5+ Punca Gangguan Seksual Di Tempat Kerja (Dan Cara Mengatasi)

Gangguan seksual di tempat kerja

Pada akhir tahun lepas, negara kita digemparkan dengan berita mengenai gangguan seksual di radio BFM. Sebenarnya, masalah gangguan seksual di tempat kerja bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ramai lagi yang tidak faham apakah dimaksudkan sebagai gangguan seksual atau juga dipanggil sexual harassment?

Apa itu Gangguan Seksual?

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, gangguan seksual perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dan sebagainya yang berunsur seks, kata-kata lucah, meraba dan sebagainya, dan  biasanya dilakukan berulang-ulang.
Gangguan seksual di tempat kerja adalah satu perbuatan tidak bermoral yang kebanyakkannya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa atau pangkat yang lebih tinggi kepada seseorang di bawah jagaannya. Ini adalah salah satu kes pembulian yang ramai yang terlepas pandang antara arahan yang patut diikut atau tidak.
Di dalam Akta Pekerja 1955, Seksyen 2, Artikel 4 menyatakan gangguan seksual di tempat kerja ditakrifkan sebagai perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal, atas sebab yang munasabah setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung, terhina atau terugut.
Jangan pelik, bukan hanya wanita sahaja yang jadi mangsa. Baru-baru ini, ada senator yang mencadangkan di parlimen agar mewujudkan undang-undang untuk ‘menjaga‘ kaum lelaki.
Bagi sesiapa yang bekerja kerajaan, boleh rujuk pekeliling ini sebagai panduan untuk mengatasinya.
 

Kategori Gangguan Seksual

Dua kategori jelas yang dinyatakan di dalam Artikel 4 ini ialah:

  1. Gangguan seksual berbentuk ugutan seperti kenaikan pangkat yang dijanjikan dengan syarat meminta layanan seksual sebagai balasan
  2. Gangguan seksual berbentuk intimidasi atau ancaman yang menjengkelkan dan menggangu ketenteraman seperti kata-kata kiasan berunsur seksual dan sebagainya.

 

Contoh Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Contoh gangguan seksual
Antara perilaku yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual ialah:

Gangguan secara fizikal

Mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium, menjilat, atau meraba.

Gangguan secara lisan

Penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuatbunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan secara seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual.

Gangguan secara isyarat

Sikap atau perlakuan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau menggunakan bahasa isyarat lain.

Gangguan secara visual

Menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual yang diedarkan menerusi media elektronik, blog, vlog atau platfom media sosial seperti facebook, WhatsApp, twitter atau apa-apa aplikasi.

Gangguan secara psikologi

Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual.
 
Statistik Berkenaan Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia, terdapat 1,218 kes gangguan seksual di tempat kerja yang dilaporkan, dan sebanyak 1,187 kes masih di bawah siasatan polis. Di samping itu, gangguan seksual bukan sahaja terjadi di kalangan pekerja wanita sahaja, tetapi sebanyak 15% daripada kes yang dilaporkan melibatkan kaum lelaki.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya dan diterbitkan di dalam Asian Academy of Management Journal, pekerja lelaki yang tidak bermoral dan suasana tempat kerja yang ‘tidak profesional’ menjadi faktor utama terjadinya gangguan seksual di tempat kerja.
Antara perkara yang melibatkan gangguan seksual di tempat kerja termasuklah :

  • 52% pekerja dilemparkan dengan lawak jenaka berunsur seksual
  • 7% laporan gangguan seksual adalah berkenaan kata-kata yang tidak menyenangkan berkenaan penampilan dan tubuh badan seseorang
  • 8% dilemparkan dengan pandangan yang tidak menyenangkan
  • 28% ada membuat cubaan untuk memegang, memeluk atau membelai
  • 6% menerima jemputan untuk makan berdua di luar waktu kerja
  • 17% mendapat perhatian seksual yang tidak disenangi
  • 5% diberi jemputan untuk melakukan aksi seksual dan intimasi

 

Punca Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Sebenarnya, ada beberapa faktor dan sebab yang boleh menjuruskan seseorang diserang dengan gangguan seksual di tempat kerja.
Antara punca-puncaya termasuklah:

Komposisi lelaki dan wanita

Demografi yang tidak seimbang antara lelaki dan perempuan menjadi antara faktor terjadinya masalah ini. Jangan ambil ringan jika punca gangguan seksual di tempat kerja adalah kerana jumlah pekerja yang tidak sama rata.
Selalunya ini lebih ketara terjadi pada perempuan yang tergolong dalam golongan minoriti
Komponen hormon yang berbeza antara lelaki dan perempuan juga menjadi faktor kepada gangguan seksual di tempat kerja di mana kaum lelaki yang mempunyai hormon yang lebih dominan di dalam perihal seksual.

Paras rupa dan fizikal yang menarik

Tidak dinafikan paras rupa yang cantik dan penampilan yang menarik seseorang wanita akan membuatkan dia lebih terdedah kepada gangguan seksual di tempat kerja.

Berpakaian tidak senonoh

Jika ada yang berpakaian yang tidak sesuai dengan kerja, ia mungkin menjadi salah satu punca gangguan seksual. Lelaki akan tertarik dengan sesuatu yang menaikkan hawa nafsu.
Jika tidak terkawal, bimbang ia akan melarat menjadi sesuatu yang lebih buruk.

Kuasa

Kebanyakkan organisasi meletakkan majoriti kaum lelaki sebagai ketua dan mempunyai kuasa membuat keputusan berbanding kaum wanita.
Ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan atas kuasa yang diberikan kepadanya

Gurauan dan ego

Antara punca gangguan seksual yang lain ialah gurauan tanpa batas antara jantina. Ada juga gangguan seksual terjadi kerana gurauan sesama kawan-kawan hingga melibatkan ego lelaki tercabar.
Ini menyumbang kepada aksi-aksi melampau yang menjengkelkan pekerja wanita.

Cara didikan

Masyarakat kita sudah terbiasa dengan mentaliti kaum lelaki sebagai pelindung kaum hawa yang lemah. Cara didikan ini terkadang membuatkan ada pihak yang benar-benar menjadikan wanita sebagai mangsa gangguan seksual tanpa sedar atau dalam sedar
 

Tips Mengelakkan Gangguan Seksual (Sebelum Berlaku)

Mencegah sudah tentulah lebih baik daripada merawat.
Sebelum nasi menjadi bubur, berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripada terjadinya perkara yang tidak diingini:
 

Sebagai majikan

  • Mewujudkan polisi yang melarang keras perbuatan inin
  • Menguatkuasakan polisi yang diwujudkan dengan mengambil serius setiap laporan yang dibuat
  • Memberi latihan dan kursus perihal gangguan seksual kepada ketua-ketua jabatan mahupun semua lapisan pekerja
  • Mewujudkan suasana pekerjaan yang tidak mendiskriminasikan lelaki atau perempuan
  • Menegaskan tiada toleransi jika ada orang yang menyalahgunakan kuasa untuk memuaskan nafsu diri
  • Pantau keadaan dan suasana tempat kerja
  • Melindungi mereka yang membuat laporan dan rasa ditindas secara seksual

 

Sebagai pekerja

  • Fahami hak sebagai pekerja, tahu dimana batas ketua dan pekerjanya
  • Peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Tegur dengan berhemah
  • Bantu dan beri sokongan rakan sekerja yang mengalami gangguan seksual
  • Wujudkan suasana berkerja yang ikhlas dan tahu batas-batas pergaulan
  • Berpakaianlah dengan sopan dan profesional sesuai dengan keperluan pekerjaan
  • Jangan ambil mudah setiap jenaka, kata-kata, sindiran atau pun jemputan yang berunsur seksual
  • Berterus-terang, jika perlu.
  • Jangan senyap dan mendiamkan diri kerana ia akan menjadikan keadaan lebih buruk lagi

 
 

Cara Menangani Gangguan Seksual (Selepas Berlaku)

Gangguan seksual
Adakah anda adalah salah seorang mangsa gangguan seksual di tempat kerja? Teruskan membaca.
Kebanyakan majikan akan melindungi hak pekerja yang ditindas, termasuklah yang mengalami gangguan seksual.
 

Buat laporan kepada HR

Jika anda adalah salah seorang mangsa gangguan seksual, anda berhak membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk kepada Bahagian Human Resource.

Buat laporan kepada polis

Jika anda rasa perbuatan itu sudah terlalu melampau, terus sahaja buat laporan kepada pihak polis.

Rekod butiran secara terperinci

Rekodkan semua butir-butir yang melibatkan gangguan seksual yang anda dialami termasuk di mana, bagaimana, bila dan sebagainya.

Simpan bukti

Simpan semua bukti-bukti seperti mesej pesanan ringkas, e-mail atau hadiah-hadiah yang diberi yang menjuruskan anda sebagai mangsa gangguan seksual.

Dapatkan sokongan

Mungkin pada awalnya, tidak semua orang perlu tahu. Cukuplah sekadar dari kalangan kawan sekerja yang boleh dipercayai. Dapatkan sokongan dan kepercayaan dari mereka.

Jangan berdiam diri

Kebanyakkan pekerja mengambil remeh perihal gangguan seksual ini kerana tidak berlaku aksi intimasi sepenuhnya atau risau kerja mereka diganggu-gugat. Jangan jadi mangsa yang hanya berdiam dan makan hati sendirian. Jika hari ini anda adalah mangsa kepada mereka yang tidak bermoral itu, pasti ada pekerja lain yang pernah menjadi mangsanya atau mungkin akan ada lagi mangsa yang akan datang.

Tegakkan kebenaran

Hentikan dengan berani menegakkan kebenaran. Tindakan tatatertib boleh dikenakan jika bukti yang mencukupi dapat disediakan seadanya.
Mereka yang terbukti bersalah melakukan gangguan seksual akan diberi amaran, dan boleh didenda, diturunkan pangkat, diturunkan gaji, lucut jawatan atau diberhentikan mengikut kesalaha-kesalahan yang dilakukannya.
Jabatan Pembangunan Wanita ada menyediakan talian Kasih yang mana boleh anda hubungi pada nombor telefon 15999 jika anda benar-benar buntu dan memerlukan bantuan dan khidmat kaunseling untuk menangani masalah seksual ini.
 

Akhir kalam

Orang yang mengalami gangguan seksual selalunya wanita. Walaupun punca gangguan seksual kebanyakannya dari lelaki, kaum perempuan selalunya akan berdiam diri kerana malu diperlakukan sedemikian.
Dalam fikiran wanita juga, jika melaporkan kejadian ini, mereka menjangkakan ia akan memberi mudarat kepada mereka. Dan jangan hanya fikir gangguan seksual hanya berlaku di pejabat atau tempat kerja – di sekolah dan di universiti juga berlaku. Bahkan, orang awam juga mengalami gangguan seksual di media sosial.
Jangan berfikiran sedemikian. Kuasa di tangan anda. Tegakkan kebenaran. Sekiranya perlu, ambil cuti untuk tenangkan diri terlebih dahulu. Selepas itu, bangkit semula.
Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • gangguan seksual di tempat kerja
  • cara mengatasi masalah gangguan seksual
  • faktor berlaku gangguan seksual di tempat kerja
  • gangguan seksual di sekolah
  • faktor gangguan seksual di tempat kerja
  • akta gangguan seksual di tempat kerja
  • punca gangguan seksual
  • faktor gangguan seksual
  • faktor berlakunya gangguan seksual
  • difinisi gangguan seksual di tempat kerja

Gaji Minimum 2019 Untuk Pekerja Swasta di Malaysia

Tidak kira anda warganegara Malaysia (Semenanjung, Sabah, Sarawak) atau warga asing, gaji minimum 2019 adalah sama. Gaji minimum yang ditetapkan kerajaan ialah RM1,100.

Macam tak adil. Kenapa pekerja asing pun dapat gaji RM1,100?

Gaji minimum Malaysia 2019

Pendirian Kerajaan ialah menetapkan bahawa PGM 2016 meliputi semua pekerja tempatan termasuk juga pekerja asing berasaskan sebab-sebab yang berikut:

(i) Dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan, selaras dengan Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang mana telah diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1997;
(ii) Ia adalah bertentangan dengan seksyen 60L Akta Kerja 1955, seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah atau seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak di mana tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing; dan
(iii) Bagi menjamin dan memelihara peluang pekerjaan rakyat tempatan agar tidak terjejas. Sekiranya pekerja asing dikecualikan dari gaji minimum atau dibayar gaji minimum yang kurang, majikan akan cenderung untuk terus menggaji pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
Ini adalah bertentangan dengan salah satu objektif pelaksanaan gaji minimum iaitu untuk mengurangkan kebergantungan majikan kepada pekerja asing yang kurang mahir.

Siapa yang tak layak dapat gaji minimum?

• Pekhidmat domestik (cth. pembantu rumah).
• Perantis yang diambil untuk latihan bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun.

Kalau majikan dan pekerja setuju, bolehkah bayar bawah RM1,100?

TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

Kenapa mesti buat gaji minimum?

Dasar gaji minimum membantu meningkatkan gaji selaras dengan kos sara hidup, seterusnya membolehkan pekerja memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian.

Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 akan secara langsung meningkatkan kadar bayaran kerja lebih masa (overtime), caruman dalam simpanan KWSP dan perlindungan di bawah PERKESO.

Apa beza ‘gaji’ dan ‘gaji minimum’?

‘Gaji’ dan ‘Gaji Minimum’ ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. ‘Gaji’ mempunyai maksud yang sama dengan ‘gaji’ dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) manakala ‘gaji minimum’ merujuk kepada gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Jadi, apa maksud gaji minimum?

Gaji minimum adalah gaji pokok, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Siapa yang tetapkan gaji minimum?

Kadar gaji minimum ditentukan oleh Kerajaan berdasarkan syor yang dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

Apakah faktor penentu kadar gaji minimum?

Pada masa sekarang, kadar gaji minimum ditentukan oleh lima faktor:
1. Pendapatan Garis Kemiskinan
2. Keupayaan majikan untuk membayar gaji (penengah gaji)
3. Indeks Harga Pengguna (CPI)
4. Kadar pengangguran sebenar
5. Pertumbuhan produktiviti

Adakah pekerja TASKA, NGO dan badan kebajikan layak untuk dapat gaji minimum?

PGM 2016 adalah terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di Malaysia termasuk pekerja-pekerja TASKA, badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation) atau badan kebajikan, kecuali pekhidmat domestik. Penetapan pelaksanaan gaji minimum ke atas kategori pekerja-pekerja di atas dibuat kerana:

(i) Memberi hak yang sama kepada semua kategori pekerja;
(ii) Mencapai objektif gaji minimum yang antaranya ialah membantu dan melindungi pekerja-pekerja yang mudah terancam (vulnerable);
(iii) Mencegah penganiayaan dan diskriminasi; dan
(iv) Majikan daripada sektor-sektor berkenaan boleh menggajikan pekerja secara separa masa, atau dibayar mengikut kadar jam, atau harian sebagaimana ditetapkan di bawah PGM 2016.

Bagaimana dengan pekerja industri mikro?

Industri mikro adalah industri yang sangat kecil, dengan pekerja dalam lingkungan 1-4 orang sahaja.
PGM 2016 tetap terpakai kepada semua pekerja termasuk industri mikro kerana kumpulan pekerja dalam subsektor ini adalah “vulnerable group” dan perlu dilindungi.
Akhir kalam

Kerjalah apa-apa sekalipun, janji halal. Yang penting jangan mencuri dan menyusahkan orang lain. Jika tidak mahu gaji minima, iaitu bekerja dengan orang, jemput baca tentang kerja gaji besar dan lumayan tanpa SPM.

Rujukan: Kementerian Sumber Manusia

Carian dari Google:

  • gaji 2020
  • gaji minima 2020
  • gaji minimum 2019
  • gaji minimum 2019 indonesia
  • gaji minimum pembantu rumah 2019
  • gaji swasta 2020
  • apakah gaji minimum
  • gaji minima maksud
  • GAJI MINIMUM 2020 PEKERJA ASING
  • gaji minimum pekerja warga asing di malaysia berdasarkan kementerian sumber manusia