Pinjaman ASB: Apa Hukum ASB Loan? Halal ke Haram? Untung ke Rugi?

Pinjaman ASB

Simpanan untuk masa depan sering menjadi isu dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Masakan tidak, dengan peningkatan kos sara hidup yang dilihat tidak setimpal berbanding kenaikkan gaji setiap tahun, pastinya sukar untuk mengatur pembahagian kewangan khususnya untuk tujuan simpanan. Disebabkan itu, pelbagai pelan, modul dan produk kewangan ditawarkan dalam pasaran yang menjadi pilihan alternatif kepada orang ramai khususnya yang mahu menyimpan untuk tempoh jangka panjang demi kesenangan pada masa depan. Dalam pelbagai bentuk model simpanan yang paling popular dewasa ini ialah pinjaman ASB. Boleh dikatakan ramai yang sekurang-kurangnya pernah terdengar mengenai model ini, sementelah semakin banyak institusi kewangan termasuk bank-bank di negara ini yang menawarkan perkhidmatan pinjaman ASB.

Pinjaman ASB vs Pelaburan ASB

Tetapi apakah pinjaman ASB ini? Ada yang malah skeptikal dengan perkataan `pinjaman’ digunakan.

Pelaburan ASB

ASB merujuk kepada Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dikhaskan kepada orang Melayu dan bumiputera. Sebelum model pinjaman ASB diperkenal dan dipopularkan beberapa tahun kebelakangan ini, model pelaburan ASB menjadi antara pilihan kebanyakkan individu sebagai platform simpanan jangka panjang.

Pelaburan ASB ini merujuk kepada simpanan biasa dengan seseorang individu itu membeli unit ASB pada kadar RM1 seunit menggunakan buku akaun pelaburan yang dibuka. Setiap tahun dividen akan diumumkan, tetapi jumlahnya adalah tidak tetap dan berubah-ubah mengikut prestasi tahun kewangan berakhir.

Setiap pelanggan boleh menambah seberapa unit yang dimahukan pada bila-bila masa di institusi kewangan dan perbankan yang telah dilantik sebagai ejen. Antaranya seperti RHB Bank, Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional, malah boleh juga dilakukan di cawangan-cawangan Pos Malaysia.
Itu pelaburan ASB. Jadi bagaimana pula dengan pinjaman ASB?

Pinjaman ASB

Secara mudahnya pinjaman ASB ini ditawarkan oleh institusi kewangan khususnya institusi perbankan. Bank-bank akan membelikan sijil ASB dan memegang sijil tersebut.

Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pinjaman ASB ini akan membayar pada kadar tertentu setiap bulan kepada bank terbabit. Selama mana pelanggan perlu membayar dan sijil dipegang oleh bank adalah bergantung kepada perjanjian dengan bank.

Misalnya, jumlah pinjaman yang dikreditkan ke dalam akaun ASB pelanggan ialah RM100,000 dan pelanggan dikehendaki membayar RM500 setiap bulan bagi tempoh 20 tahun. Ini adalah contoh sahaja.

Setiap tahun juga pelanggan akan mendapat kadar dividen yang diumumkan untuk ASB. Perlu diingatkan duit pinjaman ASB itu tidak boleh dibawa keluar sehinggalah habis tempoh pembayaran yang ditetapkan, Jika 20 tahun, maka selepas 20 tahun barulah wang tersebut menjadi milik pelanggan.
Jika ada yang ingin tahu, pinjaman ASB boleh mencecah sehingga RM200,000.

 

Hukum pelaburan ASB – Halal atau Haram?

Boleh rujuk dari laman web ASNB di sini.

Hukum ASB

Hukum ASB Loan – Halal atau Haram?

Sudah tentu, kerana kepekaan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam, wujud persoalan mengenai hukum pinjaman ASB ini. Adakah mengikut syariah atau sebaliknya?

Perkara ini telah menjadi perdebatan untuk sekian lamanya. Ini rentetan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa di beberapa negeri yang menyifatkan pelaburan ASB itu sendiri tidak patuh syariah. Namun begitu, sekitar tahun 2008, Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan hukum ‘harus’ pelaburan ASB.

Jadi, isu hukum ini sering berbelah bahagi. Namun, secara mudahnya, untuk mengelakkan orang ramai daripada terus ragu-ragu dengan status hukum ini, adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan pinjaman ASB ini daripada perbankan Islam. Elakkan daripada mengambil daripada perbankan konvensional.

Syarat pinjaman ASB

Sebagai rekod, setiap bank yang menawarkan perkhidmatan ini menetapkan syarat yang berbeza-beza, tetapi ada beberapa syarat yang kebiasaannya sama dan telah ditetapkan untuk produk tersebut. Antara syaratnya ialah:

  • Melayu dan bumiputera
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan tetap
  • Tidak disenaraihitam oleh bank termasuk CTOS dan CCRIS

 

Jadual pinjaman ASB

Untuk merangka satu-satu jadual pinjaman ASB adalah sukar memandangkan setiap bank yang menawarkan perkhidmatan ini adalah berbeza.

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai jadual pinjaman dan pembayaran untuk produk ini, disarankan untuk pihak yang berminat merujuk terus ke bank-bank yang terlibat menawarkan perkhidmatan pinjaman ini.

Di sini disenaraikan beberapa institusi perbankan yang diketahui menawarkan perkhidmatan Pinjaman ASB. Untuk memudahkan membuat perbandingan, ditetapkan pakej pinjaman ASB berjumlah RM20,000 untuk tempoh 20 tahun.

  • RHB ASB Financing
  • Bayaran Bulanan: RM131.99
  • Faedah: 5 %

 

  • BSN MyRinggit ASB
  • Bulanan: RM133
  • Faedah: 5.10%

 

  • Affin ASB/ASB2 Loan
  • Bulanan: RM132.54
  • Faedah: 5.05%

 

  • CIMB ASB Financing
  • Bulanan: RM132.54
  • Faedah: 5.05%

 

  • Maybank ASB Financing-i
  • Bulanan: RM140.99
  • Faedah: 5.80%

 

  • AmBank Financing-I secured by ASB/ASB 2 Certificate
  • 89
  • Faedah: 5.35%

Untuk merujuk kepada bank mana menawarkan pakej terbaik adalah tidak adil untuk dibuat kesimpulan secara terus. Kerana ada bank yang menawarkan faedah yang tinggi tetapi mempunyai manfaat lain yang turut serta. Ada yang menawarkan dengan faedah yang rendah tetapi tidak menawarkan manfaat serupa dengan bank lain. Ini bergantung kepada setiap individu.
Sebab itu, sesiapa yang berminat untuk membuat pinjaman ASB wajar mendapatkan nasihat sebaiknya daripada bank-bank yang menawarkannya. Jangan segan untuk bertanya, pihak bank pasti bersedia untuk membantu anda. Ambil masa untuk menilai pro dan contra pakej ditawarkan. Apa yang penting ialah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Buat pinjaman ASB atau tidak?

Berdasarkan penerangan yang telah diberikan di atas, adakah pinjaman ini menguntungkan atau merugikan?
Untuk menjawab kepada persoalan ini, secara praktikalnya, pinjaman seperti ini dilihat sebagai sesuatu yang menguntungkan. Mengapa? Bukannya sijil ASB pelanggan terus dapat, perlu tunggu tempoh tertentu selepas habis pembayaran seperti dipersetujui baru boleh mendapatkan sijil pinjaman tersebut.
Ada yang menganggap bahawa daripada membayar secara bulanan kepada bank, lebih baik duit itu disimpan sendiri.
Pandangan itu tidak salah, cumanya dengan membuat pinjaman ASB, memberi peluang kepada pelanggan untuk ‘tidak mengusik’ wang simpanan tersebut untuk kegunaan pada masa hadapan. Sekiranya simpanan dilakulkan sendiri, belum ada jaminan jumlah wang yang sama akan dapat dikumpulkan dalam tempoh 20 ke 30 tahun.
Selain itu, dividen ASB juga diperoleh. Jadi, secara umumnya tidak rugi jika membuat pinjaman ini.

Akhir kalam

Tepuk dada, tanya selera. Mahu RM50k atau RM200k, ikut diri sendiri.

Bab melabur, ia adalah mengikut individu itu sendiri. Kami hanya boleh mencadangkan. Andalah yang melaksanakan. Bagi orang bujang, memang perlu belajar simpan duit untuk kahwin. Jika sudah buat ASB loan dan rasa terbeban, fikir masak-masak sebelum terminate.

Semoga sedikit tulisan tentang pinjaman ini dapat memberikan sedikit maklumat untuk anda membuat keputusan.

Semoga bermanfaat.

5+ Senarai Penapis Udara (Air Filter) yang Terbaik di Malaysia

Penapis udara terbaik Malaysia

Hidupnya kita sehari-harian adalah dengan izin Tuhan membekalkan kita udara percuma tanpa berkira. Namun, dengan pembangunan pesat serta perubahan cuaca yang drastik, nikmat udara segar menjadi agak sukar kini. Terima kasih pada ilmu teknologi yang ada, ciptaan penapis udara atau air purifier sedikit sebanyak membantu untuk kita mendapat udara bersih di kawasan tertutup seperti di ruang tamu atau ruang pejabat. Izinkan kami berkongsi penapis udara terbaik mengikut pandangan kami sendiri.

Kenapa perlu penapis udara?

Persekitaran yang berhabuk, kotor dan berdebu pastinya mengundang banyak masalah. Tambahan pula dengan keadaan jerebu yang sering ada di negara kita ini, udara segar dan bersih pasti sesuatu yang semua orang mahukan.
Penapis udara menapis kotoran sekaligus  membantu mengurangkan masalah seperti:

  • alahan kulit, ekzema dan gatal
  • lelah, batuk, selsema
  • alahan pada bulu binatang peliharaan

Kebanyakan penapis udara yang ada juga bukan setakat menghalang habuk dan debu, malah menghilangkan bau persekitaran agar udara lebih segar.
Di Malaysia kini terdapat banyak penapis udara mengikut jenama pelbagai, kapasiti, fungsi dan teknologi berbeza. Berikut disenaraikan 6 jenis penapis udara terbaik yang boleh anda temui dipasaran. Sebagai panduan, saya memilih kapasiti lebih kurang 40 – 50m2 untuk keseragaman dalam membuat ulasan ini.
 

Penapis udara Sharp

  • (Ruang liputan: 48m²) , berkualiti dan berpatutan

Ion positif dan negatif melalui teknologi Plasmacluster berketumpatan tinggi yang digunapakai oleh penapis udara Sharp ini memastikan  udara yang ditapis dan dikitar bebas daripada virus dan bakteria.  Kuasa sedutan dan aliran udara yang kuat dan unik membuatkan ia lebih efisen dalam mengumpul habuk, debu dan partikel persekitaran.
Menggunakan tiga peringkat penapisan yang fokus kepada virus dan bakteria, habuk dan debu serta bau-bau sekeliling, penapis udara Sharp ini berfungsi dengan baik.
Berpadanan dengan harganya untuk ruang  berkapasiti 48m², penapis udara Sharp mungkin tidak mempunyai banyak fungsi elektronik, tidak menyerap bau dan agak bising sedikit. Namun ia masih mampu berfungsi seadanya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta memiliki penapis udara Sharp ini, anda bolehlah pergi ke mana-mana kedai Sen Heng berdekatan atau klik sahaja di sini.
 

Penapis udara Coway Storm AP-1516D

  • (Ruang liputan: 50m²) , pilihan kebanyakan rumah di Malaysia

Jenama Coway kini semakin hari semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia. Penapis udara Coway ternyata tidak menghampakan penggunanya. Mampu menampung kapasiti ruang sebanyak 50m², penapis udara Coway model STORM adalah antara pilihan rakyat Malaysia.
Penapis udara STORM ini dilengkapi dengan sistem peredaran udara yang pintar dan automasi. Ia juga mempunyai sistem haze modeyang boleh mengurangkan debu dan habuk yang tebal.
Dengan teknologi yang canggih, rekabentuk yang menarik dan prestasi yang menakjubkan, penapis udara ini ternyata tidak mengecewakan. Rekabentuknya yang kecil dan padat mungkin agak mahal berbanding dengan harganya. Namun, syarikat Coway memberi pilihan untuk pelanggannya menyewa penapis udara STORM ini serendah RM90 sebulan.
Jika anda berhajat untuk memilikinya, bolehlah dapatkan maklumat lanjut dari site Coway.
 

Air filter Cuckoo Model B

  • (Ruang liputan: 40.5m²) , merevolusi udara bersih

Jenama Cuckoo juga adalah antara yang tidak kurang hebatnya dalam pengeluaran penapis udara. Penapis udara Cuckoo Model B ini adalah penapis udara yang pertama tanpa kord di Malaysia. Ia boleh bertahan sehingga 8 jam selepas dicaj sepenuhnya.
Menggunakan teknologi tinggi plasma ioniser, penapis udara ini mampu menghalang hampir 99% kotoran di udara. Ia memberikan hampir kepada kesempurnaan untuk udara nyaman dan bersih. Selain itu, penapis udara Cuckoo juga dilengkapi dengan teknologi tinggi yang membolehkan pengguna mengawalnya menggunakan suara. Jadi, anda boleh mengarahkan terus dari sofa untuk mengaktifkan atau mematikannya.
Cuckoo Model B juga mempunyai bentuk yang ergonomik dan penapis yang besar. Ini pastinya membolehkan ia sesuai untuk digunakan di ruang sederhana besar dan berkapasiti sehingga 40.5m².
Untuk mendapatkan penapis udara ini, anda boleh pergi ke kedai-kedai pengedar sah Cuckoo seperti yang disenaraikan di dalam website Cuckoo atau telefon terus ke talian 1-800-88-8181.
 

Air filter Panasonic FVK655A

  • (Ruang liputan: 40m²) , pelengkap isi rumah

Mempunyai reputasi dengan menghasilkan pelbagai barangan elektrik seperti penyaman udara, peti sejuk dan sebagainya, Panasonic juga mempunyai beberapa model penapis udara untuk kegunaan isi rumah.
Penapis udara Panasonic FVK655A yang sesuai untuk kegunaan ruang kapasiti 40.5m² mempunyai 6 sistem penapisan termasuk pra-tapis, HEPA dan penyahbauan menggunakan karbon.  Secara amnya, ia berfungsi melakukan semua tugas penapisan dengan baik. Teknologi Nanoe™ menghalang virus dan bakteria untuk terus berada di udara persekitaran selepas ditapis oleh penapis udara Panasonic ini.
Penapis udara Panasonic ini agak besar saiznya dan bising sedikit berbanding jenama yang lain.
Anda boleh terus ke pengedar Panasonic yang sah untuk membeli penapis udara ini atau di talian online.
 

Penapis udara Dyson Pure Cool Purifying Tower Fan TP100

  • (Ruang liputan: 40m²) , bukan kipas penyejuk biasa

Kelihatan sangat segak secara fizikalnya, kipas yang dilengkapi dengan penapis udara jenama Dyson ini menambahkan seri ruang tamu di rumah anda.
Model Dyson TP100 direka untuk memberi udara sejuk dan segar kembali ke ruang udara setelah menapis udara tersebut secara automatis. Udara kotor yang berbau dan penyebab alahan (debu dan bulu) dapat dihalang oleh penapis udara Dyson ini dengan mudah. Ia menggunakan sistem penapisan HEPA daripada kaca yang berkesan.
Selain daripada itu, ia juga mempunyai fungsi kawalan pintar melalui aplikasi telefon pintar. Mungkin kerana banyak teknologi yang diterapkan di dalam penapis udara ini membuatkan harganya agak tinggi di pasaran. Anda boleh melihat sendiri maklumat lanjut tentang penapis udara ini di sini.
 

Air filter Honeywell HOY-HAC3JW

  • (Ruang liputan: 42m²), antara penapis udara terbaik di pasaran Malaysia

Jenama Honeywell mungkin sedikit asing untuk pengguna barangan elektrik domestik, tetapi ianya telah lama bertapak dalam menghasilkan pelbagai barangan elektrik pintar dan lengkap dengan sistem automasinya.
Penapis udara Honeywell juga antara satu barangan yang terbaik yang ada di pasaran Malaysia. Model HOY-HAC3JW mempunyai peredaran udara yang terbaik dengan mengoptimumkan semua sudut yang ada. Ia juga mempunyai 3 peringkat sistem penapisan yang menapis segala habuk kotoran dan menghilangkan bau yang kurang enak.
Penapis udara ini dilengkapi dengan teknologi pintar dan mudah dikawal. Yang paling dibanggakan, penapis udara Honeywell ini pernah memenangi anugerah rekabentuk terbaik yang semestinya menjadikan ia satu alat deko di ruang rumah serta berguna.
Harganya tidaah terlalu mahal jika hendak dibandingkan dengan fungsi-fungsi yang ada padanya.
Bagi anda yang ingin memilikinya, bolehlah layari di sini.
 

Akhir kalam

Kini, ada banyak penapis udara yang berada di pasaran Malaysia. Namun sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah memastikan keperluan kita sebelum membeli mana-mana penapis udara yang sesuai. Senarai penapis udara terbaik ini adalah dari pandangan kami sendiri. Mungkin ada lagi yang lebih baik.
Apa-apa pun, pastikan udara dalam rumah kita bersih supaya tiada yang kena sakit batuk-batuk.
Selamat membeli!
Semoga bermanfaat.