8 Sebab Majikan Tidak Berhak Whatsapp Pekerja Selepas 'Office Hour'


Waktu pejabat, memang kena pulun buat kerja. Selepas waktu pejabat, majikan tidak henti-henti Whatsapp pekerja suruh siapkan tugasan yang beliau mahu. ‘Urgent‘ katanya.
Bolehkah begini?
Kami senaraikan beberapa sebab majikan tidak berhak Whatsapp pekerja selepas ‘office hour’. Bukan dari sudut akta atau undang-undang, lebih kepada dalaman diri dan emosi.

1. Pekerja pun ada keluarga juga

Majikan tidak berhak Whatsapp pekerja
Ini untuk yang sudah berkeluarga. Mereka ada anak-anak. Mereka ada keluarga sendiri. Anak-anak mereka pun perlukan perhatian. Sedih bila kenangkan, anak-anak mahu bermain bersama ibu-bapa yang kurang ada masa bersama. Namun, ibu-bapa masih lagi bekerja tidak henti-henti.
Paling menyedihkan, semasa hujung minggu pun, ramai ibu-bapa sibuk Whatsapp dan mengabaikan anak masing-masing.

2. Gangguan kepada masa peribadi

Majikan tidak boleh menghantar Whatsapp
Masa tidak ternilai harganya. Lebih-lebih lagi jika melibatkan masa peribadi. Adakah kita ini hamba kepada majikan, hingga tidak boleh mengecapi ruang peribadi untuk diri sendiri?

3. Boleh bawa kepada perceraian

Ini juga untuk yang sudah mendirikan rumahtangga. Sekali dua, masih boleh tahan lagi. Tiga empat, pasangan sudah mula menjeling mata, mula berkira-kira, siapa sebenarnya yang penting dalam hidup dia.
Bila sudah terlalu kerap, pasangan akan rasa diabaikan.

4. Boleh bawa kepada hilang kawan

Untuk yang belum berkahwin pula, mungkin kawan-kawan akan merasa jengkel. Bait-bait ayat seperti “Weiii, Bangla pun cuti hujung minggu tau!” akan jadi kebiasaan.
Bila ajak keluar, asyik lekat dengan telefon kerana urusan kerja. Lama-lama, kawan-kawan pun menyampah juga.

5. Boleh bawa pergaduhan di Whatsapp group

Apa tidaknya. Sesetengah majikan beri arahan di Whatsapp group yang memang ramai orang lain yang ada di dalam Whatsapp group tersebut.
Yang disuruh, mungkin akan sahut mesej majikan. Yang tidak disuruh, cuma diam menikus.
Dibimbangi, jika salah seorang protes tidak mahu buat arahan majikan, dia hilang sabar dan mula menghamburkan kata-kata dalam group yang satu lagi.

6. Mewujudkan sikap berpuak-puak dalam syarikat

Ya, semua orang ada group yang satu lagi. Group yang tidak ada majikan di dalamnya. Group yang dibuat semata-mata untuk gosip dan cakap belakang.
Itu baru satu group. Bagaimana jika ada banyak group dengan orang yang berlainan?
Ini bakal mewujudkan suasana kerja yang tidak sihat.

7. Melahirkan pekerja yang bermuka-muka

Majikan tidak boleh Whatsapp pekerja
Dalam Whatsapp baik. Di belakang majikan, dia menjerit sekuat-kuat hati, kerana tidak puas hati. Jika sealu sangat berlaku begini, takut-takut masalah lain pula yang akan datang.

8. Pekerja boleh sakit mental

Ya, inilah masalah atau penyakit kemurungan yang boleh kena pada pekerja. Apa tidaknya. Pagi, petang, siang, malam – asyik kerja, kerja, kerja.
Artikel dari IrishTimes mengatakan, ramai orang kena sakit mental kerana tidak berani untuk melawan dan berdepan secara terus terang dengan majikan.
Jika berani melawan dan berterus terang sekalipun, pandangan pekerja ini selalu dipandang serong oleh majikan.

Dari segi undang-undang

Mengikut Seksyen 60 D Akta Kerja 1955 (Akta 265) dalam Akta Pekerjaan 1955, ada peruntukan mengenai pampasan dalam bentuk kewangan jika pekerja yang bekerja pada hari cuti umum atau hari rehat mingguan.

Jika bekerja pada Hari Rehat

Jika seseorang pekerja itu bekerja pada hari rehat, dia dibayar seperti berikut:

  • Gaji satu hari jika dia bekerja kurang daripada separuh waktu biasa kerja harian; dan
  • Gaji dua hari jika dia bekerja lebih daripada separuh tetapi kurang daripada jumlah jam kerja harian

Jika seseorang pekerja itu bekerja pada hari rehat, di mana gaji dibayar mengikut dia dibayar seperti berikut:

  • Gaji setengah hari jika dia bekerja kurang daripada separuh waktu biasa kerja harian; dan
  • Gaji satu hari jika dia bekerja lebih daripada separuh tetapi kurang daripada jumlah jam kerja harian

Jika bekerja pada Cuti Umum

Jika seseorang pekerja yang bekerja pada hari cuti umum, dia dibayar jumlah tambahan sebagai gaji cuti walaupun tempoh bekerja adalah kurang daripada jam kerja harian. Jumlah tersebut adalah seperti berikut:

  • Gaji dua hari jika dibayar pada setiap jam, harian, mingguan, bulanan atau kadar lain yang seumpamanya; atau
  • Dua kali (biasa) kadar per piece jika dibayar pada kadar piece

Jika pekerja bekerja pada hari cuti umum dan melebihi jumlah jam hariannya, dia akan dibayar seperti berikut :

  • Sekurang-kurangnya tiga kali ganda setiap jam daripada gajinya jika dibayar pada setiap jam atau kadar lain yang seumpamanya; atau
  • Tiga kali (biasa) kadar per piece jika dibayar pada kadar piece

Namun, buat apa sampai mahu guna undang-undang untuk selesaikan semua perkara ini? Apa salahnya bertolak ansur bukan?

Akhir kalam

Pandangan peribadi di atas, hanya boleh digunapakai jika pekerja sangat komited dalam membuat kerja. Selama 8 jam waktu bekerja, memang dia bekerja semata-mata.
Maka, jangan salahkan majikan Whatsapp pekerja selepas ‘office hour‘, kerana pekerja juga sibuk main Whatsapp semasa ‘office hour‘.
Semoga niat kita bekerja semata-mata mencari keredhaan Allah.
Layari The Berkat untuk lebih banyak pandangan tentang alam pekerjaan.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Sebarkan kebaikan
  • 309
    Shares

Leave a Comment