5+ Tempat Percutian Menarik di Malaysia (Musim Cuti Sekolah 2019)

Tempat percutian menarik cuti sekolah

Kenapa kami kata jangan pergi? Sebab akan buang banyak masa beratur panjang. Bukan setakat beratur panjang untuk beli tiket ke tempat percutian menarik, tetapi akan buang masa beratur dan bersesak-sesak di jalan raya. Boleh sesak dada jadinya.

Apa tujuan sebenar kita pergi bercuti?

Objektif utama kita sanggup laburkan duit pergi bercuti adalah untuk hilangkan stress dan tenangkan minda. Bukannya untuk bersesak-sesak dan serabut di jalan raya.
Tambahan lagi berhimpit-himpit di tempat makan yang ada kalanya servis ke laut dan terpaksa tunggu hingga sejam.
Masa cuti sekolah juga, ada peniaga yang ambil kesempatan dengan menjual dengan harga cekik darah. Bila terlalu ramai manusia, maka sopan santun peniaga juga akan hilang. Langsung tidak friendly. Mahu salahkan mereka, tidak boleh juga. Mungkin masa tidak kena.
Maka, izinkan kami senaraikan tempat percutian menarik cuti sekolah, yang perlu dielakkan. Bukan tak boleh datang langsung, cuma lebih afdal pergi padi hari-hari lain.

Cameron Highlands, Pahang

Tempat percutian menarik di Cameron Highlands
Sumber: Mstar

Lupakan Kea Farm kalau mahu beli sayur dan buah-buahan. Orang Cameron Highlands sendiri pun tidak beli di sini. Cuma orang luar sahaja yang datang.
Mengikut laporan Mstar, kesesakan lalu lintas di kawasan itu khususnya pada hujung minggu atau cuti umum bukan sesuatu yang baharu.
Kena pandai pilih masa bila untuk naik, bila untuk turun, dan bila untuk pergi ke sesuatu tempat yang ingin dikunjungi.

Pro Tips:

Sebenarnya, masih boleh datang ke Cameron Highlands semasa musim cuti sekolah. Cuma kena sampai awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Jika mahu pergi ke tempat-tempat menarik di Cameron Highlands juga, kena keluar awal.
Untuk tempat tinggal, disarankan pilih tempat penginapan yang berdekatan dengan pasar malam. Percayalah, untuk cari tempat letak kereta disini sahaja pun, boleh buat anda panas hati. Silap-silap, boleh bergaduh kerana kereta bergesel.
Mengikut pengalaman kami, selain guna Agoda, Booking.com atau Trivago, cubalah cari tempat penginapan menggunakan AirBnB pula. Ada banyak rumah yang dijadikan homestay di sekitar Cameron Highlands.
 

Pulau Langkawi, Kedah

Tempat percutian menarik di Langkawi
Sumber: Facebook

Kali ini, bukan kesesakan jalan raya di atas pulau Langkawi. Sebaliknya, kesesakan di jeti memang boleh menguji hati. Ada ketika, tiket pula habis jika tidak merancang dengan teliti.
Jadi kena buat perancangan awal, dengan penuh hati-hati. Bimbang tempat percutian menarik di Langkawi yang diangan-angankan, bertukar menjadi cemuhan.
Bagi yang memandu kereta, boleh letak kenderaan di sekitar kawasan jeti. Nampak macam kurang selamat kondisinya, tetapi mahu buat macam mana. Yakin sahajalah.
Sila naik melalui Jeti Kuala Perlis untuk perjalanan yang lebih dekat ke Langkawi. Bukannya Jeti Kuala Kedah.

Pro Tips:

Bagi yang memang tabiatnya merancang lebih awal untuk pergi bercuti, boleh bawa kereta sendiri ke Langkawi.
Perkongsian dari Mohd Khairul di Facebook, ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi, iaitu:

Mereka guna Langkawi Auto Express, di mana masa perjalanan cuma 2 jam, berbanding 1 jam 15 minit jika dengan feri penumpang.
Kos yang terlibat:
Tambang pergi-balik:
– Kereta Sedan, 1.6cc : RM300 (Tempahan secara atas talian)
– Dewasa x 1 : RM36 (Percuma untuk pemandu)
– Kanak-kanak x 2 : R
M52

Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang
Ada ketikanya, perjalanan dari Georgetown ke Batu Feringghi boleh mengambil masa 45 minit hingga 1 jam. Rasa terlalu perlahan untuk sampai ke destinasi. Panas punggung dalam kereta boleh buat kita rasa malas untuk ‘hore-hore’.
Sudahlah jalan sesak, untuk beratur makan nasi kandar dan makanan-makanan lain yang viral di sekitar Penang, memang boleh menguji iman di dada. Silap haribulan, tak mahu jejak lagi ke Pulau Pinang.

Pro Tips:

Jika dari arah selatan, masuk menggunakan jambatan kedua kerana kurang sesak. Untuk tempat penginapan pula, boleh pilih untuk menginap di kawasan tengah bandar kerana boleh ke mana-mana dengan mudah.
Untuk ke tempat-tempat makan yang viral, paling mudah, gunakan Grab untuk mengelilingi Penang.
 

Melaka

Tempat percutian menarik di Melaka
Tempat percutian menarik di Melaka boleh bertukar menjadi tidak menarik dalam sekelip mata sahaja. Keluar dari Tol Ayer Keroh untuk ke Bandaraya Melaka sahaja boleh sampai 1 jam lebih. Memang lama. Penat jika guna kereta manual.
Lupakan sahaja niat untuk beratur panjang semata-mata untuk merasa Kuih Keria Antarabangsa yang viral. Penat badan dan akan hilang tenaga. Datang semula jika keadaan tidak sesak.

Pro Tips:

Tidur di sekitar Ayer Keroh, kerana kesesakan kurang berbanding kawasan tengah bandar. Lagipun, banyak juga tempat menarik di sekita Ayer Keroh. Satu hari memang tidak akan habis untuk pergi jelajah Ayer Keroh sahaja.
Setkan 1-2 hari untuk Ayer Keroh, dan 1-2 hari lagi untuk kawasan bersejarah di sekitar bandar. Jika berulang alik, penat.
 

Jalan TAR, Kuala Lumpur

Jalan TAR
Sumber: Utusan

Orang Kuala Lumpur, sibuk balik kampung atau bercuti ke tempat lain. Sebaliknya, orang luar Lembah Kelang pula berpusu-pusu datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti.
Ramai orang luar akan pergi Sogo, sebab katanya murah. Tapi sekali masuk, lebih-lebih lagi di bahagian kanak-kanak, penuh dengan manusia. Hinggakan, mahu berjalan pun susah. Sesak nafas.

Pro Tips:

Parking mahal, sebab di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kadar tempat letak kereta macam tak masuk akal pun ada.
Jadi, orang luar yang tidak biasa, cari tempat penginapan yang dekat dengan LRT atau MRT. Bukan tidak boleh naik kereta sendiri, cuma bimbang tersesat. Hati akan jadi panas sebab Waze pun tidak membantu.
Banyakkan berjalan kaki dari satu stesen ke stesen yang lain. Jika siap membeli-belah, dan rasa sukar untuk bawa barang naik pengangkutan awam, boleh naik Grab.
 

Komen di media sosial

Mereka ini juga besetuju, yang tempat percutian menarik cuti sekolah ini, tak perlu pergi semasa musim cuti sekolah.
Destinasi bajet di Malaysia

Akhir kalam

Bukannya kami benci dengan tempat-tempat ini. Cuma, atas pengalaman sendiri, kita gagal mengawal perasaan marah akibat kesesakan yang berlaku.
Akhirnya, percutian rasa tidak ada apa-apa. Langsung tidak ‘enjoy‘. Jika mahu buat lawatan cuti sekolah, fikir masak-masak dahulu.
Jangan kata kami tidak beritahu.
Bila sudah sampai dan tidak mahu bersesak-sesak di Melaka, jemput baca senarai tempat percutian menarik di Johor yang percuma pula.
Semoga bermanfaat.

10+ Tips Temuduga Untuk Fresh Graduate (Yang Tiada Pengalaman Kerja)

Tips temuduga untuk fresh graduate

Organisasi semakin demand dan golongan fresh graduate semakin resah. Selain dari kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja, ramai juga diantara mereka yang tidak mempunyai pengalaman di dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Maka izinkan kami berkongsi tips temuduga untuk fresh graduate.
Ini adalah kerana kurangnya pendedahan berkenaan perkara-perkara asas yang perlu diketahui sebelum menghadiri temuduga. Bersama-sama ini dikongsikan tips temuduga yang perlu anda tahu sebagai persiapan menghadapi temuduga nanti. Mungkin juga apa yang dipelajari di universiti, tidak sama dengan realiti sebenar.
Mari kita lihat apakah antara tips temuduga untuk fresh graduate, yang kebanyakannya memang tak ada pengalaman kerja langsung.
 

Research, syarikat itu buat apa?

Jangan main datang interview macam itu sahaja.
Panel temuduga mungkin akan bertanyakan soalan berkenaan dengan bagaimana anda melihat posisi organisasi pada masa hadapan, apa kelebihan pesaing mereka dan kaedah terbaik untuk organisasi terus maju.
Untuk tujuan ini, elakkan kajian industri yang tidak berkenaan. Fokus kepada pilihan pekerjaan dan pemilihan industri yang khusus sahaja.
Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan anda tersasar jauh dari fakta sebenar dan menganggu ketersediaan mental anda untuk menjawab soalan yang seterusnya.
 

Kena pandai jawab “Tell me about yourself”

Kesilapan paling besar ialah bila anda menjawab dengan cara begini:
“Nama saya sekian-sekian. Anak kedua dari empat orang adik beradik. Sekarang menetap di Shah Alam. Baru habis belajar dari UiTM Puncak Alam dalam bidang sekian-sekian. Belum lagi konvokesyen”
Nampak tak, betapa tak ada gunanya jawapan di atas pada panel penemuduga? Tak ada kaitan pun kalau cerita tentang keluarga dan adik-beradik.
Bandingkan dengan cara menjawab soalan “Tell me about yourself” begini, yang dipetik dan diubahsuai dari laman TheMuse menggunakan formula Present-Past-Future.
“Well, I’m currently an account executive at Petronas, where I handle our top performing client. Before that, I worked at an agency where I was on three different major national healthcare brands. And while I really enjoyed the work that I did, I’d love the chance to dig in much deeper with one specific healthcare company, which is why I’m so excited about this opportunity with KPJ Healthcare.”
Petikan di atas untuk orang yang sudah ada pengalaman. Bagi fresh graduate yang tidak ada pengalaman, ubah sedikit dengan menyatakan pengalaman menguruskan projek semasa belajar dahulu.
 

Kena pandai jawab “Why should we hire you?”

Jelaskan key selling point untuk soalan “Why should we hire you?”, berserta sebab-sebab anda mahu dan layak untuk jawatan tersebut. Sediakan 3 hingga 5 key selling point apabila ditanya “Apa yang membuatkan anda adalah pilihan tepat untuk pekerjaan tersebut?”  
Berikan contoh untuk setiap satu selling point yang ada. (Contoh: Saya mempunyai kemahiran komunikasi yang amat baik. Contohnya saya pernah mengadakan satu sesi taklimat untuk semua pelajar di kolej dahulu.).
Juga maklumkan kepada panel mengapa anda mahukan jawatan tersebut-termasuk apa yang menarik minat anda mengenainya.
 

Tanya balik orang yang temuduga

Baru nampak smart!
Hadirkan diri ke  sesi temuduga dengan soalan-soalan yang bernas yang berupaya untuk memperlihatkan ilmu anda berkenaan dengan organisasi tersebut. Panel akan selalu menanyakan perkara ini semasa sesi temuduga.
Dalam kebanyakan kes, jika anda tidak mempunyai soalan, panel mungkin berasakan bahawa anda mungkin tidak berminat dengan jawatan tersebut ataupun organisasi tersebut. Contoh soalan adalah “Jika pihak mahu memilih calon yang terbaik untuk sesi temuduga ini, apakah kriteria tersebut?”
 

Praktis, praktis, praktis

Tips temuduga untuk fresh graduate yang seterusnya ialah kena berlatih depan cermin. Ini adalah penting agar anda bersedia untuk menjawap soalan yang mencabar di atas tadi iaitu “Tell me about yourself” dan “Why should we hire you?”.
Soalan sebegini bukan sahaja penting dari segi kandungan malah keyakinan ketika menjawab juga memainkan peranan. Ajak bersama adik beradik atau kawan-kawan untuk menjadi juri dan menilai latihan anda.
Kalau masih lagi rasa tak yakin, hafal. Itu lebih baik.
 

Bagi first impression yang terbaik.

Impression itu penting. Kena tunjukkan yang anda ada keyakinan diri. Senyum jangan tinggal.
Setiap saat anda adalah amat bermakna dan jangan sesekali anda mengabaikan masa anda walaupun sesaat.
Terdapat beberapa kajian mengatakan bahawa panel penilai telah tertarik untuk menawarkan pekerjaan kepada seseorang hanya dengan beberapa minit sahaja. Masa selebihnya adalah untuk mencari nilai-nilai tambah bagi mengukuhkan lagi keputusan yang telah diambil.
 

Bersependapat dengan panel temuduga

Jangan sesekali mencuba untuk berperang dengan panel temuduga. Anda boleh mengatakan sesuatu seperti “Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza, dan itulah yang melengkapkan sesama pekerja di dalam sesuatu organisasi”.
Jika panel temuduga cuba untuk mencabar anda dengan soalan-soalan yang ekstrem, gunakan kaedah bersikap neutral kerana panel temuduga sebenarnya sedang menguji anda.
 

Jangan terlalu ikut emosi

Tak perlu tunjukkan muka takut. Penemuduga tahu kita menang nervous.
Tiada siapa penemuduga yang suka mendengar seseorang itu bercakap buruk dengan majikan atau kerja-kerja terdahulu. Jangan jadikan perkara ini sebagai jerat untuk penilaian temuduga anda. Alasan paling besar untuk penemuduga tidak ambil anda bekerja.
Anda mungkin akan mendapat soalan seperti “Apa yang anda pelajari semasa latihan praktikal? Apa perkara yang kurang ada gemari berkenaan dengan tempat kerja lama anda?”
Jawab elok-elok, jangan ikut emosi.
Soalan seperti ini sebenarnya boleh menjerut leher anda jika anda terlalu beremosi untuk menjawabnya. Anda boleh menyatakan sebab seperti anda ingin mencari pengalaman baru, menambah kemahiran yang sedia ada dan inginkan cabaran yang baru.
 

Jangan tunjuk rasa gementar

Siapa yang tidak rasa gementar bukan? Nervous itu biasa, tapi janganlah terlalu obvious.
Jika rasa macam tangan berpeluh dan menggeletar, tenangkan hati. Semasa berhadapan, letakkan tangan di bawah dan teruskan menjawab soalan dari penemuduga.
 

Jangan lupa minta doa dan restu mak ayah

Ini adalah tips temuduga untuk fresh graduate yang paling penting sekali.
Jika duduk berjauhan, telefon mak ayah untuk dapatkan restu. Malam sebelumnya, telefon juga untuk minta mereka doakan agar urusan temuduga kita dipermudahkan.
Jika duduk sekali dengan keluarga, pagi itu peluk cium mak ayah dulu. Pastikan hati kita tenang dengan restu mereka. Semoga datang juga barakah dari Allah.
Ingat, doa mak ialah doa yang paling mustajab.
 

Akhir kalam

Kini anda sudah tahu tips temuduga untuk fresh graduate. Satu lagi yang paling penting, jika sudah berjaya, jangan lupa berterima kasih pada mak dan ayah. Kalau tidak kerana pengorbanan mereka dahulu, tak mungkin kita sampai ke tahap ini.
Selebihnya adalah tawakal dan berdoa jika anda sudah berusaha untuk pengakhiran yang terbaik. Ada pendapat mengatakan bahawa  golongan ini tidak mampu bersaing kerana kurangnya kemahiran komunikasi dan sikap sambil lewa yang ditonjolkan semasa sesi temuduga.
Mari sama-sama, ubah persepsi ini dan anda mampu mendapatkan pekerjaan yang anda impikan walaupun tidak mempunyai pengalaman kerja. Jika anda memahami dan ikut tips temuduga untuk fresh graduate di atas, anda sudah semestinya mampu untuk memberikan persepsi yang terbaik di mata panel temuduga.
Soalan interview tidaklah sesukar mana jika kita bersedia. Pastikan bersiap sedia untuk dapatkan soalan bocor, tentang soalan dan jawapan temuduga yang kami ada tuliskan sebelum ini.
Selamat mencuba dan selamat berjaya!
[yasr_overall_rating size=”medium”]