Minum Starbucks Tak Akan Buat Kau Jadi Miskin (Buat Apa Berjimat?)


Bukan aku yang kata. Ini Grant Cardone yang kata. Kau tak perlu nak triggered sangat. Kalau tak percaya, boleh baca lanjut di CNBC di sini. Dan bukanlah aku galakkan kau selalu minum Starbucks. Kau kena juga check poket dulu. Kalau kau pergi setakat nak ambil gambar untuk letak dalam Instagram, tapi perut kau lapar, lupakanlah.

Boleh kaya ke kalau minum Starbucks?

Tips jadi jutawan

Aku tahu, kau akan pusing tajuk di atas. Kau akan balas balik, kalau tak minum boleh ke jadi kaya? Aku faham. Sebab itu aku akan kupas isu ini, olahan dan inspirasi dari penulis asal dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.

Menurut Grant Cardone, terlalu banyak orang di luar sana menawarkan idea-idea yang tidak masuk akal mengenai bagaimana kau boleh menjadi kaya. Kebanyakan idea-idea ini adalah tentang berjimat.

Kata dia lagi, kau tak akan jadi kaya kalau kau berjimat dengan tidak minum Starbucks, walaupun kau memang teringin sangat.

Jangan kau ingat, hanya dengan berjimat tidak minum kopi berbelas ringgit, akan buat kau jadi kaya. Katakan satu cup Latte berharga RM15, dan kau minum seminggu sekali. Dalam setahun, kau cuma belanja RM720 sahaja. Tidaklah banyak mana.

Baik, aku tidak mahu berdebat dengan kau yang akan katakan RM720 itu banyak. Aku cuma ambil konteks dari penulisan asal. Kalau kau tak setuju, aku tak boleh buat apa-apa.

Point yang penting ialah; dengan berjimat, tak akan buat kau jadi kaya

Sekiranya kau serius nak jadi kaya, kau perlu fikir macam mana nak tambah lagi pendapatan. Itu lebih penting dari berjimat tak tentu pasal.

Teruskan membaca.

 

Tips jadi jutawan

Tajuk tentang minum Starbucks, tapi cerita tentang jutawan. Nampak macam tak kena kan?

Aku pun rasa begitu mula-mula. Tajuk menarik, aku klik. Pandai si penulis asal tulis headline. Rasa tertipu pun ada.

Tapi selepas aku baca, nampak ada point-point yang bagus.

Berikut adalah beberapa tips dari Grant Cordone (bukan dari aku); yang kau boleh gunakan untuk menukar status kau dari golongan pokai kepada seorang jutawan.

 

Melabur pada diri sendiri

Ramai yang beranggapan dengan berjimat-cermat dan menabung adalah antara tips yang berkesan untuk menjadi kaya. Anggapan itu tidak benar.

Malahan, untuk menjadi kaya dan bergelar jutawan, mulakan dengan berbelanja pada diri sendiri.

Kau adalah aset terpenting dalam menentukan kejayaan yang ingin kau miliki. Wajarlah jika kau melabur pada diri kau sendiri sebelum melabur kepada perkara-perkara lain.

Tetapi, bagaimana hendak melabur pada diri sendiri?

Belajar dan perbanyakkan ilmu-ilmu yang diperlukan untuk berjaya.  Islam juga amat mementingkan ilmu dalam kehidupan, apatah lagi untuk berjaya.

Baca buku

Baca buku tentang bisnes. Dapatkan inspirasi. Kalau buku pun kau malas nak baca, tapi ingin berjaya, mungkin jalannya sedikit sukar. Apa-apa pun, bergantung pada rezeki.

Dengar radio

Bukan dengan Era atau Hot FM sahaja. Sesekali bolehlah dengan IKIM untuk santapan rohani. Yang paling bagus, kau cubalah dengan BFM 89.9.

Selain boleh menambah vocabulary Bahasa Inggeris kau, kau akan kagum dengan cara pemikiran orang-orang yang ditemubual. Aku cadangkan kau dengar The Breakfast Grille setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad.

Jangan kata “Aku tak ada masa!”. Kau boleh dengar podcast.

Hadiri kursus

Daftarkan diri untuk mengikuti kursus-kursus dan seminar-seminar yang berkaitan dengan bidang yang hendak kau ceburi. Kursus untuk menguruskan wang, kursus komunikasi dan cara-cara untuk berniaga dan sebagainya.

Luangkan masa lapang yang ada untuk memastikan kau tidak ketinggalan dalam mempelajari pelbagai perkara terkini dari mereka yang ahli dalam bidangnya serta mengambil tauladan daripada kisah pengalaman yang sudah mereka lalui.

Aku tak ada cadangan seminar apa yang kau boleh hadiri. Bimbang salah bagi panduan. Tambahan lagi, banyak seminar yang scam dan meragut duit peserta dengan mengenakan yuran sehingga enam angka yang tidak masuk akal.

 

Ceburi bidang yang betul

Tips kedua yang perlu kau lakukan adalah dengan memastikan kau menceburi bidang yang betul dan tepat. Paling penting, bidang yang kau minat. Ada passion.

Mungkin kau pernah mendengar pendapat orang berkenaan pilihlah kerja yang kau sukai supaya kau tidak menghidapi tekanan perasaan.

Tetapi, sedarkah kau menyukai sesuatu itu sahaja tidak mencukupi untuk membuatkan kau berjaya? Malah Al-Quran sendiri ada menyatakan:

..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu..(QS Al-Baqarah: 216)

Jika kau ingin menjadi seorang jutawan, memilih kerja dan bidang yang betul adalah kritikal. Kerja yang tepat dan betul adalah suatu kerja yang mana kau mampu mengawal pendapatan kau daripada sekadar makan gaji dan memperolehi gaji tetap setiap bulan.

Tips untuk menjadi jutawan bukanlah banyak mana duit yang kau simpan tetapi  banyak mana pendapatan yang mampu kau perolehi.

Kerja yang mempunyai gaji yang banyak sahaja tidak mencukupi kerana ia tidak dinamik.

Lebih baik jika kau mencari kerja yang menawarkan komisen, insentif dan elaun tambahan untuk membantu kau menambahkan pendapatan bulanan kau. Ia membolehkan kau mengawal pendapatan yang kau dapat hasil dari usaha kau sendiri.

Simpan duit itu penting, cari kerja yang kau ada passion pun penting.

 

Buat yang terbaik dalam apa jua yang kau usahakan

Setelah melengkapi diri kau dengan ilmu dan mendapat kerja yang tepat untuk kau mengembangkan potensi kau, buatlah yang sehabis baik dalam bekerja.

Pastikan setiap apa yang kau lakukan adalah yang terbaik.

Siapkan laporan dengan baik, pastikan semua tugasan selesai, hadirkan diri dalam setiap mesyuarat dan berikan idea bernas.

Sentiasa pastikan setiap hasil kerja kau yang terbaik yang mampu kau buat, bukan sekadar sambil-lewa sahaja.

 

Pelbagaikan sumber pendapatan

Untuk menjadi jutawan, kau perlu mengumpulkan dana yang banyak. Melainkan kau memang anak seorang jutawan.

Untuk mengumpulkan dana yang banyak, kau perlukan pendapatan yang berganda-ganda

Bagaimana kau boleh menggkaukan pendapatan bulanan kau?

Pelbagaikan dan perbanyakkan sumber pendapatan.

Luaskan jaringan sumber pendapatan kau dengan membuat kerja sambilan lepas waktu kerja biasa.

Boleh boleh cuba kerja part time. Grabcar, Grab Food, Food Panda, dan yang seumpamanya dapat menjanakan pendapatan tambahan mengikut kemahuan dan usaha kau. Dapat duit sikit, bolehlah manjakan diri minum Starbucks.

Kau juga boleh mencuba berniaga secara online atau hanya sekadar menjadi agen dropship untuk pelbagai barangan yang dijual di media sosial.

Jika kau mempunyai kemahiran-kemahiran lain seperti menulis, membuat dan mengedit akaun dan sebagainya, kau boleh mencuba untuk menjual kemahiran-kemahiran kau dengan memberi perkhidmatan freelance dan part-time.

Kau juga boleh mencuba untuk menceburi ilmu pelaburan, takaful dan sebagainya bagi menjana pendapatan tambahan.

Apa-apapun, sabar dalam usaha kau dan jangan cepat mengalah.

Pastikan apapun percubaan yang hendak kau lakukan mempunyai jaringan dan aliran yang berterusan dari mula hingga akhir.

Jangan mudah putus-asa dan suka bertukar-tukar aliran kerana ini tidak akan membantu kau untuk mencapai sasaran yang kau idamkan.

 

Simpan RM100k dan laburkan yang selebihnya

Perjalanan untuk menjadi jutawan masih belum tamat, tetapi sekurang-kurangnya kau berada di landasan yang betul.

Pertama, cuba simpan RM100 ribu terlebih dahulu.

Kenapa RM100 ribu?

Kau perlu buktikan kepada diri sendiri bahawa kau boleh keluar kerja dengan susah payah; dan mendapatkan wang sebanyak itu.

Kalau kau hanya ada RM10 ribu atau cuma RM50 ribu untuk disimpan, keutamaan kau ialah hanya perlu meningkatkan pendapatan kau supaya boleh menyimpan lebih banyak lagi. Masih tidak cukup.

Menyimpan RM100 ribu menunjukkan bahawa kau mempunyai keupayaan untuk menghasilkan wang dan kemudian simpan. Kebanyakan orang tidak boleh melakukan kedua-dua perkara itu. Ramai orang tak boleh dapat RM100 ribu, apatah lagi menyimpan RM100 ribu.

Sebaik sahaja kau boleh dapat dan simpan RM100 ribu, maka kau boleh mula membina kekayaan. Penulis asal mengesyorkan agar kau melabur dalam bidang hartanah.

Apa-apa pun, terpulang pada kau. Di negara kita ada ASB, Tabung Haji dan lain-lain. Kalau kau seorang risk-taker, mainlah unit-trust atau saham di Bursa Malaysia.

Yang penting, jangan lupa bayar zakat.

 

Tips untuk pemikiran menjadi jutawan

Tips berjimat

Simpanlah cita-cita yang bukan sekadar angan-angan di dalam minda kau.

Amalkan 6 tips untuk minda yang berfikiran sebagai jutawan dengan menanamkan idea-idea berikut di dalam pemikiran kau:

  1. Sentiasa percaya yang sentiasa ada rezeki dan peluang di luar sana menanti kau, walaupun di ketika kau tidak mempunyai apa-apa ketika itu.
  2. Letakkan target yang tinggi walaupun mungkin tidak realistik buat kau. Juara tidak menantikan kejayaan datang kepadanya, tetapi dia memastikan kejayaan miliknya.
  3. Tanamkan perasaan menjana pendapatan itu suatu permainan yang kau mahukan kemenangan di akhirnya.
  4. Jadikan wang adalah teman kau dan bukannya musuh.
  5. Jangan takut untuk keluar dari zon selesa kau dan ambil risiko untuk menempa kejayaan.
  6. Sentiasa bersiap sedia dan biasa diri dengan keadaan serta kejadian yang tak menentu dan di luar pemikiran kau.

 

Rutin harian seorang jutawan

Grant Cordon juga ada berkongsi rutin yang dia amalkan untuk memaksimakan output dan produktiviti diri seseorang.

Amalan untuk meningkatkan produktiviti diri

Antara amalan yang boleh kita ikut dan jadikan habit ialah:

  • Mulakan pagi kau dengan sarapan pagi yang berkhasiat dan sihat
  • Nikmati udara segar di sekeliling kita dengan melakukan senaman dan riadah di luar, bukan setakat hanya di gymnasium sahaja.
  • Rehatlah sekejap tengah hari atau ‘napping’. Rasulullah SAW mengamalkan qailulah iaitu tidur singkat di tengah hari. Jika mereka yang bukan Islam percaya ianya satu rutin yang baik, mengapa tidak kita?
  • Grant Cordon mengamalkan meditasi di awal pagi untuk mencari ketenangan. Untungnya kita sebagai orang Islam, meditasi semestinya satu tuntutan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah Ar-Razak dengan perbanyakkan berdoa dan bersolat untuk mendapat ketenangan, sekaligus meningkatkan produktiviti.
  • Jauhkan semua gajet waktu hendak tidur. Jangan sentuh langsung telefon atau laptop kau semasa hendak bersiap untuk tidur.
  • Antara adab Rasulullah SAW sebelum tidur ialah memaafkan semua orang. Ini juga adalah salah satu cara untuk tidur dalam keadaan tenang serta menjadi rutin Grant Cordon untuk menambahkan produktiviti dirinya.
  • Tidur di awal waktu juga antara rutin yang membantu seseorang untuk lebih bertenaga dan meningkatkan produktivitinya.

 

Akhir kalam

Minum Starbucks

Sekianlah artikel tentang minum Starbucks. Mohon maaf jika tajuknya tidak kena. Harap-harap mesejnya sampai.

Motif paling utama sebenarnya ialah, menjadi jutawan bukanlah sesuatu yang mustahil. Jika kita tingkatkan usaha serta mempunyai niat yang betul dan tidak melampaui lkausan dan syariat Islam, pasti rezeki menjadi jutawan boleh kita miliki.

Apapun yang kita hajati, berniatlah demi agama dan berniatlah dengan ikhlas. Moga segala usaha kita mendapat redha dan berkat-Nya dunia akhirat.

Semoga bermanfaat!.

Carian dari Google:

  • CONTOH SURAT BERHENTI 24JAM
  • contoh surat letak jawatan 24 jam
  • bantuan sara hidup rakyat 2019
  • CONTOH COVER LETTER LATIHAN INDUSTRI
  • piercing
Sebarkan kebaikan
  • 705
    Shares

Leave a Comment