Cara Permohonan Daftar Nikah Online di Selangor (ncr.jais.gov.my)


Zaman dulu, jika ingin buat permohonan kahwin, kena isi borang pendaftaran perkahwinan dengan pen. Zaman sekarang, semuanya dipermudahkan. Biasalah, bila usim akhir tahun cuti sekolah, biasanya ramai yang akan melangsungkan perkahwinan. Bagi yang bakal bernikah dengan warga Selangor, rajin-rajinkan diri untuk kenal-kenal dengan sistem ncr.jais.gov.my di sini..

Kursus kahwin Selangor

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ini adalah penting agar dapat mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Kursus Pra-Perkahwinan adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI).
Laman ncr.jais.gov.my menyediakan Borang Kursus Pra Perkahwinan berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI).
Di sini, pemohon boleh merujuk prosedur dan langkah-langkah permohonan untuk mengisi borang.

Prosedur kursus kahwin Selangor

Sila baca betul-betul sebelum mendaftar untuk permohonan isi borang kursus kahwin Selangor.
Kursus kahwin Selangor
Pemohon boleh memilih tarikh kursus dan lokasi pilihan yang bersesuaian dan menghantar permohonan secara online.

Sistem ncr.jais.gov.my

Sistem ncr.jais.gov.my
Sistem Nikah, Cerai dan Rujuk Online JAIS ini merangkumi perkhidmatan utama untuk perkahwinan, cerai dan rujuk yang disediakan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS. Sila isi No Mykad dan Katalaluan untuk mula menggunakan sistem ini.
Pastikan segala dokumen sokongan disediakan.

Permohonan: Prosedur perkahwinan lelaki Selangor

Untuk orang lelaki yang akan berkahwin di Selangor, prosedurnya tidaklah terlalu rumit. Rujuk carta untuk sistem ncr.jais.gov.my di bawah:
Prosedur perkahwinan lelaki Selangor

Permohonan: Prosedur perkahwinan perempuan Selangor

Sebaliknya, untuk orang perempuan yang akan berkahwin di Selangor, prosedurnya tidaklah agak sedikit panjang. Rujuk carta di bawah:
Prosedur perkahwinan lelaki Selangor

Permohonan: Hilang sijil nikah Selangor

Bagaimana pula jika sijil nikah atau surat nikah hilang? Bagaimana prosedurnya?
Surat Perakuan Nikah adalah antara dokumen perkahwinan yang penting bagi individu yang telah berkahwin. Oleh yang demikian ia perlu disimpan di tempat yang selamat.
Namun begitu, sekiranya berlaku kahilangan akibat bencana atau musibah tidak dapat dielakkan, salinan dokumen pernikahan yang baru boleh dipohon di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
Sehubungan dengan itu, laman ncr.jais.gov.my ini juga menyediakan Borang Permohonan Salinan Surat Perakuan Nikah secara online bagi membantu dan memudahkan individu yang telah berkahwin di Selangor, memohon salinan surat perakuan nikah yang baru. Pemohon boleh mengisi dan menghantar borang tersebut secara online tanpa perlu mengambil borang di PAID.
Selain itu, laman ini juga turut menyediakan satu senarai semak dokumen-dokumen yang diperlukan oleh individu tersebut semasa berurusan di PAID.

Akhir kalam

Semoga perkahwinan yang dihajati, akan dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah. Dan semoga kekal hingga ke akhir hayat. Jangan cerai-cerai, semoga kita semua menikmati bahagia.
 

Carian dari Google:

  • borang nikah online selangor
  • borang permohona berkahwin di selangor
  • borang permohonan nikah selangor
  • nikah cerai rujuk
  • borang kursus kahwin jais shah alam 2019
  • pejabat agama islam selangor online daftar nikah
  • daftar nikah selangor
  • permohonan nikah selangor
  • BORANG PENDAFTARAN NIKAH
  • cara daftar nikah
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment