5+ Senarai Penapis Udara (Air Filter) yang Terbaik di Malaysia


Hidupnya kita sehari-harian adalah dengan izin Tuhan membekalkan kita udara percuma tanpa berkira. Namun, dengan pembangunan pesat serta perubahan cuaca yang drastik, nikmat udara segar menjadi agak sukar kini. Terima kasih pada ilmu teknologi yang ada, ciptaan penapis udara atau air purifier sedikit sebanyak membantu untuk kita mendapat udara bersih di kawasan tertutup seperti di ruang tamu atau ruang pejabat. Izinkan kami berkongsi penapis udara terbaik mengikut pandangan kami sendiri.

Kenapa perlu penapis udara?

Persekitaran yang berhabuk, kotor dan berdebu pastinya mengundang banyak masalah. Tambahan pula dengan keadaan jerebu yang sering ada di negara kita ini, udara segar dan bersih pasti sesuatu yang semua orang mahukan.
Penapis udara menapis kotoran sekaligus  membantu mengurangkan masalah seperti:

  • alahan kulit, ekzema dan gatal
  • lelah, batuk, selsema
  • alahan pada bulu binatang peliharaan

Kebanyakan penapis udara yang ada juga bukan setakat menghalang habuk dan debu, malah menghilangkan bau persekitaran agar udara lebih segar.
Di Malaysia kini terdapat banyak penapis udara mengikut jenama pelbagai, kapasiti, fungsi dan teknologi berbeza. Berikut disenaraikan 6 jenis penapis udara terbaik yang boleh anda temui dipasaran. Sebagai panduan, saya memilih kapasiti lebih kurang 40 – 50m2 untuk keseragaman dalam membuat ulasan ini.
 

Penapis udara Sharp

  • (Ruang liputan: 48m²) , berkualiti dan berpatutan

Ion positif dan negatif melalui teknologi Plasmacluster berketumpatan tinggi yang digunapakai oleh penapis udara Sharp ini memastikan  udara yang ditapis dan dikitar bebas daripada virus dan bakteria.  Kuasa sedutan dan aliran udara yang kuat dan unik membuatkan ia lebih efisen dalam mengumpul habuk, debu dan partikel persekitaran.
Menggunakan tiga peringkat penapisan yang fokus kepada virus dan bakteria, habuk dan debu serta bau-bau sekeliling, penapis udara Sharp ini berfungsi dengan baik.
Berpadanan dengan harganya untuk ruang  berkapasiti 48m², penapis udara Sharp mungkin tidak mempunyai banyak fungsi elektronik, tidak menyerap bau dan agak bising sedikit. Namun ia masih mampu berfungsi seadanya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta memiliki penapis udara Sharp ini, anda bolehlah pergi ke mana-mana kedai Sen Heng berdekatan atau klik sahaja di sini.
 

Penapis udara Coway Storm AP-1516D

  • (Ruang liputan: 50m²) , pilihan kebanyakan rumah di Malaysia

Jenama Coway kini semakin hari semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia. Penapis udara Coway ternyata tidak menghampakan penggunanya. Mampu menampung kapasiti ruang sebanyak 50m², penapis udara Coway model STORM adalah antara pilihan rakyat Malaysia.
Penapis udara STORM ini dilengkapi dengan sistem peredaran udara yang pintar dan automasi. Ia juga mempunyai sistem haze modeyang boleh mengurangkan debu dan habuk yang tebal.
Dengan teknologi yang canggih, rekabentuk yang menarik dan prestasi yang menakjubkan, penapis udara ini ternyata tidak mengecewakan. Rekabentuknya yang kecil dan padat mungkin agak mahal berbanding dengan harganya. Namun, syarikat Coway memberi pilihan untuk pelanggannya menyewa penapis udara STORM ini serendah RM90 sebulan.
Jika anda berhajat untuk memilikinya, bolehlah dapatkan maklumat lanjut dari site Coway.
 

Air filter Cuckoo Model B

  • (Ruang liputan: 40.5m²) , merevolusi udara bersih

Jenama Cuckoo juga adalah antara yang tidak kurang hebatnya dalam pengeluaran penapis udara. Penapis udara Cuckoo Model B ini adalah penapis udara yang pertama tanpa kord di Malaysia. Ia boleh bertahan sehingga 8 jam selepas dicaj sepenuhnya.
Menggunakan teknologi tinggi plasma ioniser, penapis udara ini mampu menghalang hampir 99% kotoran di udara. Ia memberikan hampir kepada kesempurnaan untuk udara nyaman dan bersih. Selain itu, penapis udara Cuckoo juga dilengkapi dengan teknologi tinggi yang membolehkan pengguna mengawalnya menggunakan suara. Jadi, anda boleh mengarahkan terus dari sofa untuk mengaktifkan atau mematikannya.
Cuckoo Model B juga mempunyai bentuk yang ergonomik dan penapis yang besar. Ini pastinya membolehkan ia sesuai untuk digunakan di ruang sederhana besar dan berkapasiti sehingga 40.5m².
Untuk mendapatkan penapis udara ini, anda boleh pergi ke kedai-kedai pengedar sah Cuckoo seperti yang disenaraikan di dalam website Cuckoo atau telefon terus ke talian 1-800-88-8181.
 

Air filter Panasonic FVK655A

  • (Ruang liputan: 40m²) , pelengkap isi rumah

Mempunyai reputasi dengan menghasilkan pelbagai barangan elektrik seperti penyaman udara, peti sejuk dan sebagainya, Panasonic juga mempunyai beberapa model penapis udara untuk kegunaan isi rumah.
Penapis udara Panasonic FVK655A yang sesuai untuk kegunaan ruang kapasiti 40.5m² mempunyai 6 sistem penapisan termasuk pra-tapis, HEPA dan penyahbauan menggunakan karbon.  Secara amnya, ia berfungsi melakukan semua tugas penapisan dengan baik. Teknologi Nanoe™ menghalang virus dan bakteria untuk terus berada di udara persekitaran selepas ditapis oleh penapis udara Panasonic ini.
Penapis udara Panasonic ini agak besar saiznya dan bising sedikit berbanding jenama yang lain.
Anda boleh terus ke pengedar Panasonic yang sah untuk membeli penapis udara ini atau di talian online.
 

Penapis udara Dyson Pure Cool Purifying Tower Fan TP100

  • (Ruang liputan: 40m²) , bukan kipas penyejuk biasa

Kelihatan sangat segak secara fizikalnya, kipas yang dilengkapi dengan penapis udara jenama Dyson ini menambahkan seri ruang tamu di rumah anda.
Model Dyson TP100 direka untuk memberi udara sejuk dan segar kembali ke ruang udara setelah menapis udara tersebut secara automatis. Udara kotor yang berbau dan penyebab alahan (debu dan bulu) dapat dihalang oleh penapis udara Dyson ini dengan mudah. Ia menggunakan sistem penapisan HEPA daripada kaca yang berkesan.
Selain daripada itu, ia juga mempunyai fungsi kawalan pintar melalui aplikasi telefon pintar. Mungkin kerana banyak teknologi yang diterapkan di dalam penapis udara ini membuatkan harganya agak tinggi di pasaran. Anda boleh melihat sendiri maklumat lanjut tentang penapis udara ini di sini.
 

Air filter Honeywell HOY-HAC3JW

  • (Ruang liputan: 42m²), antara penapis udara terbaik di pasaran Malaysia

Jenama Honeywell mungkin sedikit asing untuk pengguna barangan elektrik domestik, tetapi ianya telah lama bertapak dalam menghasilkan pelbagai barangan elektrik pintar dan lengkap dengan sistem automasinya.
Penapis udara Honeywell juga antara satu barangan yang terbaik yang ada di pasaran Malaysia. Model HOY-HAC3JW mempunyai peredaran udara yang terbaik dengan mengoptimumkan semua sudut yang ada. Ia juga mempunyai 3 peringkat sistem penapisan yang menapis segala habuk kotoran dan menghilangkan bau yang kurang enak.
Penapis udara ini dilengkapi dengan teknologi pintar dan mudah dikawal. Yang paling dibanggakan, penapis udara Honeywell ini pernah memenangi anugerah rekabentuk terbaik yang semestinya menjadikan ia satu alat deko di ruang rumah serta berguna.
Harganya tidaah terlalu mahal jika hendak dibandingkan dengan fungsi-fungsi yang ada padanya.
Bagi anda yang ingin memilikinya, bolehlah layari di sini.
 

Akhir kalam

Kini, ada banyak penapis udara yang berada di pasaran Malaysia. Namun sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah memastikan keperluan kita sebelum membeli mana-mana penapis udara yang sesuai. Senarai penapis udara terbaik ini adalah dari pandangan kami sendiri. Mungkin ada lagi yang lebih baik.
Apa-apa pun, pastikan udara dalam rumah kita bersih supaya tiada yang kena sakit batuk-batuk.
Selamat membeli!
Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • harga penapis udara sharp
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment