Zakat ASB: Cara Kira & Bayar (Guna Kalkulator atau Manual) (2019)

Zakat ASB: Cara kira & bayar guna kalkulator

Bagi anda yang melabur dalam ASB, tentu akan terdetik dalam hati untuk mengeluarkan zakat. Suara dalam hati itu menunjukkan anda seorang yang betul-betul mementingkan agama. Izinkan kami berkongsi tentang zakat Amanah Saham Bumiputera, dimana kami menggunakan dua rujukan, iaitu Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.
 

Wajibkah bayar zakat ASB?

Ini satu persoalan yang menarik. Semua sediak maklum, ASB ialah salah satu pelaburan yang diwujudkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra agar dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka dalam pengagihan kekayaan negara kita yang tercinta.
Dengan cara sebegini, kerajaan dapat mengumpulkan dana dari kaum Bumipetera utuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan. Ini semata-mata bagi menjamin hak keistimewaan kaum Bumiputra, sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaaan negara.
Namun, apabila telah mendapat pulangan, zakat tetap perlu dibayar.
 

Zakat simpanan

Untuk mengeluarkan zakat simpanan ASB, seseorang itu perlu melihat baki yang terendah. Sebagai contoh pada tahun 2018, jika jumlah baki dalam akaun berjumlah RM14,772.03, maka wajiblah baginya mengeluarkan zakat.
Oleh itu, pengeluaran zakat Amanah Saham Bumiputra mengikuat zakat wang simpanan secara kasar ialah 2.5% dari nilainya. Rujuk kiraan zakat yang lebih terperinci di bawah.
 

Zakat pinjaman

Pelaburan ASB yang dibuat melalui pinjaman bank seperti Maybank, CIMB, BSN, Ambank dan lain-lain lagi; ada syarat yang telah ditetapkan bahawa pelabur tidak boleh mengeluarkannya sehingga pinjaman dibayar penuh.
Maka, dalam kes ini, zakat tidak dikenakan. Ini kerana, harta tersebut tiada pemilikan sempurna. Namun, dividen atau faedah keuntungan yang diperolehi dari ASB wajib dizakatkan.
Kami merujuk jawapan di atas dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
 

Zakat ASB: Kira secara manual

Kami cuba cari aplikasi kalkulator untuk zakat Amanah Saham Bumiputera di laman Zakat Selangor, namun tidak ketemu. Yang ada, cuma pengiraan pengeluaran zakat secara manual dari Zakat Selangor.
Walau bagaimanapun, anda digalakkan cuba ikuti formula yang diberikan seperti di bawah ini.
Cara mengira zakat ASB

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2017.

Oleh itu, sila ambil pokok pelaburan di akhir tahun dan dicampurkan dengan pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) semasa *66% (rujuk jumlah peratusan terkini).

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat Amanah Saham Bumiputera tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Zakat ASB: Kira guna kalkulator

Klik sini untuk menggunakan kalkulator zakat Amanah Saham Bumiputera ini. Walaupun mudah untuk mengira, agak leceh kerana perlu memasukkan harga seunit saham berserta dividen.
Kalkulator untuk mengira zakat ini disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP

 

Akhir kalam

Tahniah kerana anda bersungguh-sungguh untuk menyucikan imbuhan yang didapati dari ASB. Benar, dalam setiap harta yang kita ada, ada bahagian untuk orang lain.
Kewajipan zakat ASB perlu disegerakan. Hal ini kerana seseorang itu tidak boleh dengan sengaja melambat-lambatkan pengeluaran zakatnya. Akan tetapi, melainkan ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka diharuskan melambatkannya sehinggalah ia berkesempatan mengeluarkan zakatnya.
Jika anda mahu semak baki dan dividen untuk tahun ini, boleh login ASB untuk melihat lebih lanjut.
Semoga panduan ini serba-sedikit memberikan manfaat.

6 Tips Pelepasan Cukai Gaya Hidup (Kemaskini 2019)

Cara kurangkan cukai pendapatan

Bila hujung tahun, ramai yang berkira-kira, apa yang perlu dibelanjakan lagi, supaya boleh kurangkan cukai pendapatan untuk tahun depan?
Jangan sampai bila isi borang e-Filing nanti, banyak pula amaun kena bayar.
Perlu diingatkan, berbelanja pada tahun 2018, untuk pelepasan e-Filing pada tahun 2019. Berbelanjala pada tahun 2019, untuk pelepasan menggunakan sistem e-Filing pada tahun 2020. Begitulah seterusnya.
Bukannya belanja tahun ini, boleh dapat pelepasan pada tahun yang sama. Kena bijak merancang untuk dapatkan ‘tax exemption‘ atau ‘tax relief‘.
Yang penting, pastikan baca dulu senarai pelepasan cukai untuk tahun ini.

Apa itu pelepasan cukai pendapatan gaya hidup?

Orang putih kata, ‘lifestyle‘. Kalau nak nampak ada ‘lifestyle‘, bolehlah beli atau langgan perkara di bawah, dan dapatkan pelepasan cukai pendapatan gaya hidup.
Pelepasan cukai gaya hidup
Menurut LHDN:

  1. Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  2. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  3. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  4. Bayaran langganan internet

Terhad kepada RM2,500 sahaja.

Penerangan pelepasan cukai pendapatan gaya hidup

Ikuti tips dan penerangan mudah, cara kurangkan cukai pendapatan secara sah ini, dalam kategori gaya hidup.

1. Beli buku banyak-banyak

Pelepasan cukai gaya hidup
Singgahlah mana-mana kedai buku seperti MPH, Popular dan Kinokuniya. Jangan beli banyak-banyak, tapi beli yang mahal-mahal. Jadi, tidaklah semak rumah dengan banyak buku.
Dan juga, belilah buku yang kita minat. Bukannya nanti bersarang di rak buku sampai tak baca sampai ke sudah.
Pastikan simpan resit. ‘Scan‘ jika perlu dan simpan dalam Dropbox atau Google Drive.
Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh belanjakan RM2500.

2. ‘Join‘ mana-mana gimnasium

Senarai pelepasan cukai pendapatan
Sebab apa? Sebab boleh tolak cukai. Katakan bayaran bulanan gimanasium ialah RM200. Kita boleh tolak cukai sebanyak RM2400 dalam setahun.
Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh dapat pelepasan RM2500. Jika sudah beli buku RM1000, ada baki lagi RM1500.

3. Naik taraf langganan Internet

Cara kurangkan cukai pendapatan
Langganan Unifi yang paling laju untuk kediaman ialah 100Mbps. Memang ramai kata harga cekik darah, tapi kalau boleh kurangkan cukai pendapatan, apa salahnya.
Kalau kawasan rumah ada TIME, boleh dapatkan dengan harga RM99.

4. Beli laptop atau telefon bimbit baru

Tidak pasti pula, samada ini dibolehkan setiap tahun. Rasanya, hanya 3 tahun sekali sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi LHDN untuk maklumat terkini.
Cuma tidak perlu beli iPhone yang mahal sampai beribu-ribu ringgit. Maksimum pelepasan pun cuma RM2,500 sahaja.
Namun, apa yang menarik di sini, pelepasan boleh kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

5. Beli ‘breast pump‘ untuk ibu yang menyusukan anak

Ini tidak termasuk dalam gaya hidup. Ia memang spesifik dalam kategori embelian peralatan penyusuan. Terhad kepada RM1,000 sahaja.
Harga ‘breast pump’ seperti Medela dan Avent, kadang-kadang tidak masuk akal. Jadi memang logik kalau dimasukkan dalam pelepasan cukai.

6. Bayar zakat banyak-banyak

Hanya untuk Muslim.
Ini juga tidak termasuk dalam gaya hidup, tapi ini yang paling ‘best‘ sekali, kerana kita boleh tolak cukai tanpa had. Katakan kita bayar zakat RM10,000 dalam satu-satu masa, kita boleh tolak cukai RM10,000 juga.
Beruntung, kerana dalam masa yang sama, kita boleh membantu ekonomi orang Islam.

Akhir kalam

Kami bukanlah mahu anda semua lari dari cukai. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, cukai tetap kena bayar.
Jika kena caranya, bolehlah membantu sedikit dalam mengurangkan cukai pendapatan kita.
Hati senang, jiwa pun tenang.
Layari The Berkat untuk lebih banyak tips kewangan.

Carian dari Google:

  • pelepasan cukai 2020
  • pelepasan cukai pendapatan 2020
  • peralatan sukan kurangkan cukai bola