Kegemukan Melampau: Punca, Kesan & Cara Mengatasi Obesiti Kanak-Kanak

Cara mengatasi obesiti kanak-kanak

Individu yang mengalami masalah kegemukan dan obesiti  sering berdepan dengan stigma negatif masyarakat sekeliling. Individu obesiti berkemungkinan berasa kurang berkeyakinan apabila berada dalam lingkungan awam dan berasa malu dengan penampilan diri, disebabkan oleh pandangan umum terhadap bentuk tubuh mereka. Namun, sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut mengenai cara mengatasi obesiti kanak-kanak di Malaysia, adakah anda benar-benar memahami maksud obesiti?
 

Maksud obesiti

Apa itu obesiti? Definisi obesiti adalah keadaan di mana terdapat kandungan lemak badan berlebihan yang membahayakan kesihatan. Ramai orang yang gemuk atau berlebihan berat badan berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, hipertensi, dan strok.
Obesiti dan berat badan berlebihan adalah dua konsep yang berbeza. Berat badan berlebihan ialah keadaan berat terlalu berat berbanding ketinggian bukan sahaja disebabkan lemak yang banyak, tetapi juga boleh disebabkan oleh otot yang banyak atau kandungan air di dalam badan. Kedua-dua keadaan ini mempunyai impak yang serius kepada kesihatan.
Penyakit obesiti kini sangat biasa di kebanyakan negara maju. Kira-kira satu pertiga daripada individu dewasa Amerika Syarikat dan satu perempat daripada orang dewasa UK sekarang telah ditentukan secara perubatan mempunyai obesiti. Walau bagaimanapun, obesiti adalah keadaan perubatan yang kompleks yang dipacu oleh faktor genetik, alam sekitar dan sosial.
Boleh baca lebih lanjut tentang berapa BMI yang sepatutnya di WHO.
 

Punca obesiti

Apakah punca yang boleh membuatkan anda terjebak ke dalam permasalahan kesihatan ini? Setiap orang boleh menjadi obes dan sukar untuk menurunkan berat badan jika dia tidak mempunyai diet yang seimbang dan senaman yang mencukupi. Obesiti disebabkan oleh terlalu banyak kalori yang diserap. Sesetengah orang naik berat badan dan tidak mengetahui punca sebenarnya.  Antara beberapa punca-punca obesiti seperti:

Genetik

Di mana ibu bapa yang membawa genetik obesiti cenderung untuk mengakibatkan anak-anak mudah naik berat badan
 

Masalah psikologi

Masalah ini sering menyebabkan wujudkan keinginan untuk makan apabila menghadapi tekanan stres
 

Budaya

Keadaan ini melibatkan aspek sosial di mana masyarakat sekeliling menggalakkan untuk makan banyak. Ia mungkin sesuatu yang dianggap pelik bagi sesetengah individu. Namun percayalah, terdapat budaya seperti ini dalam dunia yang anda diami.
Terdapat beberapa faktor lain yang cenderung untuk meningkatkan risiko untuk anda mengalami obesiti, antaranya adalah:

  • Gaya hidup
  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat
  • Berhenti merokok
  • Tidak mendapat tidur yang mencukupi
  • Penggunaan ubat tertentu
  • Usia
  • Masalah sosial dan ekonomi
  • Masalah kesihatan

 

Obesiti di kalangan kanak-kanak

Cara menghilangkan obesiti kanak-kanak
Jangan terkejut kerana jumlah obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga kian meningkat dari hari ke hari. Situasi ini tidak wajar dipandang remeh kerana mereka yang menghidapi masalah kesihatan ini berisiko menghidapi masalah ‘inferiority complex’ atau berkaitan dengan kurang keyakinan diri serta mempunyai pergerakan yang terhad. Tambahan itu lagi, kanak-kanak obesiti lebih mudah diserang penyakit kronik seperti diabetes dan masalah kardiovaskular.
Kanak-kanak obesiti berisiko untuk menghidapi masalah kesihatan seperti masalah kolesterol tinggi, penyakit jantung, masalah berkaitan tulang, masalah pernafasan seperti asma dan apnea tidur, masalah kulit seperti infeksi fungus, jerawat serta ruam dan diskriminasi sosial yang akhirnya menjadi punca kepada hilangnya keyakinan diri sekaligus menjejaskan prestasi akademik dan keupayaan bersosial mereka. Ini juga merupakan keburukan obesiti pada kesihatan sosial kanak-kanak.
 

Cara mengatasi obesiti

Jika anda mempunyai anak yang mengalami masalah obesiti, anda perlu sentiasa mengingatkan mereka bahawa anda sentiasa bersamanya.
 

Tukar persepsi

Cara mengatasi obesiti yang paling utama ialah persepsi. Persepsi kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri selalunya akan berdasarkan kepada persepsi ibu bapa mereka. Jika anda lebih bersikap terbuka untuk menerima mereka seadanya, mereka akan berasa lebih tenang.
 

Katakan bahawa obesiti itu penyakit

Berbincanglah mengenai situasi tersebut dengan anak anda. Pastikan mereka faham bahawa obesiti merupakan satu keadaan atau penyakit yang mampu mendatangkan pelbagai kesan negatif yang lain.
 

Satu keluarga perlu berubah

Biarkan mereka tahu bahawa anda akan sedaya upaya membantunya. Mula menukar diet keluarga anda dan bersama-sama buat rutin senaman bagi membantu anak anda mengawal berat badan serta membesar dengan sihat adalah antara cara untuk mengatasi obesiti kanak-kanak.
 

Sediakan menu diet

Manakala bagi individu dewasa yang mengalami masalah kesihatan, antara langkah-langkah menangani obesiti adalah dengan melakukan diet.
Dietitian dan doktor boleh membantu merancang diet yang rendah lemak, rendah kalori.
 

Selalu bersenam

Senaman merupakan cara yang berkesan, program pemantauan kendiri boleh membantu mencegah sebarang komplikasi penyakit.
 

Makan ubat

Beberapa jenis ubat (stimulan) yang boleh membantu mengurangkan berat badan dan mengakibatkan kesan sampingan. Guna cara ini selepas melakukan diet yang seimbang dan senaman, ambil ubat di bawah pengawasan doktor anda.
 

Tukar gaya hidup

Gaya hidup yang aktif, berserta senaman yang kerap dan makan diet yang sihat adalah cara yang paling selamat untuk turun berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan anda. Turun berat badan dengan perlahan-lahan akan membantu anda menghalang naik berat badan selepas ini.
Ini kerana terdapat kemungkinan jika anda dapat menurunkan berat badan dengan segera dengan pengambilan sebarang ubat kurus, anda berkemungkinan akan cenderung untuk naik berat badan sekiranya anda berhenti mengambil ubatan tersebut.
 

Pendedahan peringkat sekolah

Kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah. Sekiranya ada program kesihatan yang dapat memberikan pendedahan tentang bahaya obesiti, ini sangat-sangat membantu.
 

Kesan obesiti pada kanak-kanak

Emosi

Emosi kanak-kanak mudah tercalar jika selalu diejek gemuk oleh kawan-kawan

Rasa tidak yakin

Kanak-kanak juga jadi tidak yakin pada diri sendiri.
 

Akhir kata

Cara mengatasi obesiti dan mencegah masalah
Jika anda bimbang dan khuatir bahawa anda berkemungkinan untuk berdepan risiko obesiti, pastikan anda tidak mengambil mudah soal aspek penjagaan pemakanan, tabiat harian yang tidak sihat seperti merokok dan pastikan anda turut melakukan aktiviti fizikal secara tetap dan teratur. Jemput baca tips untuk kuruskan badan yang cukup mudah.
Ini pastinya dapat membantu anda menghindari kesan obesiti yang mungkin akan memudaratkan kesihatan anda.

Carian dari Google:

  • kesan obesiti 2019
  • cara cara mencegah penyakit obesiti
  • cara mengatasi anak kegemukan
  • kesan berat badan berlebihan terhadap nehara
  • kesan dan strategi obesiti kepada negara
  • kesan obesiti kepada individu
  • kesan obesiti kepada masyarakat dan negara
  • kesan obesiti pada negara dan individu
  • kuiz obesiti
  • maksud punca

20+ Cara Tambah Berat Badan (Untuk Bayi, Kanak-kanak, Ibu Hamil & Orang Dewasa)

Cara tambah berat badan bayi & kanak-kanak

Media massa sering memfokuskan isu berat badan berlebihan atau obesiti dalam kalangan masyarakat. Namun, masalah berat badan kurang juga tidak boleh dipandang enteng. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Dan bagaimana pula satu lagi pihak yang mahu naikkan berat badan, dan mencari-cari cara tambah berat badan? Salahkah mereka untuk nampak sihat dan tidak kurus?
Mengikut Kementerian Kesihatan MalaysiaKementerian Kesihatan Malaysia, masalah ini boleh berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih rendah dari 18.5. Maksudnya, berat badan individu tersebut ialah 15% hingga 20% lebih rendah berbanding purata berat dengan umur dan jantina individu lain.
Mungkin anda akan berasa lebih mudah untuk menambahkan berat badan berbanding mengurangkannya.
Betul ke pandangan seperti itu? Sebenarnya, isu ini tidak semudah yang dibayangkan. Ini kerana bukan semua individu mempunyai tahap metabolisme, emosi, ilmu pemakanan dan kesedaran yang sama. Justeru, artikel ini akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.
Perbincangan ini akan menyentuh tiga golongan utama yang terdedah kepada masalah kurang berat badan iaitu golongan bayi dan kanak-kanak, ibu hamil dan orang dewasa.
 

Cara tambah berat badan (Untuk bayi & kanak-kanak)

 

  1. Langkah pertama yang perlu diambil ialah merujuk pakar perubatan untuk memastikan anak-anak kita tiada masalah kesihatan. Antara masalah yang menyekat selera makan mereka ialah alahan, kecacingan, jangkitan virus dan sebagainya. Jika keputusan menunjukkan mereka sihat, anda boleh memulakan langkah seterusnya.
  2. Ibu bapa perlu menyediakan jadual makan yang konsisten. Walau sesibuk manapun kita, pastikan keperluan pemakanan anak-anak terjaga. Kita perlu membiasakan anak-anak makan mengikut waktu yang betul iaitu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
  3. Kita boleh memberikan anak-anak makanan tinggi kalori seperti kekacang, yogurt, keju, susu penuh krim dan sebagainya. Elakkan menyediakan makanan segera dan diproses seperti pizza, kentang goreng, nuget, mi segera dan sebagainya. Walaupun makanan-makanan ini tinggi kalori, namun kesemuanya langsung tidak berkhasiat.
  4. Kanak-kanak cenderung untuk menyukai makanan dan minuman yang manis dan berwarna-warni. Itulah sebabnya mereka suka makanan ringan yang tiada sebarang nutrien di dalamnya. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu bijak mengawal psikologi mereka. Janganlah memaksa mereka makan sesuatu yang tidak disukai. Sebaliknya, ajaklah mereka menyediakan makanan bersama-sama seperti membuat sandwic, bubur nasi dan sebagainya.
  5. Selain itu, pelbagaikan cara penyediaan makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Jika anak-anak tidak suka makan sayur, cubalah cara yang paling kreatif untuk menarik minat mereka. Misalnya membuat roti, lempeng dan bubur yang mengandungi lobak, kentang, brokoli, bayam dan sebagainya.
  6. Tahukah anda susu ibu tersenarai antara sepuluh makanan terbaik di dunia? Golongan ibu digalakkan untuk menyusu bayi mereka. Ini sebab susu ibu kaya dengan mineral dan vitamin untuk tumbesaran bayi dan melindungi mereka daripada jangkitan penyakit.

 

Cara tambah berat badan (Bagi ibu hamil / mengandung)

 

  1. Para ibu perlu mengamalkan diet yang sihat dan berkhasiat. Amalkan pemakanan sunnah seperti buah delima, kismis, susu kambing, madu, kekacang, habbatus sauda dan madu. Makanan-makanan ini terbukti sangat berkhasiat, lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung. Jangan lupa minta suami belikan ya!
  2. Golongan ini juga perlu konsisten dalam pemakanan harian. Mereka perlu makan sebanyak lima hingga enam kali sehari dengan pengambilan saiz hidangan yang kecil. Elakkan makanan yang tinggi garam dan terlalu manis. Apabila makan dengan kerap dengan saiz hidangan yang kecil, tiada masalah berat badan kurang.
  3. Ibu-ibu yang hamil akan sentiasa berasa lapar atas faktor hormon, emosi dan sebagainya. Oleh itu, pastikan sentiasan membawa snek berkhasiat di mana-mana. Antaranya ialah yogurt, oats, kekacang dan sebagainya. Elakkan mengunyah makanan yang tinggi kalori, namun tiada sebarang faedah untuk diri sendiri dan anak yang dikandung.
  4. Buang jauh-jauh amalan turun-temurun ‘makan untuk dua orang.’ Malahan, tabiat ini memang akan menaikkan berat badan dengan mudah tetapi dengan cara yang salah! Kadar kalori yang perlu diambil oleh ibu hamil ialah tambahan sebanyak 300 kcal (kalori) berbanding dalam keadaan biasa.
  5. Fokus pada kesihatan diri sendiri dan bayi yang dikandung. Jangan mengamalkan sebarang jamu atau makanan kesihatan untuk menambahkan selera makan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sudah mencukupi untuk tubuh badan. Jika masih gagal mendapat berat badan yang ideal, tambahkan snek sihat dalam pengambilan makanan harian.

 

Cara tambah berat badan (Untuk orang dewasa yang kurus)

 

  1. Ini ialah tips menarik untuk anda semua! Jangan makan nasi berulamkan air. Malah, sebelum makan, elakkan minum air secara berlebihan. Ini akan membuat perut kita menjadi kenyang dan seterusnya saiz hidangan juga menjadi lebih sedikit. Baru sahaja makan dua suap, sudah tidak larat hendak makan lagi.
  2. Kadang-kadang kita perlu bermain dengan psikologi sendiri. Untuk mengambil makanan yang lebih banyak, gunakan pinggan yang lebih besar. Kita cenderung untuk memenuhkan pinggan tersebut dengan makanan. Namun, pastikan makanan itu berkhasiat dan yang lebih penting jangan pula membazir. Ambil mengikut kemampuan diri sahaja.
  3. Jangan lupa untuk mendapatkan tidur yang mencukupi selama lapan jam setiap hari. Kualiti tidur yang buruk akan mengganggu kesihatan mental dan emosi. Tubuh menjadi lesu, badan tidak bertenaga dan seterusnya mengganggu selera makan. Oleh itu, macam mana sibuk pun kehidupan harian, jangan lupa tidur dengan nyenyak!
  4. Jangan cenderung untuk menjaga badan secara keterlaluan hingga mengakibatkan penyakit bulimia dan anoreksia nervosa. Jangan jadikan model-model barat sebagai idola untuk meniru bentuk badan mereka. Yang paling penting ialah memiliki tubuh badan yang sihat bukannya cantik tetapi berpenyakit.
  5. Jangan meninggalkan waktu makan yang utama seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sentiasa pastikan kita makan mengikut waktu untuk mengelakkan perut kosong. Tabiat melangkau waktu makan akan mengakibatkan masalah lain seperti gastrik dan sebagainya.
  6. Tetapkan target untuk mendapatkan berat badan ideal secara beransur dan sihat. Jangan sesekali mencuba ubat-ubatan tanpa nasihat doktor. Jangan berhenti mencuba sehingga berjaya mendapat berat badan yang diingini.
  7. Pupuklah tabiat membaca tentang ilmu pemakanan dan diet melalui buku, majalah dan Internet. Kini, semuanya di hujung jari sahaja.

 

Akhir kalam

Tips tambah berat badan
Diharapkan penulisan ini dapat memberi idea untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah kekurangan berat badan.
Mungkin pada awalnya sukar untuk mengubah tabiat harian, namun tiada yang mustahil. Tubuh badan merupakan amanah tuhan yang diberikan kepada kita. Justeru, kita bertanggungjawab menjaga kesihatan tubuh badan dengan sebaik-baiknya.
Jika benar-benar ingin kurangkan berat badan, boleh baca tentang kebaikan chia seed. dan cuba cara diet Atkins. Sebaliknya, jika benar-benar mahu tambahkan berat badan, sila baca semula 3 bahagian di atas.
Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • makanan yang boleh tambah berat baby dalam perut
  • resepi makanan untuk tambah berat badan bayi
  • resepi untuk tambah berat badan bayi