Cara Renew Roadtax + Insurans Online (Untuk Kereta & Motor)

Cara renew roadtax dan insurans kereta motor

Meskipun kini sudah ramai daripada golongan kita yang mempunyai kereta atau pun motor milik mereka sendiri, namun masih ada segelintir daripada mereka yang sebenarnya masih belum reti cara-cara untuk renew roadtax, insurans kereta dan juga motor.
 

Jenis insurans di Malaysia

Sebelum itu, mari kita lihat 3 jenis perlindungan insurans yang ada di Malaysia.

1st party

  • Perlindungan insurans jenis ini akan cover keseluruhan perbelanjaan sekira berlakunya kemalangan pada kereta milik kita, mahu pun pihak yang dilanggar.
  • Perlindungan insurans ini juga akan cover bagi mereka yang kehilangan kereta atau pun kebakaran kereta.
  • Perlindungan insurans ini membenarkan kita untuk menambah jenis perlindungan lain.
  • Tempoh masa perlindungan insurans ini adalah selama 15 tahun.

3rd party fire & theft

  • Tempoh masa perlindungan insurans ini adalah selama 15 tahun.
  • Perlindungan insurans jenis ini hanya akan cover kereta yang dilanggar oleh pemilik, kenderaan hilang atau pun terbakar.

3rd party

  • Perlindungan insurans jenis ini hanya fokus pada yang mempunyai motor sahaja.
  • Harga yang dikenakan sangat murah berbanding jenis perlindungan yang lain.

Pun begitu, bagi mereka yang masih ada tunggakan hutang atau pun saman yang membabitkan kenderaan mereka, perlulah langsaikan tunggakan tersebut sebelum mengambil perlindungan insurans ini.
 

Checklist sebelum renew roadtax, tamat tempoh

Sebelum anda renew roadtax dan insurans kereta serta motor, ini dia 4 perkara yang boleh anda ambil kira:

Semak tarikh tamat insurans dan roadtax

Sebelum renew roadtax anda, pastikan anda tahu tarikh tamat tempoh roadtax anda terlebih dahulu.

Pastikan bawa geran kenderaan bersama

Seperti yang kita tahu, di dalam geran kenderaan tersebut ada maklumat lengkap tentang kenderaan anda seperti model kereta, tahun kereta dan banyak lagi.

Pastikan kenderaan anda bebas daripada apa-apa saman

Jika anda mempunyai apa-apa tunggakan saman, anda terpaksa melangsaikannya terlebih dahulu. Ini kerana anda tidak sesekali dibenarkan untuk memperbaharui roadtax kenderaan sekiranya ada mempunyai tunggakkan.

Semak harga pasaran kenderaan anda

Dengan menyemak secara awal harga pasaran terkini kenderaan anda demi kepentingan insurans.
 

Cara renew roadtax (online)

Antara cara untuk renew roadtax, insurans kereta dan motor:

Menerusi MyEG

    1. Layarai laman web https://autoroadtax.com.my
    2. Pilih bahasa
    3. Klik renew online new / perbaharui insurans sekarang
    4. Isikan nombor kad pengenalan dan nombor kereta
    5. Pilih syarikat insurans
    6. Harga renew roadtax akan dilakukan secara automatik
    7. Bayar secara online atau kaedah lain yang dibenarkan
    8. Muat naik cover note dengan memasukkan nombor kad pengenalan
    9. Siap

Menerusi Loanstreet

Kaedah ini hanya boleh dilalukakan bagi membayar roadtax dan insurans motor sahaja.

  1. Layari laman web Loanstreet
  2. Cari butang insurans, dan klik pada motorcycle insurance
  3. Masukkan maklumat peribadi anda serta kenderaan
  4. Klik butang buy now jika setuju dengan sebut harga yang dipamerkan
  5. Anda boleh renew roadtax sekali gus jika mahu. Jika tidak, tekan butang seterusnya
  6. Sahkan maklumat dan buat pembayaran
  7. Tunggi email yang mengandungi cover note insurans motor
  8. Siap

Cara renew roadtax (offline)

Menerusi Pejabat Pos

  1. Pergi ke Pejabat Pos berdekatan
  2. Dokumen yang perlu dibawa:
  • Kad pengenalan
  • Sijil pemilikan kenderaan atau salinan geran
  • Cover note insurans
  1. Beratur di kaunter dan tunggu giliran anda
  2. Siap

Namun bagi sesiapa yang sudah kehilangan salinan geran, mereka masih boleh renew roadtax masing-masing di Pejabat Pos dengan cara:

  1. Perlu bawa Kad Pengenalan atau pun passport yang sah. Jika wakil yang pergi ke Pejabat Pos, Kad Pengenalan pemilik tidak diperlukan.
  2. Pergi ke Pejabat Pos berdekatan.
  3. Tunggu giliran anda dan siap.

 

Cara tampal roadtax pada cermin kereta

Kini, anda sudah ada roadtax dan insurans. Masanya sudah tiba untuk pasang roadtax pula.
Mesti geram bila susah sangat mahu cabut yang lama dan tampal yang baru bukan? Tonton video di bawah untuk ketahui cara paling mudah.

 

Akhir kalam

Cara renew roadtax
Jadi, bagi sesiapa yang ingin renew roadtax serta insurans kenderaan masing-masing, ada baiknya jika anda membuat persiapan secara awal.
Jangan ingat insurans untuk kenderaan sahaja. Jemput baca untuk insurans takaful yang bagus untuk keluarga juga.
Semoga bermanfaat.
 

10+ Tempat Lasik Mata di Malaysia (Survey Harga & Baca Pengalaman)

Lasik mata di Malaysia dengan harga murah

Lasik merupakan singkatan kepada laser assisted in situ keratomileusis, iaitu pembedahan yang fokus pada bahagian mata. Tujuan utama pembedahan lasik mata ini dibuat adalah untuk membaik pulih penglihatan seseorang, sama ada mereka mengalami rabun dekat atau pun jauh.
Antara info penting yang perlu diketahui oleh pesakit:

  • Pesakit tidak dibenarkan memakai kanta lekap seminggu sebelum membuat pemeriksaan mata
  • Kanak-kanak, wanita mengandung dan yang sedang menyusu anak tidak sesuai menjalankan prosedur ini
  • Sesuai untuk mereka yang berusia 18 tahun hingga 67 tahun sahaja, beserta mempunyai mata yang sihat
  • Pesakit sedar sepanjang menjalani pembedahan tersebut, namun tidak berasa apa-apa kesakitan

Lasik surgery ini sangat popular dikalangan mereka yang mempunyai masalah rabun. Pun begitu, dek kerana kosnya yang agak mahal menjadi penyebab utama sesetengah golongan tidak dapat menggunakan prosedur ini.
 

Eye & Lasik Centre, Kajang

Syarikat Eye & Lasik Centre telah wujud sejak Mei, 2014 lagi. Syarikat yang terletak di Kajang, Selangor ini telah dikendalikan sendiri oleh doktor mata popular, iaitu Professor Dr. Muhaya.
Meskipun harga yang ditetapkan agak mahal berbanding Pusat Pakar Mata yang lain, namun perkhidmatannya sangat memuaskan hati orang ramai.

  • RM 7,000 bagi yang berumur 34 tahun kebawah
  • RM 8,000 bagi yang berumur 35 tahun keatas
  • RM 12,600 bagi mereka yang berumur 20 tahun keatas

Yang menariknya di sini, siap baca doa dulu sebelum memulakan prosedur.

Pengalaman mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan Dr. Muhaya: http://ayumipoyo.blogspot.com/2015/04/pengalaman-lasik-mata-bersama-prof-dr.html

Advance Vision Eye Specialist Centre, PJ

Advance Vision Eye Specialist Centre telah ditubuhkan sejak 6 Jun 2006 oleh Dr. Yeoh Phee Liang. Syarikat yang terletak di Petaling Jaya, Selangor ini mempunyai kumpulan doktor yang sudah berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Pusat Pakar Mata ini adalah antara yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana harganya yang murah berbanding tempat lain.

  • Pakej 1: RM 2,888 + RM 80, termasuk pemeriksaan, nasihat pakar, ubat, pembedahaan dan waranti seumur hidup
  • Pakej 2: RM 5,888 + RM 80, bagi mereka yang mengalami masalah-masalah lain

Pengalaman mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan Pusat Pakar Mata ini: http://harizahitaz.blogspot.com/2016/03/pengalaman-dilasik-advanced-vision-eye.html

Laserfocus, JB

Laserfocus merupakan Pusat Pakar Mata yang terletak di Menara Pelangi Johor Bahru, Johor dan sudah beroperasi sejak tahun 2001 lagi. Pihak Pakar Mata ini akan sentiasa mengikuti keadaan pesakit mereka selepas seminggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun setelah selesai membuat lasik mata di situ tanpa apa-apa bayaran dikenakan.

  • Harga lasik mata bermula daripada RM 2,988 hingga RM 5,288

Pengalaman pesakit yang pernah menggunakan perkhidmatan Laserfocus: http://ummu-fatimah.blogspot.com/2011/09/alhamdulillah-mama-dah-tak-rabun.html

KPJ, KL

Hospital KPJ Tawakkal di Kuala Lumpur ada menyediakan perkhidmatan lasik surgery, yang dijalankan oleh doktor-doktor yang sudah berpengalaman. Di Hospital KPJ Tawakkal, mereka ada menyediakan dua cara lasik mata, dan rawatan susulan akan dilakukan bagi menentukan cara rawatan yang paling sesuai bagi pesakit-pesakit mereka.

  • ReLex Smile: RM 12,000
  • Femto Lasik: RM 8,000 – RM 9,000

Selain dari di Kuala Lumpur, terdapat juga KPJ lain yang menawarkan perkhidmatan ini, iaitu di KPJ Sabah dan Sarawak.

Pusat Pakar Mata Abdul Razak, Sungai Petani

Pusat Pakar Mata Abdul Razak terletak di Sungai Petani, Kedah. Pusat Pakar Mata ini menyediakan perkhidmatan lasik mata dengan cara PRK, lasik dan Relex Smile. Pembedahan itu dilakukan sendiri oleh Dr. Abdul Razak yang sudah berpengalaman dalam bidang ini.

  • Semua jenis lasik hanya berharga RM 5,500

UIA, Kuantan

Universiti Islam Antarabangsa Kuantan, Pahang ada menyediakan perkhidmatan lasik mata dengan pemeriksaan percuma kepada pesakit luar. Rata-rata pesakit yang pernah menggunakan perkhidmatan daripada Pusat Pakar Mata ini memuji hasilnya yang sangat baik meskipun lebih murah daripada Pusat Pakar Mata yang lain.

  • Lasik mata: RM 3,500 bagi kedua-dua belah mata

Optimax TTDI & Penang

Optimax mempunyai dua cawangan iaitu di Kuala Lumpur dan Penang sejak tahun 1995 lagi. Pusat Pakar Mata ini menyediakan 3 cara lasik mata, iaitu ReLex Smile, Femto Lasik dan ASA dengan tawaran harga yang berbeza.

  • ASA: RM4,200 bagi sebelah mata
  • Femto Lasik: RM 4,200 bagi sebelah mata
  • ReLex Smile: RM 5,200 bagi sebelah mata

Pengalaman pesakit yang pernah menggunakan perkhidmatan daripada Optimax: http://www.kenwooi.com/2016/05/lasik-surgery-optimax.html

Prince Court Medical Centre, KL

Prince Court Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur mempunyai pelbagai perkhidmatan, dan salah satunya adalah perkhidmatan lasik mata. Prince Court Medical Centre merupakan antara Pusat Pakar Mata yang sangat popular kerana mempunyai maklum balas yang baik daripada pesakit-pesakit mereka. Prince Court Medical Centre turut menyediakan pelbagai pakej buat pesakitnya.

  • Pakej 1: Premium lasik harga bermula dari RM 3,690 untuk sebelah mata
  • Pakej 2: Premium lasik harga bermula RM 6,990 untuk kedua-dua belah mata
  • Pakej 3: Blended lasik correction harga bermula RM 7,990 bagi kedua-dua belah mata

USJ Eye Specialist

USJ Eye Specialist terletak di Subang Jaya, Selangor. Pusat Pakar Mata ini telah dikendalikan oleh Dr. Yap Soon Lek sejak tahun 2011 lagi. USJ Eye Specialist ini menyediakan perkhidmatan lasik dengan jaminan keadaan mata yang baik selepas pembedahan dilakukan.

  • Harga bermula daripada RM 1,490 untuk sebelah mata sahaja

ExcelView Mid Valley

ExcelView Laser Eye Centre Sdn Bhd telah ditubuhkan sejak tahun 2000. Pusat Pakar Mata yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur ini menyediakan pelbagai perkhidmatan mata seperti pembedahan lasik dan katarak.

  • Harga bermula daripada RM 5,600 bagi kedua-dua belah mata

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, perkhidmatan lasik mata yang melibatkan dengan penglihatan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.
Bagi mereka yang berminat untuk melakukan pembedahan lasik mata ini, perlulah memastikan Pusat Pakar Mata yang dipilih itu mampu menyediakan perkhidmatan mereka dengan baik tidak kira sebelum, semasa mahupun selepas pembedahan tersebut dijalankan.
Jaga mata elok-elok. Jangan paksa mata untuk berjaga sepanjang masa. Kena tahu cara hilangkan mengantuk, barulah rasa segar sentiasa.
Semoga bermanfaat.