 

Ada negeri yang ada sultan, ada yang tak ada?

Ya, betul. Ada negeri-negeri di Malaysia yang ada sultan. Ada juga negeri-negeri di Malaysia yang tidak mempunyai sultan. Ini bersusur galur dari sejarah kesultanan Melayu Melaka pada zaman dahulu, yang masih lagi dipegang kukuh.
Ikuti penjelasan kami di bawah, yang menyenaraikan negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai institusi raja.
 

Negeri-negeri di Malaysia berasal dari Bahasa Arab?

Bukan keseluruhannya. Penambahan ‘darul’ di belakang setiap negeri itulah perlambangan tentang sesuatu negeri itu. Ia diambil dari Bahasa Arab.
 

Bahagian Utara (Malaysia Barat)

Perlis Indera Kayangan

Negeri Perlis dikepalai oleh Raja Perlis bersama Raja Perempuan. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Perlis.

IBU NEGERI Kangar
BANDAR DIRAJA Arau
DAERAH Tiada
PARLIMEN 3 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 15 Kawasan
LAMAN WEB http://www.perlis.gov.my

 

Kedah Darul Aman

Negeri Kedah dikepalai oleh Raja Kedah dan Sultanah. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Kedah.

IBU NEGERI Alor Setar
BANDAR DIRAJA Anak Bukit
DAERAH 11 Daerah
PARLIMEN 15 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 36 Kawasan
LAMAN WEB http://www.kedah.gov.my

 

Pulau Pinang

Berlainan dengan negeri yang mempunyai sultan, Pulau Pinang dikepalai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Ketua Menteri Besar Pulau Pinang.

IBU NEGERI Georgetown
BANDAR DIRAJA
DAERAH 5 DAERAH
PARLIMEN 11 KAWASAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI 33 KAWASAN
LAMAN WEB http://www.sukpp.gov.my

 

Perak Darul Ridzuan

Negeri Perak dikepalai oleh Sultan Perak bersama Raja Permaisuri.. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Perak.

IBU NEGERI IPOH
BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR
DAERAH 9 DAERAH
PARLIMEN 23 KAWASAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI 52 KAWASAN
LAMAN WEB http://www.perak.gov.my

 

Bahagian Tengah (Malaysia Barat)

Selangor Darul Ehsan

Negeri Selangor dikepalai oleh Sultan Perak bersama Raja Permaisuri.. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Selangor.

IBU NEGERI SHAH ALAM
BANDAR DIRAJA KLANG
DAERAH 9 DAERAH
PARLIMEN 17 KAWASAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI 48 Kawasan
LAMAN WEB http://www.selangor.gov.my

 
 

Bahagian Selatan (Malaysia Barat)

Johor Darul Takzim

Negeri Johor dikepalai oleh Sultan Johor bersama Sultanah Johor. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Johor.

IBU NEGERI JOHOR BAHRU
BANDAR DIRAJA JOHOR BAHRU
DAERAH 10 KAWASAN
PARLIMEN 26 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 56 Kawasan
LAMAN WEB http://www.johordt.gov.my

 

Negeri Sembilan Darul Khusus

Agak berlainan sedikit, Negeri Sembilan dikepalai oleh Yang Di-Pertuan Besar bersama Tunku Ampuan. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

IBU NEGERI SEREMBAN
BANDAR DIRAJA SERI MENANTI
DAERAH 7 KAWASAN
PARLIMEN 7 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 32 Kawasan
LAMAN WEB http://www.sukns.gov.my

 

Melaka

Walaupun dahulu mempunyai Raja Melaka yang tersohor, kini Melaka bukanlah negeri yang mempunyai raja. Melaka dikepalai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Ketua Menteri Besar Melaka.

IBU NEGERI
BANDAR DIRAJA
DAERAH 3 KAWASAN
PARLIMEN 5 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 25 Kawasan
LAMAN WEB http://www.melaka.gov.my

 

Bahagian Pantai Timur (Malaysia Barat)

Pahang Darul Makmur

Negeri Pahang dikepalai oleh Sultan Pahang bersama Sultanah Pahang. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Pahang.

IBU NEGERI KUANTAN
BANDAR DIRAJA PEKAN
DAERAH 11 KAWASAN
PARLIMEN 11 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 38 Kawasan
LAMAN WEB http://www.pahang.gov.my

 

Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu dikepalai oleh Al-Sultan Terengganu bersama Raja Perempuan Terengganu. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Terengganu.

IBU NEGERI Kuala Terengganu
BANDAR DIRAJA Kuala Terengganu
DAERAH 7 KAWASAN
PARLIMEN 8 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 32 Kawasan
LAMAN WEB http://www.terengganu.gov.my

 

Kelantan Darul Naim

Negeri Kelantan dikepalai oleh Sultan Kelantan bersama Permaisuri Kelantan. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Menteri Besar Kelantan.

IBU NEGERI Kota Bharu
BANDAR DIRAJA Kota Bharu
DAERAH 10 KAWASAN
PARLIMEN 14 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 43 Kawasan
LAMAN WEB http://www.kelantan.gov.my

 

Bahagian Sabah & Sarawak (Malaysia Timur / Borneo)

Sabah

Juga tiada raja di di sini. Negeri Sabah dikepalai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah (bukan dipanggil Menteri Besar).

IBU NEGERI Kota Kinabalu
BANDAR DIRAJA
DAERAH 6 KAWASAN
PARLIMEN 25 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 60  Kawasan
LAMAN WEB http://www.sabah.gov.my

 

Sarawak

Sama seperti di Sabah, di Sarawah juga tiada raja. Negeri Sarawak dikepalai oleh Yang Di-Pertua Negeri. Hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh Ketua Menteri Besar Sarawak (bukan dipanggil Menteri Besar).

IBU NEGERI KUCHING
BANDAR DIRAJA
DAERAH 11 KAWASAN
PARLIMEN 31 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI 71 Kawasan
LAMAN WEB http://www.sarawak.gov.my

 

Akhir kalam

Semoga maklumat tentang negeri di Malaysia ini memberikan sedikit manfaat. Layari The Berkat untuk lebih banyak informasi tentang Malaysia.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Carian dari Google:

  • 14 negeri dalam malaysia
  • jumlah negeri mempunyai sultan
  • JUMLAH NEGERI YANG MEMPUNYAI SULTAN malaysia
  • nama penuh negeri negeri di malaysia
  • senarai nama negeri di malaysia