4 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Senaman (Tanpa Air Detox)

Buncit oh Buncit – Mari atasi permasalahan ini dengan info dan cara yang betul!  
Memiliki potongan badan yang ideal semestinya menjadi impian setiap wanita. Namun, dek kerana perut buncit yang menjadi penghalang, kebanyakkan kaum hawa hanya mampu bermimpi untuk memiliki tubuh sempurna.
Namun tidak perlu risau lagi, kerana kami di The Berkat akan mengupas isu yang merunsingkan kaum hawa ini. Secara umumnya, perut buncit berpunca daripada cara pemakanan anda sendiri – jadi mari lihat punca utama kenapa perut buncit boleh terjadi.

Cara mengecilkan perut buncit dengan senaman

Bukan tak mahu bersenam, cuma tidak ada kekuatan untuk pergi ke gym selalu. Ini antara salah satu tabiat yang perlu dielakkan ya! Percayalah, ada sahaja senaman yang berkesan untuk menyingkirkan lemak degil di bahagian perut anda itu! Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Jadi, mari kita tengok jenis-jenis senaman yang boleh kita lakukan di mana-mana sahaja!

1. Senaman Plank

Senaman ini sebenarnya senang sahaja.

  1. Letakkan diri anda dengan keadaan siku dan lutut dalam keadaan rehat di atas lantai atau tikar yoga.
  2. Pastikan kepala anda sejajar dengan tulang belakang dan pandangan anda mestilah ke depan sahaja, jangan tengok ke bawah ya.
  3. Naikkan lutut anda perlahan-lahan dengan menyokong berat badan anda menggunakan jari kaki dan siku
  4. Tahan posisi ni untuk 60 saat, mudahkan?

#KebaikanPlank: Senaman ni dapat latih otot bahagian lengan, abdomen, pinggul dan belakang korang tau!

2. CAPTAIN’S CHAIR – Penghapus segala lemak perut

Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah kerusi dan keazaman yang jitu untuk mengempiskan perut. Untuk pengetahuan anda, senaman ini juga sangat sesuai untuk anda yang tidak mempunyai masa untuk bersenam di luar rumah. Apa yang lebih penting, senaman ini amatlah ringkas, namun dapat membakar lemak di bahagian perut dengan efektif. Jadi, apa tunggu lagi?

  1. Duduk secara tegak dan pastikan bahu anda dalam keadaan relaks.
  2. Letakkan tangan anda ke sisi dengan telapak tangan menghadap ke bawah.
  3. Tarik nafas dalam-dalam.
  4. Apabila nafas dihembus, perlahan-lahan bawa lutut anda rapat ke bahagian dada dan tahan posisi tu untuk 10 saat.
  5. Lakukan sebanyak 15 kali (1 set) atau lebih (jika mampu).

#MestiCuba: Buatlah senaman ni secara konsisten dan lihatlah hasilnya!

3. Jump Rope

Senaman jump rope atau apa yang kita panggil sebagai skipping sebenarnya amatlah bagus bagi anda yang berhasrat untuk mengempiskan perut! Ini kerana, senaman skipping ini sebenarnya memang memfokuskan bahagian perut dan dengan skipping, anda sebenarnya akan secara tidak langsung menggerakkan seluruh anggota badan.
Hasilnya? Anda bukan sahaja akan mengalami pengurangan lemak di bahagian perut, malahan anda juga akan merasai penurunan berat badan secara total!   Apa yang anda perlukan hanyalah tali skipping, kasut yang selesa dan off you go!
Senaman ini senang sahaja, kerana mesti ramai antara kita yang sudah selalu bermain skipping sejak dari kecil lagi. Sebagai peringatan awal: senaman ni memang meletihkan lagi-lagi pada peringkat permulaan, namun kuatkan semangat ya? Jangan berhenti dan konsisten sehingga tercapai perut kempis yang anda dihajati.

4. Senaman Kardio – tradisional namun berkesan!

Untuk senaman jenis ini, pastikan anda mempunyai kasut sukan yang selesa. Anda boleh pilih sendiri, boleh berjalan, berjogging mahupun berlari. Terpulang pada keselesaan anda sendiri tapi seeloknya cubalah keluar dari zon selesa – cakap nak kempiskan perut?
Kenalah berkorban sikitkan. Senaman kardio ini sangatlah membantu dan tidak membosankan, kerana anda boleh menikmati pemandangan sekeliling dan menghirup udara yang nyaman sambil berlari tu, jadi tidaklah stress selalu apabila teringatkan masalah perut buncit anda. Seeloknya carilah rakan untuk aktiviti kardio ini, baru anda ada motivasi tinggi sikit!
#TipsKiraMasa: Sambil anda lari, dengarlah lagu yang anda sukai, kerana purata 3 minit untuk 1 lagu. Jadi bayangkan jika anda sudah mendengar 10 lagu semasa berlari, ini bermakna sudah 30 minit anda berkardio!

Cara mengecilkan perut buncit dengan makanan dan minuman

Walaupun ramai yang kongsi, dan popular, tidak semestinya kena minum air detox. Dalam permasalahan ini satu perkara yang anda kena faham ialah sekerap mana pun anda bersenam – dari pagi sehinggalah ke petang sekalipun, tetap anda kena terima hakikat bahawa solusi utama masalah perut buncit ini ialah dengan menjaga pemakanan seharian.

1. Elakkan makanan bergula

Elakkan dan kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula; sebaliknya mulakan pengambilan produk ‘tanpa gula’ dalam masakan dan minuman anda!

2. Pastikan makanan rendah lemak

Apabila membeli di pasar raya, cuba lihat dulu kandungan lemak transnya di dalam makanan atau minum yang dibeli dan bertukarlah kepada ‘rendah lemak’ pula.

3. Protein itu penting

Jangan lupa untuk ambil lebih banyak sumber protein sebab protein akan bina otot yang akan membantu pembakaran lemak kemudian hari.

4. Serat juga penting

Ambil lebih banyak serat sebab ianya membuatkan korang berasa kenyang lebih lama.

Akhir kata

Bukan sahaja senaman dan makanan itu penting. Tahukah anda stress adalah antara penyebab perut buncit? Jadi, uruskan stress dalam kehidupan seharian dengan berkesan ya!
Hal ini terbukti dengan kajian saintifik yang meletakkan nisbah peratusan 90% (pemakanan) – 10% (senaman) sebagai faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu diet itu. Jadi, anda tidak perlulah bersenam bagaikan atlit sukan negara jika pada akhirnya faktor pemakanan tidak dijaga.
Rajin – rajinlah bersenam atau beriadah kerana dengan senaman, proses eliminasi lemak di perut akan bertambah cepat.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Carian dari Google:

  • air detox untuk perut buncit
  • senaman untuk menguruskan perut buncit

5 Cara Kuruskan Badan Yang Berkesan. Tak Susah, Mudah Sahaja!

Cara kuruskan badan yang berkesan

Amaran: Ini bukan tips atau petua yang boleh terus capai impian anda dalam masa yang singkat. Ini adalah tips yang perlu dilakukan dalam jangkamasa panjang.

1. Lakukan perubahan kecil dari semasa ke semasa

Ingat, ini adalah maraton, bukannya lari pecut. Mengubah keseluruhan gaya hidup anda dalam sekaligus akan mengundang kegagalan. Lakukan satu perubahan yang sihat setiap minggu untuk membolehkan anda menyesuaikan diri. Cara kuruskan badan yang berkesan ialah dengan mengubah minda, cara hidup dan nafsu kita.
Sama ada memasak makanan anda sendiri empat malam seminggu, menambah 20 minit senaman kecergasan untuk rutin harian anda atau menukar kopi bergula kepada teh hijau, kesemua perubahan ini akhirnya akan memberikan kesan positif kepada tubuh badan anda.

2. War-warkan kepada orang di sekeliling anda

Inilah cara untuk kurus dengan cepat cara psikologi. Anda perlu memberitahu kepada rakan-rakan, jiran, saudara mara dan sebagainya bahawa anda sedang dalam fasa perubahan gaya hidup. Pasti ada suara-suara sinis yang kata, “Nak buat apa kurus! Makan je lah”.
Biarkan mereka. Anda ada impian sendiri. Jadi, dengan war-warkan lebih awal, ini dapat mengelakkan salah-faham terutamanya jika anda terpaksa menolak pelawaan untuk makan di luar bersama. Jika terpaksa, anda boleh membawa bekal sendiri atau menukarkan aktiviti makan bersama kepada aktiviti lain yang lebih sihat.

3. Memantau dan mencatat kemajuan anda

Cara kuruskan badan yang berkesan
Apabila jarum skala berat seolah-olah tidak berganjak atau anda berasa seperti badan anda tidak berubah dengan cepat seperti yang diharapkan, adalah mudah untuk anda berasa tawar hati. Jadi, memantau dan mencatat kemajuan anda dari awal untuk melihat sejauh mana pencapaian anda akan membantu memotivasikan anda untuk terus gigih berusaha.
Pelbagaikan catatan anda iaitu dari segi kemajuan fizikal, perubahan diet, jenis senaman yang telah/sedang/akan dilakukan dan sebagainya.

4. Menentukan matlamat

Segala perkara yang dilakukan dalam hidup memerlukan matlamat jika kita ingin berjaya. Ramai orang berazam untuk kurus tetapi jika tiada matlamat maka ia menjadi angan-angan semata-mata. Menetapkan matlamat utama, bulanan, mingguan dan sebagainya memotivasikan anda untuk mengejar matlamat tersebut.

5. Tidur mencukupi

Antara kesalahfahaman yang popular di kalangan masyarakat adalah tidur akan menyebabkan seseorang menjadi gemuk. Hakikat sebenarnya adalah jika anda tidur kurang dari tujuh atau lapan jam sehari, kesihatan anda – dan pinggang – akan terjejas.
Malah, menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2013, para penyelidik mendapati bahawa seseorang yang kurang tidur lebih cenderung untuk memilih makanan ringan dalam kuantiti yang banyak berbanding mereka yang tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada waktu malam. Ini bermakna kekurangan tidur mempengaruhi pemilihan makanan seseorang.
Kekurangan tidur kronik dikaitkan dengan obesiti, diabetes dan banyak lagi. Tambahan pula, tidur adalah masa yang penting untuk membina semula otot dari rutin senaman anda dan memberikan otak anda peluang untuk memproses dan menyembuhkan tubuh badan.
Kesimpulannya, dengan gabungan tips-tips dan cara untuk kurus dengan cepat seperti di atas, diharapkan ia dapat memastikan anda mencapai matlamat untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan. Tidak ada jalan pintas dalam mencari cara kuruskan badan dengan berkesan.
Teruskan berusaha dan jangan berputus asa kerana mereka yang bersabar sahaja yang dapat mencapai kejayaan yang diinginkan.
[yasr_overall_rating size=”small”]